loading...

Wednesday, 27 July 2022

15 Tempat Menarik Di Tawau Sabah Bumi Peladang

Tawau yang dikenali dengan gelaran “Bumi Peladang” ekoran sebahagian besar kawasannya adalah kawasan perladangan yang menempatkan pelbagai tempat menarik di Tawau Sabah.

Selain itu, kawasan yang seluas 55.9 kilometer persegi ini merupakan daerah ke-3 terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.

Ia dihubungkan dengan Kota Kinabalu dengan jarak 500 kilometer melalui jalan raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau melalui laluan udara dan Pelabuhan Tawau melalui laluan laut.

Tambahan pula, Tawau bersempadan dengan Indonesia yang dihubungkan melalui Terminal Feri Tawau.

Senarai tempat menarik di Tawau

Pelbagai tempat bercuti paling best di Tawau Sabah untuk dikunjungi setibanya pengunjung ke negeri bawah bayu ini. Berikut panduan tempat menarik Tawau yang kami rangkumkan untuk memudahkan checklist destinasi percutian anda.

Maliau Basin

Tempat menarik untuk aktiviti outdoor di Tawau Sabah

Alamat: Maliau Basin, Sabah

Telefon: 08-8486168

Maliau Basin
Sumber foto: google map

Jika di Ipoh terdapat Lost Word of Tambun manakala di Tawau terdapat Maliau Basin yang dikatakan sebagai Lost World of Sabah. Ia merupakan kawasan hutan yang dipelihara dan sesuai untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti outdoor.

Meskipun jaraknya sejauh 190 kilometer dari Tawau, namun ia menjanjikan keindahan yang mempesonakan apabila setibanya pengunjung ke sini. Tambahan pula, dari Pagar Keselamatan Malian Basin pengunjung perlu menggunakan 4 Wheel Drive sejauh 27 kilometer disebabkan laluan yang agak mencabar.

Namun kepenatan mengembara akan hilang seketika apabila sampai ke destinasi dengan menyaksikan keindahan beberapa buah air terjun yang ditempatkan di sini. Seterusnya, antara aktiviti yang lazimnya dilakukan ialah jungle trekking dan bird watching.

Lihat Peta | Waktu Operasi:

Taman Bukit Tawau

Pokok hutan hujan tropika tertinggi di dunia yang ada di Tawau Sabah

Alamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Taman Bukit Tawau
Sumber foto: google map

Sekiranya anda ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di Taman Bukit Tawau. Hal ini kerana, taman seluas 27 972 hektar ini terdiri daripada berbagai spesies flora dan fauna yang menarik.

Selain itu, keistimewaaan taman ini mempunyai pokok hutan tropika tertinggi di dunia setinggi hampir 90 meter. Tambahan pula, taman ini terdiri daripada 5 buah sungai utama iaitu Tawau, Merotai, Kinabutan, Mantri dan Balung.

Antara tarikan lain di sini ialah taman botani seperti orkid liar, kolam air panas dan air terjun.

Lihat Peta | Whatsapp

Batu Bersusun

Tempat menarik yang unik di Tawau Sabah

Alamat: Kampung Balung Cocos, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Batu Bersusun
Sumber foto: google map

Batu Bersusun merupakan tempat menarik Tawau Sabah yang unik dan terletak di Sungai Balung. Fenomena ratusan batu berbentuk bersegi pentagon ini terjadi disebabkan oleh penyejukan aluran magma setelah terjadinya letusan gunung berapi kira-kira 26 ribu tahun yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, negeri Sabah mempunyai kawasan gunung berapi yang tidak aktif seperti Gunung Maria. Selain itu, Batu Bersusun juga dikenali sebagai Columnar Basalt. Berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti memancing dan berenang di sungai.

Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Pasar Tanjung Tawau

Pasar terbesar di Sabah

Alamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Pasar Tanjung Tawau
Sumber foto: google map

Kalau di semenanjung ada Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan namun di kepulauan Borneo ada Pasar Tanjung Tawau di Sabah. Selain itu, pasar tertutup ini mampu memuatkan sebanyak 6000 gerai di sini.

Tambahan pula, berbagai jenis barangan jualan yang terdapat di sini dari barangan basah, kering sehingga ke barangan logam. Oleh itu, jangan lupa ya untuk tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik!

Lain daripada itu, bagi anda yang mencari timbunan makanan laut mentah yang segar boleh kunjungi ke Pasar Tanjung Tawau seawal jam 6 pagi.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 5 petang)

Hutan Simpan Bukit Gemok

Tempat menarik untuk beginner hiking di Tawau Sabah

Alamat: Jalan Merotai – Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Hutan Simpan Bukit Gemok
Sumber foto: google map

Beginner dalam hiking? Jom ke Hutan Simpan Bukit Gemok yang menempatkan canopy walk terpanjang di Sabah iaitu sepanjang 380 meter. Selain itu, hutan simpan ini terletak hanya 30 minit dari bandar Tawau.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini sebelum sampai ke puncak ialah jungle trekking, mendaki bukit serta melalui Canopy Walk Titian Selara di puncak. Lain daripada itu, beberapa buah pondok disediakan untuk pengunjung berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Kemudian, setelah penat berjalan pengunjung dapat menikmati keindahan pemandangan di puncak bukit Hutan Simpan Gemok. Sememangnya berbaloi!

Lihat Peta | Waktu Operasi:

Borneo Royale Hotel

Hotel di Tawau Sabah

Alamat: Mile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: 08-9982888

Borneo Royale Hotel
Sumber foto: google map

Mencari tempat penginapan bertaraf hotel di Tawau? Borneo Royale Hotel merupakan lokasi yang ideal sebagai tempat penginapan. Hotel ini terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah Eastern Plaza.

Selain itu, bagi pengunjung yang menempah bilik di bahagian atas dapat menyaksikan pemandangan di sekitar bandar Tawau yang indah sekali. Di samping itu, kemudahan wifi percuma, pendingin hawa, pusat kecergasan, TV skrin rata dan banyak lagi turut disediakan di hotel di Tawau ini.

Selanjutnya, terdapat 4 jenis bilik yang ditawarkan seperti Deluxe Double / Twin, Suite Junior, Superior Double / Twin dan Double / Twin.

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Tawau Waterfront / Tawau Esplanade

Tempat menarik di bandar Tawau

Alamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Tawau Waterfront
Sumber foto: google map

Mencari tempat untuk lepak pada waktu petang di sekitar Tawau? Jom lepak di Tawau Waterfront / Tawau Esplanade. Ia menjanjikan pemandangan laut yang indah dan dari Waterfront ini dapat dilihat Pulau Sebatik.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Sebatik merupakan pulau yang dikongsi oleh 2 negara iaitu sebahagian daripada Malaysia dan sebahagian lagi oleh Indonesia. Menarik bukan? Tambahan pula, di Waterfront penuh dengan bot-bot nelayan yang merupakan tempat hasil laut segar naik ke darat.  

Lihat Peta | Waktu operasi: 24 jam

Muzium Koko Teck Guan

Tempat menarik untuk keluarga di Tawau Sabah

Alamat: TB6853, Batu 2, Jalan Tanjung Batu Laut, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Muzium Koko Teck Guan
Sumber foto: google map

Mencari tempat untuk bersiar-siar bersama keluarga di Tawau? Muzium Koko Teck Guan merupakan destinasi yang ideal untuk seisi keluarga. Di sini pengunjung berpeluang untuk menyaksikan hasil pembuatan coklat secara langsung di depan mata. Menarik bukan?

Selain itu, turut ditempatkan di sini produk-produk berasaskan koko seperti minuman coklat, bar coklat, popcorn koko dan popia koko secara terus dari kilang. Dalam pada itu, sejarah penglibatan koko di dalam industri makanan juga ditempatkan di dalam muzium ini.

Oleh itu, bagi anda seisi keluarga ‘hantu coklat’ wajib singgah ke muzium ini!

Waktu operasi:

  1. Isnin – Jumaat (7.30 pagi – 11.30 pagi) & (1 petang – 5 petang)
  2. Sabtu (7.30 pagi – 12.30 tengahari)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp

Balung River Eco Resort

Tempat menarik untuk pasangan di Tawau Sabah

Alamat: Mile 33, Apas Balung, Locked Bag No. 30, Balung, 91009, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Balung River Eco Park
Sumber foto: google map

Balung River Eco Resort merupakan tempat menarik Tawau Sabah yang menarik untuk pasangan. Selain itu, taman yang cantik dengan keindahan alam semulajadi ini pernah memenangi anugerah Tarikan Alam Semulajadi Terbaik pada tahun 2003.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersama pasangan anda seperti berenang, jungle trekking, memancing, berkelah, memerhati burung, berkhemah dan bermacam lagi.

Selanjutnya, turut disediakan tempat penginapan menarik bagi pengunjung berkonsepkan kayu balak dan batuan sungai. Unik bukan!

Lihat Peta | Whatsapp

Masjid Al-Kauthar

Masjid terbesar di Sabah

Alamat: Sabindo Square, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: 08-9767878

Masjid Al-Kauthar
Sumber foto: google map

Masjid Al-Kauthar merupakan masjid terbesar di Sabah yang terletak di dalam bandar Tawau. Ia mampu menampung seramai 16 000 ke 17 000 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Tambahan pula, Masjid Besar Tawau bernilai RM 31.5 juta ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang ke-12 iaitu Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamallulail pada tahun 2004.

Selain itu, masjid ini diserikan lagi oleh landskap hijau dan tanaman berbunga di sekeliling masjid serta pemandangan laut yang indah. Lain daripada itu, masjid ini dilengkapi dengan kemudahan kiosk jualan keperluan muslimah, bilik seminar, perpustakaan dan tempat parkir yang luas.

Lihat Peta | Facebook

Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak

Tempat bersejarah di Tawau

Alamat: Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah

Telefon: 08-9222679

Tapak Warisan Arkeologi di Tawau
Sumber foto: google map

Bukit Tengkorak merupakan tempat bersejarah di Tawau dengan bukti penemuan tengkorak serta penemuan ribuan tembikar hasil penyelidikan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak.

Selain itu, Bukit Tengkorak yang dipercayai wujud sekitar 3000 tahun dahulu sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara oleh masyarakat Zaman Neolitik.

Di samping itu, ia juga dikenali sebagai tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian daripada bibir gunung berapi dengan diameter kira-kira 2 kilometer persegi.

Selain berkunjung ke muzium, pengunjung juga boleh mendaki ke puncak Bukit Tengkorak setinggi 500 kaki untuk menyaksikan pemandangan yang indah di sekitar perairan Pulan Sipadan.

Lihat Peta | Laman Web | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Taman Rekreasi Air Panas Tawau

Taman rekreasi di Tawau Sabah

Alamat: Taman Rekreasi Air Panas Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Tempat mandi mandi di Tawau
Sumber foto: google map

Taman Rekreasi Air Panas Tawau merupakan sebuah taman rekreasi yang lazimnya menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai-santai. Selain itu, terdapat trek joging yang tersedia serta terdapat 20 buah pondok rehat untuk kemudahan berehat.

Menariknya di sini ialah terdapat kawasan kolam air panas untuk pengunjung berendam bagi melegakan keletihan sendi otot badan. Tambahan pula, tahap kepanasan di kolam air panas ini adalah berbeza-beza iaitu sekita 30 hingga 60 darjah Celsius.

Lain daripada itu, kehijauan tumbuhan serta keindahan pokok-pokok bunga menyejukkan mata memandang.

Lihat Peta | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Tugu Peringatan Kalabakan

Tugu di Tawau Sabah

Alamat: Tugu Peringatan Kalabakan, Tawau, Sabah

Telefon: –

tempat bersejarah di Tawau
Sumber foto: google map

Tugu Peringatan Kalabakan merupakan tugu peringatan di Tawau Sabah yang dibina pada tahun 1969. Ia bertujuan untuk memperingati di atas pemergian 11 orang wira negara yang terkorban ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia sekitar tahun 1963.

Lain daripada itu, pengunjung boleh meninjau ke kawasan kampung yang tertua di Kalabakan iaitu Kampung Liasau yang menempatkan sebuah tapak arkeologi.

Lihat Peta | Waktu Operasi:

Pantai Inderasabah

Pantai di Tawau Sabah

Alamat: Pantai Inderasabah, Tawau, Sabah

Telefon: –

Pantai Inderasabah di Tawau
Sumber foto: google map

Menyingkap keindahan tempat bercuti di Tawau yang bukan sahaja ada air terjun, gunung berapi, kolam air panas malah turut terdapat pantai di bandar Tawau ini.

Pantai Inderasabah merupakan kawasan pantai yang agak terpencil di Kampung Inderasabah namun pemandangannya cukup mempesonakan. Selain itu, pantai ini turut dikenali dalam kalangan ‘kaki pancing’ untuk memancing ikan-ikan segar.

Seterusnya, selepas memancing bolehlah berbbq di tepi pantai ini. Makan hasil laut segar ditambah lagi kenikmatan angin laut pasti menyeronokkan!

Lihat Peta | Waktu Operasi:

Shan-Shui Golf and Country Club

Tempat menarik untuk bermain golf di Tawau Sabah

Alamat: Mile 9, Jalan Paya, Sabah, 91008 Tawau

Telefon: 08-9916999

Shan-Shui Golf and Country Club
Sumber foto: google map

Peminat sukan golf? Jom bermain golf di Shan-Shui Golf and Country Club. Padang golf ini direka oleh Nelson dan Haworth dengan 18 lubang dan 72 par. Tambahan pula, padang golf ini pernah dianugerahkan sebagai padang golf terbaik di Asia di dalam majalah Asian Golf Monthly.

Di samping itu, padang yang dikelilingi oleh hutan hijau ini menempatkan habitat semulajadi hidupan liar seperti burung, monyet dan tupai serta aliran sungai yang menenangkan.

Lain daripada itu, terdapat penginapan resort yang terdapat di sini bagi anda yang ingin mencari tempat untuk menginap berdekatan Shan-Shui Golf and Country Club.

Lihat Peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 6.30 petang)

0 comments:

Post a Comment

loading...