Anda ada plan nak jalan jalan dan bercuti ke Pahang tapi masih bingung nak ke mana? Apa kata anda bercuti ke tempat menarik di Kuala Lipis Pahang.
Daerah di Pahang yang dikenali sebagai lombong emas semenanjung ini bukan sahaja kaya dengan emas tetapi kaya juga dengan lokasi pelancongan yang menarik.
Berkepadatan 16407 orang dan seluas 5168 KM, daerah Kuala Lipis sesuai untuk keluar dari kesesakan kota besar.
Senarai tempat menarik di Kuala Lipis, Pahang
Tahukah anda? Nama Kuala Lipis diambil disebabkan kawasan ini berdekatan dengan Sungai Lipis.
Dahulunya, Kuala Lipis merupakan kawasan perlombongan emas semasa era jajahan British dan pernah menjadi ibu negeri Pahang pada tahun 1898 sehingga 1955 sebelum berpindah ke Kuantan.
Jom kita jelajah apa tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Lipis dalam artikel ini.
Gua Bama
Gua di Kuala Lipis
Alamat: Gua Bama, Kampung Relong, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Telefon: 016-963 9317
Kalau anda kaki hiking dan suka menjelajah gua, cubalah mendaki Gua Bama yang terletak di Kampung Relong, Kuala Lipis.
Dianggarkan setinggi 800 kaki dari aras laut, Gua Bima adalah gua batu kapur yang mempunyai cerita lagenda tersendiri. Dikatakan, nama gua ini berkait dengan seekor harimau penjaga kawasan Relong yang bernama Bujang Bama.
Kini, Gua Bama popular sebagai kawasan hiking yang menawarkan permandangan yang cantik di puncaknya. Sampai sahaja anda di puncak, anda akan melihat panorama kampung Relong, Bapong, Berchang dan Berang.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari
Taman Tasik Burung Mandi
Aktiviti di Kuala Lipis
Alamat: Jalan Kampung Kemahang Hilir, 27310 Benta, Pahang
Telefon: 019-820 3438
Nama sahaja Taman Tasik Burung Mandi tapi kawasan hutan lipur ini terkenal sebagai tempat aktiviti acara motor lasak.
Terletak kira- kira 45 km dari Bandar Lipis, Taman Tasik Burung Mandi sememangnya menjadi lokasi popular untuk peminat acara motor lasak dalam dan luar negara.
Dengan trek yang ekstrim serta kawasan hutan yang indah menjadi idaman para pencinta sukan motor lasak. Jadi, kenapa pula ianya dinamakan Taman Tasik Burung Mandi?
Hal ini kerana kepelbagaian jenis burung liar yang terdapat dalam kawasan rekreasi ini. Kalau anda pencinta burung, lokasi ini wajib anda kunjungi jika ke Pahang.
Lihat peta | Facebook | Instagram
Hutan Simpan Bukit Taching
Hutan simpan di Pahang
Alamat: Kampung Kemahang, Benta, Pahang
Telefon: –
Kalau anda pencinta alam flora dan fauna, anda wajib datang ke Hutan Simpan Bukit Taching yang terletak di Kampung Kemahang.
Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan seperti jungle trecking, mandi di sungai yang jernih, dan melihat kepelbagaian spesis hidupan liar seperti burung, tumbuhan liar dan haiwan liar.
Hutan simpan ini juga popular kerana terdapat bunga Rafflesia yang sememangnya sukar untuk ditemui. Kalau anda berpeluang untuk ke Kuala Lipis, pastikan anda singgah ke sini.
Taman Negara Sungai Relau, Merapoh
Laluan alternatif untuk hiking ke Gunung Tahan
Alamat: Taman Negara Sungai Relau, Kampung Merapuh Lama, 27210 Kuala Lipis, Pahang
Telefon: 010-4206899
Tahukah anda? Taman Negara Sungai Relau adalah laluan alternatif untuk pendakian ke Gunung Tahan selain Kuala Tahan di Jerantut.
Apa yang best di Taman Negara Sungai Relau ni? Sudah tentulah sungai Relau yang hanya sungai cetek tetapi sangat jernih dan menjadi penanda sempadan Taman Negara.
Selain itu, dalam taman negara ini terdapat Santuari Ikan Kelah, anda bolehlah melihat dan memberi makan ikan Kelah secara dekat. Ikan liar ini cuma terdapat di kawasan sungai hutan yang bersih.
Aktiviti berkhemah, meredah hutan, mendaki dan menerokai gua boleh dilakukan di sini. Anda juga seorang pencinta burung? Taman negara ini mempunyai 300 spesis burung untuk anda terokai.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9 pagi – 5:30 petang)
Zoo Lipis
Zoo di Kuala Lipis
Alamat: Jalan Bukit Bius, Kampung Tanjung Rambai, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Telefon: –
Kalau anda nak bawa anak-anak melihat haiwan liar, bawa saja mereka ke Zoo Lipis yang terletak di Bukit Bius.
Zoo ini menempatkan lebih 50 jenis haiwan seperti kuda, burung hantu, burung helang, merak, burung kenyalang, kancil, tuntung, dan banyak lagi spesis tempatan dan luar negara.
Harga masuk pun berpatutan dan memang tempat yang sangat mesra keluarga.
Balai Serama Guesthouse
Homestay di Pahang
Alamat: Kampung Padang, 27000 Kuala Tahan, Pahang
Telefon: 019-996 4676
Anda nak cari tempat bermalam dekat dengan Taman Negara? Tempahlah Balai Serama Guesthouse iaitu homestay Kuala Lipis Pahang yang terletak hanya 4 km dari Taman Negara.
Dibina berdekatan sungai, homestay ini menyediakan sarapan dan makan malam kepada tetamu. Anda malas nak drive ke Taman Negara? Jangan risau terdapat pengangkutan disediakan.
Balai Serama Guesthouse sesuai menjadi tempat rehat anda setelah penat beraktiviti di Taman Negara. Wifi pun turut disediakan jadi anda tak perlu risau tentang masalah internet.
Lihat peta | Facebook | Laman web
Star Well Hotel
Hotel di Kuala Lipis
Alamat: Bandar Baru, 27200, Kuala Lipis, Pahang
Telefon: 09-312 5228
Sebelum ke Kuala Lipis pasti anda nak cari tempat menginap dulu kan? Apa kata anda tempah Star Well Hotel yang berlokasi di Bandar Baru Kuala Lipis.
Star Well Hotel antara hotel Kuala Lipis Pahang yang bagus kerana mempunyai bilik yang luas, bersih dan terjaga. Hotel ini menyediakan sarapan percuma, wifi, laundry, free parking dan mesra kanak-kanak.
Pastikan anda merancang perjalanan anda terutamanya tempat bermalam kalau hendak ke Kuala Lipis. Oleh itu, Star Well Hotel sangat direkomendasikan untuk anda.
Lihat peta | Facebook | Laman web
Lipis Plaza Hotel
Hotel murah di Kuala Lipis
Alamat: 6, Jalan Benta, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Telefon: 09-312 5521
Lipis Plaza Hotel antara hotel Kuala Lipis Pahang yang berkualiti dan berlokasi strategik kerana berdekatan dengan pusat beli belah.
Sebanyak 51 bilik lengkap dengan aircond, bilik mandi peribadi, peti ais, dan television. Hotel ini menawarkan 5 jenis bilik iaitu Deluxe, Standard, Family, Executive dan President.
Jika anda menempah bilik jenis suite, anda akan mendapat akses kepada mini bar. Jadi tunggu apa lagi? Tempah sekarang.
Tasik Empang Jaleh
Tasik di Pahang
Alamat: Empang Jaleh, 27200 Padang Tengku, Pahang
Telefon: –
Tasik Empang Jaleh antara tempat menarik di Pahang untuk mereka yang ingin bersantai sambil dikelilingi alam semula jadi.
Tasik yang seluas 184.35 ekar ini menawarkan aktiviti seperti berkayak, golf, bird watching, memancing, berkhemah, dan boleh dijadikan tempat berjoging. Servis buggy dan turf mate juga turut disediakan.
Untuk kaki pancing, lokasi ini sesuai untuk memancing sambil bersantai-santai. Bolehlah bawa “orang rumah” sekali pergi memancing di sini.
Masjid Lama 1888
Masjid di Kuala Lipis
Alamat: 27200 Kuala Lipis, Pahang
Telefon: –
Antara peninggalan sejarah di Kuala Lipis adalah Masjid Lama 1888 yang terletak di tepi Sungai Jelai.
Ketika Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang, masjid ini pula dijadikan sebagai masjid negeri. Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman bernama Habib Hassan.
Terdapat cerita daripada orang-orang lama bahawa masjid ini tidak pernah ditenggelami air banjir walaupun beberapa kali banjir besar melanda.
Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris)
Tempat bersejarah di Kuala Lipis
Alamat: 132, Jalan Bukit Residen, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Telefon: –
Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris) merupakan tempat bersejarah di Kuala Lipis Pahang yang dibina di bukit residen iaitu puncak bukit tertinggi di kuala lipis.
Dahulunya, rumah ini adalah kediaman residen inggeris dan penghuni pertama ialah Hugh Clifford. Dibina pada tahun 1922, rumah ini kemudiannya dijadikan asrama murid lelaki sekolah Clifford dan ditutup pada tahun 1965.
Selepas itu, kerajaan telah membaikpulih rumah ini dan dijadikan rumah rehat kerajaan. Dalam rumah ini juga ada sudut muzium yang menayangkan barang peninggalan semasa jajahan British.
0 comments:
Post a Comment