Seorang ayah telah meninggalkan anak perempuannya bersama ibu bapanya di kampung kerana dia perlu berkhidmat di luar negeri untuk beberapa bulan.
Sekembalinya dia ke kampung, dia benar-benar terkejut dengan perubahan yang berlaku ke atas anak perempuannya itu.
Matanya yang bundar itu membuatkannya kelihatan sungguh comel. Pasti dia telah dijaga dengan sempurna oleh keluarganya.
Lihatlah rambut yang diikat kemas menyerlahkan lagi kecomelan kanak-kanak perempuan ini.
Dia juga sering dipakaikan dengan pakaian yang cantik seperti seorang puteri.
Lihatlah senyuman di wajahnya yang bujur itu. Sungguh menawan.
Nah, ini gambar terbarunya selepas beberapa bulan dijaga oleh datuk dan neneknya. Makin comel! Menurut datuk dan neneknya, sejak tinggal bersama mereka, kanak-kanak perempuan ini semakin kuat makan. Maklumlah tinggal di kampung, banyak makanan berkhasiat yang dihidangkan oleh neneknya.
Lantaran dia merupakan cucu tunggal, pasti dilayan seperti tuan puteri.
Wajahnya semakin tembam dan rasa mahu dicubit-cubit sahaja.
Selepas sampai di rumah mereka, kanak-kanak perempuan ini telah meminta ayahnya memasakkan nasi untuknya.
Ayahnya betul-betul terkejut apabila puterinya sekarang sudah kuat makan. Habis semangkuk nasi dan minta ditambah lagi.
0 comments:
Post a Comment