loading...

Tuesday, 26 July 2022

15 Tempat Menarik Di Sandakan Pintu Masuk Pelancongan Sabah

Sandakan Sabah yang terletak di pantai timur Pulau Borneo merupakan daerah kedua terbesar di Sabah dengan keluasan 2266 kilometer persegi. Ia menempatkan pelbagai tempat menarik di Sandakan kerana dikenali sebagai pintu masuk ke destinasi ekopelancongan di Sabah. 

Contohnya makanan sedap di Sandakan Sabah, pantai Sandakan, Sandakan resort dan rumah monyet di Sabah. Antara tempat yang terkenal di bandar Sandakan ialah Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong dan Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre.

Selanjutnya, Lapangan Terbang Sandakan menjadi lapangan terbang utama untuk kedatangan para pelancong dari seluruh Malaysia mahupun luar negara ke bandar Sandakan Sabah. Lain daripada itu, para penduduk yang mendominasi di daerah Sandakan Sabah ialah bangsa Bajau, Suluk dan Cina.

Senarai tempat menarik di Sandakan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bandar Sandakan Sabah mempunyai keunikan yang tersendiri hingga mampu menarik pengunjung ke tempat menarik Sandakan.

Oleh itu, kami senaraikan 15 tempat menarik di Sandakan Sabah untuk anda merancang destinasi percutian anda!

Lankayan Island Dive Resort

Sandakan Resort

Alamat: Ground Floor, Lot 38 & 39, Block C Bandar Tyng, Mile 5, North Road, PPM 255, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9673999

Lankayan Island Dive Resort
Sumber foto: google map

Lankayan Island Dive Resort merupakan satu-satunya tempat percutian di pantai Sandakan Sabah yang terletak di Pulau Lankayan.

Walaupun pulau ini kecil dan mengambil masa 15 minit sahaja untuk meneroka di sekitar kawasan pulau namun terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Antaranya ialah, scuba diving sambil melihat hidupan laut seperti giant grouper, whale shark dan leopard shark serta boleh menyaksikan penyu bertelur.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp

Rainforest Discovery Centre (RDC)

Taman rekreasi di Sandakan

Alamat: Jalan Lintas Sibuga, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9533780

Rainforest Discovery Centre
Sumber foto: google map

Ingin mengenali secara lebih dekat mengenai flora dan fauna di Sabah? Jom ke Rainforest Discovery Centre (RDC) yang terletak di Hutan Simpan Kabili-Sepilok.

Selain itu, ia merupakan tempat best di Sandakan dan mengambil jarak kira-kira 23 kilometer dari bandar Sandakan.

Di samping itu, terdapat ruang berjalan kanopi untuk pengunjung yang ingin melihat flora dan fauna sambil ditemani bunyi siulan burung-burung.

Selanjutnya, antara hidupan liar yang terdapat di dalam hutan hujan ini seperti orang utan, monyet, tupai dan rusa. 

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary

Tempat menarik untuk kanak-kanak di Sandakan

Alamat: Off, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9672133

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik di Sabah untuk kanak-kanak yang lain dari yang lain? Rumah monyet di Sabah iaitu Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary merupakan lokasi sesuai yang anda cari. Ia terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Sandakan Sabah.

Untuk makluman anda, Proboscis Monkey merupakan nama lain bagi Monyet Belanda iaitu fizikalnya berhidung besar dan panjang. Selain itu, spesies monyet ini agak unik kerana hanya dijumpai di kepulauan Borneo tetapi amat sukar ditemui di kawasan semenanjung.

Pengunjung juga boleh melihat pelbagai telatah monyet-monyet tersebut dari platform pemerhatian di rumah monyet tersebut. Ada sahaja ragam haiwan eksotik ini pamerkan mampu menghiburkan kanak-kanak yang mungkin tidak pernah melihatnya secara langsung sebelum ini.

Namun begitu, pengunjung tidak perlu risau kerana Monyet Belanda bukan daripada spesies haiwan agresif.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5.30 petang)

Borneo Sun Bear Conservation Centre

Pusat pemuliharaan Beruang Matahari di Sandakan

Alamat: Postal address: PPM 219, Elopura, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9534491

Borneo Sun Bear Conservation Centre
Sumber foto: google map

Beruang Matahari merupakan haiwan eksotik yang diancam kepupusan akibat pembalakan haram dan pemburuan. Untuk melihat haiwan ini, pengunjung boleh bertandang ke Borneo Sun Bear Conservation Centre yang terletak tidak jauh dari Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre.

Tambahan pula, Beruang Matahari iaitu Sun Bear juga dikenali dengan nama Beruang Madu dalam kalangan orang Indonesia. Selanjutnya, pusat ini menempatkan lebih 30 ekor spesies beruang yang terkecil di dunia ini.

Pelbagai aksi yang lucu yang dipamerkan oleh spesies beruang ini seperti kebijaksanaan spesies ini untuk mengupas sebiji kelapa untuk mendapatkan air dan isinya.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa Beruang Matahari amat sensitif terhadap bunyi bising. Oleh itu, pengunjung dinasihatkan untuk tidak membuat bising secara keterlaluan yang boleh menganggu habitat ini.

Waktu operasi:

  1. Isnin & Rabu – Jumaat & Ahad (9 pagi – 3.30 petang)
  2. Selasa (9 pagi – 5 petang)
  3. Sabtu (9 pagi – 3 petang)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Pusat pemuliharaan Orang Utan di Sandakan

Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9633587

Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre
Sumber foto: google map

Seperti sedia maklum Sabah amat dikenali Orang Utan atau nama lainnya Wild Red Apes di Kepulauan Borneo. Untuk mengunjungi santuari Orang Utan, pengunjung boleh ke Sepilok Orang Utan Rehabilition Centre.

Selain itu ia mempunyai 40 kilometer persegi keluasan dan terletak bersebelahan Rainforest Discovery Centre (RDC). Setibanya ke pusat ini, pengunjung akan melalui laluan kayu untuk menuju ke arah galeri dan platform memberi makanan kepada Orang Utan.

Tambahan pula, pengunjung dapat menyaksikan Orang Utan diajar untuk hidup berdikari serta waktu terbaik untuk turut memberi makan kepada spesies ini pada jam 10 pagi dan 3 petang.

Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah pusat informasi yang memaparkan 6 kali video dalam masa sehari, kedai cenderamata, surau, kafe dan tandas.

Lihat Peta | Instagram | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 12 tengahari) & (2 petang – 4 petang)

Taman Buaya Sandakan

Tempat menarik di bandar Sandakan

Alamat: Mile 8, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9660666

Taman Buaya Sandakan
Sumber foto: foursquare.com, Facebook @Tempat Menarik Di Malaysia, @1SABAH, google map

Taman Buaya Sandakan (Sandakan Crocodile Farm) turut gah setanding taman buaya yang lain seperti di Kuching, Miri, Langkawi, Ipoh mahupun Melaka. Lokasi yang terletak hanya 4 kilometer dari Lapangan Terbang Sandakan ini merupakan tempat menarik di bandar Sandakan untuk seisi keluarga.

Taman buaya ini menempatkan 3000 ekor buaya, taman kanak-kanak dan ikan Amazon bersaiz besar di dalam sebuah zoo mini. Menariknya, di sini turut ditempatkan buaya gergasi yang berusia lebih kurang 60 tahun iaitu Bujang Lapuk.

Selain itu, jika pengunjung hadir pada hari Ahad atau cuti umum dapat menyaksikan pertunjukan buaya dan ular. Menarik bukan? Lain daripada itu, tempat menarik ini berhampiran Sandakan Memorial Park.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Muzium Warisan Sandakan

Tempat menarik yang percuma di Sandakan

Alamat: Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-8225033

Muzium Warisan Sandakan
Sumber foto: google map

Setiap negeri sudah pastinya mempunyai muzium yang menceritakan sejarah dan adat budaya masyarakat di negeri berkenaan. Oleh itu, Muzium Warisan Sandakan Sabah ini tarikan percuma yang mesti dilawati.

Meskipun ia tidaklah sebesar muzium lain, namun padat dengan pelbagai fakta menarik. Selain itu, lokasinya yang terletak di tengah bandar memudahkan untuk pengunjung mengakses ke muzium ini.

Antara bahan yang dipamerkan ialah pameran visual yang menampilkan sejarah dan kebudayaan masyarakat Sabah dan rumah tradisional kaum-kaum di Sabah.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Sungai Kinabatangan River Cruise

Sungai ke-2 terpanjang di Malaysia

Alamat: Sungai Kinabatangan, Sabah

Telefon: –

Sungai Kinabatangan River Cruise
Sumber foto: google map

Jika di Sarawak ada Sungai Rajang, di Sabah pula ada Sungai Kinabatangan sepanjang 560 kilometer yang terletak di Sandakan Sabah. Sungai ke-2 terpanjang di Malaysia ini, mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.

Di samping itu, pengunjung boleh mencuba menaiki bot Sungai Kinabatangan River Cruise untuk mengembara melihat flora dan fauna, perkampungan serta bandar-bandar kecil di sepanjang sungai ini.

Ini merupakan pengalaman yang menarik kerana dapat melihat keindahan alam semulajadi yang lebih menyeronokkan. Antara hidupan liar unik yang boleh dijumpai ialah Borneo Pygmy Elephants, Monyet Belanda, Orang Utan dan banyak lagi.

Lihat Peta | Waktu Operasi:

Gomantong Cave Sandakan

Gua di Sandakan

Alamat: Gua Gomantong, 90000 Kinabatangan, Sabah

Telefon: –

Gua Gomantong (Gomantong Cave)
Sumber foto: google map

Di Kepulauan Borneo bukan sahaja di negeri Sarawak mempunyai gua menarik malah di Sabah turut mempunyai gua yang menarik untuk diterokai.

Gua Gomantong merupakan gua yang terbesar di Sabah yakni menjadi penghuni terbesar kelawar dan lipas. Selain itu, pengunjung boleh menemui hidupan-hidupan liar seperti Orang Utan dengan berjalan di atas kanopi ruang jalan yang disediakan.

Gua ini menjadi tempat pemeliharaan sarang burung layang-layang iaitu jenis Black Nest dan White Nest. Sedikit peringatan untuk anda yang fobia atau geli dengan lipas, di sini bukan lokasi ideal untuk anda!

Lihat Peta | Waktu Operasi:

Sandakan Memorial Park

Taman peringatan di Sandakan

Alamat: 90702, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9275400

Sandakan Memorial Park
Sumber foto: google map

Taman peringatan Sandakan Sabah merupakan tapak bersejarah di mana satu peristiwa kekejaman telah berlaku.

Pada Perang Dunia Ke-2 sekitar tahun 1945, tentera Jepun yang zalim telah menawan sebilangan besar askar-askar Australia dan British.

Detik hitam ini mengorbankan sebanyak 2400 orang dan hanya 6 orang yang selamat melarikan diri. Oleh itu, taman peringatan yang terletak di dalam Taman Rimba ditubuhkan bagi memperingati mereka yang telah terkorban.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (8 pagi – 6 petang)

Pasar Umum Sandakan (Sandakan Central Market)

Pasar di Sandakan

Alamat: Sandakan Central Market, Jalan Pryer, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: –

Pasar Umum Sandakan
Sumber foto: google map

Pasar Umum Sandakan (Sandakan Central Market) merupakan pasar harian yang terkenal dalam kalangan penduduk setempat di bandar Sandakan Sabah.

Pasar ini terletak di dalam bangunan bertutup 3 tingkat yang menjual pelbagai barangan menarik.

Antaranya ialah, barangan basah harian yang segar, perhiasan wanita seperti mutiara, kraftangan budaya setempat dan kedai-kedai makanan yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Semestinya mampu membuat anda rambang mata!   

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)

Pasar Malam Sandakan

Tempat menarik waktu malam di Sandakan

Alamat: Jalan Pejabat Pos, Pusat Bandar Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: –

Pasar Malam Sandakan
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik Sandakan pada waktu malam? Jom ke Pasar Malam Sandakan yang semestinya mampu mengenyangkan perut anda yang berkeroncong itu.

Di samping itu, berbagai gerai yang menjual makanan berasaskan makanan laut yang segar samada bergoreng, bakar mahupun bersup.

Antara makanan sedap di Sandakan yang lazimnya menjadi tarikan pengunjung ialah ikan bakar, lobster, kepak ayam panggang dan banyak lagi.

Pasti menyelerakan ditambah pula lokasinya terletak di tepi laut!

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (3 petang – 1 pagi)

Agnes Keith House

Tempat bersejarah di Sandakan

Alamat: 296, Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: 08-9221140

Agnes Keith House
Sumber foto: google map

Setiap negeri pastinya mempunyai tempat bersejarah yang menarik. Namun tidak kurangnya di bandar Sandakan Sabah terletaknya Agnes Keith House sebagai tempat bersejarah.

Terdahulu, Agnes Keith ialah seorang penulis buku yang menaikkan populariti Sabah di peringkat antarabangsa. Rumah ini dahulunya didiami oleh beliau bersama suaminya iaitu Mr Harry Keith dan anaknya iaitu George.

Tambahan pula, seni bina rumah ini sangat klasik seperti rumah-rumah kampung Melayu yang dicat berwarna putih.

Namun pada tahun 1946, rumah ini dibina semula setelah musnah pada Perang Dunia Ke-2 dan dijadikan muzium oleh kerajaan negeri.

Antara barangan yang dipamerkan di sini ialah perabot lama dan antik yang asli, sejarah salasilah keluarga dan kehebatan Agnes Keith serta artifak peninggalan perang dunia.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Pasar Malam Kim Fung

Pasar malam Sabtu di Sandakan

Alamat: Lorong Bandar Kim Fung 6, Mile 4, Bandar Kim Fung, Sandakan, Sabah, Malaysia

Telefon: –

Pasar Malam Kim Fung
Sumber foto: mysabah.com, foursquare.com

Pasar Malam Kim Fung merupakan pasar malam hari Sabtu yang hanya terletak kira-kira 6.5 kilometer di bandar Sandakan Sabah. Selain itu, pasar malam yang beroperasi sejak tahun 2010 ini menjadi tarikan pengunjung pada setiap Sabtu malam.

Di samping itu, pelbagai barangan turut dijual di sini seperti makanan berat, keperluan harian, pakaian, cenderahati, buah-buahan tempatan dan aksesori wanita.

Sememangnya mampu membuat pengunjung rambang mata untuk memilih. Lain daripada itu, pelbagai tempat penginapan turut berada di kawasan sekitar ini.

Lihat Peta | Waktu operasi: Sabtu (5 petang – 10 malam)

Masjid Daerah Sandakan

Masjid utama di Sandakan

Alamat: Masjid Daerah Sandakan, 90000 Sandakan, Sabah

Telefon: –

Masjid Daerah Sandakan
Sumber foto: google map

Untuk anda yang beragama Islam, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menunaikan solat di Masjid Daerah Sandakan. Di samping itu, masjid utama di daerah Sandakan Sabah ini dibina pada tahun 1985 dan siap sepenuhnya pada tahun 1989.

Dalam pada itu, masjid di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dibuka secara rasmi pada tahun 1990.

Selain itu, reka bentuk masjid ini lebih moden daripada masjid-masjid sedia ada di Sandakan dengan bentuk kubah masjid seperti separa piramid. Lain daripada itu, lokasinya yang terletak di tepi laut membuatkan pemandangan pada waktu senja tersergam indah.

Lihat Peta | Facebook

0 comments:

Post a Comment

loading...