Seorang wanita bernama Vanessa Rasmusson (26) suatu ketika dahulu pernah viral digelar Rapunzel. Ini berlaku kerana wanita dari Utah, Amerika Syarikat itu mempunyai rambut yang sangat panjang mencecah 1.2 meter.
Menurut laporan Mirror UK, Vanessa sudah 19 tahun tidak memotong rambutnya untuk menumbuhkan rambutnya menjadi sepanjang 1.2 meter.
Baru-baru ini, dunia maya dihebohkan apabila Vanessa akhirnya memutuskan hasrat untuk mengunting rambut seumpama Rapunzel itu.
Keputusan ini bukanlah hal yang mudah untuk dilakukan. Vanessa turut juga menceritakan pengalamannya dari awal memelihara rambut panjangnya sehingga memutuskan untuk menggunting rambutnya.
Ketika dia berumur tujuh tahun, Vanessa mengunting rambutnya menjadi pendek dan apabila melihatnya, dia tidak menyukai penampilannya. Oleh itu, dia berjanji tidak akan memotong rambutnya lagi.
Sejak itu, rambutnya telah tumbuh dengan indah dan Vanessa Rasmusson telah menerima banyak pujian. Malah namanya menjadi terkenal dan dia digelar sebagai Rapunzel kerana memelihara rambut panjangnya selama belasan tahun.
@08vanessa.r #4fthair #longhair #bun #momlife #30secondbun #realliferapunzel #rapunzel #beautifulhair #mom #hairdo #hairstyle #easyhairstyles #easyhairstyle #easy ♬ Aesthetic Girl – Yusei
“Saya suka berambut panjang dan ingin tahu berapa lama rambut saya boleh tumbuh. Saya tidak pernah menyangka bahawa saya boleh mencapai betis” kata Vanessa seperti dipetik di Mirror UK.
Rambutnya yang panjang menjadi identiti istimewa Vanessa. Dia juga merasakan orang lain menilai dia hanya kerana penampilan rambutnya.
“Sudah tentu saya rasa seronok dipuji orang tetapi lama-kelamaan saya rasa tidak selesa… saya sedar saya dikenali dengan rambut panjang saya dan ia telah menjadi identiti yang melekat pada diri saya dan nilai saya,” jelasnya.
Menurut Vanessa, dia lebih daripada penampilannya. Setelah melalui pelbagai renungan, dia memutuskan untuk memotong rambutnya.
“Saya harap orang dapat melihat saya lebih daripada rambut saya. Rambut panjang saya telah menemani saya selama bertahun-tahun. Selepas mencari jati identiti, saya menyedari bahawa rambut ini menjadikan saya seorang yang berbeza,” akhir Vanessa Rasmusson.
Lawan ketakutan dengan gunting rambut
Untuk mencuba perkara baharu dan meninggalkan identitinya sebagai gadis Rapunzel, Vanessa turut berubah dengan memotong rambutnya menjadi potongan bob. Dia tidak mahu lagi dilihat hanya kerana rambutnya dan mahu orang ramai melihatnya semata-mata sebagai seorang wanita, ibu kepada dua orang anak.
@08vanessa.r The BIG CHOP!!!!!! #hairtransformation #hair #longhair #4fthair #longtoshorthair #transformation #before #haircut #chop #bigchop ♬ Cut You Off – Little Mix
Secara diam-diam, November 2021 lalu Vanessa menggunting rambutnya dan sengaja tidak memberitahu ramai orang. Dia tidak mahu orang lain mempengaruhi keputusannya. Vanessa Rasmusson turut berkongsi pengalaman menggunting rambutnya di TikTok.
“Saya sangat teruja tetapi juga takut apabila saya ingin memotong rambut saya. Saya sangat terkejut apabila ia dipotong tetapi saya juga tidak menyangka yang saya sebenarnya rasa cantik dan yakin dengan rambut pendek,” akhirinya.
Kini, Vanessa Rasmusson kelihatan yakin dengan gaya potongan rambut bob. Dia juga mengajak wanita lain untuk berani meraikan perubahan dalam hidup mereka.
Walaupun tidak sedikit yang mengatakan dia tidak lagi unik kerana sudah menggunting rambut, Vanessa tidak kisah. Dia rasa terpaksa menghadapi ketakutannya bahawa orang hanya mengambil berat tentang rambutnya.
The post Pernah Viral Digelar Rapunzel, Wanita Ini Gunting Rambut Selepas 19 Tahun appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment