loading...

Thursday, 6 October 2022

15 Hotel Tepi Pantai PD Yang Terbaik Untuk Bercuti

Kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur, anda boleh menemui tempat peranginan terkenal bersama hotel tepi pantai Port Dickson di Negeri Sembilan.

PD yang merupakan singkatan kepada nama daerah Port Dickson sememangnya terkenal dengan pantai yang luas dan sesuai untuk aktiviti perkelahan.

Selain itu, tempat percutian ini juga menjadi destinasi bagi pengunjung untuk honeymoon dan percutian keluarga.

Senarai Hotel Di Port Dickson Tepi Pantai

Oleh sebab Port Dickson menjadi kawasan pelancongan setiap tahun bagi pengunjung dari dalam dan luar negara, maka pelbagai hotel tepi pantai PD ditempatkan.

Anda boleh memilih jenis tempat penginapan tepi pantai mengikut pakej hotel Port Dickson dan bajet yang anda ada.

Berikut merupakan 15 hotel terbaik Port Dickson yang terletak di tepi atau berhampiran pantai untuk anda bercuti.

Hotel Seri Malaysia Port Dickson

Hotel berkonsepkan tradisional di Port Dickson

Alamat: Hotel Seri Malaysia, 49, Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-647 6070

hotel tepi pantai pd: Hotel Seri Malaysia Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Selain Melaka, Hotel Seri Malaysia turut mempunyai cawangan di Port Dickson. Hotel yang berkonsepkan tradisional ini terletak berdekatan dengan Pantai Saujana Port Dickson.

Penginapan jenis twin dan family ditawarkan dengan prasarana kolam renang dan restoran. Tambahan pula, terdapat port bergambar menarik yang dipenuhi dengan bunga-bungaan di sekitar hotel ini.

Lihat peta | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Glory Beach Resort

Hotel berkonsepkan apartmen di Port Dickson

Alamat: Jalan Seremban, Taman Tanjung, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-651 6888

hotel tepi pantai pd: Glory Beach Resort
Sumber gambar: agoda.com

Mengetengahkan gaya apartmen, Glory Beach Resort boleh dijumpai berhampiran Pantai Gemok. Bagi anda yang ingin penginapan privasi bolehlah memilih penginapan dengan view menghadap laut.

Antaranya ialah jenis penginapan 2 bedroom apartment dan 3 bedroom apartment. Kolam renang, private beach, gimnasium dan restoran merupakan antara kemudahan yang terdapat di sini.

Lihat peta | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Pacific Regency Beach Resort

Hotel berkonsepkan resort kondominium di Port Dickson

Alamat: Batu 7 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-654 6888

hotel tepi pantai pd: Pacific Regency Beach Resort
Sumber gambar: agoda.com

Pacific Regency Beach Resort merupakan hotel Port Dickson tepi pantai yang bertaraf 4 bintang.

Ia merupakan salah satu resort hotel terbaik di Port Dickson yang juga terletak berdekatan kawasan pelancongan di PD ini. Antaranya ialah Ostrich Farm, Teluk Kemang dan Go-Kart.

Antara kemudahan yang disediakan ialah private beach, kolam renang, restoran dan banyak lagi.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Waterfront Boutique Hotel

Hotel berhampiran taman rekreasi di Port Dickson

Alamat: 4-G-21, Persiaran Waterfront, PD Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-646 4788

hotel tepi pantai pd: Waterfront Boutique Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Bagi anda yang inginkan percutian bersiar-siar menghirup udara segar, anda boleh menyewa basikal dari hotel ini.

Waterfront Boutique Hotel menyajikan pemandangan yang cukup mempesonakan bukan sahaja di pantai malah di taman dan tasik.

Tambahan pula, ia juga berdekatan dengan Palm Mall Seremban dan Lapangan Antarabangsa Sepang. Antara jenis bilik ditawarkan ialah deluxe double/twin, suite dan triple.

Lihat peta | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Avillion Port Dickson

Hotel berkonsepkan kampung nelayan tradisional di Port Dickson

Alamat: 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-647 6688

Avillion Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Inginkan penginapan ala-ala desa yang mendamaikan? Apa kata anda menginap di Avillion Port Dickson? Hotel ini berkonsepkan kampung nelayan tradisional dengan menerapkan seni bina Melayu klasik.

Tambahan pula, anda juga boleh menikmati keindahan taman yang terdapat di sini iaitu Garden Chalet. Selain itu, anda boleh memanjakan diri dengan membuat urutan spa dan berenang di kolam renang.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Lexis Hibiscus Port Dickson

Hotel berkonsepkan bunga raya di Port Dickson

Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-660 2626

Lexis Hibiscus Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Lexis Hibiscus Port Dickson sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Keindahan hotel ini seringkali menjadi lokasi penggambaran drama tempatan dan destinasi honeymoon.

Penginapan dibawah Lexis Group ini jika dilihat dari udara ia seakan-akan bentuk hibiscus iaitu bunga raya.

Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini mempunyai infinity pool dan pemandangan indah menghadap laut Selat Melaka.

Jenis bilik yang tersedia di sini ialah villa executive, premium pool villa, panorama pool villa dan sky pool villa.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 11 pagi

Grand Lexis Port Dickson

Hotel berkonsepkan chalet terapung di Port Dickson

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-653 2200

Grand Lexis Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Selain Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson juga bernaung di bawah Lexis Group. Penginapan terapung bertaraf 5 bintang ini menawarkan private pool, spa rawatan kaki dan muka.

Di samping itu, terdapat hidangan Jepun serta hidangan tempatan dan barat yang disediakan di Genn Japanese dan Duyung Restoran.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 11 pagi

Akar Beach Resort Port Dickson

Hotel berkonsepkan resort tropika di Port Dickson

Alamat: Tanjung Tanah Merah, 71050 Si Rusa, Negeri Sembilan

Telefon: 06-662 8575

Akar Beach Resort Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Alami percutian yang menenangkan yang bebas dari hiruk-pikuk kota di resort tropika Akar Beach Resort Port Dickson.

Hotel tepi pantai PD ini menyediakan penginapan standard room, superior room dan deluxe & family room. Tambahan pula, hotel 3 bintang ini turut menyediakan kolam renang yang menarik.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Klana Beach Resort Port Dickson

Hotel berkonsepkan Islamik di Port Dickson

Alamat: Kompleks Baitulhilal, Lot 4506 Batu, 8, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-648 7888

Klana Beach Resort Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Bagi anda pelancong muslim yang mengimpikan penginapan patut syariah? Klana Beach Resort Port Dickson adalah destinasi percutian yang tepat untuk anda.

Hotel terbaik di Port Dickson ini menerapkan konsep islamik dengan alunan bacaan Al-Quran dan lagu nasyid di perkarangan lobi serta para pekerja yang menutup aurat.

Bilik yang ditawarkan adalah menghadap laut dan taman iaitu deluxe double dan superior.

Menariknya resort di Pd ini terletak bersebelahan dengan Kompleks Baitul Hilal iaitu pusat astronomi yang terkenal di Asia Tenggara.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

TSR Seafront Hotel

Hotel yang menawarkan taman tema di Port Dickson

Alamat: KM13, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-662 6166

TSR Seafront Hotel
Sumber gambar: agoda.com

TSR Seafront Hotel adalah hotel bertaraf 3 bintang yang mengetengahkan rekaan moden dan kontemporari. Ia juga menawarkan taman tema untuk hiburan pengunjung seisi keluarga.

Biasanya panggung wayang terletak di pusat beli-belah kan? Tetapi hotel di pantai ini terdapat panggung wayang tau! Menarik bukan?

Selanjutnya, standard dan superior merupakan jenis bilik yang ditawarkan di hotel ini.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Thistle Port Dickson

Hotel dengan gaya London di Port Dickson

Alamat: KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-648 2828

Thistle Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Inginkan penginapan dengan gaya ala-ala di London? Mari alaminya sendiri dengan menginap di Thistle Port Dickson!

Hotel seluas 36 hektar ini mempunyai taman yang luas yakni sesuai untuk anda beriadah seperti berjoging.

Selain itu, ia menawarkan private beach, bilik dengan bathtub bersama view cukup indah dari laut.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 4 petang / 11 pagi

Avilion Admiral Cove

Hotel berkonsepkan marin di Port Dickson

Alamat: 5 ½ Mile, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-647 0888

Avilion Admiral Cove
Sumber gambar: agoda.com

Berlokasi hanya bersebelahan dengan Admiral Marina & Straits Studio memudahkan lokasi ke hotel ini diakses.

Avillion Admiral Cove terbahagi kepada 2 bahagian iaitu view wing dan vista wing yang setiap satu bahagian ini menawarkan 3 jenis bilik.

Bagi anda yang ingin pemandangan menghadap laut boleh memilih superior manakala panorama pula pemandangan menghadap marin.

Anda juga boleh melakukan aktiviti menarik di sini seperti memanah, bola tampar pantai dan berkayak.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Tasik Villa International Resort

Hotel berkonsepkan villa di Port Dickson

Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-644 8888

Tasik Villa International Resort
Sumber gambar: agoda.com

Terletak strategik berdekatan Alive 3D Art Gallery, Muzium Lukut dan Wild West Cowboy Indoor Theme Park mengukuhkan lagi kedudukan hotel ini.

Tasik Villa International Resort yang bertaraf 5 bintang ini menawarkan villa 2 bilik bersama kolam renang yang luas.

Tambahan pula, fasiliti bilik sauna, gimnasium dan private pool turut disediakan di sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

BayView Villa PD

 Hotel berkonsepkan kondominium di Port Dickson

Alamat: Batu 6, Jalan Pantai, Kampung Teluk Kemang

Telefon: –

BayView Villa Condominium Apartment A
Sumber gambar: agoda.com

BayView Villa PD adalah hotel tepi pantai di Port Dickson yang menawarkan penginapan dengan 3 bilik tidur serta dapur dilengkapi dengan barangan asas.

Bukan itu sahaja malah kolam renang dan tempat bbq turut tersedia di hotel ini. Selain itu, pusat penginapan ini turut berdekatan dengan kedai runcit dan pasaraya.

Lihat peta | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Ehsan Seaview Hotel Port Dickson

Hotel dengan kolam renang outdoor besar di Port Dickson

Alamat: No. 325, Batu 1, Jalan Rumah Rehat, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: –

Ehsan Seaview Hotel Port Dickson
Sumber gambar: agoda.com

Walaupun Ehsan Seaview Hotel Port Dickson hanya hotel 3 bintang namun ia tampak gah dengan kolam renang outdoor yang besar.

Di sini anda boleh memilih penginapan standard twin ataupun deluxe triple yang menawarkan penginapan terbaik dengan view lautan.

Selain kolam renang, restoran yang menyajikan makanan lazat dan bilik conference untuk majlis rasmi turut tersedia di sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 3 petang

0 comments:

Post a Comment

loading...