Negeri Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Sarawak dengan keluasan 73.631 kilometer persegi. Oleh itu, pada entri kali ini kami akan membawa anda menelusuri tempat menarik di Kota Kinabalu atau digelar sebagai “KK”.
Selain itu, daerah yang turut dikenali nama Jesselton ini terletak di bahagian Pantai Barat Sabah dan mengambil masa lebih kurang 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa tips ke Sabah yang perlu anda lakukan sebelum bercuti.
Misalnya, menempah tiket, kereta sewa dan hotel dengan lebih awal untuk mengelakkan dari tempahan penuh. Hal ini kerana, ibu negeri Sabah ini merupakan kawasan popular tumpuan pengunjung dari dalam mahupun luar negara.
Senarai tempat menarik di Kota Kinabalu
Tahukah anda bukan Gunung Kinabalu sahaja tempat menarik yang ada di Sabah tau!
Terdapat banyak keistimewaan Kota Kinabalu serta selingan kami sediakan beberapa tempat menarik berdekatan Kota Kinabalu seperti di daerah Penampang, Tuaran, Tenom dan daerah kecil Kiulu serta Tamparulli.
Jadi, jom terokai tempat menarik di Kota Kinabalu!
Pasar Besar Kota Kinabalu
Pasar Besar di Kota Kinabalu
Pasar Besar Kota Kinabalu terdiri daripada 2 buah bangunan iaitu bahagian barangan basah dan barangan kering. Di samping itu, barangan basah yang segar bugar boleh ditawarkan khidmat pembungkusan sejuk beku bagi anda yang ingin membawa barangan basah pulang ke semenanjung.
Manakala di bangunan yang menjual barangan kering terletak di bahagian bawah ini terdiri daripada 2 tingkat dan di tingkat atas ditempatkan beberapa kedai makan. Bagi peminat kopi, anda boleh cuba merasai kopi Tenom yang terdapat di pasar ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)
Lihat Peta | Alamat: Jalan Tun Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Kokol Hill Elf
Tempat menarik untuk pasangan di Kota Kinabalu
Mencari tempat menarik bersama pasangan di Kota Kinabalu? Anda boleh cuba untuk menerokai keindahan pemandangan Kokol Hill Elf yang dikatakan ala-ala Bali ini.
Antara tarikan utama di sini ialah Mega Swing, The City Circle, The Sunset Catcher Area dan Big Bird Nest. Akhir sekali, jangan lupa mengabadikan kenangan di sini dengan mengambil gambar di Kokol Hill Elf ini.
Harga Tiket
- Dewasa: RM 10
- Kanak-kanak: RM 5 (4 – 12 tahun)
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 malam)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Alamat: Kokol Hill Elf, Kota Kinabalu, Sabah
The Green Connection Aquatica Aquarium
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Kota Kinabalu
The Green Connection Aquatica Aquarium bukan sahaja terletaknya akuarium besar malah turut menempatkan beberapa zon ekologi lain. Antaranya ialah gua batu kapur, paya bakau, terumbu karang, pesisir pantai dan lautan terbuka.
Pusat ini merupakan tempat menarik untuk kanak-kanak di Kota Kinabalu kerana beribu spesies haiwan reptilia mahupun akuatik ditempatkan di sini yang mereka dapat lihat dan pelajari secara langsung.
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Alamat: 2, Jalan Tuaran, Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Pasar Filipina Sabah
Pasar kraftangan di Kota Kinabalu
Ingin merasa seperti membeli ole-ole di Filipina? Jom kunjungi Pasar Filipina Sabah yang merupakan pasar kraftangan di Kota Kinabalu.
Selain itu, pasar ini diniagakan oleh orang Filipina dan terbahagi kepada 3 kawasan iaitu kraftangan seperti mutiara, barangan basah seperti makanan laut segar dan barangan kering seperti kuih cincin.
Oleh itu, harga barang di sini amatlah murah dan boleh tawar-menawar untuk mendapatkan harga idaman. Apa tunggu lagi! Jom ke Pasar Filipina Sabah!
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)
Lihat Peta | Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Taman Tunku Abdul Rahman
Tempat menarik outdoor di Kota Kinabalu
Ingin tempat menarik outdoor di Kota Kinabalu? Jom ke Taman Tunku Abdul Rahman! Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti snorkelling, jungle trekking, parasailing dan scuba diving untuk menyaksikan keindahan hidupan marin dan terumbu karang.
Tambahan pula, taman yang terletak lebih kurang 20 minit dari bandar Kota Kinabalu ini merangkumi 5 buah pulau iaitu Gaya, Manukan, Sapi, Sulug dan Mamutik.
Lihat Peta | Telefon | Alamat: Taman Tunku Abdul Rahman, Sabah.
Menara Jam Atkinson (Atkinson Clock Tower)
Tempat bersejarah di Kota Kinabalu
Menara Jam Atkinson (Atkinson Clock Tower) merupakan tempat bersejarah di Kota Kinabalu yang terletak di kaki Bukit Bendera bandar Kota Kinabalu. Di samping itu, strukur menara ini diperbuat daripada kayu tanpa paku yang masih utuh berdiri hingga kini.
Tambahan pula, ia dibina sekitar tahun 1905 bagi memperingati pegawai daerah Jesselton yang pertama iaitu Francis George yang meninggal dunia akibat malaria atau “Demam Borneo”.
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Alamat: Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Pantai Tanjung Aru
Pantai di Kota Kinabalu
Tidak lengkap rasanya kalau tak singgah perairan pantai popular di mana-mana negeri. Pantai Tanjung Aru merupakan pantai popular di Kota Kinabalu dengan pasir pantai yang halus dan kawasan yang landai.
Selain itu, pengunjung boleh membeli makanan di gerai yang disediakan di pantai ini sambil melihat pemandangan yang mengasyikkan. Tambahan pula, pengunjung dapat menyaksikan kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Namun begitu, pantai ini tidak sesuai untuk bermandi-manda disebabkan air longkang dihala terus ke kawasan pantai ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 11 malam)
Lihat Peta | Alamat: Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Menara Tun Mustapha
Bangunan tergantung di Kota Kinabalu
Mari jalan Kota Kinabalu ke Menara Tun Mustapha! Bangunan ini menarik perhatian pelancong disebabkan reka bentuknya persis bangunan tergantung ataupun bentuk sebuah roket yang bakal dilancarkan.
Tambahan pula, jika di Kuala Lumpur pelancong akan bergambar dengan bangunan ikonik KLCC tetapi di Kota Kinabalu pelancong boleh bergambar dengan bangunan setinggi 30 tingkat serta 2160 panel kaca reflektif khas ini.
Lihat Peta | Alamat: Tun Mustapha Tower, 88400, Kota Kinabalu
Muzium Sabah
Muzium negeri di Kota Kinabalu
Setiap negeri pasti mempunyai muzium negeri sejarah asal usul, namun di Sabah terdapat Muzium Sabah yang terletak kira-kira 4 kilometer dari bandar Kota Kinabalu.
Selanjutnya, kelainan yang ditampilkan seperti Bangunan Utama yang memiliki reka bentuk rumah panjang Rungus. Ia terdiri daripada pameran sejarah dan arkeologi.
Tambahan pula, bangunan-bangunan lain yang terdapat di Muzium Sabah ialah Pusat Sains & Teknologi, Kampung Warisan, Taman Etno-Botani dan Muzium Budaya Islamik Sabah.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Jesselton Point Waterfront
Terminal feri utama di Kota Kinabalu
Terminal feri utama yang acapkali menjadi tumpuan pengunjung di Kota Kinabalu untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman adalah Jesselton Point Waterfront. Selain itu, terdapat beberapa tempat menarik di sekitar terminal ini yang boleh dikunjungi sementara menunggu ketibaan feri atau bot.
Antaranya ialah pameran gambar lama bandar Kota Kinabalu, pondok telefon zaman British, gerai makan, tempat memancing, futsal, gerai kraftangan dan bermacam lagi.
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Jesselton Point Ferry Terminal, Jln Haji Saman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Taman Hidupan Liar Lok Kawi (Lok Kawi Wildlife Park)
Taman zoologi dan botani di Kota Kinabalu
Ingin berkunjung ke taman zoologi dan taman botani dalam satu tempat? Taman Hidupan Liar Lok Kawi (Lok Kawi Wildlife Park) yang terletak 40 minit dari bandar Kota Kinabalu ini merupakan lokasi ideal untuk anda!
Selanjutnya, anda berpeluang untuk menyaksikan pelbagai spesies haiwan eksotik seperti monyet belanda, gajah terkecil di dunia dan pelbagai spesies tumbuhan yang ditempatkan di sini.
Harga Tiket
- Dewasa: RM 10
- Kanak-kanak: RM 5
Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 1 petang & 2 petang – 4.30 petang)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Lok kawi Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Mari-Mari Cultural Village
Muzium kebudayaan etnik Sabah di Kota Kinabalu
Umum mengetahuai negeri-negeri di Kepulauan Borneo terutamanya Sabah mempunyai banyak etnik. Jadi, jom berkunjung ke Mari-Mari Cultural Village!
Selanjutnya, kawasan ini berperanan sebagai berkongsi pengetahuan, sejarah, budaya dan tradisi Borneo supaya tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
Selain itu, pengunjung dapat merasai pengalaman sendri menyumpit, menyertai tarian tradisional, melihat cara-cara setiap etnik menjalani kehidupan harian di rumah tradisional mereka dan banyak lagi. Pastinya mengujakan!
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 4 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Menara Pemerhati Bukit Bendera (Signal Hill Observatory Platform)
Bukit bendera di Kota Kinabalu
Menara Pemerhati Bukit Bendera (Signal Hill Observatory Platform) merupakan puncak tertinggi di bandar Kota Kinabalu. Selain itu, menara ini merupakan tempat terbaik untuk melihat panorama di sekitar Kota Kinabalu dan pulau-pulau berdekatan.
Terlebih dahulu, pengunjung perlu menaiki sebanyak 298 anak tangga untuk sampai ke puncak. Banyak bukan? Tetapi disebalik rasa kepenatan menaiki tangga akan terbalas dengan pemandangan indah di puncak menara ini.
Lihat Peta | Alamat: 78, Jalan Asrama, signal hills, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Double Six Monumen
Tugu peringatan di Kota Kinabalu
Double Six Monumen merupakan tugu peringatan di Kota Kinabalu bagi memperingati pemimpin-pemimpin besar Sabah yang terkorban dalam kemalangan pesawat pada tahun 1976.
Tambahan pula, mangsa-mangsa yang terlibat ialah Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephen dan 6 menteri besar lain. Selanjutnya, pesawat tersebut terhempas ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 11 malam)
Lihat Peta | Alamat: Grace Garden, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve
Tempat menarik waktu pagi di Kota Kinabalu
Bangun di awal pagi tapi tak tahu ingin tuju ke mana? Jom ke Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve yang merupakan tempat menarik waktu pagi di Kota Kinabalu.
Seterusnya, tempat yang dijaga oleh Shangri-La Rasa Ria Resort ini menawarkan keindahan pemandangan alam semulajadi pada waktu pagi berserta flora dan fauna.
Selain itu, pengunjung boleh meredah hutan, memerhati burung, orang utan dan bermacam lagi. Tambahan pula, jika pengunjung ingin menderma untuk penjagaan orang utan amatlah dialu-alukan di sini.
Waktu Operasi: Setiap hari (5 pagi – 9 malam)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Pantai Dalit, Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah
Kokol Haven Resort
Resort di Kota Kinabalu
Tahukah anda Banjaran Crocker merupakan banjaran yang terkenal di Sabah? Di samping itu, terdapat sebuah resort yang terletak di atas banjaran ini iaitu Kokol Haven Resort.
Resort yang terletak kira 25 kilometer dari bandar Kota Kinabalu ini menawarkan keindahan pemandangan sehingga digelar sebagai Kundasang yang ke-2. Dalam pada itu, resort ini mempunyai 12 suite yang menghadap pemandangan di Kota Kinabalu.
Tempat menarik di dalam resort ini seperti gym mini outdoor, taman herba, gelanggang serbaguna, jungle trekking dan pokok buah-buahan.
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: KM 10, Jalan Kokol – Tombongon, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Kota Kinabalu Wetland Centre
Taman paya bakau di Kota Kinabalu
Kota Kinabalu Wetland Centre merupakan taman paya bakau di Kota Kinabalu dengan keluasan 24 hektar. Selain itu, pengunjung boleh menikmati udara segar, memerhati burung, dengan menggunakan laluan boardwalk yang disediakan sepanjang 1.5 kilometer.
Tambahan pula, pengunjung boleh meredah paya melalui denai jalan kaki berlumpur jika pengunjung suka akan cabaran.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Off, Jalan Bukit Bendera Upper, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Muzium Marin Kota Kinabalu (Marine Museum Kota Kinabalu)
Muzium zoologi di Kota Kinabalu
Jika anda singgah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), jangan lupa untuk berkunjung ke Muzium Marin Kota Kinabalu (Marine Museum Kota Kinabalu) yang terdapat di sini.
Ia merupakan pusat akuarium menarik yang menempatkan Marine Museum & Research Showcase, Marine Aquarium, Mangrove Walks, Mini Theater dan Ocean Outreach Corner.
Oleh itu, anda pasti teruja dengan ekosistem hidupan-hidupan marin yang ditonjolkan!
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 1 petang | 2 pagi – 4 petang)
Lihat Peta | Telefon1 | Telefon2 | Facebook | Alamat: Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Perdana Park
Tempat menarik waktu malam di Kota Kinabalu
Mencari port sesuai untuk bersantai pada waktu malam di KK? Perdana Park merupakan tempat menarik waktu malam di Kota Kinabalu yang wajar anda lawati.
Di samping itu, pemandangan indah di taman ini yang boleh pengunjung saksikan seperti pancuran air berwarna-warni seiring irama lagu. Menarik bukan?
Tambahan pula, pancuran ini berterusan selama 15 minit dan bakal diulang semula selepas 30 minit. Jadi, pengunjung tidak perlu gusar sekiranya terlepas persembahan memukau ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (5 pagi – 9 malam)
Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Jalan Melati, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Terapung Likas (Kota Kinabalu City Mosque)
Masjid di Kota Kinabalu
Bagi pengunjung beragama Islam yang berada di sekitar Pantai Tanjung Aru jangan lepaskan peluang ini untuk solat di masjid terkenal di KK ini. Masjid Terapung Likas (Kota Kinabalu City Mosque) mampu menampung kapasiti sebanyak 12 000 jemaah.
Uniknya reka bentuk masjid ini persis Masjid Nabawi di Madinah. Tambahan pula, seusai solat pengunjung boleh melihat lukisan-lukisan yang cantik dijual di bahagian luar masjid ini.
Waktu Operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)
Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Kota Kinabalu Waterfront
Tempat photoshoot di Kota Kinabalu
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengambil gambar atau photoshoot di Kota Kinabalu Waterfront ini. Hal ini kerana, ia menjanjikan pemandangan yang indah mempesona.
Di samping itu, pengunjung boleh melihat pemandangan matahari tenggelam di Kota Kinabalu Waterfront dengan berjalan di laluan papan sepanjang 1.4 kilometer.
Lihat Peta | Alamat: Kota Kinabalu Waterfront, 88000 Kota Kinabalu
Pasar Gaya
Pasar hujung minggu di Kota Kinabalu
Anda berada di Kota Kinabalu pada hujung minggu? Jom kunjungi Pasar Gaya yang merupakan pasar pagi bagi penduduk di sekitar KK ini.
Terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga berbaloi di sini iaitu makanan dan cenderamata seperti keychain. Selain itu, haiwan peliharaan turut dijual di sini seperti kucing parsi dan anjing.
Waktu Operasi: Ahad (6.30 pagi – 1 petang)
Lihat Peta | Alamat: Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Wisma Merdeka
Pusat membeli-belah di Kota Kinabalu
Kepada kaum wanita khususnya yang gemar membeli-belah, Wisma Merdeka merupakan tempat wajib anda singgah! Selain itu, pelbagai barangan yang dijual di wisma ini semestinya bakal membuat anda rambang mata.
Antara barangannya ialah kraftangan, batik dan barangan antik. Tahukah anda, bahawa Wisma Merdeka merupakan pusat beli-belah terawal di bandar Kota Kinabalu.
Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 8 malam)
Lihat Peta | Alamat: Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Street Art Graffiti Gallery
Seni lukisan jalanan di Kota Kinabalu
Anda penggemar seni terutamanya seni lukisan jalanan? Jom ke Street Art Graffiti Gallery! Kawasan ini merupakan graffiti yang dilukiskan pada sisa bangunan British pada tahun 1920 an.
Selanjutnya, bangunan ini terselamat daripada kemusnahan ketika Perang Dunia Ke-2 tetapi kebakaran yang berlaku pada tahun 1992 menyebabkan hanya tapak dan tiang sahaja yang tinggal.
Oleh itu, daripada biarkan ia terbiar begitu sahaja maka, diserikan lagi lukisan-lukisan yang menarik pada tiang-tiang bangunan tersebut.
Waktu Operasi: 24 jam
Lihat Peta | Alamat: 20, Jln Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Wisma Sabah
Khidmat agen pelancongan di Kota Kinabalu
Wisma Sabah merupakan lokasi khas untuk pengunjung yang ingin mencari pilihan khidmat agen pelancongan di Kota Kinabalu.
Hal ini juga dapat membantu dengan lebih lanjut para pengunjung untuk meneroka pelbagai tempat menarik di Kota Kinabalu.
Selain itu, terdapat juga barang jualan untuk pelancong yang menarik di sini.
Lihat Peta | Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
I Love KK Sign
Mercu tanda di Kota Kinabalu
Tak lengkap rasanya kalau pergi ke mana-mana negeri sekalipun tetapi tidak bergambar sebagai bukti kita telah menjejaki tempat ini kan? Pengunjung boleh bergambar dengan mercu tanda di Kota Kinabalu iaitu “I Love KK Sign” yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen.
Waktu Operasi: 24 jam
Lihat Peta | Alamat: Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waterfront Seafood Night Market
Pasar malam di Kota Kinabalu
Perut mulai berkeroncong pada waktu malam semasa di KK? Jom jalan-jalan cari makan di Waterfront Seafood Night Market! Terdapat pilihan makanan laut segar yang boleh mengenyangkan perut anda!
Sehubungan dengan itu, anda hanya perlu pilih lauk yang anda inginkan dan peniaga akan masakkan untuk anda. Menarik bukan?
Waktu Operasi: Setiap hari (4 petang – 11 malam)
Lihat Peta | Alamat: 401, Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tuaran Crocodile Farm
Taman buaya di Tuaran
Tuaran Crocodile Farm merupakan taman buaya yang terbesar di Sabah dan terletak di Tuaran dengan keluasan 7 ekar.
Ia mempunyai lebih 1000 ekor buaya serta haiwan-haiwan lain seperti burung unta, rusa dan taman rama-rama yang terdiri daripada pelbagai spesies berwarna-warni.
Tambahan pula, pengunjung boleh melihat pertunjukan buaya yang berlangsung sekitar 15 minit.
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Sulaman 89207, Tuaran, Sabah,
Borneo Ant House
Taman tema mini di Tuaran
Borneo Ant House ialah sebuah taman tema mini yang menyediakan pelbagai pameran informasi menarik untuk makluman pengunjung. Meskipun nama tempat ini Borneo Ant House, ia tidak semestinya mempamerkan perihal semut semata-mata.
Tambahan pula, terdapat pameran budaya mengenai masyarakat Bajau, Dusun Lotud, Iban dan Bidayuh. Selain itu, koleksi pedang untuk tujuan majlis keraian dan pertabalan turut dipamerkan di sini.
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Highway Tuaran- Tenghilan, 89207 Kg Kindu, Tuaran, SABAH Kg.Kindu , Tuaran, 89207 Tuaran, Sabah
Cowboy Town Tuaran
Bandar Koboi di Tuaran
Teringin untuk pergi ke tempat suasana klasik ala-ala filem koboi Hollywood? Jom ke Cowboy Town Tuaran! Ia memerlukan kira-kira 45 minit perjalanan dari Kota Kinabalu.
Di samping itu, sudah semestinya koboi sinonim dengan adanya kandang kuda dan menunggang kuda. Selanjutnya, tarikan menarik lain di sini seperti paya bakau, taman herba dan menelusuri river cruise untuk melihat keindahan kelip-kelip.
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Shah Sabandar Tuaran, 89200 Kota Kinabalu, Sabah
Rumah Terbalik (Upside Down House)
Rumah terbalik di Tamparulli
Bukan di semenanjung sahaja, malah di Kepulauan Borneo turut terdapat Rumah Terbalik (Upside Down House) yang boleh anda kunjungi. Upside Down House yang terletak di daerah kecil Tamparulli ini pernah dinobatkan sebagai Rumah Terbalik Pertama di Malaysia di dalam Book of Records.
Sekiranya, anda menginginkan tempat yang lain dari yang lain terbalik macam di angkasa lepas, jom kunjungi ke sini dan jangan lupa bawa kamera ya! Pasti ianya mengujakan!
Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Telefon | Facebook | Whatsapp | Alamat: Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah
Zip Borneo
Aktiviti lasak di Kiulu
Penggemar aktiviti ekstrem serta tak gentar dengan cabaran mendatang? Ayuh! Mencuba aktiviti lasak di Zip Borneo yang bertempat di daerah kecil Kiulu.
Selain itu, aktiviti-aktiviti yang ditawarkan ialah flying fox merentasi Sungai Kiulu, abseiling, wall climbing, berkayak, berkhemah dan berakit.
Waktu Operasi: Rabu – Ahad (9 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Kiulu Valley, 89250 Kiulu, Sabah
Tagal Tinopikon
Zon larangan menangkap ikan di Penampang
Tagal Tinopikon merupakan zon larangan menangkap ikan dalam bahasa Kadazan. Ia terletak hanya 40 minit dari bandar Kota Kinabalu dan merupakan sebahagian sungai Moyog.
Selain itu, kawasan ini dilarang menangkap ikan kerana untuk memelihara hidupan air yang kian pupus akibat aktiviti perikanan.
Antara aktiviti menarik menanti pengunjung di sini seperti memberi makanan kepada ikan, melawat kebun buah, permainan kampung, jungle trekking dan bermacam lagi.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Alamat: Tagal Tinopikon 89500 Penampang, Sabah
Kipandi Butterfly Park
Taman rama-rama di Penampang
Kipandi Butterfly Park merupakan taman rama-rama di Penampang yang menempatkan lebih 1000 ekor rama-rama dari berbagai spesies. Ia terletak kira-kira 36 kilometer dari Kota Kinabalu melalui jalan Penampang-Tambunan.
Di samping itu, terdapat juga hidupan lain yang pengunjung boleh lihat di sini seperti tumbuhan herba, periuk kera dan banyak lagi. Tambahan pula, waktu terbaik untuk melihat kemunculan banyak rama-rama ialah dari jam 9 pagi – 11 pagi.
Lihat Peta | Whatsapp | Alamat: Jalan Tambunan – Kota Kinabalu, 89500 Penampang, Sabah
Pusat Kebudayaan Murut
Tempat menarik di Tenom
Meskipun Tenom terletak agak jauh di Bahagian Pedalaman Sabah, namun ia tidak menjadi penghalang untuk pengunjung datang ke sini. Pusat Kebudayaan Murut merupakan tempat menarik di Tenom yang boleh anda lawati.
Ia memaparkan tentang seni, adat dan budaya kehidupan suku kaum Murut. Tambahan pula, daerah Tenom yang popular dengan kopi Tenom ini majoritinya diduduki oleh suku kaum Murut.
Waktu Operasi
- Isnin – Rabu, Sabtu (8.30 pagi – 4.30 petang)
- Khamis & Jumaat (8.30 pagi – 5 petang)
- Ahad (8.30 pagi – 4 petang)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Pusat Kebudayaan Murut, 89900 Tenom, Sabah
0 comments:
Post a Comment