loading...

Thursday, 7 April 2022

Selepas DJ, Bilal Surau Mohon Maaf Laung Azan Awal 4 Minit

Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7 di Kuala Krai, Kelantan dipercayai mengumandangkan azan Maghrib empat minit lebih awal daripada semalam, lantas menjadi viral di media sosial.

Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata ketika kejadian, Bilal tidak menyedari dia telah mengumandangkan azan Maghrib pada pukul 7.17 malam menyebabkan segelintir penduduk percaya sudah tiba waktu berbuka.

“Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan dia telah memohon maaf atas kecuaian yang dilakukannya tanpa disengajakan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Justeru, Armin berkata, mengikut hukum syarak, penduduk sekitar kawasan itu yang berbuka selepas azan, puasanya dianggap tidak sah dan perlu diganti selepas berakhir Ramadan nanti.

Malam tadi tular di media sosial mengatakan penduduk sekitar Guchil 5, 6 dan 7 di Kuala Krai perlu menggantikan puasa selepas dipercayai azan Maghrib menandakan masuk waktu berbuka lebih awal. daripada masa sebenar.

Mengulas lanjut, Armin berpesan agar semua rakyat perlu peka dengan waktu berbuka puasa dan tidak hanya bergantung kepada alunan azan yang berkumandang di masjid, masjid dan stesen televisyen mahupun radio.

Reaksi Netizen

Berbuka puasa awal ikut azan radio, perlu ganti puasa

Terdahulu Puasa mereka yang tersalah berbuka puasa awal kerana mengikut azan di radio adalah dikira terbatal dan mereka wajib menggantikan puasa setelah berakhirnya bulan Ramadan.

Demikian pandangan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar mengenai insiden siaran azan Maghrib empat minit lebih awal yang berlaku di radio Tawau FM semalam.

Beliau berkata, berdasarkan hukum syarak, mereka yang berbuka puasa awal perlu menggantikan puasa tersebut.

Katanya, waktu berbuka puasa adalah bersandarkan kepada terbenamnya matahari berdasarkan nas syarak dan bukannya bersandarkan kepada laungan azan di radio atau seumpamanya serta keadaan langit pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, usaha pihak radio menyiarkan azan sebagai tanda masuk waktu dan berbuka merupakan usaha murni yang sangat baik.

“Namun, pihak radio perlu lebih teliti dan cermat dalam perkara ini bagi mengelakkan daripada berulang perbuatan mengumandangkan azan awal daripada waktunya pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sepanjang pengetahuannya, insiden siaran azan radio lebih awal itu kali pertama seumpamanya berlaku di Sabah.

Justeru, Bungsu @ Aziz menasihatkan umat Islam supaya sentiasa cermat dan berhati-hati berkaitan waktu berbuka puasa.

Malah, beliau turut menyarankan umat Islam agar merujuk kepada takwim berbuka puasa yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa agama bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Jelas beliau, diharap dengan penjelasan tersebut ia dapat memberi manfaat kepada umat Islam khususnya mereka yang berada di kawasan yang terlibat, iaitu di Tawau.

Semalam pada hari pertama Ramadan, menerusi ruangan Syoknya Hujung Minggu, DJ radio bertugas dilaporkan tersilap menyiarkan azan Maghrib pada pukul 6.16 petang iaitu empat minit lebih awal daripada waktu sebenar iaitu pada pukul 6.20 petang.

DJ radio iaitu Mohd. Safwan Junit turut membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Facebook miliknya dengan menyatakan insiden itu berlaku kerana kesilapan teknikal dan kesilapan dirinya sendiri.

Difahamkan DJ yang baharu bertugas di Tawau FM pada tahun lalu itu tidak dibenarkan ditemuramah oleh media susulan insiden itu masih dalam siasatan pihak pengurusan Tawau FM.

The post Selepas DJ, Bilal Surau Mohon Maaf Laung Azan Awal 4 Minit appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...