loading...

Friday, 1 July 2022

15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong

Sebut sahaja Lumut Perak Malaysia pastinya akan terlintas di fikiran anda bahawa kawasan ini merupakan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia kan? Tahukah anda, terdapat banyak tempat menarik di Lumut yang patut anda setkan masa dan tarikh untuk pergi melancong.

Selain itu, mukim di daerah Manjung ini merupakan pintu masuk utama ke Pulau Pangkor. Tambahan pula, bandar yang menghadap Selat Melaka ini dinamakan Lumut oleh penduduk tempatan kerana kawasan ini kaya dengan lumut.

Senarai tempat menarik di Lumut Perak

Berikut dapat disenaraikan 15 tempat menarik di Lumut Perak yang sesuai untuk semua golongan untuk melancong. Justeru, diharapkan agar informasi ini dapat merungkaikan pencarian anda!

Pantai Teluk Batik

Pantai menarik di Lumut

Pantai Teluk Batik
Sumber foto: google map

Pantai Teluk Batik yang terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Lumut ini terkenal sebagai pantai menarik di Perak. Hal ini kerana, keindahan pantai ini berpasir putih dan kejernihan air laut pasti memukau mata pengunjung.

Selain itu, pantai ini sesuai untuk aktiviti bermandi-manda, barbeku, memancing serta bermain sukan air seperti Banana Boat. Antara kemudahan lain yang disediakan misalnya perkhidmatan kerusi pantai, chalet, gerai dan tempat persalinan. 

Lihat Peta | Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Perak

Rockbund Fishing Chalet

Chalet di Lumut

Rockbund Fishing Chalet
Sumber foto: agoda

Anda “kaki pancing” dan dalam masa yang sama mencari tempat penginapan? Justeru, Rockbund Fishing Chalet ialah pilihan yang tepat!

Di samping itu, chalet ini sangat unik dan comel dengan menampilkan warna-warna ceria bagi menghidupkan mood anda. Antara fasiliti yang disediakan seperti surau, kedai makan dan dewan.

Tambahan pula untuk anda “kaki pancing” terdapat pelantar khas untuk anda memancing.

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp | Alamat: Marina Island, KM1, Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak

Jeti Lumut

Jeti di Lumut

Jeti Lumut
Sumber foto: google map

Jeti Lumut merupakan tempat tumpuan pengunjung sementara menunggu ketibaan feri untuk menuju ke destinasi pilihan. Selain itu, terdapat kemudahan tempat meletakkan kenderaan bagi pengunjung yang membawa kenderaan sendiri.

Tambahan pula, jeti ini menyediakan pelbagai gerai makanan dan kedai cenderahati yang menarik. Jika anda singgah di gerai makan sini, jangan lupa untuk menikmati mee udang, air kelapa dan cendol. Confirm repeat lagi!

Lihat Peta | Alamat: Jeti Lumut, 32200 Lumut Perak

Pusat Ekologi Vale

Tempat menarik untuk kanak-kanak di Lumut

Pusat Ekologi Vale
Sumber foto: google map

Inginkan kanak-kanak bercuti sambil belajar? Jom ke Pusat Ekologi Vale! Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak di Lumut ini. Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memulihara biodiversiti di hutan Teluk Rubiah.

Antara biodiversiti yang terdapat di sini ialah pokok kayu keras, burung, pepatung dan banyak lagi. Oleh itu, aktiviti menarik yang dilakukan seperti berkhemah, menjelajah hutan dengan pemandu arah dan memerhati kelip-kelip.

Tambahan pula, pendakian di sini amatlah sesuai untuk kanak-kanak kerana laluannya tidaklah sesukar mana.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5.30 petang)

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Alamat: Jalan Telok Muroh, Taman Sri Batik, 32200 Lumut, Perak

Teluk Senangin

Tempat menarik untuk family di Lumut

Teluk Senangin
Sumber foto: google map

Pengunjung yang datang bersama seisi keluarga berpeluang menyaksikan sendiri keindahan pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor dari pantai di Teluk Senangin ini.

Di samping itu, Teluk Senangin merupakan kawasan menarik untuk menganjurkan aktiviti bersama keluarga seperti family day. Justeru, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti memancing, menaiki bot, bermandi-manda dan sukan air.

Lihat Peta | Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Pulau Pangkor   

Tempat menarik untuk pasangan di Lumut

Pulau Pangkor
Sumber foto: google map

Sebut sahaja destinasi percutian menarik untuk pasangan, pastinya akan disenaraikan Pulau Pangkor sebagai destinasi pilihan. Selain itu, untuk datang ke sini anda perlu terlebih dahulu menuju ke Jeti Lumut.

Seterusnya, keistimewaan pantai ini ia cukup terjaga, bersih, berpasir halus, air laut yang jernih dan pemandangan yang indah bila menjelang senja.

Tambahan pula, aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama pasangan anda ialah melawat perkampungan sekitar dengan menyewa motosikal atau basikal, makan ikan bakar dan banyak lagi.

Oleh itu, jadikan pulau ini sebagai kenangan manis bersama pasangan anda!

Lihat Peta | Alamat: Pulau Pangkor, Perak

Bukit Engku Busu

Tempat outdoor menarik di Lumut

Bukit Engku Busu
Sumber foto: google map

Bukit Engku Busu boleh dijadikan sebagai tempat outdoor menarik di Lumut untuk anda! Bukit dengan ketinggian 331.4 meter ini dikenali sebagai puncak yang tertinggi di Lumut.

Pada zaman dahulu, bukit ini merupakan tempat persembunyian lanun. Di samping itu, bukit ini menyediakan laluan trek yang agak mencabar yang dilimpahi akar-akar pokok yang meliar sepanjang 1 kilometer menuju ke puncak bukit.

Dalam pada itu, kepenatan anda akan terbalas apabila melihat panorama indah sekitar bandar Lumut setelah sampai ke puncak bukit.

Lihat Peta | Alamat: Bukit Engku Busu, 32200 Lumut, Perak

Lumut Waterfront

Taman awam menarik di Lumut

Lumut Waterfront
Sumber foto: google map

Lumut Waterfront merupakan taman awam menarik di Lumut yang berbeza dari taman-taman lain. Hal ini kerana, taman rekreasi yang bertemakan maritim ini dilengkapi dengan Taman Esplanade, Esplanade Wing dan Dataran Putra.

Selain itu, taman dengan keluasan 3.3 hektar ini adalah lokasi tumpuan ramai memandangkan ia berdekatan dengan Jeti Lumut dan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sementara itu, pengunjung boleh menyewa basikal atau skuter elektrik untuk meneroka kawasan taman ini.

Waktu Operasi: 24 jam

Lihat Peta | Alamat: Lumut Waterfront, 32200 Lumut, Perak

Bazaar Lumut

Tempat cenderahati menarik di Lumut

Bazaar Lumut
Sumber foto: foursquare & google map

Tak lengkap rasanya jika pergi melancong tetapi tidak pulang bersama cenderahati untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga serta rakan taulan. Bazaar Lumut yang ditempatkan di sebuah bangunan adalah tempat cenderahati menarik di Lumut.

Di samping itu, bazar ini terjual pelbagai cenderahati seperti kraftangan asli seni Perak, pakaian, jeruk dan hasil laut terutamanya ikan bilis bermata biru. Unik bukan! Jadi mari kunjungi Bazaar Lumut!

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Taman Paya Bakau

Taman rekreasi menarik di Lumut

Taman Paya Bakau
Sumber foto: google map

Taman Paya Bakau yang terletak 10 minit dari Lumut ini merupakan destinasi tepat untuk penggemar alam semulajadi. Di samping itu, taman ini ditubuhkan kerana pokok paya bakau memainkan peranan penting dalam memelihara ekosistem di kawasan perairan pantai.

Selanjutnya, taman ini mempunyai flora dan fauna pelbagai spesies, tempat memancing, laluan pejalan kaki sepanjang 366 meter dan pondok untuk berehat.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Alamat: Jln Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Kota Belanda

Tempat bersejarah di Lumut

Kota Belanda
Sumber foto: google map

Di Lumut juga mempunyai tempat bersejarah yang boleh dilawati iaitu Kota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor. Kota ini merupakan tempat penyimpanan biji timah oleh orang Belanda pada tahun 1670.

Kemudian, di bawah pimpinan Panglima Kulup, kota ini dimusnahkan namun dibaik pulih semula oleh Belanda tetapi tidak kekal lama. Hal ini kerana, Belanda lebih tertumpu dengan perdagangan di Maluku, Indonesia. Selain itu, 100 meter dari Kota Belanda ini terdapat Batu Bersurat yang boleh anda lawati.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Alamat: Kota Belanda, 32300 Pangkor Island, Perak

Pulau Marina

Pulau buatan di Lumut

Pulau Marina
Sumber foto: Instagram @mannanking, @the_moment2008, @onion_wong, @saltynomadsailing

Pulau Marina merupakan pulau bulatan manusia yang terkenal di Lumut selain menjadi pintu masuk kedua ke Pulau Pangkor. Di samping itu, pulau seluas 316.9 hektar utuh menampung pelbagai infrastruktur ini terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort.

Lain daripada itu, pantai di Pulau Marina ini sering dijadikan sebagai tempat melakukan pelbagai acara seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perbarisan dan lain-lain.

Lihat Peta | Alamat: Pulau Marina, 32200, Perak

Frenzy Waterpark

Tempat menarik untuk remaja di Lumut

Frenzy Waterpark
Sumber foto: google map

Frenzy Waterpark merupakan tempat menarik untuk remaja di Lumut yang terletak Marina Island Pangkor Resort. Selain itu taman tema ini agak mencabar seperti di dalam rancangan Wipeout dan American Ninja Warriors.

Oleh itu, bagi anda remaja yang suka menyahut cabaran, di sinilah tempat yang sesuai untuk anda!

Waktu Operasi:

  1. Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat (4.30 petang – 7.30 malam)
  2. Sabtu & Ahad (8.30 pagi – 12.30 tengahari |  4.30 petang – 7.30 malam)

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp | Alamat: KM 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

Resort di Lumut

Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut
Sumber foto: google map

Mencari penginapan resort dengan keindahan landskap di Lumut? Kami syorkan untuk anda menginap di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut cawangan Lumut. Selain itu, resort ini mempunyai cawangan lain di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Kuantan.

Terdapat beberapa tempat menarik di resort ini seperti pemandangan laut, air terjun buatan dan kolam ikan koi. Selanjutnya, aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti menaiki Banana Boat, atv, memanah dan sebagainya.

Lihat Peta | Telefon | Laman Web | Alamat: Persiaran Swiss-Garden Jalan Damai Laut, Off, Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

The Petak Lumut

Homestay di Lumut

The Petak Lumut
Sumber foto: google map

Mengimpikan percutian menarik dengan menginap di homestay berkonsepkan kontena? Jadi, mari alaminya sendiri dengan menginap di The Petak Lumut!

Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti water heater, bilik air yang elegan, pendingin hawa dan TV LED. Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini misalnya barbeku, bermandi-manda di kolam renang serta aktiviti family day.

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp | Alamat: 22, Jalan Lumut Sentosa 1, 32200 Lumut, Perak

0 comments:

Post a Comment

loading...