Thailand lazimnya menjadi tarikan pelancong dari luar negara termasuk Malaysia sebagai destinasi percutian lebih-lebih lagi di tempat menarik Koh Samui.
Koh Samui terletak di dalam kawasan Surat Thani. Ia merupakan pulau ke-3 terbesar di Thailand selepas Phuket.
Kecantikan yang ada pada setiap tempat bercuti di Koh Samui ini pasti membuatkan pelancong lebih kerap bertandang ke sini.
Senarai tempat percutian di Koh Samui
Mempunyai keluasan sebesar 228.7 kilometer persegi ia menempatkan pelbagai pantai yang cantik, air terjun yang indah, taman laut dan resort terbaik.
Antaranya ialah “Lamai Beach”, “Namuang Waterfall”, “Ang Thong Marine Park” dan “Four Seasons Resort Koh Samui Thailand”.
Berikut merupakan 17 tempat menarik Koh Samui yang cantik untuk anda menikmati keindahannya.
Lamai Beach
Pantai cantik di Koh Samui
Alamat: Surat Thani, Thailand
Telefon:-
Lamai Beach merupakan salah sebuah pantai yang cantik di Koh Samui. Ia mempunyai fasiliti yang lengkap seakan-akan Chawang Beach.
Tetapi yang membezakan pantai ini adalah keadaannya lebih santai berbanding pantai-pantai yang lain. Aktiviti mandi-manda dan berjemur di bawah matahari menjadi aktiviti kebiasaan pengunjung di sini.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Samui Cultural Centre
Pusat budaya di Koh Samui
Alamat: GW5Q+6F7, Tambon Lipa Noi, Ko Samui District, Surat Thani 84140, Thailand
Telefon: +66 87 273 2446
Ingin mempelajari seni budaya serta sejarah yang menarik di Thailand?
Kunjungi Samui Cultural Centre yang menempatkan pelbagai seni budaya agama Hindu dan Buddha dari serata Asia Tenggara.
Anda boleh kunjungi tempat menarik Koh Samui ini selama 30 minit yang terletak di dalam rumah tradisional Thailand.
Untuk makluman anda, tingkat pertama kawasan ini sahaja yang dibuka kepada umum manakala bahagian lain dijadikan tempat kediaman.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Pavillion Samui
Spa di Koh Samui
Alamat: 124/24 ถนนเลียบชายหาด ตำบลมะเร็ต Ko Samui District, Surat Thani 84310, Thailand
Telefon: +66 77 424 030
Selain memiliki pantai yang cantik, Thailand juga turut terkenal dengan urutan spa yang terbaik.
Anda boleh ke Pavillion Samui untuk mendapatkan urutan spa bagi menghilangkan lenguh-lenguh badan setelah penat berjalan.
Jenis urutan yang ditawarkan ialah urutan Thai, urutan minyak beraroma dan banyak lagi.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –
Central Festival Samui
Tempat menarik untuk beli-belah di Koh Samui
Alamat: 209 209/1-2 หมู่ที่ 2 ตำบล บ่อผุด Tambon Bo Put, Ko Samui District, Surat Thani 84320, Thailand
Telefon: +66 77 962 777
Dibuka pada tahun 2014 menjadikan Central Festival Samui sebagai destinasi membeli-belah pilihan pengunjung sekeluarga.
Pusat beli-belah terbuka ini menempatkan sebanyak 200 kedai dengan pelbagai barangan menarik yang ditawarkan.
Antara kedai yang terdapat di sini ialah “Major Cineplex”, “Starbucks”, “The Coffee Club” dan “Auntie Anne”.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 9 malam)
Choeng Mon Beach
Aktiviti laut di Koh Samui
Alamat: 10 Baan Plai Laem Choengmon Beach, Surat Thani 84320, Thailand
Telefon:-
Mencari tempat menarik di Koh Samui untuk melakukan aktiviti laut? Choeng Man Beach adalah destinasi yang ideal dengan pemandangan yang cukup mempesonakan.
Antara aktiviti laut yang boleh dilakukan ialah berenang, jet ski, scuba diving dan snorkeling. Selain itu, anda boleh mendapatkan urutan spa di sekitar kawasan pantai ini. Memang terbaik!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Santiburi Samui Country Club
Aktiviti golf di Koh Samui
Alamat: 12 15 Ko Samui District, Surat Thani 84330, Thailand
Telefon: +66 77 421 700
Anda gemar bermain golf dan mencari tempat bercuti di Koh Samui untuk bermain golf?
Kunjungi Santiburi Samui Country Club yang menyediakan padang golf yang dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi.
Tambahan pula, lokasi ini merupakan port terbaik untuk menikmati pemandangan indah air terjun, laut dan pantai dalam satu kawasan.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 7 petang)
Namuang Waterfalls
Air terjun berkembar di Koh Samui
Alamat: FX8M+PGC 4169 Tambon Na Mueang, อำเภอเกาะสมุย สุราษฎร์ธานี 84140, Thailand
Telefon:-
Mencari tempat yang menenangkan bebas dari kesibukan kota? Apa kata anda kunjungi ke Namuang Waterfall yang juga dikenali sebagai “Purple Falls”?
Untuk makluman anda, waktu terbaik untuk berkunjung ke tempat bercuti di Koh Samui ini ialah pada bulan September sehingga November.
Hal ini kerana, pada waktu tersebut limpahan air terjun berkembar ini lebih banyak daripada biasa. Oleh itu, dinasihatkan agar anda sentiasa berhati-hati kerana laluan di sini agak licin dan bercuram.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Chaweng Beach
Pantai terkenal di Koh Samui
Alamat: Surat Thani, Thailand
Telefon:-
Jika ditanya pantai apa yang terkenal di Koh Samui? Chaweng Beach adalah jawapannya! Pantai ini cukup meriah dengan berbagai sukan laut yang ditawarkan.
Bukan itu sahaja, malah tempat bercuti di Koh Samui ini dikelilingi oleh pelbagai pusat penginapan yang menarik.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Easykart, Chaweng Lake
Go-kart di Koh Samui
Alamat: 3/196 moo 2, Chaweng Lake, Bophut, Ko Samui, Surat Thani 84320, Thailand
Telefon: +66 77 413 302
Alami pengalaman menyeronokkan bermain go-kart di Easykart, Chawang Lake. Ia menyediakan 4 jenis model kart dengan 2 trek yang berbeza mengikut kesesuaian anda.
Dah puas bermain go-kart? Mari cuba bermain skydiving ataupun watersurfing pula!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 9 malam)
Ang Thong Marine Park
Taman marin di Koh Samui
Alamat: Ang Thong, Ko Samui District, Surat Thani 84280, Thailand
Telefon: +66 64 642 5186
Terokai keindahan alam semulajadi yang menarik di Ang Thong Marine Park. Taman marin ini meliputi kawasan batu kapur, hutan tebal, air terjun dan pantai berpasir putih.
Tambahan pula, tempat menarik di Koh Samui ini cukup luas untuk diterokai. Oleh itu, anda perlu memilih pakej lawatan yang diingini.
Selain itu, anda juga boleh menjalankan aktiviti berkayak, hiking ke Mae Koh dan snorkeling di Wua Tatap Island.
Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: 24 jam
Secret Buddha Garden
‘Taman rahsia’ di Koh Samui
Alamat: FXMV+5Q9, Tambon Na Mueang, Ko Samui District, Surat Thani 84140, Thailand
Telefon:-
Secret Buddha Garden merupakan taman rahsia yang wujud sejak tahun 1976 lagi. Nama pun rahsia, pastinya kawasan ini agak tersembunyi dari kunjungan pelancong bukan?
Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki 4WD. Taman ini dibina oleh Nim Thongsuk iaitu seorang pekebun yang menempatkan arca-arca yang unik.
Antaranya dalam bentuk haiwan, dewa dan manusia dengan pelbagai gaya yang tersendiri.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Khun Si Waterfall
Air terjun di Koh Samui
Alamat: G2F7+573, Wat Thale, Thailand
Telefon: +66 90 969 1482
Dah berkunjung ke Namuang Waterfall? Mari ke Khun Si Waterfall pula! Air terjun yang cukup mendamaikan ini terletak di dalam kawasan hutan dan kebun durian.
Tambahan pula, lokasinya juga mudah diakses kerana terletak berhampiran dengan Khun Si View Point.
Lihat peta | Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 6 petang)
Koh Tao
Turtle Island di Koh Samui
Alamat: Ko Tao, Ko Pha-ngan District, Surat Thani, Thailand
Telefon:-
Mencari tempat untuk aktiviti scuba diving? Jom ke Koh Tao yang menjadi pilihan utama pengunjung di Thailand ke sini.
Pulau berbukit-bukau yang dikenali sebagai Turtle Island ini mempunyai keluasan 21 km. Ia dikelilingi oleh kejernihan perairan yang menyinari seakan-akan kristal. Menarik bukan?
Jadi untuk ke sini, anda perlu menaiki feri terlebih dahulu.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Maenam Beach
Pantai tersembunyi di Koh Samui
Alamat: 2 Tambon Mae Nam, Ko Samui District, Surat Thani 84330, Thailand
Telefon: +66 63 482 2172
Maenam Beach tidaklah begitu meriah seperti pantai-pantai terkenal di Thailand. Pantai seluas 7 km ini sesuai untuk melakukan aktiviti perkelahan yang menenangkan.
Jadi, bagi anda yang ingin tempat pelancongan yang privasi bolehlah berkunjung ke pantai ini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –
Nathon Town Koh Samui
Pelabuhan utama di Koh Samui
Alamat: Ang Thong, Ko Samui District Surat Thani, 84140, Thailand
Telefon:-
Meskipun dikenali sebagai kawasan pelabuhan utama namun ia tetap menyediakan bermacam kemudahan.
Nathon Town Koh Samui menempatkan khidmat agen-agen pelancongan, tempat makan, kedai buku terpakai dan cenderamata.
Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan penginapan hotel bajet di kawasan ini.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Koh Nang Yuan
Pulau di Koh Samui
Alamat: Surat Thani, Thailand
Telefon:-
Dah puas meneroka di Koh Tao? Jangan lupa singgah ke pulau berhampiran iaitu Koh Nang Yuan pula! Pulau ini dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok dan kejernihan air laut sehingga ke dasar.
Anda boleh melakukan aktiviti scuba diving di sini sambil melihat habitat bagi ratusan ekor ikan tropika. Untuk menuju ke pulau ini anda perlu menaiki feri singgah ke Koh Tao terlebih dahulu.
Lihat peta | Waktu operasi: –
Four Seasons Resort Koh Samui Thailand
Resort mewah di Koh Samui
Alamat: 219, Surat Thani 84140, Thailand
Telefon: +66 77 243 000
Four Seasons Resort Koh Samui Thailand yang terletak jauh di tengah-tengah Teluk Siam ini amat sesuai untuk destinasi honeymoon.
Resort ini dilengkapi dengan kemudahan infinity pool sepanjang 50m, padang golf dan spa hutan. Bagi jenis bilik yang ditawarkan pula adalah menghadap kolam renang dan laut.
Selain itu, anda boleh menikmati masakan Thai dan muzik Amerika Latin di resort mewah ini.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Waktu operasi: –
0 comments:
Post a Comment