loading...

Sunday, 13 August 2017

RAMAI TERTANYA TANYA KENAPA ANJING INI MENGIKUT PERARAKKAN KEMATIAN LELAKI INI SEHINGGA HADAPAN KUBUR !! SEJAUH 3KM TIADA SIAPA TOLONG HINGGA TERNAMPAK KELETIHAN PD ANJING ITU.. AKHIRNYA TERJAWAB RUPA2NYA ANJING ITU ….

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Leong Khai Waimemuat naik status berserta gambar dan video mengenai seekor anjing yang pasti menyentuh hati anda semua.

Status yang dimuat naik pada 3 Mac lalu dimulakan dengan Leong memuji haiwan itu sebagai anjing yang paling menakjubkan dan setia pernah dijumpai di Kampung Air Jernih, Terengganu.

Pemilik anjing berkenaan difahamkan telah mati dan ketika seluruh keluarga mahu berangkat pergi untuk mengebumikan mayat, anjing itu dikatakan ingin mengikuti mereka.

ARTIKEL POPULAR HARI INI
by Mgid

Celebs We’ve Lost In 2017

usmagazine.com

Malah, anjing jantan itu mengikuti perarakan pengebumian sejauh 3 kilometer sebelum sampai ke tanah perkuburan.

Di dalam video yang dimuat naik itu, anjing berkenaan dilihat berlari sepanjang jalan mengejar kereta yang membawa mayat tuannya itu.. Meskipun secara fizikalnya, anjing tersebut dilihat seperti sudah berusia dan tidak mampu untuk berlari sejauh itu namun, kesetiaan seekor anjing dan perasaan sayang terhadap kawan baiknya menandingi segalanya.

Lebih menyedihkan lagi, sebaik sahaja sampai di tanah perkuburan, anjing itu berkeras untuk berada bersama dan terus baring di atas tanah untuk berada di sisi pemilik yang disayangi itu. Sedihnya 🙁

Video yang lain turut menunjukkan anjing berkenaan duduk di atas timbunan tanah bersebelahan dengan kubur yang akan menempatkan pemiliknya itu.

Apabila keranda ditempatkan di dalam lubang, anjing itu bangun dan menghidu bau timbunan tanah tersebut sebelum duduk semula dan rapat dengan keranda. Mesti dia bau tuan dia.

Netizen yang membaca status berkenaan menyatakan rasa sedih mereka dan ada juga yang mempertikaikan tindakan Leong serta yang lain kerana tidak membawa anjing itu bersama menaiki kereta.

Awak patut tumpangkan anjing itu bukan hanya merakamkan video dan memuat naik di media sosial,”komen seorang netizen.

Awak biar anjing itu berlari sejauh 3km dan hanya merakamkan video? Menakjubkan?” komen seorang lagi.

Apa pun yang berlaku, kesetiaan anjing ini sangat menyentuh hati dan membuka mata bahawa haiwan adalah ciptaan Tuhan yang juga mempunyai perasaan. Mereka tahu erti sayang dan setia kepada manusia. Hentikanlah penderaan terhadap haiwan

 

Sumber : kamiviral

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...