loading...

Thursday, 3 August 2017

6 TEMA PERKAHWINAN PALING PELIK

6 TEMA PERKAHWINAN PALING PELIK,,LAST SEAKLI DATOK SEGALA PELIK? NAK KAWIN KE NAK HAPE NI?

1. Tema superhero Power Rangers

Majlis ini diadakan di Rawang, Selangor. Pasangan pengantin dikatakan telah diberi kejutan oleh rakan-rakannya yang mana telah bertukar menjadi Power Rangerssemasa majlis resepsi mereka yang mana bertujuan untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut. Memang terbaik punya suprise!

 

B2edImage via robot6.comicbookresources.com

3ec9Image via robot6.comicbookresources.com

1130Image via robot6.comicbookresources.com

2. Tema superhero Kamen Rider

Menurut sumber, tema ini dipilih oleh pengantin lelaki itu sendiri kerana meminati siri animasi Kamen Rider sejak zaman kanak-kanak lagi. Dia telah menyimpan niat dan angan-angan untuk mengadakan majlis seperti ini sejak kecil lagi dan tidak menyangka akhirnya impian ini menjadi nyata.

C385Image via www.amazingify.com

6ec1Image via www.amazingify.com

2406Image via www.amazingify.com

3. Tema Star Wars

Disebabkan begitu minat dengan filem aksi Star Wars, pasangan ini telah memilih tema ‘Star Wars’ semasa di hari bahagia mereka. Bukan saja tema dan dekorasi majlisnya sahaja bertemakan Star Wars, malahan hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak juga merupakan alat-alat serupa yang digunakan dalam filem tersebut. Memangrare!

D050Image via inarasouza.blogspot.com

C8afImage via inarasouza.blogspot.com

4baaImage via inarasouza.blogspot.com

4. Tema Football Club Arsenal

Pasangan ini merealisasikan perkahwinan idaman mereka dengan menjadikan pasukan bola kegemaran, Arsenal sebagai tema majlis. Malah padang bola sepak mini turut disediakan bagi menaikkan mood bola sepak sewaktu majlis berlangsung. Hebatnya penangan majlis mereka ini sehinggakan ia mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa apabila kisah mereka menjadi trending di laman web metro UK.

Fd25Image via Atikah/Twitter

F368Image via Atikah/Twitter

698aImage via Atikah/Twitter

5. Tema ‘Di Bangku Sekolah’

Kalau anda perasan, pasangan ini telah pun menjadi viral beberapa hari lalu kerana mengenakan pakaian sekolah sebagai busana perkahwinan mereka. Mereka dikatakan mula mengenali antara satu sama lain sejak zaman sekolah lagi dan tidak menyangka hubungan itu kekal sehingga ke jinjang pelamin. Selain untuk throwback semula kenangan waktu sekolah, mereka juga dikatakan melakukan perkara itu untuk mengurangkan kos perkahwinan.
 says.com

Fd76Image via Titik Cahaya/Facebook

BdafImage via Titik Cahaya/Facebook

45acImage via Titik Cahaya/Facebook

6. Tema hipster

Lain pula bagi pasangan ini, mereka memilih majlis perkahwinan yang lebih santai dancool yang bertemakan Rock N Roll. Majlis ini boleh dikatakan sebagai post weddingkerana mereka mengadakan majlis ini hanya untuk meraikan rakan-rakan dan kenalan bisnes. Majlis perkahwinan mengikut adat resam dikatakan telah diadakan terlebih dahulu di kedua-dua belah pihak sebelum mereka menggadakan majlis ini.

A95bImage via Deep Motionn/YouTube

94d3Image via Deep Motionn/YouTube

46e6

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...