Cameron Highland merupakan tempat menarik di Pahang dan antara tempat melancong rakyat Malaysia yang popular semasa cuti sekolah. Malahan, Cameron Highlands salah satu lokasi terbaik untuk anda bercuti sambil mencipta memori bersama keluarga tersayang atau rakan.
Antara keistimewaan cameron highland ialah lokasinya yang terletak di kawasan tanah tinggi, pemandangannya menarik, udaranya nyaman dan suhu yang sejuk. Terokai tarikan terkini di Cameron Highlands untuk mendapatkan pengalaman percutian yang menarik mengikut impian anda.
Waktu terbaik untuk melawat Cameron Highlands ialah pada waktu bukan cuti sekolah kerana keadaan kurang sesak dan anda tidak perlu beratur untuk tempoh yang lama.
Anda juga boleh menyemak peta lokasi menarik di Cameron Highland dan merancang perjalanan dengan sebaiknya. Jika anda ingin bermalam di Cameron Highlands, Brinchang dan Tanah Rata adalah dua tempat penginapan yang bagus.
Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highland
Cameron Highlands adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Pahang yang menarik pengunjung dari seluruh Semenanjung Malaysia. Pemandangan Cameron Highland yang indah akan membuatkan anda melupai segala kepenatan dari bekerja.
Semoga artikel mengenai tempat-tempat menarik untuk dilawati di Cameron Highlands ini akan memberi anda beberapa maklumat berguna.
Ladang Teh Cameron
Tempat menarik di tanah rata
Ladang teh Cameron Valley ini juga dikenali sebagai ladang teh bharat. Selain itu, ladang teh cameron ini hanya terletak di tepi jalan dan mudah dilawati berbanding ladang teh Boh.
Pengunjung boleh masuk secara percuma tanpa tiket ladang teh Cameron. Terdapat dua tempat iaitu Tea House 1 dan Tea House 2 yang berdekatan antara satu sama lain.
Namun begitu, kafe dan tempat letak kereta di Tea House 2 adalah lebih besar daripada Tea House 1. Anda juga boleh breakfast di ladang teh cameron yang cantik sambil melihat kehijauan ladang teh.
Pengunjung juga dapat membeli produk teh Cameron Valley dan bersantai di cafe ladang teh Cameron yang menghadap ke ladang teh. Keistimewaan ladang teh Cameron Highland menjadi tumpuan para pengunjung.
Pasar Kea Farm Cameron Highland
Pasar pagi Cameron Highland
Pasar pagi Kea farm menjual barangan tempatan seperti buah-buahan, sayur Cameron, cenderahati dan makanan ringan (seperti ais krim buatan sendiri, keledek goreng dan jagung kukus) .
Selain itu, pasar pagi ini salah satu tempat terbaik untuk mendapatkan makanan segar Cameron Highland. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah, pasar kea farm dipenuhi pelancong yang datang membeli buah tangan.
Pada waktu puncak, tempat letak kenderaan juga terhad. Pasar ini juga berdekatan dengan ladang lebah, Rose Center, dan taman rama-rama di Brinchang.
Malahan, Pasar Kea farm merupakan salah satu pasar terbesar di Cameron Highlands.
Ladang Lebah Cameron Highland
Tempat menarik di tanah rata
Ladang Lebah Ee Feng Gu adalah salah satu tarikan terbaru di Cameron Highlands yang patut anda lawati jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang lebah.
Sesuai dengan namanya, anda boleh belajar tentang proses penghasilan madu serta cara penjagaan lebah yang betul di lokasi ini secara percuma.
Selain dari ladang lebah, terdapat juga galeri membeli-belah yang besar, muzium mini, taman permainan kanak-kanak dan juga kafe.
Taman Rama-rama Cameron Highland
Tempat menarik Cameron Highland untuk keluarga
Selain pelbagai spesies rama-rama, taman rama-rama Cameron Highland ini mempunyai haiwan eksotik lain untuk tontonan umum termasuk kala jengking, cicak, kumbang, dan juga ular.
Taman rama-rama ini terletak di Kea Farm, empat kilometer dari Brinchang dan destinasi pelancongan terawal di Cameron Highlands.
Jangan ketinggalan menemui rama-rama yang dinamakan sempena lanun terkenal Borneo, Raja Brooke. Menurut dongeng tempatan, roh Brooke dikatakan berada di dalam badan rama-rama tersebut.
Ladang Strawberry Cameron Highland
Tempat menarik Cameron Highland untuk keluarga
Selain dari YZ Agro Farm, Big Red Strawberry Farm merupakan salah satu ladang strawberry yang terkenal dikalangan pelancong.Apabila anda datang ke kawasan penanaman strawberi ini, anda boleh petik strawberry dan memakannya terus dari ladang.
Di ladang strawberry cameron highland ini, anda boleh melihat proses penjagaan pokok strawberry secara dekat. Selain itu, anda juga boleh pergi ke kedai cenderamata, kafe dan kedai sayur Cameron organik yang terdapat di ladang ini.
Pintu masuk Big Red Strawberry Farm juga membolehkan anda menuju ke air pancut koi, tapak semaian bunga dan zoo haiwan peliharaan mini yang kebanyakannya ada arnab.
Berat buah yang anda pilih akan menentukan harga strawberi ini. Jangan risau, ia akan mengikut bajet anda.
Ladang Lavender Cameron Highland
Tempat menarik di Brinchang
Bagi mereka yang menyukai bunga, terdapat juga The Lavender Garden atau dikenali sebagai Cameron Lavender. Pengunjung akan terpukau dengan deretan bunga ungu yang memenuhi taman pada musim lavender.
Taman Lavender ini hanya 10 kilometer dari bandar Brinchang, bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai jenis lavender, tetapi ia juga dipenuhi dengan bunga ros Jepun, bunga tiga bulan, bunga cahaya pagi dan bunga daisy dalam pelbagai warna.
Taman ini juga lokasi menarik untuk bergambar dan mempunyai kedai yang menjual segala-galanya daripada cenderahati sehingga aiskrim buatan sendiri berperisa lavender.
Selain melihat lavender, anda boleh petik strawberry dan mengambil beberapa gambar mural 3D serta istana ungu yang kelihatan menarik.
Ladang Teh Boh Sungai Palas
Tempat menarik di Cameron Highland yang percuma
Ladang Teh Boh ialah ladang teh yang terkenal di Cameron Highlands. Ladang teh di Malaysia ini dibangunkan pada tahun 1930-an dan menempatkan kilang teh Boh yang pertama.
Malahan, ladang teh boh Sungai Palas Cameron Highlands adalah ladang teh yang paling popular dan tarikan utama pengunjung.
Di sini kami kongsikan beberapa tips ke ladang teh boh sungai palas. Jalan ke ladang teh boh sungai palas memang sukar, sempit dan berliku berbanding ladang teh bharat. Maka, sentiasalah memandu dengan berhati-hati dan perlahan.
Jika anda ingin melihat bagaimana teh sedang diproses, datang awal pagi. Namun, jika anda hanya ingin menikmati pemandangan ladang teh cameron, anda boleh duduk di anjung kafe dan menikmati secawan teh dan sepotong kek lobak merah dalam suasana yang tenang.
Pengunjung diingatkan membawa wang tunai yang mencukupi kerana makanan di kafe bukanlah murah. Selain itu, terdapat galeri pelawat di mana pengunjung boleh mempelajari sejarah ladang teh boh Sungai Palas di Cameron Highlands.
Ladang Anggur Cameron Highland
Tempat menarik di Cameron Highland yang percuma
Selain dari ladang strawberry, tarikan lain di tanah tinggi cameron ialah Ladang Anggur Bertam Valley. Lokasi kedua untuk melihat ladang anggur di Cameron ialah Ladang Anggur Blue Valley.
Jika anda bercadang untuk melawat ladang anggur, pastikan anda menyemak musim berbuah setiap ladang anggur di Cameron Highlands. Perlu diingat bahawa anggur hanya berbuah dua kali setahun, pada bulan Mac dan September.
Pengunjung boleh memetik anggur dan melihat tanaman lain yang menjadi tarikan pelancong di sini, seperti sawi, jagung, kacang, dan lain-lain.
Flora Park Cameron Highland
Cameron Highland untuk honeymoon
Taman bunga yang indah ini antara tempat baru di Cameron highland yang harus dilawati semasa percutian di Cameron Highland.
Pengunjung dapat bersiar-siar di taman bunga Cameron Highland dan menikmati perkelahan peribadi berlatar belakangkan bunga ros.
Sama ada anda melancong bersama rakan atau keluarga, Flora Park menyediakan beberapa pakej Picnic Reservation melalui akaun instagram mereka.
Bagi pasangan yang ingin berbulan madu atau meraikan ulang tahun, datanglah ke taman ini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga di Cameron Highland. Nikmati saat romantis di taman bunga bersama orang tersayang.
KHM Strawberry Farm
Tempat menarik di Cameron Highland yang percuma
KHM Strawberry Farm perlu diberi perhatian kerana ia merupakan kebun strawberry pertama di Cameron Highlands yang ditanam oleh orang Melayu.
Selain daripada menjual strawberry segar, ia juga menjual jem strawberry, scones, wafel dengan aiskrim stawberry, dan yang paling penting, ais krim yang dibuat sendiri oleh pemiliknya.
Anda juga boleh petik strawberry di kebun strawberry ini yang terletak di Taman Sedia Cameron dan merasai keenakan Nasi Lemak Sambal Strawberry yang dijual di kawasan taman ini.
Rose Valley
Tempat menarik di Brinchang
Sebelum ini ladang strawberry, sekarang ladang bunga ros yang mempunyai sehingga 450 jenis bunga ros. Rose Valley adalah destinasi untuk peminat bunga ros.
Bunga ros cameron highland ini akan mekar dan tumbuh subur di kawasan yang bersuhu rendah. Apabila anda tiba, anda akan disambut oleh burung merak di dalam sangkarnya.
Selain bunga ros Cameron Highland, kedai di Rose Valley menjual pelbagai jenis sayuran, bunga dan buah-buahan.
Malah, lokasi menarik ini mempunyai banyak tempat cantik untuk bergambar dan ada juga disediakan prop-prop menarik untuk mencantikkan gambar anda.
Sheep Sanctuary Cameron
Tempat menarik di Cameron Highland untuk kanak kanak
The Sheep Sanctuary salah satu tempat baru di cameron highland yang menarik ramai pengunjung.
Selain biri-biri yang gebu, pengunjung juga boleh menemui arnab di sini.
Kami cadangkan anda menempah tiket Sheep Sanctuary di halaman Klook kerana harga tiket lebih murah mengikut ulasan dari pelanggan.
Terdapat kira-kira 20 ekor biri-biri Australia yang boleh anda sentuh dan beri mereka makan. Nikmati pemandangan dari puncak Cameron Highlands dengan biri-biri berada betul-betul di sebelah anda.
Avant Chocolate Cameron Highland
Tempat menarik di Cameron Highland yang percuma
Ramai yang tidak tahu tentang Avant Chocolate Cameron Highland. Tempat ini adalah syurga bagi penggemar coklat.
Di Avant Chocolate Cameron Highland mereka mempunyai kek, pencuci mulut, ais krim, dan pelbagai jenis coklat. Lokasi menarik ini mesti anda singgah dan lihat apa yang mereka tawarkan di sini.
Menurut pengalaman pelancong yang bercuti di Cameron Highland, orang kata kek strawberry itu sedap. Anda patut mencubanya.
Pasar Malam Golden Hill
Pasar malam Cameron Highland
Kepelbagaian makanan jalanan menjadikan Pasar Malam Golden Hills sebagai pasar malam yang mesti dikunjungi di Cameron Highlands.
Malahan, pasar malam ini dibuka mulai jam 5 petang hingga 11 malam setiap Jumaat hingga Ahad, menjual barangan tempatan, hasil bumi dan, yang paling penting, makanan!
Selain sayur-sayuran segar, batang jagung, bunga segar, pakaian, mainan dan hasil tanaman tempatan yang lain semuanya ada.
Apatah lagi makanan laut, sate dan makanan bergoreng. Jika anda terlepas ladang strawberi atau pasar pagi, pasar malam hujung minggu ini menjual strawberi yang dicelup coklat, ubi kayu kukus dan jagung bakar.
Muzium Time Tunnel
Tempat menarik di Brinchang
Banyak artifak di Muzium Time Tunnel Malaysia ini akan membawa kembali kenangan untuk mereka yang lahir pada tahun 1980-an dan lebih awal.
Sebuah kopitiam klasik dan kedai gunting rambut hanyalah sebahagian daripada pameran di muzium ini.
Muzium ini juga mempunyai banyak barang antik dan peninggalan sejarah Cameron Highland, serta bahagian tentang kehilangan misteri iaitu Jim Thompson, seorang pembesar sutera Thai Amerika, hilang di Cameron Highlands pada tahun 1967 dan tidak pernah kembali.
Malahan, muzium ini terletak di tingkat bawah Ladang Strawberi Kok Lim di Brinchang.
Taman Agroteknologi Mardi
Tempat menarik Cameron Highland untuk keluarga
Pengunjung boleh menerokai pelbagai taman bunga, rumah tanaman, tapak semaian tumbuhan, dan juga ladang teh kecil dalam Taman Agroteknologi Mardi.
Bunga, buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai mengikut suhu di Cameron Highland juga ditanam di Taman Agroteknologi Mardi.
Selain itu, terdapat 40 jenis bunga ros yang berbeza, tanaman strawberry dan lebih daripada 100 buah sitrus yang berbeza termasuk epal dan anggur.
Anda boleh bermalam di kotej lama British di taman ini. Lokasi ini unik dan patut diambil gambar sebagai kenang-kenangan. Cubalah serunding strawberry manis dan ais krim strawberry asli untuk pencuci mulut.
Taman Kaktus Cameron Highlands
Tempat menarik di Tanah Rata
Taman kaktus yang dikenali sebagai Cactus Valey merupakan tarikan pelancong percuma di Brinchang. Selain taman ini, ada satu lagi taman kaktus yang terkenal iaitu cactus Point.
Dalam lawatan maya Cactus Valley ini, anda dapat melihat kaktus pelbagai bentuk, warna dan saiz di habitat semula jadinya.
Tambahan pula, Cactus Valley adalah rumah kepada pelbagai pokok hiasan, termasuklah fuchsia, mawar, dan juga beberapa spesies tanah tinggi yang jarang ditemui.
Bagi peminat kaktus, anda harus membeli pokok hiasan ini dan mengambil gambar di sini.
0 comments:
Post a Comment