Kurma merupakan salah satu buah yang istimewa di bulan puasa. Ramai yang memakannya ketika berbuka puasa di bulan ramadan.
Kurma manis kaya dengan khasiat yang membantu meningkatkan tenaga, sambil menguruskan paras gula dalam darah.
Memetik laman Chatelaine, terdapat beberapa manfaat makan kurma ini. Oleh itu, ketika berbuka, digalakkan makan kurma. Apakah manfaatnya itu?
Kurma membantu mengekalkan jisim tulang
Penyelidikan menunjukkan bahawa kehilangan jisim tulang pada wanita menopause dengan osteopenia boleh dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan kalium. Sebiji kurma kering membekalkan hampir 140 miligram nutrien berharga ini.
Para saintis percaya bahawa pengambilan kalium yang tinggi melindungi jisim tulang dengan mengurangkan jumlah kalsium yang dikumuhkan melalui buah pinggang.
Kurma boleh mengimbangi gula dalam darah
Pengkaji diabetes telah menunjukkan bahawa kurma mempunyai kesan glisemik yang rendah. Ini bermakna makan kurma, boleh membantu penghidap diabetes jenis 2 menguruskan gula darah dan paras lemak darah mereka.
Kurma mengandungi penggalak otak
Setiap kurma mengandungi lebih daripada dua miligram kolin, vitamin B yang merupakan komponen dalam asetilkolin, neurotransmitter memori. Pengambilan kolin yang lebih tinggi dikaitkan dengan ingatan dan pembelajaran yang lebih baik, menjadikannya nutrien utama untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua yang berisiko menghidap Alzheimer.
Kurma merupakan sumber antioksidan
Semua kurma, segar atau kering, mengandungi pelbagai jenis antioksidan. Kurma segar mengandungi anthocyanidins dan karotenoid, manakala kurma kering mengandungi polifenol, sama seperti teh hijau. Eksperimen dalam kimia makanan menunjukkan kurma Khalas, kurma Madinah mempunyai antioksida yang paling tinggi jika dibandingkan dengan jenis kurma lain.
The post Apa Manfaatnya Makan Kurma Ketika Puasa appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment