loading...

Tuesday, 19 July 2022

18 Tempat Menarik Di Kuching Untuk Dilawati

Umum mengetahui bahawa, Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia dan khususnya sudah pasti berbagai tempat menarik di Kuching untuk dilawati.

Bandar Sarawak terdiri daripada 12 bahagian iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

Selain itu, Kucing Sarawak merupakan ibu negeri bandar Sarawak yang berkeluasan 4559.5 kilometer persegi.

Sehubungan dengan itu, ia juga digelar sebagai “Bahagian Pertama” kerana berperanan sebagai pusat dan titik permulaan negeri Sarawak.

Senarai tempat-tempat menarik di Kuching

Untuk makluman anda trip ke Sarawak dari Kuala Lumpur memakan masa hanya 2 jam perjalanan.

Berikut telah disenaraikan 18 tempat menarik di Kuching Sarawak selingan kawasan berhampiran iaitu daerah Samarahan dan Serian untuk dilawati yang sesuai untuk kunjungan semua.

Jom datang ke bandar Sarawak kerana dapat mempelajari adat dan budaya pelbagai etnik yang terdapat di negeri Sarawak!

Pantai Puteri

Pantai di Kuching

Alamat: 259, Lorong Pantai Puteri 1, 93050 Kuching, Sarawak

Telefon: –

Pantai Puteri
Sumber foto: google map

Mencari tempat pelancongan di Sarawak yang menenangkan? Pantai Puteri merupakan lokasi yang ideal untuk anda nikmati.

Meskipun, pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda namun dengan kehadiran batu-batu besar di kawasan pantai sesuai dijadikan aktiviti bergambar.

Di samping itu, pemandangan yang indah di tepi pantai serta latar belakang kehijauan alam semulajadi dan gunung sememangnya memukau pandangan.

Lain daripada itu, kawasan berhampiran pantai ini ialah Pantai Damai, Perkampungan Budaya dan Gunung Santubong.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 7 malam)

Masjid India

Masjid terapung di Kuching

Alamat: Masjid India, 93000 Kuching, Sarawak

Telefon: –

Masjid India
Sumber foto: google map

Umum mengetahui bahawa masjid terapung dikenali di negeri Terengganu dan Melaka. Namun begitu, masjid terapung juga didapati di Kucing Sarawak yang dikenali sebagai Masjid India.

Hal ini kerana, terdahulu tapak asal masjid terbina sebuah pondok kecil oleh orang India Muslim untuk beribadah ketika berniaga di kawasan sekitar.

Selain itu, Masjid India dibina dengan rekaan dari Timur Tengah dengan kos hampir RM 21 juta. Masjid ini juga dibuka untuk kunjungan awam termasuk golongan bukan Islam.

Selanjutnya, pemandangan indah di sekitar masjid dapat disaksikan pada waktu senja mahupun waktu malam di bawah cahaya lampu.

Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)

Lihat Peta | Facebook

Gunung Santubong

Gunung di Kuching

Alamat: Gunung Santubong, 93050 Kuching, Sarawak

Telefon: –

Gunung Santubong
Sumber foto: google map

Gunung Santubong merupakan salah satu lokasi menarik di Kuching untuk dilawati bagi pengunjung yang gemar dengan aktiviti hiking. Gunung dengan ketinggian 810 meter dari paras laut ini mempunyai 4 laluan pilihan.

Antara ialah Bukit Puteri, Green Paradise Cafe, laluan sebelum Perkampungan Budaya Sarawak dan tapak aktiviti Permai Rainforest Resort. Namun begitu, kebiasannya laluan Bukit Puteri dikatakan laluan paling mudah dan ringkas iaitu hanya 6.7 kilometer.

Selanjutnya, anggaran masa untuk sampai ke puncak ialah sekitar 3 – 4 jam bergantung kepada stamina pengunjung. Sehubungan dengan itu, diingatkan bahawa untuk mendapatkan khidmat jurupandu bagi mengelak risiko perkara yang tidak diingini.

Damai Beach Resort

Resort di Kuching

Alamat: Teluk Bandung, 93756 Kuching, Sarawak

Telefon: 08-2846999

Pantai Damai
Sumber foto: google map

Selain Kampung Raja, Besut, Lumut dan Tioman, di Kuching juga terdapat cawangan Damai Beach Resort. Resort di tepi pantai ini hanya mengambil masa 40 minit dari bandar Kuching serta berkedudukan strategik dengan pelbagai tempat menarik Kuching Sarawak.

Antaranya ialah Sarawak Cultural Village, Gunung Santubong dan Borneo Samariang Water Park. Selanjutnya, keunikan resort yang mempunyai 242 unit ini menampilkan dekorasi bermotifkan kebudayaan dan etnik yang terdapat di negeri Sarawak.

Terdapat 10 kategori bilik yang disediakan seperti baruk suite, seaview deluxe, longhouse suite, chalet, standard balcony, superior poolside, executive suite, standard hillview, family suite dan presidential suite. Pelbagai aktiviti seperti family day turut sesuai dianjurkan di sini.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web

Taman Orkid Kuching

Taman botani di Kuching

Alamat: Taman Orkid, Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak

Telefon: –

Taman Orkid Kuching
Sumber foto: google map

Taman Orkid Kuching Sarawak tempat menarik untuk penggemar bunga-bungaan terutamanya bunga orkid. Ia dikendalikan di bawah Dewan Bandaraya Kucing Utara (DBKU).

Selain itu, taman seluas 15 ekar ini menempatkan lebih daripada 80 000 spesies orkid yang sememangnya indah-indah belaka. Untuk sampai ke taman ini, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Sarawak ke Jeti Pangakalan Sapi.

Kemudian, 5 minit perjalanan untuk menuju ke pintu masuk Taman Orkid ini. Lain daripada itu, taman ini turut dihiasi dengan kolam-kolam ikan yang mampu memberikan ketenangan jiwa.

Waktu operasi:

  1. Selasa – Jumaat & Ahad (9.30 pagi – 6 petang)
  2. Sabtu (8 pagi – 6 pagi)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Muzium Sarawak Kuching

Muzium di Kuching

Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching, Sarawak

Telefon: 08-2548181

Muzium Sarawak Kuching
Sumber foto: google map

Tidak lengkap trip ke Sarawak anda jika tidak ke muzium tertua di Borneo yang wujud pada tahun 1891 iaitu Muzium Sarawak Kuching. Muzium ini dibina oleh Charles Brooke dengan berkonsepkan seni bina Perancis.

Selain itu, di sini pengunjung boleh mempelajari etnik yang terdapat di negeri Sarawak serta cara hidup mereka. Antara barangan yang dipamerkan di muzium ialah koleksi barangan bersejarah di Asia Tenggara serta bahan bersejarah negeri Sarawak dan Borneo.

Tambahan pula, tengkorak kepala buaya lagenda yang terkenal iaitu Bujang Senang turut ditempatkan di muzium ini.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat (9 pagi – 4.45 petang)
  2. Sabtu – Ahad (10 pagi – 4 petang)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Matang Family Park

Tempat menarik di Kuching untuk family

Alamat: Jalan Matang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Telefon: –

Matang Family Park
Sumber foto: google map

Matang Family Park boleh dijadikan Sarawak tempat menarik untuk seisi keluarga. Taman ini merupakan hutan hujan tropika yang didiami oleh flora dan aliran air sungai dari kawasan pergunungan.

Selain itu, taman seluas 87.5 ekar ini terletak hanya 22 kilometer dari Kucing Sarawak. Di samping itu, fasiliti yang disediakan di sini seperti laluan pejalan kaki, pondok rehat, jambatan gantung, barbeku pit, menara pemerhati dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga seperti berkelah, bermandi-manda dan menerokai keindahan alam semulajadi.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp

Pulau Satang Besar Sarawak

Pulau di Kuching

Alamat: Pulau Satang, Sarawak

Telefon: –

Pulau Satang Besar Sarawak
Sumber foto: google map

Untuk trip ke Sarawak di kawasan pulau haruslah bukan pada musim tengkujuh iaitu pada April hingga September.

Pulau Satang Besar Sarawak antara destinasi menarik di Kuching untuk dilawati bagi anda yang suka aktiviti outdoor seperti menyelam ke dasar laut.

Untuk makluman anda, Pulau Satang Besar, Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil juga dikenali sebagai Pulau Penyu. Malahan, pulau-pulau ini menjadi tempat persinggahan penyu-penyu untuk bertelur.

Anda juga boleh menyelam untuk menyaksikan terumbu karang yang indah dan bangkai kapal laut zaman prasejarah. Aktiviti memancing pun sering dijalankan di pulau ini.

Gua Pari Pari

Gua di Kuching

Alamat: Gua Pari Pari, 94000 Bau, Sarawak

Telefon: –

Gua Pari Pari
Sumber foto: google map

Anda gemar akan aktiviti lasak? Mungkin Gua Pari Pari merupakan tempat pelancongan di Sarawak yang ideal untuk anda. Gua ini merupakan gua batu kapur besar yang wujud lebih 100 000 tahun yang lalu dengan 1 jam perjalanan dari Kucing Sarawak.

Perlu diingatkan bahawa untuk membawa lampu suluh dan memakai kasut yang bersesuaian disebabkan laluan agak curam. Di samping itu, laluan untuk masuk ke gua amatlah mudah dengan adanya tangga yang disediakan.

Menariknya di sini, warna-warna batu akan bertukar warna apabila anda masuk ke dalam bahagian gua. Hal ini kerana, sinaran cahaya matahari yang semakin berkurangan ketika berada di kedalaman kawasan gua.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (8.30 pagi – 4 petang)

Lihat Peta | Whatsapp

Masjid Jamek Petra Jaya Kuching

Masjid negeri di Kuching

Alamat: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Telefon: –

Masjid Jamek Petra Jaya Kuching
Sumber foto: google map

Masjid Jamek Petra Jaya Kuching merupakan masjid negeri di Kucing Sarawak. Masjid yang berdekatan 2 kilometer dari Astana Kuching ini mampu memuatkan 14 000 jemaah dalam satu-satu masa.

Keindahan seni bina masjid ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi dengan hiasan geometri dan dihiasi seni khat.

Selanjutnya, kebiasaannya menara utama didirikan bersebelahan masjid, namun tidak bagi Masjid Negeri Kuching ini. Menara tersebut dibina berjauhan dari perkarangan masjid dengan ketinggian yang amat tinggi.

Lain daripada itu, pengunjung tidak perlu gusar untuk mencari tempat parkir kerana parkir kenderaan yang disediakan amatlah luas.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)

Masjid Darul Hana Kuching

Masjid pertama di Sarawak

Alamat: Jln Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Telefon: 082235944

Masjid Darul Hana Kuching
Sumber foto: google map

Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak masjid di Kuching yang tersergam indah dibina. Begitu juga masjid pertama di Kuching yang bernilai RM 28 juta iaitu Masjid Darul Hana.

Di samping itu, masjid berkonsepkan seni bina moden yang tampak mewah ini mempunyai ruangan khas yang besar untuk majlis akad nikah.

Selain itu, kubah-kubah masjid yang berwarna emas serta hiasan geometri seperti berlian menampakkan lagi masjid ini agak eksklusif. Lain daripada itu, ia juga berdekatan dengan Jambatan Darul Hana dan Taman Orkid.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp

Astana Kuching

Istana di Kuching

Alamat: The Astana, Pejabat Yang di-Pertua Negeri, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

Telefon: 08-2448288

Astana Kuching
Sumber foto: google map

Astana Kuching antara tempat best di Kuching untuk dilawati khususnya ketika sambutan rumah terbuka hari perayaan. Kini, ia merupakan kediaman rasmi Yang-Di Pertua Negeri Sarawak yang tidak dibuka kepada pengunjung.

Terdahulu, istana ini adalah sebuah bangunan lama yang dibina oleh Raja Putih Sarawak kedua iaitu Charles Brooke sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya. Selanjutnya, ia terletak berhadapan dengan Kuching Waterfront.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Laman Web

Kubu Margherita Kuching

Kubu di Kuching

Alamat: Fort Margherita, Petra Jaya, 93050, Kuching Sarawak

Telefon: –

Kubu Margherita Kuching
Sumber foto: google map

Kubu Margherita merupakan tempat menarik Kuching untuk dilawati oleh para pelancong. Terdahulu, peranannya adalah sebagai kubu penempatan tentera dan senjata untuk melindungi Kuching dari serangan lanun.

Selain itu, nama kubu ini bersempena dengan nama isteri Charles Brooke iaitu Margaret Alice Lili de Windt yang dibina pada tahun 1879. Kubu dengan reka bentuk istana Inggeris Renaissance ini bertempat di tebing sungai Sarawak dan berhadapan bandar Kuching.

Tidak lama selepas itu, kubu ini dijadikan Muzium Polis dan kini dikenali sebagai tempat pelancongan di Sarawak.

Permata Pugu Camping Site

Tempat menarik di Kuching untuk remaja

Alamat: Jalan Masjid, Kampung Pugu, Sematan, 94500 Lundu, Sarawak

Telefon: –

Permata Pugu Camping Site
Sumber foto: google map

Anda remaja yang mengikuti trip ke Sarawak yang menginginkan penginapan yang lain dari yang lain? Jom ke Permata Pugu Camping Site yang merupakan tempat menarik Kuching untuk dilawati remaja.

Meskipun, lokasinya agak jauh dalam 2-3 jam dari Kucing Sarawak namun ia menjanjikan pemandangan yang mempesonakan dan bebas dari hiruk-pikuk kota. Selain itu, penginapan berkhemah di tepi pantai ini menyediakan beberapa buah khemah yang memuatkan 4-10 orang bergantung dengan saiz dan harga.

Tambahan pula, terdapat khemah yang dilengkapi dengan penyejuk udara serta tandas peribadi untuk keselesaan pengguna. Menarik bukan?

Melihat matahari terbit dan terbenam serta mendaki Bukit Gondol sememangnya pengalaman yang menyeronokkan untuk anda para remaja yang ingin bebas dari belenggu stres.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp

The Kalimantan View Point

Tempat menarik di Siburan

Alamat: Kalimantan View Point, 94700 Siburan, Sarawak

Telefon: –

The Kalimantan View Point
Sumber foto: google map

Mari trip ke Sarawak di kawasan berhampiran Kuching iaitu di Siburan yang terletak dalam daerah Serian bandar Sarawak.

The Kalimantan View Point yang berada di Borneo Highland Resort ini mengambil masa 40 minit perjalanan dari bandar Kuching. Selain itu, suasana dingin yang digambarkan di sini adalah sama seperti bercuti di Cameron Highlands, Pahang. Menarik bukan?

Untuk menuju ke The Kalimantan View Point, pengunjung perlu menaiki tram ataupun berjalan kaki dari Borneo Highland Resort. Kemudian, setibanya di sini pengunjung dapat menyaksikan pemandangan indah yang luas terbentang di permukaan kawasan ini.

Menariknya di sini apabila pengunjung melepasi papan tanda yang menjadi penghadang The Kalimantan View Point bermakna secara tidak langsung telah masuk ke Kaliman, Indonesia tanpa passport. Pastinya, ia menjadi tempat pelancongan di Sarawak yang tidak boleh dilupakan!

Pasar Serikin

Pasar di Kuching

Alamat: Serikin, 94000 Bau, Sarawak

Telefon: –

Pasar Serikin
Sumber foto: google map

Pasar Serikin yang terletak dengan jarak 1 jam dari Kucing Sarawak ini merupakan tempat menarik di Kuching untuk dilawati. Ia adalah sebuah pasar yang menjual pelbagai barangan dari etnik yang terdapat di negeri Sarawak.

Misalnya, hasil kraftangan tradisional Sarawak iaitu anyaman tikar, rotan, bubu dan disertakan sekali makanan tradisional Sarawak iaitu Mee Kolok, Laksa Sarawak. Unik bukan!

Di samping itu, harga barangan yang dijual di sini amatlah berpatutan dan boleh dijadikan sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Lain daripada itu, lokasi yang berhampiran dengan pasar ini ialah Gua Pari Pari dan Gua Angin.

Lihat Peta | Waktu operasi: Sabtu (6 pagi – 6 petang), Ahad (6 pagi – 2 petang)

Rumah Terbalik Kuching

Tempat menarik di Kuching untuk kanak-kanak

Alamat: Ground Floor, No.281-1-1, Lot 281, Section 48, KTLD, Block H, Taman Sri Sarawak Jalan Tun Abdul Rahman, Off, Jalan Borneo, 93100 Kuching, Sarawak

Telefon: –

Rumah Terbalik Kuching
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik di Kuching untuk dilawati bersama kanak-kanak? Mari kunjungi ke Rumah Terbalik Kuching. Di mana segala barangan tunggang terbalik daripada kedudukan asalnya.

Di samping itu, jangan lupa untuk membawa kamera bagi menghasilkan gambar yang cukup epik seolah-olah terbang di siling mahupun mampu mengangkat barangan berat. Pasti kanak-kanak cukup suka akan trip ke Sarawak pada kali ini.

Sememangnya menyeronokkan!   

Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp

D-Virtual Park

Tempat menarik di Kota Samarahan

Alamat: Jalan Meranek, Kampung Melaban, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Telefon: 08-2659686

D-Virtual Park
Sumber foto: google map

Gemar bermain game? Jom bermain di taman tema hologram pertama di Malaysia yang terletak di Kota Samarahan iaitu D-Virtual Park. Ia merupakan tarikan baharu di Sarawak tempat menarik untuk tumpuan pengunjung dari Kepulauan Borneo mahupun Semenanjung.

Di samping itu, ia bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk mengetahui kecanggihan teknologi digital era Revolusi Perindustrian 4.0.

Selain itu, taman tema hologram yang menelan belanja sebanyak RM 13 juta ini menempatkan 7 daya tarikan yang lengkap dengan teknologi realiti maya. Misalnya, kunjungan maya perayauan bebas, mainan tunggangan serta medan pertarungan maya.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 malam)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

0 comments:

Post a Comment

loading...