Seorang majikan di Wuhan, China telah menarik perhatian ramai kerana memberi arahan meminta para pekerjanya untuk hantar screenshot penggunaan bateri telefon sebelum dibenarkan pulang dari bekerja.
Seorang majikan di Wuhan, China telah menarik perhatian ramai gara-gara menetapkan arahan meminta pekerjanya menghantar tangkap layar graf penggunaan bateri telefon bimbit sebelum dibenarkan pulang dari tempat kerja.
Arahan itu dibuat susulan prestasi pekerja yang merudum sejak beberapa bulan lalu kerana ada antara mereka menghabiskan masa melayari laman sosial di telefon pintar berbanding pekerjaan masing-masing.
Perkara itu dikongsi oleh salah seorang pekerja syariah di platform Weibo, mengatakan arahan itu jelas melanggar hak privasi mereka.
Rata-rata netizen yang menonton video itu menasihatkan pekerja untuk bertukar kepada pekerjaan baharu.
Video tular itu juga dikatakan sampai ke pengetahuan majikan dan beliau mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.
Beliau berkata, tindakan meminta tangkapan skrin penggunaan bateri bukan melanggar hak privasi, sebaliknya hanya mahu memastikan pekerja fokus pada waktu bekerja dan tidak menghabiskan masa bermain telefon pintar atau melayari Internet sehingga prestasi kerja terjejas.
0 comments:
Post a Comment