loading...

Wednesday, 13 July 2022

20 Tempat Menarik Di Sekinchan Untuk Jalan-Jalan

Tahukah anda terdapat tempat menarik di Sekinchan yang boleh anda singgah? Terdahulu, Sekinchan merupakan antara kawasan yang sinonim dengan sawah padi.

Selain itu, Sekinchan Selangor ialah antara bandar utama di dalam daerah Sabak Bernam, Selangor selain Sabak dan Sungai Besar. Tambahan pula, kebanyakan tempat menarik Sekinchan mempunyai latar belakang pemandangan sawah padi dan bunga padi.

Senarai tempat menarik di Sekinchan

Buntu mencari tempat menarik di Sekinchan? Jangan risau! Berikut turut disenaraikan 20 tempat menarik di Sekinchan Selangor serta beberapa kawasan berhampiran untuk anda jalan jalan Sekinchan. Misalnya, di Kuala Selangor dan Hulu Langat. Semoga informasi ini membantu anda!

Ah Ma’s House

Tempat menarik percuma di Sekinchan

Alamat: Lot 10376, Jalan Tali Air 5, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 014-230 5753

Ah Ma’s House
Sumber foto: google map

Untuk anda penggemar barangan antik, jom jalan jalan Sekinchan ke Ah Ma’s House secara percuma! Ah Ma’s House menempatkan pelbagai koleksi barangan antik pada zaman 60-an dari perkakas di dalam rumah hinggalah ke kudap-kudapan zaman dahulu.

Namun begitu, ia bukanlah sebuah muzium tetapi hanya sekadar rumah kampung yang kecil. Lain daripada itu, pengunjung boleh mendapatkan kuih kapit dan kuih bahulu yang masih dibuat menggunakan cara tradisional. Pasti rasanya amat sedap dan berbeza dari penggunaan cara moden! 

Waktu Operasi: Khamis – Ahad (10 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp

Perkampungan Nelayan Sekinchan

Tempat memancing di selangor

Alamat: 156, Jln Bagan, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

Perkampungan Nelayan Sekinchan
Sumber foto: maisinggah.com, Facebook @Sekinchan, Instagram @zenderc

Anda kaki pancing? Jom jalan jalan Sekinchan di Perkampungan Nelayan Sekinchan!

Secara umumnya, Sekinchan dikenali sebagai bandar yang kaya dengan sawah padi namun tidak lupa ia juga dikenali dengan suasana perkampungan nelayan.

Di samping itu, suasana di perkampungan yang bebas dari kesibukan kota membawa ketenangan kepada pengunjung untuk memancing tanpa gangguan.  

Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 pagi – 8 malam)

MSekin Wonderland

Tempat menarik untuk kanak-kanak di Sekinchan

Alamat: No 358, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 011-2383 0727

MSekin Wonderland
Sumber foto: google map

Tercari-cari tempat mandi di Sekinchan untuk kanak-kanak? Jom ke MSekin Wonderland! Taman tema air ini sememangnya dibuat khas untuk kanak-kanak serta sesuai untuk golongan dewasa.

Sehubungan dengan itu, terdapat 10 kolam yang dipenuhi dengan gelongsor, pancutan air serta bermacam lagi. Yang pastinya, kanak-kanak cukup suka akan tempat ini! Selain itu, kolam mandi untuk muslimah turut ada di sini.

Waterpark di Sekinchan ini bersebelahan dengan Pantai Redang Sekinchan yang membolehkan anda melihat pemandangan laut yang begitu indah sekali.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp

Pantai Redang Sekinchan

Pantai di Sekinchan

Alamat: 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

Pantai Redang Sekinchan
Sumber foto: google map

Satu-satunya pantai yang terdapat di Sekinchan Selangor ialah Pantai Redang Sekinchan. Pantai ini amat sesuai untuk anda yang ingin menyaksikan keindahan pemandangan laut dan suasana matahari terbenam.

Di samping itu, terdapat beberapa gerai makanan laut segar yang dijual di pantai ini di mana sumbernya dari Perkampungan Nelayan Sekinchan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti bermain layang-layang dan berkelah.

Namun begitu, aktiviti mandi-mandi tidak sesuai dilakukan kebersihan air laut kurang terjaga.

Laman Tebu Aidil

Tempat percutian menarik di Sekinchan

Alamat: Kampung Parit Empat, 45300 Sungai Besar, Selangor

Telefon: 019-253 1566

Laman Tebu Aidil
Sumber foto: Instagram @sepinggan_putih, google map

Teringin hendak membasahkan tekak dengan air tebu yang segar dari ladang? Jom ke Laman Tebu Aidil! Kawasan ini merupakan sebuah kafe berlatar belakangkan pokok-pokok tebu yang menyajikan menu utama sebagai air tebu.

Selain itu, makanan-makanan halal lain seperti laksa, nasi lemak, kepak ayam madu dan mee kari turut menjadi tumpuan pengunjung di sini.

Tidak ketinggalan juga, ia menjadi tarikan pengunjung untuk bergambar kerana keindahan banyak pokok tebu berdekatan kafe tersebut memang tidak dapat disangkal lagi.  

Waktu Operasi: Khamis – Isnin (11.30 pagi – 7.30 petang)

Lihat Peta | Whatsapp

Galeri Padi Sekinchan

Muzium padi di Sekinchan

Alamat: Lot No, Ban 2, 9990, Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 016-215 7028

Galeri Padi Sekinchan
Sumber foto: google map

Seperti sedia maklum, Sekinchan Selangor merupakan laman sawah padi maka tidak lengkaplah kalau tidak jalan jalan Sekinchan di Galeri Padi Sekinchan.

Galeri dengan fungsi 4 dalam 1 ini ialah sebuah kilang, muzium, galeri dan kedai. Menarik bukan!

Selain itu, ia memaparkan tentang sejarah padi, bunga padi dalam bentuk dokumentari serta proses penanaman padi dari awal sehingga siap dipaket seperti yang didapati di pasaraya.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 12.30 tengahari) & (2 petang – 5.30 petang)

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp

Sawah Padi Sekinchan

Sawah padi di Sekinchan

Alamat: Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

Sawah Padi Sekinchan
Sumber foto: google map

Sia-sia sahaja jika anda sekadar tahu Sekinchan Selangor sebagai bandar sawah padi tetapi tidak jalan jalan Sekinchan ke sini.

Sawah Padi Sekinchan lazimnya dikenali sebagai tarikan utama di Sekinchan yang memang tidak disangkal lagi keindahannya.

Tambahan pula, waktu yang tepat untuk melihat kehijauan sawah padi luas terbentang ialah pada bulan Mac hingga pertengahan Mei dan awal September hingga pertengahan November. Pastikan jangan terlepas waktu yang sesuai untuk ke sini!

Sekinchan Coconut Farm

Tempat menarik untuk keluarga di Sekinchan

Alamat: Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 017-745 1263

Sekinchan Coconut Farm
Sumber foto: google map

Menginginkan air yang boleh menghilangkan dahaga setelah penat berjalan dalam keadaan cuaca panas yang terik? Jom dapatkan air kelapa yang segar dari ladang di Sekinchan Coconut Farm.

Di samping itu, terdapat beberapa jenis air yang berasaskan kelapa yang dijual di sini seperti jeli kelapa dan coconut shake. Selain itu, ia turut menjual beberapa makanan street food yang lain serta nasi lemak yang boleh anda cuba.

Tambahan pula, keindahan pemandangan berlatar belakangkan ladang kelapa ini membolehkan pengunjung bergambar dan di suatu sudut terdapat permainan jongkang-jongket untuk kanak-kanak bermain.

Waktu Operasi: Sabtu – Ahad (10 pagi – 5.30 petang)

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp

Triangle Farm Cottage House

Homestay di Sekinchan

Alamat: Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 017-206 8666

Triangle Farm Cottage House
Sumber foto: google map

Mencari penginapan yang unik di sekitar Sekinchan? Jom menginap di Triangle Farm Cottage House!

Ia merupakan sebuah homestay berkonsepkan segi tiga dan glamping yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Sememangnya comel, unik dan paling penting selesa lena dibuai mimpi!

Selain itu, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti menanam pokok, menikmati kehijauan sawah padi, mini golf, mandi-manda di kolam renang dan barbeku.

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp

Padi Box

Tempat menarik untuk pasangan di Sekinchan

Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 019-320 5688

Padi Box
Sumber foto: tripadvisor.com

Terokai tempat menarik Sekinchan Selangor bersama pasangan anda! Jika anda mencari tempat bermalam di Sekinchan, maka Padi Box merupakan destinasi yang tepat.

Ia merupakan sebuah homestay yang diperbuat daripada kontena yang diserikan dengan cat berwarna-warni serta dikelilingi dengan kehijauan sawah padi.

Antara kemudahan yang disediakan ialah televisyen, WiFi, parking kereta, perkhidmatan basikal, pendingin hawa dan kafe.

Selanjutnya, pelbagai jenis penginapan yang disediakan seperti standard 2 pax room, standard 4 pax room, 2 pax room with private balcony, family room for 6 pax dan family room for 6 pax window view.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp

Anjung Pool Villa

Villa di Sekinchan

Alamat: Ban 2, Lot 13402, Jalan Tali Air 11, Kampung Tengah Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 019-320 5688

Anjung Pool Villa
Sumber foto: google map

Terdapat banyak pusat penginapan menarik di Sekinchan Selangor ini, cuma bergantung kepada bajet serta penginapan idaman anda.

Anjung Pool Villa ialah villa yang dilengkapi dengan private pool dan terletak di tengah-tengah sawah bendang.

Di samping itu, ia menempatkan 4 buah unit villa dan mampu memuatkan seramai 8 orang untuk 1 villa. Jika anda ingin menikmati suasana ala-ala seperti tinggal di kampung. Jom kunjungi tempat penginapan ini!

Lihat Peta | Facebook | Whatsapp

NF Seafood Corner

Tempat makan menarik di Sekinchan

Alamat: Taman Sekinchan Jaya, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 012-519 5848

NF Seafood Corner
Sumber foto: google map

Mengidam makan makanan laut? Jom jalan jalan Sekinchan cari makan di NF Seafood Corner. Kedai makan ini menyediakan pelbagai makanan yang berasaskan makanan laut yang segar dan terbaik.

Selain itu, menu utama yang digunakan berasaskan lobster seperti lobster sambal, lobster buttermilk dan lobster salted egg. Di samping itu, menu lain juga disediakan seperti nasi goreng udang lipan, udang lipan buttermilk, udang lipan salted egg dan masakan panas yang lain. Terliur bukan!

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (8 pagi – 12 pagi)

Lihat Peta | Facebook | Instagram | Whatsapp

Harbour View Hotel

Hotel di Sekinchan

Alamat: Jalan Menteri Besar 1, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: 0332418868

Harbour View Hotel
Sumber foto: google map

Anda mencari hotel bajet di Sekinchan? Mungkin Harbour View Hotel merupakan penginapan yang anda cari! Tempat penginapan ini merupakan sebuah hotel bertaraf 2 bintang yang terletak di pekan Sekinchan.

Di samping itu, ia berdekatan dengan tempat menarik Sekinchan iaitu Ah Ma’s House dan Pantai Redang Sekinchan. Beberapa jenis bilik yang disediakan seperti family room, vip room, deluxe king, deluxe trip, deluxe twin, standard twin dan standard queen.

Selanjutnya, bilik ini dilengkapi dengan kemudahan WiFi percuma dan pendingin hawa.

Lihat Peta | Facebook

Pasar Ikan Sekinchan

Pasar di Sekinchan

Alamat: Jalan Pasar, Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Telefon: –

Pasar Ikan Sekinchan
Sumber foto: google map

Jika anda berada di Sekinchan, jangan lupa untuk singgah membeli-belah di Pasar Ikan Sekinchan. Selain itu, dikatakan bahawa ikan-ikan dan makanan-makanan laut di pasar ini segar-bugar kerana setiap hari ia diambil dari hasil laut di perkampungan tersebut.

Namun begitu, dinasihatkan agar pengunjung datang lebih awal supaya dapat membuat pilihan lebih banyak lauk-pauk yang segar. 

Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 7 malam)

Lihat Peta | Whatsapp

Pasar Jerami Ban Kenal

Tempat menarik di Sungai Besar

Alamat: Jalan Terusan Utama, 45300 Sungai Besar, Selangor

Telefon: –

Pasar Jerami Ban Kenal
Sumber foto: google map

Jika anda jalan jalan Sekinchan, jangan lupa singgah di kawasan berhampirannya iaitu Sungai Besar. Hal ini kerana, terdapat tempat menarik di Sungai Besar iaitu Pasar Jerami Ban Kenal. Kawasan ini cukup meriah dikenali sebagai pasar petang yang dibuka pada setiap hujung minggu.

Selain itu, terdapat pelbagai barangan yang dijual di sini sama seperti pasar malam iaitu gerai-gerai makanan, mainan dan pakaian.

Keistimewaan tempat ini adalah kerana latar belakangnya dipenuhi dengan susunan jerami bergulung di bahagian pintu masuk mirip seakan-akan di Texas, Amerika Syarikat.

Lihat Peta | Waktu Operasi: Sabtu – Ahad (1 petang – 7 malam)

Pantai Cermin (Sky Mirror)

Tempat photoshoot menarik di Kuala Selangor

Alamat:Jeti Sky Mirror Kuala Selangor, Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Telefon: 010-509 1007

16 Pantai Cermin (Sky Mirror)
Sumber foto: tripadvisor.com, google map, ig skymirrormalaysia

Mencari tempat photoshoot menarik berhampiran Sekinchan? Pantai Cermin (Sky Mirror) merupakan antara tempat popular di Kuala Selangor yang ideal untuk anda! Untuk datang ke sini anda perlu menaiki bot dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor selama 30 minit.

Selain itu, ia juga digelar sebagai Salar de Uyuni Malaysia. Oleh itu, anda tidak perlu pergi jauh ke Bolivia kerana anda dapat menyaksikan fenomena ini di Kuala Selangor.

Seterusnya, terdapat zon intertidal iaitu daratan dan laut bertemu yang terletak di kawasan pantai antara air pasang dan surut. Zon ini berada di bawah air ketika air pasang dan terdedah kepada udara pada masa yang berbeza dalam sehari ketika air surut.

Antara hidupan laut yang boleh dijumpai ialah tiger moon snail, pearly sea anemone, giant mudskipper, fiddler crab dan marine hermit crab.

Harga Tiket:

  1. Dewasa: RM 80
  2. Kanak-kanak: RM 60

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 pagi – 9.30 malam)

Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp1 | Whatsapp2 | Whatsapp3 

Blue Tears

Tempat menarik waktu malam di Kuala Selangor  

Alamat: Sky Mirror Jetty (Departure point), Kuala Selangor, Selangor, Malaysia

Telefon: –

Blue Tears
Sumber foto: klook.com, libur.com

Teringin pergi ke tempat ala-ala cahaya magis pada waktu di sekitar Sekinchan? Jom ke Blue Tears yang terletak berdekatan dengan Sky Mirror. Blue Tears atau Air Mata Biru merupakan fenomena cahaya biru terang yang dikeluarkan oleh sejenis algae atau plankton pada waktu malam.

Untuk melihat fenomena ini, pengunjung perlu menaiki bot laju di Jeti Sky Mirror dan menelusuri perairan Sungai Selangor. Tambahan pula, waktu terbaik untuk menyaksikan keindahan fenomena ini ialah pada 1-3 haribulan Islam dan permulaan bulan ketika air laut pasang.

Harga Tiket:

  1. Dewasa: RM 28
  2. Kanak-kanak: RM 23

Waktu Operasi: Setiap hari (8 malam , 9 malam & 10 malam)

Lihat Peta | Whatsapp1 | Whatsapp2

Eagle Feeding di Pasir Penambang

Tempat menarik di Pasir Penambang

Alamat: No 1, Jalan Bagan Sungai Yu, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Telefon: –

18 Eagle Feeding di Pasir Penambang
Sumber foto: klook.com

Merasai pengalaman sendiri melihat burung helang secara dekat dengan jalan jalan Sekinchan ke Eagle Feeding di Pasir Penambang. Kebiasaannya, burung helang hanya dijumpai di kawasan zoo dan taman burung tetapi tidak di sini.

Untuk sampai ke sini, pengunjung perlu menaiki bot hingga ke tengah perairan. Kemudiannya, pemandu bot akan mencampakkan makanan helang iaitu kulit ayam dari atas bot ke dalam air.

Tidak lama kemudian, lebih kurang 30 ekor burung helang akan terbang turun dari udara untuk mencapai makanan. Jom booking tiket serendah RM19!

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 9 malam)

Lihat Peta | Whatsapp

Bukit Malawati

Bukit di Kuala Selangor

Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Telefon: –

Bukit Malawati
Sumber foto: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Bukit Malawati merupakan sebuah bukit berkubu yang dikatakan tempat bersejarah yang menarik tumpuan pelancong wajib datang. Hal ini bersangkut paut dengan berbagai monumen serta tinggalan sejarah yang ditempatkan di bukit ini.

Selanjutnya, Bukit Malawati terletak Taman Alam Semula Jadi Kuala Selangor dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Antara tempat popular Kuala Selangor di dalam kawasan Bukit Malawati ialah Rumah Api dan Batu Hampar.

Perkhidmatan keretapi turut disediakan tetapi hanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Harga tiket:

  1. Dewasa: RM 3
  2. Kanak-kanak: RM 2 (3-12 tahun)

Lihat Peta | Waktu Operasi: Sabtu – Ahad, cuti umum (9 pagi – 6 petang)

Kolam Air Panas Sungai Serai

Tempat menarik di Hulu Langat

Alamat: Kampung Sungai Serai, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 017-230 3582

20 Kolam Air Panas Sungai Serai
Sumber foto: foursquare.com, google map

Dari Sekinchan ingin menuju ke Hulu Langat? Jom singgah menghilangkan penat setelah lama berjalan di Kolam Air Panas Sungai Serai. Seperti sedia maklum, samada kawasan air terjun mahupun kolam air panas sudah semestinya menjadi lokasi tumpuan pengunjung pada hujung minggu.

Di samping itu, kawasan kolam ini seolah-olah tidak kelihatan seperti kolam buatan manusia mahupun kolam yang dibina secara konkrit. Selanjutnya, paras air kolam tidak terlalu dalam ini membolehkan ia sesuai untuk kanak-kanak dan untuk rendaman kaki. 

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 10 malam)

Lihat Peta | Whatsapp

0 comments:

Post a Comment

loading...