Nikmati dan lawati pelbagai tempat percutian menarik di Kelantan khususnya tempat menarik di Kota Bharu yang dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang. Di samping itu, negeri yang termasyhur dengan pentadbiran Islam ini turut dikenali sebagai negeri Serambi Mekah.
Selanjutnya, negeri pantai timur iaitu bandar Kelantan ini dikelilingi oleh negeri Terengganu, Pahang, Perak dan bersempadan dengan negara Thailand. Ia terdiri daripada 10 daerah dan bandar Kota Bharu diiktiraf sebagai ibu negeri dan bandar diraja bandar Kelantan.
Senarai tempat menarik di Kota Bharu
Meskipun keluasan bandar Kota Bharu hanya seluas 195.4 kilometer persegi, namun pelbagai tempat menarik Kota Bharu Kelantan yang boleh dilawati. Sehubungan dengan itu, negeri ini turut dikenali sebagai kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Tambahan pula, pengunjung boleh mengenali mercu tanda Kelantan, seni budaya seperti wayang kulit dan dialek penduduk di bandar Kelantan ini. Oleh itu, berikut rangkuman 21 tempat menarik di Kota Bharu untuk dilawati.
Street Art Kota Bharu
Seni jalanan di Kota Bharu
Alamat: Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Rata-rata negeri-negeri di Malaysia seperti Melaka dan Pulau Pinang mempunyai seni lukisan yang menghiasi permukaan jalan mahupun dinding bangunan. Tidak ketinggalan, Street Art Kota Bharu merupakan tempat cantik di Kelantan yang sesuai untuk aktiviti bergambar.
Ia dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu bersama Persatuan Seni Lukis Kelantan serta syarikat cat Jotun sejak tahun 2016. Kebanyakan tema lukisan di sini mempamerkan lukisan tentang batik, kebudayaan dan identiti Kelantan.
Di samping itu, lukisan penceritaan tentang negara dan masyarakat Palestin turut dipamerkan di sini. Kemasukan adalah secara percuma.
Lihat Peta | Whatsapp | Waktu operasi: 24 jam
Pantai Nusuk
Pantai di Kota Bharu
Alamat: Kampung Sabak, Pengkalan Chempa, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Perkataan “nusuk” di dalam dialek Kelantan bermaksud sembunyi. Begitulah nama terkini Pantai Nusuk ataupun Tanjung Kuala Sabak. Pantai ini dinamakan sedemikian disebabkan ia merupakan sebuah pulau yang terpencil yang dahulunya dipenuhi dengan semak-samun dan pokok kelapa.
Namun begitu, setelah dibersihkan ia selamat menjadi tumpuan pengunjung untuk melakukan aktiviti berkelah kerana angin bayu laut yang nyaman dan pantai yang bersih.
Selain itu, kemudahan tempat letak kenderaan disediakan dan dibuka setiap hari jam 1 tengahari hingga 7 malam dengan bayaran hanya RM 2.
Muzium Negeri Kelantan
Muzium negeri di Kota Bharu
Alamat: Jalan Hospital, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-7482266
Setiap negeri pastinya mempunyai muzium negeri bagi menceritakan asal usul kewujudan negeri tersebut. Begitu juga di bandar Kelantan terdapat Muzium Negeri Kelantan yang merupakan tempat menarik Kota Bharu Kelantan yang terletak di bandar Kota Bharu.
Muzium yang wujud sekitar tahun 1990 ini pernah menempatkan pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu.
Selain itu, muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi kraf untuk persembahan wayang kulit, tarian mak yong dan alatan muzik tradisional tempatan seperti rebana ubi.
Lain daripada itu, tempat bercuti di Kelantan ini terletak berdekatan dengan menara jam di Tuan Padang Kota Bharu.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.30 pagi – 4.45 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web
Taman Air Splash / Taman Indera Petra
Tempat menarik di Kota Bharu untuk kanak-kanak
Alamat: Jalan Kuala Krai, 15000, Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-7488322
Taman Indera atau Taman Air Splash merupakan taman tema air pertama di Kota Bharu yang sesuai untuk kanak-kanak.
Meskipun taman tema air di Kelantan tidak begitu banyak seperti di Kuala Lumpur, namun Taman Air Splash di bandar Kota Bharu ini mampu menghiburkan hati anak-anak anda.
Selain itu, kawasan taman tema yang agak ‘nusuk’ tidak menghalang pengunjung untuk bermandi-manda di sini terutamanya di hujung minggu.
Taman tema ini mempunyai 3 jenis kolam renang bersaiz besar yang sesuai setiap peringkat umur. Selanjutnya, ia dilengkapi dengan kemudahan taman permainan kanak-kanak, surau dan tandas.
Waktu operasi:
- Isnin – Khamis & Ahad (10 pagi – 6 petang)
- Jumaat (10 pagi – 12.30 tengahari) & (2.30 petang – 7 malam)
- Sabtu (10 pagi – 7 malam)
Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu
Pasar terapung di Kota Bharu
Alamat: Lot 261, Jalan Raja Sakti, Kampung Pengkalan Datu, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Jom alami tempat percutian menarik di Kelantan ala-ala pasar terapung seperti di Thailand iaitu Pasar Terapung Kota Pengkalan Datu sambil merasai suasana kampung. Pasar ini terletak hanya 11 kilometer dari bandar Kota Bharu.
Selain itu, di pasar ini para peniaga menawarkan barangan dagangan di atas sampan atau bot yang terapung di Sungai Pengkalan Datu. Di samping itu, pembeli yang ingin melihat barangan jualan boleh berada di pelantar terapung yang disediakan.
Antara barang dagangan ialah beraneka makanan tradisional Kelantan dan makanan moden lain yang dijual dengan harga yang berbaloi.
Waktu operasi: Ahad (8 pagi – 1 petang)
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp
Muzium Kraftangan
Kraftangan di Kota Bharu
Alamat: Jalan Merbau, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-7477554
Bandar Kota Bharu sememangnya memiliki pelbagai muzium dengan peranan yang berbeza-beza yang patut jadikan sebagai tempat bercuti di Kelantan.
Seperti sedia maklum, bandar Kelantan kaya dengan seni budaya. Oleh itu, Muzium Kraftangan diwujudkan sebagai pameran bagi memperkenalkan sejarah dan seni kraftangan di negeri tersebut.
Antara barang pameran yang menarik dipaparkan ialah demonstrasi penghasilan kain songket, pembuatan wau, mencanting batik, ukiran tradisional dan banyak lagi.
Selanjutnya, di sini juga menjual barangan kraftangan rakyat Kelantan yang boleh anda boleh bawa pulang sebagai hadiah.
Harga tiket:
- Dewasa: RM 2
- Kanak-kanak: RM 1
Lihat Peta | Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)
Gelanggang Seni
Tempat menarik di Kota Bharu untuk keluarga
Alamat: Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-7483543
Alami tempat menarik Kota Bharu Kelantan bersama seisi keluarga di Gelanggang Seni setelah berkunjung ke Muzium Kraftangan. Gelanggang Seni merupakan pusat kebudayaan negeri Kelantan yang menganjurkan pelbagai persembahan budaya yang dijalankan.
Antaranya ialah persembahan silat, wayang kulit, gasing, wau dan banyak lagi secara percuma. Menarik bukan!
Hal ini kerana, persembahan sebegini hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja. Oleh itu, jadikan destinasi ini sebagai tempat bercuti di Kelantan yang indah bersama keluarga anda.
Pasar Wakaf Che Yeh
Tempat menarik di Kelantan waktu malam
Alamat: 2028, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Ingin berjalan-jalan pada waktu malam di Kelantan? Jom cuci mata ke Pasar Wakaf Che Yeh yang merupakan pasar malam terbesar di bandar Kota Bharu. Pelbagai barangan yang dijual di sini semestinya sesak dengan para pengunjung sehinggakan susah mencari parkir kenderaan.
Sehubungan dengan itu, barangan yang dijual ialah barangan rumah, aksesori, pakaian, tembikar, makanan dan terlalu banyak lagi sehingga mampu membuat anda rambang mata.
Selain itu, jika anda singgah di bahagian makanan, jangan lupa untuk mencuba pulut mangga, somtam dan aneka kerabu. Confirm sedap!
Waktu operasi: Setiap hari (6 petang -12 pagi)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Bazar Tok Guru
Kompleks beli-belah di Kota Bharu
Alamat: 3, Jalan Padang Perdana, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Bazar Tok Guru merupakan kompleks beli-belah yang terkenal di bandar Kota Bharu yang menempatkan lebih 600 buah kedai di dalamnya.
Khusus untuk kaum wanita ‘kaki shopping’ semestinya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membeli-belah di sini kerana harganya amatlah berpatutan.
Yang penting pandai tawar-menawar dapatlah harga durian runtuh seperti diidamkan! Selain itu, antara barang jualan yang ‘digilai’ para wanita ialah tudung bawal, blouse, telekung, batik, kain ela dan banyak lagi.
Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 6 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web
Pantai Cahaya Bulan
Tempat menarik di Kota Bharu untuk pasangan
Alamat: Pantai Cahaya Bulan, 15350, Kelantan
Telefon: –
Mencari tempat yang menenangkan sambil melihat pemandangan indah di bandar Kota Bharu bersama pasangan anda? Jom ke tempat cantik di Kelantan iaitu Pantai Cahaya Bulan (PCB) atau dulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi.
Pada pandangan umum, maksud ‘berahi’ adalah ‘ghairah’ manakala menurut rakyat pantai timur ‘berahi’ bermaksud ‘suka sangat’. Nikmati pemandangan indah kebersihan pasir putih pantai dengan kejernihan air laut yang menghadap Laut China Selatan dan berkelah bersama pasangan anda.
Selain itu, terdapat pelbagai gerai makanan yang disediakan dan cuba juga makanan laut celup tepung. Semestinya menyelerakan! Lain daripada itu, terdapat beberapa resort yang disediakan berdekatan pantai ini untuk anda yang mencari tempat penginapan berdekatan.
Muzium Islam
Koleksi bercirikan Islam di Kota Bharu
Alamat: Kelantan State Museum Corporation, Jalan Hospital, Kelantan, 15000 Kota Bharu
Telefon: 09-7482266
Umum mengetahui bahawa, negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan kemasyhuran pentadbiran Islam sehingga digelar Serambi Mekah. Dengan ini, Muzium Islam diwujudkan di bandar Kota Bharu. Ia dibina menggunakan kayu cengal dan pernah dijadikan kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1902.
Namun kini bangunan ini dijadikan sebagai muzium dengan mempamerkan pelbagai koleksi bercirikan Islam termasuk tokoh agama Islam yang menyumbang kepada agama Islam di Kelantan.
Lain daripada itu, turut ditempatkan dokumen dan artifak kedatangan Islam serta replika mumia firaun yang dilengkap dengan keranda.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.30 pagi – 4.45 petang)
Muzium Perang (Bank Kerapu)
Tempat menarik di Kota Bharu untuk pelajar
Alamat: Jalan Pejabat Pos Lama, 15300, Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-7482266
Muzium Perang merupakan tempat menarik Kota Bharu Kelantan yang sesuai dijadikan lawatan sambil belajar untuk pelajar tentang era pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada awalnya, bangunan ini berperanan sebagai bank perdagangan dan bertukar menjadi markas tentera Jepun ketika muncul di Tanah Melayu.
Selain itu, Muzium Perang turut dikenali sebagai Bank Kerapu di mana perkataan ‘kerapu’ diambil sempena dialek Kelantan yang bermaksud ‘menggerutu’ yang merujuk kepada permukaan dinding bangunan yang kasar.
Di samping itu, muzium ini menempatkan lebih 1000 artifak peninggalan jajahan Jepun seperti foto, artifak dan artikel. Selanjutnya, di bahagian luar muzium turut dipamerkan kenderaan-kenderaan yang pernah digunakan ketika peperangan.
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (8.45 pagi – 4.30 petang)
Masjid Muhammadi
Masjid di Kota Bharu
Alamat: D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 09-7446495
Masjid Muhammadi yang tersergam indah ini merupakan tempat cantik di Kelantan yang sesuai dikunjungi. Ia dibina ketika pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1867 dengan menggunakan struktur kayu dan diubahsuai kepada batu sekitar tahun 1922.
Selain itu, Masjid Muhammadi turut dikenali dengan nama masjid batu, masjid negeri dan masjid besar yang pernah digunakan oleh ulama tersohor Kelantan untuk mengajar murid-murid.
Dalam pada itu, reka bentuk masjid dipengaruhi oleh penjajah Inggeris iaitu penggunaan batu marmar di ruangan solat, dinding dihiasi ukiran kalimah Al-Quran dan kubah berwarna keemasan. Menariknya di sini masjid ini turut mempunyai menara jam.
Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)
Masjid Kampung Laut
Tempat bersejarah di Kelantan
Alamat: Jalan Tok Nek, 16200 Tumpat, Kelantan
Telefon: 09-7412400
Masjid Kampung Laut merupakan tempat bersejarah di Kelantan yang boleh anda lawati. Masjid yang dibina tanpa sebarang paku pada kurun ke-18 ini merupakan masjid yang tertua di rantau Asia Tenggara. Menarik bukan?
Terdahulu, sejarah masjid ini tercetus apabila sekumpulan mubaligh yang telah bernazar untuk membina sebuah masjid apabila berjaya mendarat di kawasan pantai dengan selamat. Ekoran daripada kebocoran perahu mereka ketika dalam perjalanan untuk menyebarkan agama Islam di Kepulauan Melayu.
Seterusnya, selepas mereka selamat mendarat di Kampung Laut maka Masjid Kampung Laut dibina di tepi Sungai Kelantan. Namun begitu, masjid ini dialihkan ke lokasi lain iaitu lokasi terkini ekoran banjir besar yang pernah melanda di Kampung Laut pada tahun 1966.
Waktu operasi: Setiap hari (4.19 pagi – 12 pagi)
Restoran Nasi Ulam Cikgu
Restoran di Kota Bharu
Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Penggemar ulam-ulaman serta makanan kampung? Jom singgah makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu! Sekiranya anda mencari tempat makan setelah penat berjalan menerokai Muzium Kraftangan, maka ini lokasi yang ideal untuk anda.
Selain itu, sudah semestinya menu wajib di restoran ini ialah ulam-ulaman serta makanan masyarakat Kelantan iaitu budu. Lain daripada itu, menu lain yang turut menjadi tumpuan pengunjung yang patut anda cuba ialah ayam percik, ikan keli, ayam goreng dan sambal.
Oh ya! Jangan lupa pekena menu dengan air bandung bersama biji selasih. Pastinya sedap tidak terkata!
Waktu operasi: Sabtu – Khamis (10.30 pagi – 5 petang)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Istana Balai Besar
Istana di Kota Bharu
Alamat: Jalan Tengku Seri Akar, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Istana Balai Besar merupakan tempat percutian menarik di Kelantan yang boleh dilawati. Terdahulu, istana ini merupakan tempat baginda Sultan Muhammad II hingga Sultan Muhammad IV bersemayam.
Hal ini berlaku, ekoran daripada pemindahan pusat pentadbiran dari Kota Saba ke Kota Bharu. Kini, istana ini dijadikan sebagai tempat majlis-majlis rasmi kerajaan.
Meskipun pengunjung tidak dibenarkan masuk ke istana ini, anda boleh melihat keindahan seni bina pintu gerbang istana tersergam indah di bandar Kelantan ini.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (7.30 pagi – 4.30 petang)
Menara Jam Tambatan D’Raja
Mercu tanda di Kota Bharu
Alamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: 097484477
Alami tempat percutian menarik di Kelantan dengan berkunjung ke mercu tanda Kelantan iaitu Menara Jam Tambatan D’Raja. Menara setinggi 150 kaki ini terletak hanya bersebelahan dengan tambatan diraja.
Selain itu, pengunjung boleh menaiki menara sehingga ke punca untuk menikmati pemandangan di bandar Kota Bharu termasuk Sungai Kelantan. Selanjutnya, menara ini berdekatan dengan restoran-restoran serta Padang Merdeka iaitu taman rekreasi terkenal di Kota Bharu.
Waktu operasi: 24 jam
Kopitiam Kita
Sarapan di Kota Bharu
Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Tak lengkaplah kalau bercuti di Kota Bharu tetapi tidak singgah di kedai Kopitiam Kita. Tempat sarapan terbaik di Kelantan ini menyajikan pelbagai juadah rakyat Kelantan yang cukup menyelarakan.
Antaranya ialah nasi kerabu, nasi tumpang, nasi air dingin, nasi sup Kota Bharu dan bermacam lagi. Namun begitu, menu yang paling istimewa yang menjadikan kedai ini viral ialah Roti Titab.
Dalam pada itu, roti ini merupakan sejenis roti bakar dengan telur separuh masak ditengahnya serta diletakkan kaya istimewa buatan sendiri di setiap penjuru roti. Sekali rasa pasti nak lagi!
Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 2 petang)
Lihat Peta | Facebook | Laman Web | Whatsapp
Kedai Nasi Kak Wok
Nasi Kak Wok asli di Kota Bharu
Alamat: Jalan Tengku Mohd Maasum, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Jika anda bercadang atau singgah di bandar Kota Bharu jangan lupa untuk makan nasi kak wok asli di bandar Kelantan ini. Kedai Nasi Kak Wok yang diasaskan oleh Mek Wok binti Hassan sehingga kini masih beroperasi dan diterajui oleh anak cucunya.
Nasi kak wok diperkenalkan kepada masyarakat Kelantan pada tahun 1984 dan sehingga kini menular ke masyarakat luar dari Kelantan. Di samping itu, nasi kak wok merupakan nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong saiz dadu.
Akhir sekali, nasi berlauk tadi ditambahkan lagi dengan gulai pekat dan sambal belacan.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 3.30 petang)
Lihat Peta | Facebook | Whatsapp
Pasar Siti Khadijah
Pasar terkenal di Kota Bharu
Alamat: Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
Telefon:-
Pasar Siti Khadijah merupakan destinasi wajib singgah bagi pengunjung luar dari bandar Kelantan. Ia merupakan pasar terkenal di Kelantan yang terdiri daripada 4 tingkat dan mampu menempatkan ratusan peniaga di sini.
Selain itu, sesuai dengan namanya iaitu Siti Khadijah, peniaga-peniaga di sini dipelopori oleh kaum wanita. Di samping itu, terdapat pelbagai jenis barangan yang pengunjung boleh dapati dari pasar ini.
Antaranya ialah barangan basah yang segar-bugar, barangan kering seperti makanan tradisional Kelantan, pakaian, tudung dan banyak lagi yang mampu membuat anda rambang mata.
Waktu operasi: Setiap hari (7.30 pagi – 5.30 petang)
Lihat Peta | Laman Web | Whatsapp
Jambatan Terapung Kubang Kerian
Tempat menarik di Kubang Kerian
Alamat: Jambatan Kampung Pulau Hilir, Off Lrg Pulau Raja Kg Pulau Hilir, 16150 Kota Bharu, Kelantan
Telefon: –
Mencari tempat menarik di Kubang Kerian yang percuma? Jom terokai Jambatan Terapung Kubang Kerian yang terletak di Kampung Pulau Tengah. Pada awalnya, kampung ini kurang dikenali di mata umum sehinggalah jambatan terapung ini siap dibina sekitar tahun 2020.
Selain itu, jambatan sepanjang 1 kilometer ini diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi serta disokong oleh nibong yang menampakkan ia seakan-akan terapung di atas air.
Tambahan pula, ia menghubungkan dari kawasan belakang Hospital Universiti Sains Malaysia hingga Min House Camp.
Selanjutnya, terdapat aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti berkayak, menangkap ketam nipah, melawat ladang lebah kelulut, berkunjung ke Taman Kelip-Kelip dan banyak lagi.
0 comments:
Post a Comment