Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengambilan kopi telah menjadi satu tabiat yang tidak boleh dilepaskan bagi sesetengah orang.
Baik pekerja pejabat di bandar besar, misalnya, mempunyai tabiat datang ke pejabat dengan beg di sebelah tangan dan cawan kopi di tangan yang lain.
Tabiat ini kemudiannya bertukar menjadi satu trend terutama di kalangan anak muda masa kini. Cawan kopi juga telah bertukar menjadi aksesori yang anda tidak boleh ketinggalan.
Oleh itu, menyahut trend ini, Balenciaga turut mengeluarkan cawan kopi yang diilhamkan dari gaya hidup anak muda di kawasan bandar. Cawan kopi ini cukup mewah tau! Kerana harga yang ditawarkan tidaklah murah seperti cawan kopi lain iaitu hampir RM450.
Memetik laporan laman Hypebae, cawan kopi ini termasuk dalam koleksi Cities Series bersama koleksi pakaian, aksesori dan kasut yang turut diilhamkan oleh gaya hidup bandar.
Mempunyai bentuk yang ringkas, cawan kopi Balenciaga ini diperbuat daripada porselin. Jadi ia mudah dicuci dan digunakan semula.
Cawan kopi Balenciaga ini boleh didapati dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Rekaannya hanya polos dengan logo Balenciaga, kemudian di bawahnya adalah nama-nama bandar seperti Rom, Seoul, Hong Kong, London, Melbourne, Singapura dan Kuala Lumpur.
Menariknya, cawan kopi ini diperbuat daripada bahan termoplastik yang mampu memanaskan minuman anda.
Jadi bagi anda yang ingin tampil bergaya ketika ke pejabat sambil memegang cawan kopi mewah, produk terbaru Balenciaga ini boleh menjadi pilihan. Anda boleh mendapatkannya melalui laman web rasmi Balenciaga.
The post Balenciaga Keluarkan Cawan Kopi Mewah, Diilhamkan Oleh Gaya Hidup Anak Muda Masa Kini appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment