Selepas maklumat itu dibocorkan pada Mei lalu, kini kemunculan dan tarikh keluaran kejatuhan pertama koleksi runcit Louis Vuitton x Nike Air Force 1 telah diumumkan secara rasmi.
Kasut kolaborasi yang direka secara oleh Virgil Abloh ini dijangka dikeluarkan dalam sembilan warna, dengan 12 lagi warna dijangka menyusul kelak, menjadikan hadir dengan 21 gaya warna.
Koleksi runcit ini datang selepas sebelum ini dijual secara terhad melalui Sotheby’s dan F&F seeding pada awal tahun lalu, di mana 200 pasang siluet ini dilelong.
Untuk jualan sekarang ni, rasanya ramai yang boleh dapatkan sneaker ni. Sebabnya, walaupun sebelum ini dipercayai hanya dijual kepada pelanggan VIP, Drop 1 daripada koleksi runcit Louis Vuitton x Nike Air Force 1 akan dijual secara dalam talian.
Kemudian untuk varian warna, peminat kasut akan dihidangkan dengan warna “Met Gold/Baroque Brown/Black” yang didatangkan dalam warna metalik dan dua varian warna “White/Team Royal,” “White/Comet Red,” dan “White/Gym Green” diilhamkan oleh gaya collegiate.
Untuk jalur warna lain, terdapat “Triple White” dan “Black/Anthracite” yang unik, “Sail/Multicolor” dengan motif grafiti Damier , dan “Met Silver/Black/Dark Purple Dusk/Topaz Gold” yang berwarna-warni.
Kemudian untuk varian warna, peminat kasut akan dihidangkan “Met Gold/Baroque Brown/Black” yang didatangkan dengan warna metalik serta dua varian warna “White/Team Royal,” “White/Comet Red,” dan “White/Gym Green” diilhamkan dari gaya collegiate. Untuk jalur warna lain, ada “Triple White” dan “Black/Anthracite” yang unik, “Sail/Multicolor” dengan motif grafiti Damier , dan “Met Silver/Black/Dark Purple Dusk/Topaz Gold” yang berwarna-warni.
Drop 1 dari koleksi runcit Louis Vuitton x Nike Air Force 1 ini berharga AS$ 2,750 (sekitar RM 12,200) untuk varian rendah dan AS$ 3,450 (sekitar RM 15,300) untuk varian pertengahan dan boleh didapati dalam saiz 2.5 hingga 18 melalui laman web rasmi Louis Vuitton mulai 19 Julai ini.
0 comments:
Post a Comment