loading...

Monday, 25 July 2022

21 Tempat Menarik Di Bangi Bandar Ilmu

Bandar Bangi Selangor dahulunya merupakan sebuah ladang kelapa sawit namun kini dikenali sebagai bandar ilmu yang pesat membangun. Meskipun, Bangi menempatkan banyak pusat pengajian namun terdapat pelbagai tempat menarik di Bangi untuk dikunjungi.

Seperti sedia maklum, Bangi Selangor terletak di mukim Kajang yang terletak di daerah Hulu Langat. Tambahan pula, Bangi Selangor dengan jarak 6 kilometer dari bandar Kajang ini terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Kawasan berhampiran bandar Bangi Selangor seperti Putrajaya dan Seri Kembangan di mukim Serdang yang terletak di dalam daerah Petaling turut menjadi tarikan pengunjung yang berkunjung di sekitar bandar Bangi Selangor.

Senarai tempat menarik di Bangi

Sebut sahaja Bangi Selangor, sudah semestinya terlintas di fikiran setiap orang bahawa terletaknya pusat pengajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Namun begitu, bukan itu sahaja malah terdapat banyak tempat menarik di Bangi Selangor atau bandar ilmu untuk dijadikan tempat untuk bercuti.

Oleh itu, berikut telah disenaraikan 21 tempat menarik Bangi untuk tatapan pengunjung.

Bangi Wonderland

Tempat menarik untuk kanak-kanak di Bangi

Alamat: 2, Persiaran Bangi Avenue, Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: –

Bangi Wonderland
Sumber foto: google map

Mempelawa sahaja kanak-kanak untuk pergi ke taman tema air, sudah semestinya mereka melompat-lompat kegembiraan bukan?

Bangi Wonderland merupakan tempat menarik untuk kanak-kanak berseronok dan bergembira. Siapa sahaja yang tidak suka main air?

Taman tema air ini menyediakan 15 aktiviti antaranya Body Slide, Kids Adventure, Magic Tunnel, Pirates Bay, Spiralx, The Fall dan banyak lagi yang mampu menghiburkan hati kanak-kanak.

Harga tiket: dewasa/kanak-kanak (RM 35)

Waktu operasi:

  1. Isnin & Rabu – Jumaat (11 pagi – 6 petang)
  2. Sabtu – Ahad (10 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp

D-Virtual Park @ Evo Mall

Tempat menarik untuk remaja di Bangi

Alamat: Jln Medan Pusat 2d, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: –

D-Virtual Park @ Evo Mall di Bangi
Sumber foto: google map

Jika di Kepulauan Borneo, D-Virtual Park ditempatkan di Kota Samarahan manakala di Semenanjung D-Virtual Park berada di bandar Bangi Selangor. Taman virtual ini merupakan tarikan para remaja ‘kaki gamers’ yang peminat tegar game.

Selain itu, ia berkonsepkan Virtual Reality (VR) atau Alternate Reality (AR) yang membolehkan pengunjung masuk ke dalam dunia gaming. Pastinya menyeronokkan!

Tambahan pula, 8 jenis VR dan 2 jenis AR yang ditempatkan di sini di mana pengunjung boleh memilih mengikut set kebolehan sendiri.

Harga tiket DVP:

  1. Combo 3 coins: RM 30
  2. Grand 8 coins: RM 70
  3. Ultimate 18 coins: RM 150
  4. Diskaun 50% setiap hari Rabu jika memakai pakaian bertemakan neon

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Istana Puteri Bongsu

Istana lama di Bangi

Alamat: Istana Puteri Bongsu, 43650 Bangi, Selangor

Telefon: 03-89215280

Istana Puteri Bongsu di Bangi
Sumber foto: google map

Peminat sejarah, sila munculkan diri anda! Istana Puteri Bongsu merupakan istana lama yang dikatakan asalnya terletak di Kota Bharu yang terletak di Bangi Selangor.

Istana ini merupakan milik puteri bongsu Sultan Ahmad iaitu Tengku Kalsum dan pewaris terakhir istana ialah cucu baginda iaitu Tengku Fatimah Zaharah Tengku Chik Tuan Abdullah.

Tambahan pula, 3 jenis motif ukiran yang diketengahkan di bahagian dalam hiasan istana ini iaitu motif Melayu, Cina dan India. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa perpaduan di antara kaum Melayu, Cina dan India amat utuh sejak dahulu lagi.

Lihat Peta | Laman Web

Tasik Cempaka

Tasik di Bangi

Alamat: 5, Jalan 1/7d, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: –

Tasik Cempaka di Bangi
Sumber foto: google map

Tasik Cempaka merupakan di bandar Bangi Selangor yang terletak di dalam sebuah taman rekreasi awam seluas 16.8 hektar. Selain itu, kedudukannya yang tidak jauh dari kompleks PKNS Bangi ini lazimnya menjadi tumpuan pengunjung untuk beriadah pada waktu petang.

Selanjutnya, pengunjung boleh merehatkan minda dengan menikmati pemandangan di tasik seluas 6 hektar sambil melihat ikan-ikan berenang di dalamnya. Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti peralatan bersenam dan laluan joging sepanjang 3 kilometer.

Dalam pada itu, berbasikal, berjoging, bersenam, bermain layang-layang dan bermain bola sepak merupakan aktiviti yang acapkali dilakukan oleh pengunjung.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Masjid Al-Hasanah

Masjid di Bangi

Alamat: Persiaran Kemajuan, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: 03-89129944

Masjid Al Hasanah
Sumber foto: google map

Masjid Al-Hasanah merupakan masjid lama dan terpenting yang dibina pada tahun 1977. Ia dirasmikan oleh Sultan Selangor yakni DYMM Sultan Sharifudin Idris Shah pada tahun 2000.

Di samping itu, pada tahun 2010 masjid ini dianugerahkan sebagai masjid bertaraf 5 bintang dan giat aktif dalam bermacam penganjuran aktiviti dan ceramah.

Selanjutnya, bagi anda beragama Islam, jangan lepaskan peluang untuk turut solat di sini sekiranya anda berkunjung di sekitar kawasan bandar Bangi Selangor.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)

Bangi Golf Resort

Tempat menarik Bangi untuk bermain golf

Alamat: 1, Persiaran Bandar, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: 03-89299888

Bangi Golf Resort
Sumber foto: google map

Anda peminat sukan golf? Bangi Golf Resort mungkin lokasi yang sesuai untuk anda sekiranya berada di bandar Bangi Selangor.

Padang golf dengan 36 lubang ini direka oleh Ronald Fream iaitu seorang pereka padang golf terkenal di dunia. Di samping itu, pencapaian beliau ialah pernah menghasilkan lebih 10 buah padang golf terbaik di dunia.

Selain itu, suasana padang ini penuh dengan kehijauan pokok paku-pakis dan pokok-pokok rendang. Lain daripada itu, padang golf ini berdekatan dengan tempat penginapan iaitu Bangi Resort Hotel.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 5 petang)

Pusat Kebudayaan UKM

Tempat menarik untuk keluarga di Bangi

Alamat: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), 43600 Bangi, Selangor

Telefon: 03-89215240

Pusat Kebudayaan UKM
Sumber foto: Facebook @Pusat Kebudayaan UKM

Mencari tempat menarik di Selangor untuk keluarga? Ayuh, selami keunikan pelbagai budaya di Malaysia yang terdapat di Pusat Kebudayaan UKM.

Selain itu, pusat ini terletak di dalam Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) yang mampu memuatkan seramai 600 orang pada satu-satu masa.

Antara persembahan yang dianjurkan ialah persembahan seni, aktiviti kebudayaan dengan menggunakan alat muzik tradisional negara, tarian tradisional dan banyak lagi.

Sememangnya menghiburkan di samping dapat mempelajari budaya hidup untuk setiap negeri di Malaysia ini.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8 pagi – 5 petang)

Taman Paku Pakis UKM

Taman botani di Bangi

Alamat: Taman Paku Pakis UKM, 43600 Bangi, Selangor

Telefon: 03-89214868

Taman Paku Pakis UKM
Sumber foto: google map

Nama pun Taman Paku Pakis UKM, sudah semestinya taman ini dipenuhi dengan paku pakis.

Namun begitu, terdapat juga keunikan flora lain yang terdapat di sini yang bertujuan untuk menyemai rasa cinta akan keindahan flora dan fauna serta alam semulajadi.

Taman Paku Pakis UKM ini ditubuhkan oleh Ketua Jabatan Botani pada tahun 1988 iaitu Prof. Dr. Abdul Aziz Bidin.

Kemudiannya, ia dirasmikan oleh Canselor UKM pada tahun 1990 iaitu Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuan’ku Abdul Rahman sempena ulang tahun UKM yang ke-20.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8 pagi – 5 petang)

Bangi Sentral

Tempat menarik untuk wanita berbelanja

Alamat: Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: –

Bangi Sentral
Sumber foto: google map

Setelah puas berjalan ke sana ke sini di sekitar perkarangan bandar Bangi Selangor. Mari memasuki bangunan yang dilengkapi dengan pendingin hawa iaitu Bangi Sentral.

Bangunan yang menjadi tempat menarik Bangi untuk wanita ini merupakan mall di Bangi Selangor yang wajib disinggah untuk cuci-cuci mata.

Selain itu, berbagai pakaian berjenama yang terdapat di sini sememangnya membuatkan kaum wanita rambang mata untuk memilih.

Antaranya ialah, Bella Ammara, Naelofar, Calaqisha, Al-Ikhsan, De’xandra, Al-Humaira dan bermacam lagi.

Lihat Peta | Facebook | Instagram

Bangi Getaway

Tempat menarik di Bangi untuk ‘kaki shopping’

Alamat: Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: –

Suasana mall di Bangi Getaway
Sumber foto: Facebook @Bangi Gateway

Sudah berkunjung ke Bangi Sentral namun masih tidak puas? Bagi anda sememangnya ‘kaki shopping’ jangan lupa untuk singgah membeli-belah di Bangi Getaway yang merupakan tempat best di Bangi untuk cuci-cuci mata.

Bangunan ini menempatkan lebih 200 kedai yang semestinya membuatkan pengunjung tidak keruan untuk membeli-belah. Di samping itu, pelbagai barangan yang dijual di sini seperti kedai makan, pusat hiburan, pakaian dan banyak lagi.

Lihat Peta | Facebook | Instagram

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi

Tempat makan best di Bangi

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: –

kedau makan best di Bangi
Sumber foto: google map

Perut berbunyi dan penat berjalan setelah melihat keindahan alam sekitar dan membeli-belah di mall? Jom mengisi kekosongan perut anda di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi Selangor merupakan tempat makan best di Bangi.

Menu utamanya yang patut di cuba adalah berasaskan masakan berbakar seperti ikan bakar Bangi yang dimasak di dalam daun pisang bersama petai.

Selain itu, sotong goreng tepung, udang masak butter, tomyam dan masakan Thai yang lain merupakan makanan pilihan pengunjung yang menjamu selera di restoran ini.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: Rabu – Isnin (4.30 petang – 12 tengah malam)

Kompleks PKNS Bangi

Pusat beli-belah pakaian islamik di Bangi

Alamat: Seksyen 9, Persiaran Bangi, Kompleks pkns Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: 03-89200663

Kompleks PKNS di Bangi
Sumber foto: google map

Mencari pakaian islamik trend yang terkini? Anda boleh kunjungi ke Kompleks PKNS Bangi yang menawarkan pelbagai pakaian islamik yang menarik mengikut syariat untuk membeli-belah.

Selain itu, lokasinya terletak di bahagian selatan bandaraya Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Tasik Cempaka. Di samping itu, pelbagai kedai makanan dan minuman yang didapati dalam kompleks ini seperti Kyros Kebab, Sate Kajang Haji Samuri, KFC dan banyak lagi.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Kilang Coklat Beryl’s

Kilang coklat di Bangi

8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Telefon: 03-89256136

Keadaan Kilang Coklat Beryl's di Bangi
Sumber foto: google map

Pencinta coklat, sila munculkan diri anda! Kilang Coklat Beryl’s merupakan kilang coklat yang terletak di bandar Bangi Selangor.

Meskipun, ia merupakan sebuah kilang namun pengunjung dibenarkan masuk melawat ke dalam kilang untuk melihat proses pembuatan coklat di sini dari awal hingga siap dibungkus. Menarik bukan?

Lain daripada itu, pengunjung boleh menyaksikan berbagai peralatan antik yang pernah digunakan dalam penghasilan coklat yang bermutu pada masa lalu.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)

Taman Saujana Hijau

Taman landskap di Putrajaya

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03-88877770

Taman Saujana Hijau
Sumber foto: google map

Taman Saujana Hijau iaitu taman landskap yang berkeluasan 41 hektar ini terletak di Presint 11, Putrajaya.

Selain itu, ia menempatkan pelbagai tumbuhan hijau seperti pokok pine dan tumbuhan bukan tropika yang lain. Di samping itu, ia terdiri daripada 3 zon iaitu Taman Eropah, Taman Oriental dan Taman Inggeris.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan untuk meneroka keindahan alam di tempat menarik Bangi Selangor ini.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)

Taman Botani Putrajaya

Tempat menarik percuma di Bangi

Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03-88877770

Taman Botani Putrajaya
Sumber foto: google map

Taman Botani Putrajaya yang digelar sebagai “bandar pintar dalam taman” ini merupakan tempat menarik yang percuma di Putrajaya.

Ia menempatkan ribuan spesies tumbuhan samada dari dalam mahupun luar negara. Di samping itu, pengunjung boleh bergambar dengan bunga-bungaan yang cantik dari seluruh dunia pada bahagian Floral Garden.

Selanjutnya, pengunjung boleh melawat tumbuh-tumbuhan sambil belajar kerana terdapat informasi saintifik berkenaan tumbuhan yang disediakan di sini.

Untuk berkunjung di sepanjang taman ini, pengunjung boleh menyewa basikal atau menaiki tram dengan bayaran yang berpatutan.  

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 12 tengahari) & (2 petang – 7 malam)

Masjid Putra

Masjid cantik di Putrajaya

Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03-88885678

Masjid Putra
Sumber foto: google map

Masjid Putra merupakan mercu tanda Putrajaya dan lazimnya menjadi liputan media di kaca tv samada solat Jumaat, solat Hari Raya Aidilfitri mahupun solat Hari Raya Aidiladha.

Selain itu, masjid ini dibina pada tahun 1997 bersempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Selanjutnya, reka bentuk masjid ini diinspirasikan daripada masjid Islam Persia dari Safavid.

Lain daripada itu, Masjid Putra yang tersergam ini terletak berhadapan Tasik Putrajaya dan bersebelahan Dataran Perdana.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web | Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Putrajaya Wetlands Park

Kawasan air tawar buatan manusia di Putrajaya

Alamat: Putrajaya Wetlands Park, 62000 Putrajaya

Telefon: 03-88877774

Putrajaya Wetlands Park
Sumber foto: google map

Putrajaya Wetlands Park menempatkan 100 spesies burung yang terbang bebas serta kawasan air tawar buatan manusia yang terbesar di Putrajaya.

Di samping itu, posisi terbaik untuk melihat burung beterbangan secara lebih dekat adalah dengan menaiki menara pemerhatian setinggi 18 meter.

Namun begitu, diingatkan bahawa untuk membawa teropong sendiri kerana teropong tidak tersedia di sini. Selain itu, spesies burung seperti angsa dan bangau boleh dijumpai di sekitar kawasan tasik dan kolam.

Lain daripada itu, sewaan basikal turut disediakan di sini untuk pengunjung menerokai kawasan yang seluas 335 hektar ini.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Selasa – Ahad (7 pagi – 7 malam)

IOI Mall

Mall di Putrajaya

Alamat: Management Office, Unit T2-3A-3 & Unit T2-3A-3A level 3A IOI City Tower Two Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor

Telefon: 03-83288899

IOI Mall
Sumber foto: google map

Bukan di bandar Bangi Selangor sahaja yang mempunyai mall yang menarik, malah di IOI Mall Putrajaya turut ada. Selain itu, ia tidak terhad dengan menempatkan pelbagai barangan menarik untuk membeli-belah.

Malah, terdapat tempat menarik yang lain di dalam bangunan ini seperti bermain ice skating, menonton wayang, aktiviti lasak di District 21 dan menonton persembahan air pancut muzikal The Symphony.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Taman Warisan Pertanian

Taman pertanian di Putrajaya

Alamat: No.7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03-88877772

Taman Warisan Pertanian
Sumber foto: google map

Taman Warisan Pertanian membawa pengunjung untuk menelusuri keindahan pelbagai tumbuhan tropika negara.

Antaranya ialah pokok-pokok buah, tanaman herba dan rempah, pokok getah, tanaman daun teh, sawah padi mini dan bermacam lagi untuk pengunjung terokai.

Lain daripada itu, taman warisan ini turut menempatkan kedai yang menjual barangan seperti bunga, cenderamata, kedai pakaian dan banyak lagi yang boleh dibeli sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.  

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 10 malam)

Farm In the City

Ladang di Seri Kembangan

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Telefon: 03-89413099

Farm In the City
Sumber foto: google map

Farm In the City ialah sebuah ladang yang menempatkan pelbagai spesies haiwan yang pengunjung boleh lihat secara lebih dekat.

Ladang yang terletak di dalam Seri Kembangan ini membolehkan pengunjung berinteraksi dengan haiwan tanpa batasan. Selain itu, terdapat 6 tarikan di dalam Farm In the City iaitu Aviary, Savannah, Pelican, Jungle Walk, Exhibition Hall dan Turtle & Tortoise Farm.

Antara haiwan yang ditempatkan di ladang ini ialah kambing, tikus belanda, kanggaru, arnab, kura-kura, penyu dan banyak lagi

Waktu operasi:

  1. Isnin & Rabu – Jumaat (10 pagi – 6 petang)
  2. Sabtu – Ahad (9.30 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Laman Web

Muzium Anatomi

Tempat menarik di Seri Kembangan

Alamat: Muzium Anatomi, 43400 Seri Kembangan, Selangor

Telefon: –

Muzium Anatomi di bangi
Sumber foto: Facebook @Universiti Putra Malaysia

Teringin untuk melihat keadaan sebenar di dalam badan manusia iaitu anatomi seperti yang dilakukan untuk tujuan perubatan? Jom ke Muzium Anatomi yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pelbagai spesimen anatomi yang terdapat di sini antaranya rangka kuda serta dinasour yang telah pupus sejak berabad dan diawetkan oleh pihak universiti. Menarik bukan?

Lihat Peta | Waktu Operasi:

0 comments:

Post a Comment

loading...