Apakah hukum mencium isteri pada waktu siang di bulan Ramadan, adakah iaboleh membatalkan puasa?
Seperti yang diketahui, puasa adalah ibadah untuk menahan segala macam jenis nafsu dari terbit fajar hingga senja.
Sehingga umat Islam dilarang makan, minum, bersetubuh, dan pelbagai perkara yang boleh membatalkan puasa.
Jadi, bagaimana pula hukum mencium isteri ketika berpuasa, adakah ia boleh membatalkan?
Memetik dari laman Nahdlatul Ulama atau NU online, sebenarnya berciuman bagi pasangan suami isteri tidak membatalkan puasa selagi tidak disertai nafsu.
Namun, secara etika, mencium isteri atau suami semasa berpuasa perlu dielakkan kerana ia akan mencetuskan nafsu syahwat.
Hukum yang membolehkan mencium suami atau isteri ketika berpuasa ini terdapat dalam hadis riwayat Al-Bukhari 1792 dan 1793.
Secara umumnya manusia tidak mampu menahan hawa nafsunya seperti Rasulullah SAW. Oleh itu, lebih baik elakkan daripada mencium isteri semasa berpuasa di siang hari.
The post Hukum Mencium Isteri Ketika Berpuasa, Adakah Membatalkan Puasa? appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment