loading...

Tuesday, 26 April 2022

Ibu Pendam Kesedihan, Anak Alami Penyakit ‘Kulit Bersalin’

Penyakit ‘Kulit Bersalin’ ini namamnya dalam bahasa medik adalah Psoriasis Pustular, adalah satu keadaan di mana kulit yang ada bintik putih, merah berkerak ditutup dengan sisik keperakan yang dipanggil plak dan muncul pada badan seseorang.

Menurut laman Hellodoktor, penyakit kulit ini adalah penyakit kulit autoimun yang dicirikan oleh munculnya gejala (suar) secara spontan. Ia menyebabkan kulit menjadi gatal atau menyakitkan, merah, dan bersisik.

Seperti adik Izzat, dia juga menghidap psoriasis pustular. Dalam usia yang masih muda dan tidak tahu apa-apa, adik Izzat hanya mampu menangis menahan dugaan.

Kisah ini dikongsikan oleh Fatin Suhana di tiktok yang merupakan ibu kepada adik ini. Melihatkan anaknya sendiri diuji sebegitu, wanita ini memilih untuk tabah dan reda demi anak kecilnya.

Izzat Rafael menderita ‘Pustular Psoriasis’ sejak usia 1 bulan

“Anak saya waktu usia sebulan, lepas pantang terus jadi macam ini. Masuk wad 12 hari on antibotik. Sekarang anak umur 2 tahun 5 bulan.”

“Penyakit ini akan datang sebulan sekali, selepas salin kulit akan elok sekejap dan naik balik semula,” ujar si ibu.

Sumber foto – tiktok/@sueeanna96

Berlaku lebih 25 kali

Sumber foto – tiktok/@sueeanna96

Menurut Fatin, ini merupakan kali ke-25 anaknya terpaksa menghidap penyakit ini sepanjang hayatnya. Keadaan kulit anaknya pulih sekejap sahaja iaitu sebulan. Kadang-kadang tidak sampai sebulan, keadaan ini berlaku lagi.

Ini adalah keadaan di mana kulit kelihatan sihat. Namun, ia tidak bertahan lama, ia hanya sementara kerana kulit akan menjadi teruk dan kering.

Menurut ibunya lagi, tempoh masa untuk menjadi seperti kulit agak lama iaitu hampir tiga minggu.

Sumber foto – tiktok/@sueeanna96

Paling menyedihkan keadaan kulit yang kering dan merekah ini membuatkan adik Izzat tidak boleh bangun atau berdiri. Setiap kali terkena penyakit ini, si kecil ini akan demam dan meradang.

Bayangkan, betapa besarnya ujian yang perlu dilalui oleh adik Izzat Rafael. Dalam rakaman video yang dikongsikan di laman TikTok, dia menunjukkan keadaan kulit anaknya yang merekah teruk dan membuatkan anak kecil ini tidak boleh bangun dan berjalan. Dia hanya mampu menangis kerana kesakitan.

@sueeanna96 Budak tuah mama 💕💕💕 sihat cpt nk kutip duit raya 2 tahun dh adik xboleh raya 😭 #fyp ♬ Laper Laper Ha – Faiha

Bagaimanapun, ibu ini reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan kesembuhan anak tersayang suatu hari nanti.

@sueeanna96 Gambar dari umr sebulan smpai sekrg mmg naik sebulan sekali sakit ni bygkn dlm pntg dia mngis sebulan xtau punca knp dia ngs mcm swan tangis tpi xdk ap Allah uji #anaksyurgaku😢 #fyp ♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Melihat ke ruang komen, rata-rata netizen mendoakan kesihatan anak ini dan memberikan kata-kata semangat kepada ibu untuk menghadapi peperiksaan ini.

0 comments:

Post a Comment

loading...