Apabila bercinta, kita sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk menghormati dan menjaga pasangan.
Bermula daripada menjaga jarak dengan lelaki lain atau meminta izin daripada teman lelaki anda apabila anda ingin keluar santai atau makan angin dengan rakan-rakan.
Namun, semakin lama kita akan berada dalam situasi yang dikawal oleh pasangan kita sehingga rasa tertekan.
Jadi, berikut ini adalah beberapa tanda bahawa kita secara tidak sedar dikawal oleh teman lelaki kita.
Wajib minta izin bila keluar rumah
Tanda pertama yang mengatakan bahawa kita telah dikawal oleh teman lelaki secara tidak sedar adalah jika kita perlu meminta izin ketika keluar rumah.
Keizinan dan menunggu untuk dibenarkan keluar adalah tanda kita berada di bawah kawalannya.
Sepatutnya, semasa kita masih status bercinta, kita tidak perlu meminta izin dan menunggu untuk dibenarkan keluar.
Rasa bersalah semasa bergembira
Tanda seterusnya bahawa kita dikawal oleh teman lelaki adalah rasa bersalah kerana kita keluar bergembira tanpa meminta kebenaran teman lelaki.
Rasa bersalah ini selalunya timbul kerana kita terlalu banyak menghabiskan masa dengan teman lelaki kita dan ‘dipaksa’ untuk bergembira hanya dengan dirinya.
Jadi, bila kita bergembira tanpa boyfriend kita akan rasa bersalah.
Melarang aktiviti kita
Seterusnya apabila teman lelaki sudah mula melarang dan memerlukan kita mematuhi perintahnya.
Apabila teman lelaki kita melarang kita keluar makan angin dengan kawan-kawan dan kita dikatakan tidak patuh serta terus marah, ini tandanya kita sedang dikawal.
Larangan ini dilakukan kerana teman lelaki tahu bahawa kita mudah ‘dikawal’ dan akan menurut segala perintahnya.
Buat peraturan yang tidak munasabah
Tanda seterusnya bahawa kawan lelaki kita mengawal kita adalah dengan membuat peraturan yang tidak munasabah.
Ini termasuk dengan siapa kita boleh bermain, jenis pakaian yang kita pakai, dan pukul berapa kita pulang atau keluar rumah.
Peraturan ini tidak masuk akal kerana pada amnya kita bebas melakukan apa sahaja yang kita mahu asalkan tidak melanggar norma sosial, budaya dan undang-undang yang ada.
The post 4 Tanda Secara Tak Sedar Kita Dikawal Oleh Teman Lelaki Kita appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment