CARA MENGETAHUI JANTINA BAYI DALAM KANDUNGAN
Menjadi ibu bapa untuk kali yang pertama adalah saat yang paling manis dan menggembirakan bagi pasangan yang berkahwin. Lebih-lebih lagi jika zuriat itu sudah lama dinantikan. Apabila sebut sahaja keterujaan menjadi ‘first time parents’, sudah pasti aspek keselamatan, pemakanan sehingga ke soal persiapan perlu diambil kira.
TERUJA
Selain keterujaan pasangan tersebut, keluarga dan rakan keliling juga kadang-kadang lebih teruja dari pasangan itu sendiri. Soalan yang selalu kita dengar adalah“Kandungan sudah berapa bulan?”, “Bila due?”. Tetapi, soalan yang paling popular adalah“Baby boy ke girl?”. Parenting.com ada satu tool yang dikatakan boleh meramal jantina bayi dalam kandungan. Namun harus diingat, cuba boleh, percaya jangan!
SCAN 3D/4D
Selain cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan dengan kaedah 3D/4D scan yang boleh didapati di link ini, kami ingin berkongsi beberapa cara dan kaedah orang lama dalam menentukan jantina bayi di dalam kandungan. Jom lihat dan teka apa jantina bayi anda.
TANDA HAMIL ANAK LELAKI
Foto Kredit: www.sampaikini.com
Jika anda mengandung anak lelaki, berikut ialah tanda hamil anak lelaki:
Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
Wajah anda berseri-seri
Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
Kulit anda kering
Hidung kelihatan lebih kembang
Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
Sering diserang sakit kepala
Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki.
Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.
TANDA HAMIL ANAK PEREMPUAN
Foto Kredit: wallpaperswide.com
Jika anda mengandung anak perempuan, berikut ialah tanda hamil anak perempuan:
Perut anda bulat
Anda mengalami ‘morning sickness’
Sering mual pada menu yang beraroma tajam
Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
Kulit anda lembut
Rambut anda nipis dan tidak bermaya
Punggung kelihatan lebih besar
Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
Jika anda dokong bayi perempuan, bayi itu akan menangis
Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna anda hamil anak perempuan.
Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.
AKHIR KATA
Ini adalah sebahagian dari petua dan kaedah yang dapat kami kongsikan. Mungkin ada sedikit sebanyak tanda-tanda tersebut ada pada ibu-ibu yang mengandung. Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus-peratus betul. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T.
Bayi lelaki atau perempuan tidak penting kerana apa yang paling penting adalah bayi yang bakal dilahirkan nanti sihat dan sempurna. Semoga perkongsian kami ini bermanfaat dan berguna. Selamat meneka!
CARIAN YANG BERKAITAN:
jantina bayi mengikut kalender islam
cara nak tahu anak lelaki atau perempuan
cara mengetahui jantina bayi
jantina bayi mengikut kalendar islam
cara mengetahui jantina bayi mengikut islam
jantina bayi dalam kandungan
jantina bayi dalam kandungan 6 bulan
cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan
jantina anak mengikut kalendar islam
jantina bayi
Sumber Sirap Limau
0 comments:
Post a Comment