loading...

Wednesday, 6 April 2022

Boleh Didenda RM100K, Rokok Elektronik Wajib Diperakui SIRIM – KPDNHEP

Rate this post

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Peranti Rokok Elektronik 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi memastikan peranti rokok elektronik di pasaran mencapai piawaian keselamatan.

Dengan ini, semua pengilang dan pengimport peranti rokok elektronik atau ‘vape device’ perlu membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Menurut laman web Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan bahawa peranti elektronik yang mengandungi nikotin ialah ‘rokok elektronik’ (eCig), manakala yang tidak mengandungi nikotin pula ialah ‘vape’.

Antara peranti rokok elektronik yang diketahui ramai termasuklah vape dan pod. Namun, KPDNHEP tidak menyatakan secara spesifik jenis rokok elektronik tersebut.

Perintah ini akan dikuatkuasakan mulai 3 Ogos 2022, di mana individu yang melanggar perintah akan didenda sebanyak sehingga RM100,000 atau penjara kurang tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Jika individu tersebut mengulangi kesalahannya, mereka boleh didenda sehingga RM250,000 atau dijel sehingga lima tahun.

Bagi syarikat yang didapati bersalah pula akan dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau RM500,000 jika berulang.

Jelas KPDNHEP, penandaan MS SIRIM hendaklah diletakkan pada peranti rokok elektronik, alat gantinya atau pada bekas peranti supaya senang dilihat oleh pengguna.

The post Boleh Didenda RM100K, Rokok Elektronik Wajib Diperakui SIRIM – KPDNHEP appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...