loading...

Wednesday, 20 July 2022

19 Tempat Menarik Di Labuan Untuk Dikunjungi

Meskipun luas kawasan bandar Labuan agak kecil iaitu seluas 91.64 kilometer, namun terdapat banyak tempat menarik di Labuan untuk dikunjungi.

Rata-rata beranggapan bahawa Labuan Sabah merupakan di dalam negeri yang sama namun tidak. Hal ini kerana, Labuan merupakan sebuah wilayah persekutuan dan ibu negeri Labuan ialah Victoria.

Di samping itu, bandar Labuan yang berkeluasan hampir 92 kilometer persegi ini terletak di sebelah utara Kepulauan Borneo.

Ia turut dikenali sebagai pulau bebas cukai seperti di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan Pulau Tioman di mana pengunjung boleh memborong barangan dengan harga yang jauh lebih murah. Misalnya, di bandar ibu negeri Labuan ini coklat Labuan lazimnya menjadi tumpuan pengunjung.

Senarai tempat menarik di Labuan

Seperti sedia maklum, pulau di bandar Labuan Sabah mempunyai perairan yang baik yakni sesuai untuk aktiviti-aktiviti snorkeling dan scuba diving.

Untuk berkunjung ke Labuan, pengunjung boleh menaiki feri dari Kota Kinabalu ataupun menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur.

Berikut disenaraikan 19 tempat menarik Labuan yang terbaik untuk pengunjung.

Pantai Layang Layangan

Pantai di Labuan

Alamat: Pantai Layang-Layang, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Pantai Layang Layangan
Sumber foto: Instagram @hot_by_la, @tinieninie, @farinaelaina

Terletak kira-kira 15 minit dari ibu negeri Labuan, Pantai Layang-Layangan sememangnya dikenali di bandar Labuan ini. Selain itu, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang sungguh mempesonakan.

Lain daripada itu, pantai ini juga menjadi tarikan para pemancing untuk memancing ikan di pantai ini. Tambahan pula, gerai-gerai jualan di tepi pantai turut tersedia untuk pengunjung yang ingin bersantai sambil menjamu selera.

Di samping itu, laluan berbasikal turut tersedia untuk pengunjung yang ingin berbasikal di tepian pantai dan anda boleh menginap di hotel murah Labuan berdekatan.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Taman Damai & Tugu Penyerahan Jepun (Peace Park & Surrender Point)

Tempat bersejarah di Labuan

Alamat: Peace Park & Surrender Point, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Taman Damai & Tugu Penyerahan Jepun
Sumber foto: google map

Setiap negeri mahupun kawasan wilayah sememangnya mempunyai sejarah yang tersendiri. Jadi jom hayati peninggalan sejarah di bandar Labuan ini. Taman Damai dan Tugu Penyerahan Jepun merupakan tempat bersejarah yang terletak bersebelahan dengan Pantai Layang Layangan.

Taman Damai merupakan lambang keharmonian di antara Malaysia dan Jepun. Selain itu, ia dibina daripada sumbangan Japan Shipbuilding Industry Foundation dan keluarga mereka yang terkorban ketika pencerobohan Jepun.

Manakala Tugu Penyerahan Jepun berkisarkan tentang ketua Angkatan Tentera Jepun iaitu Leftenan Jeneral Masao Baba yang telah menyerah kalah kepada Tentera Australia pada tahun 1945.  

Lihat Peta | Waktu Operasi: 24 jam

Tanah Perkuburan Perang Labuan (Labuan War Memorial Cemetery)

Tempat menarik di Victoria Labuan

Alamat: Labuan War Memorial Cemetary, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Labuan War Memorial Cemetary
Sumber foto: google map

Labuan War Memorial Cemetary merupakan tanah perkuburan tentera-tentera Komanwel yang terkorban ketika pencerobahan Jepun di Kepulauan Borneo ketika Perang Dunia Ke-2.

Selain itu, sebanyak 1788 buah kubur ditempatkan di sini yang kebanyakannya berasal dari India dan Australia.

Dalam pada itu, turut disemadikan di sini tentera yang pernah menerima Anugerah Kepujian Keberanian Victoria Cross iaitu Tom Derrick dan Jack Mackey.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Muzium Marin Labuan

Tempat menarik di Labuan untuk keluarga

Alamat: Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, Jalan Tanjung Purun, 87008 Labuan

Telefon: 08-7425927

Muzium Marin Labuan
Sumber foto: google map

Jika anda seisi keluarga berkunjung ke Labuan, jangan lupa singgah di Muzium Marin Labuan.

Tempat ini amat bersesuaian bagi mungkin ada di antara ahli keluarga anda yang tidak berani melakukan aktiviti menyelam. Tambahan pula, muzium yang unik berbentuk kerang ini mempunyai 2 tingkat dengan lebih 500 koleksi ditempatkan di sini.

Terdapat beberapa ruangan pameran yang disediakan seperti Seksyen Hidupan Marin, Seksyen Batu Karang, Maklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau. Menarik bukan?

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Menara Jam Labuan

Menara jam di Labuan

Alamat: Jalan Tanjung Purun, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Menara Jam Labuan
Sumber foto: google map

Menara Jam Labuan merupakan menara jam bersejarah yang terselamat bersama 4 buah struktur lain ketika pengeboman tentera bersekutu. Antara struktur yang terselamat ialah chimney, bangunan hospital dan rumah api di Pulau Kuraman dan Pulau Papan.

Selain itu, menara jam ini pada asalnya dibina di atas sumbangan peniaga dari Melaka iaitu Chee Swee Cheng pada tahun 1906. Malangnya, pihak British merobohkan menara ini pada tahun 1948.

Namun begitu, ia dibaiki semula oleh Perbadanan Labuan pada tahun 2002. Menariknya di sini, sehingga kini menara jam ini masih berfungsi dengan mengeluarkan bunyi pada setiap jam.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Labuan Chimney Trail

Tempat hiking di Labuan

Alamat: Tanjung Kubong Trail, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Labuan Chimney Trail
Sumber foto: google map

Bagi anda ‘kaki hiking’, di sini merupakan tempat menarik Labuan Sabah untuk anda melakukan aktiviti ini. Labuan Chimney Trail, Tanjung Kubong merupakan laluan yang terkenal di ibu negeri Labuan iaitu sepanjang 3.8 kilometer.

Di samping itu, sekitar 5-10 minit berjalan menuju ke bahagian puncak ini memberikan pemandangan laut yang luas serta Gunung Kinabalu.

Pelbagai tarikan yang didapati seperti Gedung Ubat sebagai tempat simpanan peluru tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke-2 dan Terowong Tanjung Kubong yang bertindak sebagai pintu keluar masuk ke lombong arang.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Bukit Kubong Trail

Bukit tertinggi di Labuan

Alamat: Bukit Kubong Trail, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Bukit Kubong Trail
Sumber foto: Instagram @linda.run_ironlady, @sunshinekelly2988, @zakwan_j, @izwansharizan

Jangan lepaskan peluang untuk mendaki bukit tertinggi di Labuan iaitu Bukit Kubong Trail yang setinggi 91 meter dari aras laut. Ia menjanjikan pemandangan yang indah di Kepulauan Borneo serta Laut China Selatan.

Dalam pada itu, kawasan ini menyediakan beberapa pusat perkhemahan untuk pengunjung yang ingin merasakan suasana berkhemah di tempat yang menenangkan.

Lain daripada itu, pengunjung boleh menggunakan laluan alternatif yang agak singkat tetapi mencabar iaitu dari Kompleks TUDM Bukit Kubong. Bagi anda yang gemar dengan aktiviti lasak, ini merupakan tempat ideal untuk anda!

Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari (6.15 pagi – 6.30 petang)

Muzium Chimney (The Chimney Museum)

Tapak perlombongan arang batu di Labuan

Alamat: The Chimney Museum, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: 08-7463603

The Chimney Museum
Sumber foto: google map

Muzium Chimney atau dikenali sebagai The Chimney Museum merupakan bekas tapak perlombongan arang batu di bandar Labuan. Bangunan 2 tingkat ini terdiri daripada 2 bahagian utama yang boleh dikunjungi iaitu Pusat Informasi Chimney (PIC) dan Menara Chimney.

Selain itu, di bahagian PIC terletaknya sejarah Tanjung Kubong sebagai tapak perlombongan dan penyimpanan arang batu terbesar di bandar Labuan. Kemudiannya, pada tahun 1847 hingga 1911 hasil perlombongan ini dieksploitasi oleh orang Inggeris.

Manakala Menara Chimney merupakan sebuah menara setinggi 32.5 meter yang wujud sekitar tahun 1880 dan dibina daripada 23 000 batu-bata merah dengan reka bentuk Inggeris.

Lihat Peta | Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5 petang)

The Bird Park Labuan

Tempat menarik di Labuan untuk kanak-kanak

Alamat: The Bird Park Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: 08-7272288

The Bird Park Labuan
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik Labuan untuk bercuti bersama anak-anak? Jom ke The Bird Park Labuan yang lokasinya tidak jauh dari Muzium Chimney.

Taman burung ini mempunyai 3 kubah besar yang dikelilingi oleh keindahan landskap flora. Selain itu, taman ini terdiri daripada lebih 600 spesies burung yang berwarna-warni.

Kecantikan warna-warni burung-burung sememangnya memukau pandangan anda! Antara spesies burung yang terdapat di sini ialah burung enggang, burung hantu, tiong mas, kakak tua dan banyak lagi.

Waktu Operasi:

  1. Isnin (2 petang – 4.30 petang)
  2. Selasa – Ahad (9 pagi – 4.30 petang)

Lihat Peta | Facebook

Muzium Labuan

Tempat menarik di Labuan yang percuma

Alamat: U 0364, Jalan Dewan, 87008 Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: 08-7414135

Muzium Labuan
Sumber foto: google map

Secara umumnya, setiap negeri mempunyai muzium negeri dan wilayah yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, Muzium Labuan merupakan muzium yang terdapat di ibu negeri Labuan dengan kemasukan secara percuma.

Ia dibina oleh British pada tahun 1950 sebagai Pejabat Pentadbiran Kolonial British. Kemudiannya, Jabatan Muzium Malaysia mengambil alih kawasan tersebut untuk dijadikan Muzium Labuan.

Selanjutnya, barang pameran yang menjadi tumpuan di muzium ini ialah kerusi, meja dan pen yang pernah digunakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohamed.

Lain daripada itu, barangan lain yang dipaparkan seperti replika rumah suku Kadayan, artifak batu zaman Neolitik yang ditemui di Pulau Burong dan berbagai senjata perang dunia.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Lihat Peta | Facebook | Laman Web

Ujana Kewangan

Shopping mall di Labuan

Alamat: Jln Merdeka, Financial Park, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: 08-7419477

Ujana Kewangan
Sumber foto: google map

Tidak lengkaplah jalan-jalan di kawasan berdekatan dengan Kepulauan Borneo ini tanpa singgah di shopping mall di bandar Labuan iaitu Ujana Kewangan.

Ia mesra dipanggil sebagai UK di kalangan penduduk setempat. Selain itu, UK merupakan satu-satunya shopping mall yang berada di ibu negeri Labuan ini.

Pelbagai jualan berjenama yang ditempatkan di sini seperti minyak wangi, beg dan coklat Labuan. Coklat? Ya, jika anda peminat coklat, anda boleh memborong penuh 1 bagasi di tempat ini.

Maklumlah, semestinya harga berpatutan di pulau bebas cukai ini!

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 10 malam)

Lihat Peta | Laman Web

Pantai Pancur Hitam

Tempat lepak menarik di Labuan

Alamat: Pantai Pancur Hitam, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Pantai Pancur Hitam
Sumber foto: google map

Mencari tempat bersantai dan lepak seketika setelah penat berjalan di ibu negeri Labuan ini?

Jom lepak di Pantai Pancur Hitam yang mempunyai pelbagai prasarana lebih lengkap berbanding pantai lain. Selain itu, pantai ini terletak berdekatan dengan Jalan Pancur Hitam dan Jalan Batu Manikar.

Berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkelah, barbeku dan bersantai sambil melihat pemandangan indah matahari terbenam.

Lihat Peta | Waktu Operasi:

Pantai Pohon Batu

Tempat menarik untuk pasangan di labuan

Alamat: Pantai Pohon Batu, 87000, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Pantai Pohon Batu
Sumber foto: google map

Mencari tempat best di Labuan untuk bercuti bersama pasangan anda? Mari bercuti ke Pantai Pohon Batu yang terletak bersebelahan dengan Pantai Pancur Hitam.

Tambahan pula, terdapat warung-warung kayu unik di tepian pantai yang menjual pelbagai makanan laut yang segar hasil tangkapan para nelayan.

Sambil-sambil itu juga pengunjung boleh makan sambil menghirup udara segar serta menyaksikkan pemandangan matahari terbenam bersama pasangan. Romantik bukan?   

Lihat Peta | Waktu Operasi:

Dataran Labuan (Labuan Square)

Tempat persembahan hari penting negara di Labuan

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

tempat menarik terkini: Dataran Labuan
Sumber foto: google map

Dataran Labuan atau dikenali sebagai Labuan Square merupakan tempat menarik Labuan terutama ketika acara atau persembahan hari penting negara.

Misalnya, sambutan Hari Kemerdekaan negara sememangnya diadakan di dataran ini dengan disaksikan oleh ribuan pengunjung setempat.

Tambahan pula, pengunjung boleh bergambar dengan signboard Labuan berbentuk love sebagai bukti telah menjejakkan kaki di sini.

Lihat Peta | Waktu Operasi: 24 jam

Taman Botani Labuan (Labuan Botanical Gardens)

Taman botani di Labuan

Alamat: Labuan Botanical Garden, 708, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: 08-7408600

Taman Botani Labuan
Sumber foto: google map

Berlokasi hanya 5 minit dari bandar Labuan semestinya destinasi wajib untuk pengunjung singgah. Labuan Botanical Gardens merupakan taman botani di bandar Labuan yang menempatkan taman herba, laluan refleksologi, rumah pondok di atas pokok, pelbagai spesies bunga raya dan banyak lagi.

Terdahulu, ia merupakan tapak kawasan bangunan kerajaan yang dibina oleh penjajah pada tahun 1852 iaitu Bumbung 12. Tambahan pula, Bumbung 12 didiami oleh Sir James Brooke dan tempat persinggahan The Prince of Wales iaitu King Edward III pada tahun 1922.

Kemudiannya, kawasan tersebut dibom oleh tentera bersekutu hingga tinggal sisa bangunan dan tangki air pada tahun 1945.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Lihat Peta | Laman Web

One Stop Duty-Free Shopping

Kedai bebas cukai di Labuan

Alamat: Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: 08-7421178

One Stop Duty-Free Shopping di Labuan
Sumber foto: google map

Penggemar coklat Labuan sila munculkan diri anda! Ribuan barangan bebas cukai yang semestinya menarik perhatian ialah coklat Labuan dijual di kedai ini.

One Stop Duty-Free Shopping merupakan kedai yang terletak di tengah-tengah bandar Labuan. Kedai ini juga berdekatan hotel di Labuan yang murah.

Lain daripada itu, barangan bebas cukai yang lain seperti mutiara, saho, sambal dan tapai turut dijual di bawah harga sebenar kedai ini.  

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 9 malam)

Lihat Peta | Facebook | Instagram

Masjid Jamek An’nur

Masjid negeri di Labuan

Alamat: Masjid, Bandar Labuan, 87000 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: 08-7414212

Masjid Jamek An’nur di Labuan
Sumber foto: google map

Masjid Jamek An’nur yang dibina pada tahun 1980 merupakan satu-satunya masjid utama yang terletak di ibu negeri Labuan. Di samping itu, ia direka berkonsepkan pengaruh Melayu, Brunei dan Turki.

Selain itu, keunikan yang ada pada masjid yang agak futuristik ini menjadikan ia terkenal dalam kalangan pengunjung dari dalam mahupun luar bandar Labuan.

Lain daripada itu, masjid ini berhampiran dengan tempat menarik Labuan seperti Taman Botani dan Perkampungan Air. Oleh itu, bagi anda beragama Islam jangan lepaskan peluang keemasan untuk solat berjemaah di masjid unik ini.  

Lihat Peta | Facebook | Waktu Operasi: 24 jam

Pulau Kuraman

Pulau di Labuan

Alamat: Pulau Kuraman, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: –

Suasana tempat menarik Pulau Kuraman
Sumber foto: google map

Umum mengetahui bahawa bandar Labuan Sabah mempunyai pelbagai pulau tarikan pelancong begitu juga Pulau Kuraman. Pulau Labuan yang menghadap Laut China Selatan ini mempunyai kejernihan air dan pantai berpasir yang halus.

Di samping itu, aktiviti utama yang boleh dilakukan di sini seperti snorkeling Labuan dan scuba diving bagi menerokai hidupan laut dan terumbu karang yang cantik-cantik belaka.

Seterusnya, pengunjung juga dapat melakukan aktiviti pantai seperti berkelah, bermain layang-layang, bermandi-manda dan banyak lagi.

Lihat Peta | Waktu Operasi: –

Palm Beach Resort & Spa

Tempat penginapan menarik di Labuan

Alamat: Jalan Batu Manikar, 87014 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan

Telefon: 08-7418700

Palm Beach Resort & Spa di Labuan
Sumber foto: google map

Palm Beach Resort & Spa yang terletak di barat Kepulauan Borneo salah satu hotel Labuan yang murah dan tempat menginap bagi menghilangkan keletihan setelah berjalan seharian. Resort di tepi laut ini terdiri daripada 254 bilik yang luas dan selesa.

Selain itu, ia mempunyai fasiliti seperti Grand Ballroom yang mampu memuatkan 800 tetamu serta mempunyai 3 bilik kecil iaitu Bilik Lembaga Cerobong, Bilik Lembaga Layangan dan Dewan Mutiara.

Lain daripada itu, ia turut menyediakan perkhidmatan spa untuk pengunjung yang ingin memanjakan diri mereka.

Lihat Peta | Laman Web

0 comments:

Post a Comment

loading...