Saya diminta satu keluarga di sebuah kampung di Sri Medan untuk merawat keluarga dan rumah kg mereka.
.
Mula ceritanya, salah seorang wanita ahli keluarga ini saya rawat di centre saya (di Kajang). Tatkala beliau nampak saya, terus beliau paut jenang pintu tak nak masuk. Saya suruh suaminya tolak dia masuk dan segera saya kunci grill pintu. Semasa dalam centre, beliau antara separuh sedar. Sampailah saya tempik, dan beliau terus kerasukan. Rupanya ada jin saka ular. Selepas saya menyeksa, jin cerita detail A-Z. Suami beliau terkejut mendengar kerana selama berubat bertahun di pusat rawatan lain, jin langsung tak bercakap. Sebaliknya jin ketawakan perawat sahaja. Kali ini, jin bertemu ruas!
.
Jin ini bersungguh ceritakan sarang ular mereka di rumah kg di Sri Medan. Sarang itu dalam bentuk barang yang ditanam betul2 bawah tiang seri rumah (gambar ikatan kain). Selepas panjang lebar jin kena soal dengan suami mangsa, saya arahkan jin keluar tinggalkan mangsa. Tapi jin seekor ini degil. Rupanya jin ini adalah saka induk atau ketua yang paling besar. Jin ini beritahu ada 5 ekor ular utama. Baki lagi 4 ada di kg Sri Medan. Dengan izin Allah saya tamatkan riwayat jin saka ular induk ini. AlhamdulilLah, wanita ini kembali sedar dan ceria. Dia beritahu semasa tak sedar, dia nampak 4 ekor ular berkeliaran pada dinding rumah kg Sri Medan.
.
Selepas saya balik dari Sabah, pihak keluarga ini jemput saya ke kg Sri Medan. Semasa di sana, ramai ahli keluarga berkumpul. Seperti diduga ada beberapa ahli keluarga kerasukan jin saka dan jin sihir. Ada yang sampai menari. Bagaimanapun saya dapat kendalikan suasana pesta jin ini dengan membunuh sahaja jin2 degil ini.
.
Baki jin saka ular yang merasuk turut memberitahu lokasi yang sama rumah mereka. Lihat gambar kain berikat itulah rumah mereka yang dikorek betul2 bawah tiang seri rumah.
.
Gambar 4 botol pula ada kaedah pagar rumah yang TIDAK PATUH SYARIAH yang ditanam 4 penjuru rumah oleh seorang ‘ustaz’ beberapa bulan lalu. Saya arahkan buang kerana ini jelas menyalahi kaedah perubatan Islam.
.
Selesai merawat para pesakit, saya mula merawat rumah. Mulai dengan solat hajat, bacaan ruqyah full pada air dan minyak pati limau. Kemudian saya spray keseluruhan ruang dalam rumah dan tabur/baling 40 kilo garam kasar keliling rumah, dinding rumah dan bumbung rumah termasuk lubang yang digali.
.
AlhamdulilLah operasi selesai 6 jam selesai. Saya bekalkan panduan mandi ais dan zikir khusus untuk pihak keluarga amalkan.
.
=UAK=
Roqy Malaysia
Sumber : Ustaz Ahmadi Kajang
.
0 comments:
Post a Comment