loading...

Monday, 18 July 2022

20 Tempat Menarik Di Kuantan Yang Best

Alami pengalaman bercuti di bandar Kuantan dengan berbagai tempat menarik di Kuantan Pahang untuk diterokai.

Terdahulu, Pahang merupakan negeri ke-3 terbesar di Malaysia yang dikelilingi oleh negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, ibu negeri Pahang ialah daerah Kuantan dan daerah Pekan sebagai bandar diraja.

Tambahan pula, Kuantan yang seluas 2690 kilometer persegi terdiri daripada 6 mukim utama iaitu Beserah, Kuala Kuantan, Penor, Sungai Karang, Ulu Kelantan dan Ulu Lepar.  

Senarai tempat menarik di Kuantan

Kuantan merupakan tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Sehubungan dengan itu, jom jalan jalan Kuantan kerana terdapat pelbagai jenis percutian di Kuantan yang menarik ditawarkan.

Antaranya ialah tempat bersejarah, makan, penginapan dan pelancongan yang menarik untuk anda semua!

Berikut disenaraikan 20 tempat menarik di Kuantan dan kawasan Jengka untuk diterokai.  

Tanjung Lumpur

Perkampungan nelayan di Kuantan

Alamat: Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Telefon:

Pantai Tanjung Lumpur
Sumber foto: google map

Mencari pengalaman bercuti di Kuantan yang bebas dari kesibukan dan kesesakan kota? Jom jalan jalan Kuantan ke Tanjung Lumpur! Kawasan yang terletak kira-kira 2 kilometer dari bandar Kuantan ini ialah sebuah perkampungan nelayan yang terletak berdekatan Sungai Kuantan.

Tambahan pula, Tanjung Lumpur merupakan penempatan awal yang didiami oleh orang Melayu di Kuantan. Selain itu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai hasil laut yang segar di sini. Maklumlah, berada betul-betul di perkampungan nelayan!

Di perkampungan ini juga terdapat banyak gerai dan restoran dengan menu berasaskan hasil laut segar seperti di Ana Ikan Bakar Petai. Lain daripada itu, Tanjung Lumpur mempunyai sebuah tarikan pantai terbaharu iaitu Pantai Anak Air.

Esplanade Kuantan

Taman awam di Kuantan

Alamat: Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Esplanade Kuantan
Sumber foto: google map

Esplanade Kuantan ialah tempat menarik di Pahang untuk dilawati yang menjadi tumpuan pengunjung setiap masa. Terdahulu, kawasan ini merupakan penempatan awal penduduk di bandar Kuantan.

Taman ini berkedudukan agak strategik kerana ia berdekatan dengan tempat menarik di Kuantan yang lain seperti Kuantan River Cruise dan Menara Kuantan 188.

Selain itu, taman ini menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang 2 kilometer yang boleh untuk kemudahan pengunjung berjalan kaki, berjoging mahupun memancing.

Di samping itu, memandangkan laluan pejalan kaki bertentangan dengan signboard gergasi Kuantan di Sungai Kuantan, maka pengunjung boleh mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Pantai Balok Kuantan

Tempat lepak di Kuantan

Alamat: Pantai Balok, 26080, Pahang

Telefon: –

Pantai Balok Kuantan
Sumber foto: google map

Pantai Balok merupakan lokasi ideal sebagai tempat lepak di bandar Kuantan untuk menghilangkan kepenatan seketika sambil menikmati pemandangan indah tepi pantai. Selain itu, lokasi ini terletak hanya 15 minit dari bandar Kuantan.

Di samping itu, aktiviti utama yang menonjolkan Pantai Balok ini ialah windsurfing ekoran daripada kesesuaian faktor angin dan arus pantainya serta aktiviti perkhemahan.

Lain daripada itu, jika anda berada di Pantai Balok pada waktu malam, anda boleh mengunjungi kedai-kedai makan di sekitar yang menjual pelbagai menu berasaskan hasil laut yang segar.  

Sepat Village House

Tempat menarik di Kuantan untuk family day

Alamat: Kampung Kuala Penur, 26060 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Sepat Village House
Sumber foto: google map

Mencari percutian di Kuantan untuk menganjurkan family day? Jangan risau! Jom bercuti ke Sepat Village House. Homestay 2 tingkat dengan suasana indah kampung serta 5 bilik tidur ini terletak berdekatan Pantai Sepat.

Di samping itu, homestay terkenal ini pernah menjadi lokasi untuk penggambaran sebuah drama terbitan RTM. Dalam pada itu, halaman homestay yang seluas 2 ekar membolehkan aktiviti-aktiviti keramaian diadakan.

Antaranya ialah family day, majlis perkahwinan, perkhemahan dan banyak lagi.

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp

Menara Kuantan 188

Menara di Kuantan

Alamat: Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5135821

Menara Kuantan 188
Sumber foto: google map

Terletak berdekatan dengan Esplanade Kuantan menjadikan ia sebagai tempat menarik di Pahang untuk dilawati. Menara Kuantan 188 dengan ketinggian 104 meter mampu memberikan pemandangan 360 darjah sekitar bandar Kuantan.  

Lain daripada itu, pengunjung boleh mengambil gambar berlatar-belakangkan Sungai Kuantan dan membeli cenderamata yang dijual di lobi menara tersebut.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Khamis (10 pagi – 11 malam)
  2. Jumaat – Ahad ( 10 pagi – 12 pagi)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web

Doco Murah Al-Murah

Kedai aksesori gadjet di Kuantan

Alamat: 5, B-30, Lorong IM 5/2, Bandar Indera Mahkota, 25300 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5737339

Doco Murah Al-Murah
Sumber foto: google map

Kebiasaannya barang murah, murah kualitinya. Tetapi tidak di Doco Murah Al-Murah kerana ia menjanjikan membeli barang murah tetapi mahal kualitinya. Selain itu, ia merupakan kedai aksesori gadjet juga telefon yang ada di Kuantan.

Jadi jom jalan jalan Kuantan ke dalam kedai ini bagi mendapatkan aksesori menarik berkualiti tetapi murah untuk gadjet anda.

Selanjutnya, pelbagai barangan aksesori yang dijual di sini seperti casing telefon yang menarik, kabel usb, monopod, headphone dan bermacam lagi yang mampu membuat anda rambang mata!

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 11 malam)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Restoran Jaman Tory Semambu

Restoran di Kuantan

Alamat: Lorong Semambu Baru 42, Taman Semambu 1, 25350 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Restoran Jaman Tory Semambu
Sumber foto: google map

Umum mengetahui bahawa, negeri Tok Gajah ini amat sinonim dengan masakan berasaskan ikan patin. Jadi jom jalan jalan Kuantan cari makan ke Restoran Jaman Tory Semambu.

Restoran ini terkenal di bandar Kuantan yang menyajikan pelbagai menu utama yang berasaskan ikan patin. Antaranya ialah patin masak tempoyak, patin goreng, patin stim limau, patin goreng berlada dan patin bakar tempoyak.

Bagi pengunjung ingin makan lauk bersama nasi, boleh membuat pesanan hidangan set seperti set burung puyuh, set ayam kampung, set patin tempoyak, set daging salai, set orang kampung dan set patin asang rong. Pasti menyelerakan!

Waktu operasi: Khamis – Selasa (11 pagi – 12 tengah malam)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp

De Chempedak Guest House

Homestay di Teluk Cempedak

Alamat: De Chempedak Guest House, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: –

De Chempedak Guest House
Sumber foto: google map

Di kawasan Teluk Cempedak terdapat sebuah homestay bertaraf 2 bintang yang murah dan menarik untuk pengunjung jadikan destinasi percutian di Kuantan.

De Chempedak Guest House menawarkan 10 bilik dengan 2 pemandangan menghadap alam semulajadi ataupun kebun. Di samping itu, ia berhampiran dengan kawasan Pantai Teluk Cempedak.

Selanjutnya berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini misalnya barbeku, event serta menikmati pemandangan dan deruan ombak tepi pantai.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp

Taman Gelora

Taman rekreasi di Kuantan

Alamat: Jalan Dato Abdullah, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Taman Gelora
Sumber foto: google map

Mencari tempat menenangkan dengan keindahan alam semulajadi? Jom jalan jalan ke tempat menarik Pahang untuk dilawati iaitu Taman Gelora. Ia adalah taman rekreasi di tepi pesisir pantai yang lazimnya menjadi tarikan pengunjung untuk berjoging, bersenam dan aerobik.

Di samping itu, laluan pejalan kaki, alatan senaman, pondok rehat dan gerai-gerai makanan turut terdapat di taman ini sebagai kemudahan untuk pengunjung.

Lain daripada itu, jika berkunjung ke sini pada hari Ahad, pengunjung boleh singgah ke Pasar Malam Taman Gelora yang menyediakan pelbagai juadah dan barangan menarik untuk dibeli.

Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam

Mini Zoo Teruntum

Zoo di Kuantan

Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5673333

Mini Zoo Teruntum
Sumber foto: google map

Alami sendiri pengalaman bercuti di Kuantan bersama anak-anak pada musim cuti persekolahan dengan melawat ke Mini Zoo Teruntum yang terletak bersebelahan Pantai Teluk Cempedak.

Meskipun, zoo ini sekadar mini zoo namun terdapat banyak perkara menarik yang ditempatkan di sini untuk tatapan pengunjung. Di samping itu, haiwan-haiwan yang ditempatkan adalah sama seperti zoo negara ataupun zoo negeri.

Namun begitu, keunikannya di sini ia menempatkan replika dinasour yang terdiri daripada pelbagai spesies serta pelbagai port menarik untuk ‘kaki gambar’.

Selanjutnya, kemudahan asas yang disediakan seperti tandas, tempat letak kereta dan sebagainya untuk kemudahan pengunjung.

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang)
  2. Sabtu – Ahad (9 pagi – 7 malam)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Air Terjun Sungai Pandan

Air terjun di Kuantan

Alamat: Air Terjun Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Air Terjun Sungai Pandan
Sumber foto: google map

Jom jalan jalan ke tempat menarik di Pahang untuk dilawati iaitu Air Terjun Sungai Pandan atau dikenali sebagai Air Terjun Panching. Air terjun yang terkenal di Kuantan ini terletak kira-kira 20 minit dari bandar Kuantan.

Selain itu, lokasi air terjun ini sangat mudah untuk diakses kerana ia sangat hampir dengan kawasan parkir kenderaan. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkelah, bermandi-manda dan berkhemah.

Menariknya di sini, pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan fenomena pelangi yang timbul tenggelam disebalik percikan air terjun ini. Selanjutnya, kemudahan yang ditempatkan di sini seperti pondok berehat, kolam mandi kanak-kanak dan titian gantung.

Lain daripada itu, pengunjung boleh menyaksikan pemandangan indah di sini dengan jalan jalan Kuantan di jungle trails yang dihiasi dengan pokok-pokok besar seperti meranti dan keruing.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp

Pantai Batu Hitam

Pantai di Kuantan

Alamat: Pantai Batu Hitam, 26100, Pahang

Telefon: –

Pantai Batu Hitam
Sumber foto: google map

Pernah lihat pantai yang unik mempunyai batu-batuan berwarna hitam? Jika tidak, mari ke tempat percutian di Kuantan iaitu Pantai Batu Hitam.

Pantai yang terletak kira-kira 10 minit dari bandar Kuantan ini sememangnya bertindak sebagai lokasi wajib untuk anda singgah. Tambahan pula, keunikan batu-batuan hitam di sepanjang pantai ini lazimnya menjadi tumpuan untuk aktiviti fotografi.

Selanjutnya, tidak lengkaplah sebuah pantai tanpa gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan yang enak sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan.

Lain daripada itu, terdapat beberapa tempat penginapan yang menarik yang didapati berhampiran Pantai Batu Hitam.

Petrosains Play Smart Kuantan

Tempat menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Alamat: Jalan Kamunting, 21500, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5142290

Petrosains Play Smart Kuantan
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik di Kuantan untuk kanak-kanak? Pastinya, kemasukan secara percuma. Percuma? Ya, percuma! Apa tunggu lagi, jom jalan jalan Kuantan ke Petrosains Play Smart Kuantan yang terletak di dalam Perpustakaan Awam Kuantan.

Semestinya, kanak-kanak akan terhibur dan pelbagai permainan sambil belajar yang terdapat di sini. Antaranya ialah trek kereta, ruang main bola, pertandingan mewarna serta menerokai dunia sains di dalam Pusat Sains Mini.

Lain daripada itu, pusat ini juga sesuai untuk para guru untuk menganjurkan lawatan sambil belajar untuk murid-murid sekolah rendah.  

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Facebook

East Coast Mall Kuantan

Shopping mall di Kuantan

Alamat: Ground Floor, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5658600

East Coast Mall Kuantan
Sumber foto: google map

Anda ‘kaki shopping’? Tak lengkaplah kalau tak ke shopping mall setibanya anda ke bandar Kuantan ini!

East Coast Mall merupakan shopping mall yang menempatkan pelbagai barangan mewah serta pusat hiburan dan sukan yang menarik untuk anda.

Di samping itu, bangunan yang terdiri daripada 2 tingkat ini merupakan tempat menarik di Pahang untuk dilawati yang sesuai bagi anda yang ingin mencari barangan berjenama mengikut peredaran fesyen terkini.

Selain itu, terdapat food court yang disediakan untuk anda menjamu selera setelah penat membeli-belah.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Lihat Peta | Facebook | Instagram

De Rhu Beach Resort

Resort di Kuantan

Alamat: 152 Mukim Sungai Karang Balok, 26100 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5579000

De Rhu Beach Resort
Sumber foto: google map

Terdapat pelbagai resort yang menarik di bandar Kuantan seperti Swiss Garden Beach Resort dan Hyatt Regency Resort Kuantan. Namun tidak kurang hebatnya De Rhu Beach Resort untuk dijadikan destinasi percutian di Kuantan untuk bermalam dengan 162 bilik yang ditawarkan.

Selain itu, resort di tepi pantai ini menempatkan pelbagai jenis kolam renang mengikut kesesuaian peringkat umur. Dengan fasiliti yang ada pada resort ini misalnya dewan mampu menjadikan ia sesuai untuk melakukan aktiviti seperti team building, seminar dan hari keluarga.

Selanjutnya, resort bertaraf 3 bintang ini terletak betul-betul menghadap Laut China Selatan yang menjadikan ia pemandangan yang sungguh indah.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web

Villa KuChinta

Villa di Kuantan

Alamat: Lot 84, Cherok Paloh, 26060 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Villa KuChinta
Sumber foto: google map

Lihat dari gambar sahaja villa ini sudah cukup tersergam indah apatah lagi lihat dari depan mata pastinya jatuh ‘chinta’ bukan? Villa KuChinta merupakan tempat menarik di Pahang untuk dilawati sebagai pusat penginapan.

Villa yang direka khas berkonsepkan moden dan mewah ini terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Cempedak. Selain itu, ruangan villa yang sangat besar dan luas mampu menempatkan sejumlah ahli keluarga yang ramai.

Di samping itu, villa ini terdiri daripada 7 bilik, 5 bilik mandi dan sebuah kolam renang. Lain daripada itu, pemandangan dengan latar belakang pokok kelapa semestinya menjadi tarikan untuk mengambil gambar terutamanya di waktu senja.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp

Muzium Sungai Lembing

Tempat bersejarah di Kuantan

Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Telefon: 09-5412378

Muzium Sungai Lembing
Sumber foto: google map

Alami pengalaman bercuti di Kuantan dengan menjejakkan kaki ke Muzium Sungai Lembing secara percuma. Muzium ini ditubuhkan bagi memperkenalkan kepada pengunjung bahawa Sungai Lembing pernah menjadi bandar yang kaya dengan pengeluar bijih timah di Pahang.

Sehubungan dengan itu, ia dikenali sebagai lombong bijih timah bawah tanah yang terdalam di dunia. Selain itu, muzium 2 tingkat seluas 2.235 hektar ini mempamerkan pelbagai barangan yang terlibat di dalam aktiviti perlombongan seperti jentera gerudi dan gerabak keretapi.

Selanjutnya, pameran berkenaan tokoh-tokoh yang terlibat dengan aktiviti perlombongan Sungai Lembing juga terdapat di sini seperti Sultan Abu Bakar dan Tok Janggut.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Sungai Kuantan

Sungai di Kuantan

Alamat: Sungai Kuantan, Pahang

Telefon: –

Sungai Kuantan
Sumber foto: google map

Sungai Kuantan merupakan sungai terkenal di bandar Kuantan yang mengalir dari Sungai Lembing hingga ke Laut China Selatan. Untuk menelusuri di Sungai Kuantan, pengunjung perlu singgah ke Jeti Shahbandar terlebih dahulu dengan menaiki bot Kuantan River Cruise.

Selain itu, tarikan yang boleh didapati sepanjang menelusuri sungai ini ialah melihat hidupan liar seperti burung helang terbang atau kera bergayut di pokok bakau serta menemui buaya tembaga yang sedang berjemur di tepian.

Dalam pada itu, keindahan pemandangan di atas bot di sepanjang sungai pada waktu matahari terbenam sungguh mengasyikkan serta berpeluang melihat warna-warni kelip-kelip pada waktu malam.

Pasar Malam Taman Gelora Kuantan

Tempat menarik di Kuantan waktu malam

Alamat: Jalan Dato Abdullah, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Pasar Malam Taman Gelora Kuantan
Sumber foto: google map

Ingin berjalan-jalan pada waktu malam di bandar Kuantan? Jom cuci-cuci mata berjalan di Pasar Malam Taman Gelora Kuantan. Pelbagai barangan yang dijual di sini semestinya sesak dengan para pengunjung.

Sehubungan dengan itu, barangan yang dijual seperti barangan aksesori, pakaian, makanan, mainan dan banyak lagi sehingga mampu membuat anda rambang mata.

Lihat Peta | Waktu operasi: Ahad (5 petang – 9 malam)

Jengka Wonderland

Waterpark di Jengka

Alamat: PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang

Telefon: –

Jengka Wonderland
Sumber foto: google map

Meskipun Jengka Wonderland memakan masa hampir 2 jam dari bandar Kuantan dan Kuala Lumpur, namun ia tidak menjadi penghalang untuk pengunjung kunjungi waterpark ini. Selain itu, ia terletak di dalam kawasan Felda dan merupakan waterpark pertama dibina dalam kawasan Felda.

Walaupun, ia tidak sehebat waterpark di tempat lain namun ia amat memadai untuk memberi keseronokan kepada pengunjung khususnya kanak-kanak.

Di samping itu, ia waterpark yang mengetengahkan seni bina bangunan Timur Tengah yang dihiasi elemen fantasi berwarna-warni ini terdiri daripada 5 bahagian kolam.

Antaranya ialah kolam pantai berombak, kolam dewasa/kanak-kanak gelongsor, kolam kanak-kanak/baby gelongsor, kolam permainan bot dan sungai sepanjang 500 meter.  

Waktu operasi: Jumaat – Rabu (9 pagi – 7.30 malam)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp

0 comments:

Post a Comment

loading...