loading...

Monday, 31 October 2022

15 Chalet Tepi Pantai Terbaik Malaysia (Family Day & Honeymoon)

Pelbagai penginapan chalet tepi pantai Malaysia menjadi pilihan untuk pengunjung untuk honeymoon dan family day.

Hal ini kerana, kebanyakan penginapan chalet ini memiliki kawasan privasi dan luas sambil ditemani angin di tepi pantai yang indah.

Bagi anda yang merancang untuk family day di sini, pelbagai aktiviti di tepi pantai yang menarik disediakan.

Senarai chalet tepi pantai Malaysia

Sekali sekala dapat bercuti di chalet dengan view tepi laut best juga kan?

Selain dapat menenangkan fikiran, inilah masanya untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga dan pasangan.

Oleh itu, kami senaraikan 15 chalet tepi pantai Malaysia yang terbaik untuk anda pilih.

Royale Chulan Cherating Chalet

Chalet tepi pantai Kuantan

Alamat: Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang

Telefon: 09-584 7333

chalet tepi pantai Malaysia: royale chulan cherating chalet
Kredit gambar: agoda.com

Royale Chulan Cherating Chalet bertaraf 4 bintang ini terletak berhampiran Pantai Cherating. Dengan harga semasa serendah RM 1613 untuk satu malam, anda boleh booking di website Agoda.

penyu
Kredit gambar: Murthi Periasamy

Ia menawarkan bilik penginapan yang sesuai untuk keluarga iaitu Family Villa. Di samping melakukan aktiviti di tepi pantai, anda juga berpeluang menyaksikan penyu di Pusat Perlindungan Penyu Cherating.

Chalet Darul Aslah

Chalet Pengkalan Balak tepi pantai

Alamat: Chalet Darul Aslah, Batu 22, Jalan Pantai Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Malacca

Telefon: 012-220 8159

chalet tepi pantai Malaysia: chalet darul asrah
Kredit gambar: bibieyroslan, chaletdarulaslah

Inginkan percutian yang memiliki private beach di Melaka? Anda boleh bercuti di Chalet Darul Aslah berhampiran dengan Pengkalan Balak.

kayu
Kredit gambar: chaletdarulaslah

Sepanjang laluan ke chalet ini, anda disajikan dengan pemandangan tepi laut serta berbagai gerai makan. Kami sarankan untuk anda memilih rumah kayu yang mempunyai beranda untuk bersantai.

Selain itu, aktiviti di tepi pantai yang boleh dilakukan iaitu berkelah dan mandi-manda.

Umang-Umang Chalet

Chalet tepi pantai sempadan Melaka di Kuala Linggi

Alamat: Lot 602, Batu 31, Bukit Darat,, Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Malacca

Telefon: 016-665 0167

chalet tepi pantai Malaysia: umang umang chalet
Kredit gambar: abdulrahimz, nhidya, umuhawani, sha_fuad

Memiliki kediaman tepi laut, Umang-Umang Chalet turut menyediakan pakej memancing, team building, makan dan perkahwinan. 

chalet 3 segi
Kredit gambar: abukpapanature

Terdapat beberapa bilik dengan view di tepi pantai yang indah seperti beach room yang mempunyai chalet segi 3 dan superior beach.

Berbagai aktiviti di tepi pantai yang boleh dilakukan iaitu melihat penyu bertelur, memancing dan mandi-manda.

D’Box Cottage @ Senangin

Chalet tepi Pantai Teluk Senangin

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200, Perak

Telefon: 010-836 0066 

chalet tepi pantai Malaysia: dboxcottage
Kredit gambar: elissalissa, Mr Abu K, Rozie Bukhari, zyra_asyira

Dihiasi dengan chalet berkonsepkan kontena berwarna-warni ceria menjadi daya tarikan pelancong ke chalet tepi pantai Malaysia ini.

boat
Kredit gambar: _mdzfr

D’Box Cottage @ Senangin menawarkan penginapan dengan anggaran harga RM 130 – RM 150 untuk satu malam serta sewaan toto sebanyak RM 10.

Di samping itu, ia juga menyediakan pakej menarik untuk anda seperti snorkeling, boating dan memancing.

Puteri Qashrina Chalet

Chalet tepi Pantai Puteri

Alamat: Pantai Puteri, 76400 Tanjung Kling, Malacca

Telefon: 017-306 1116

chalet tepi pantai Malaysia: puteri qashrina chalet
Kredit gambar: Lukman, Mohamad Khalil Kamarudin, Jefri Mohamad, Mohd Ridzwan Rusli

Selain Pengkalan Balak, Pantai Puteri turut menjadi tarikan pengunjung di Melaka ini. Puteri Qashrina Chalet menyediakan pelbagai saiz chalet dengan senibina kayu ala-ala Melayu tradisional.

rumah kayu
Kredit gambar: fajol_babey

Jenis rumah kayu beranda, rumah kayu loteng, chalet 2 bilik, chalet kayu dan rumah kabin turut disediakan dengan view menarik Selat Melaka.

Selain itu, aktiviti berkayak, jetski di Pantai Puteri dan pemainan kereta bateri kanak-kanak turut disediakan.

Rockbund Fishing Chalet

Chalet di Pulau Marina tepi pantai

Alamat: Marina Island, KM1, Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 016-558 0388

chalet tepi pantai Malaysia: rockbund fishing chalet
Kredit gambar: Rockbund Fishing Chalet, Antuskibang a.k.a Ayoi

Selain D’B.O.X Cottage, Rockbund Fishing Chalet merupakan chalet terbaik dI Malaysia yang ada di Perak. Juga menampilkan chalet dengan dekorasi warna-warni dengan pemandangan laut.

pelantar memancing
Kredit gambar: travel.folome

Iaitu superior chalet dan standard chalet. Bagi pasangan dan keluarga yang gemar memancing, penginapan ini khas untuk anda booking di Agoda!

Danau Daun Chalet

Chalet dengan kehijauan alam semulajadi di Janda Baik

Alamat: Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang

Telefon: 010-239 7400

chalet tepi pantai Malaysia: danau daun chalet
Kredit gambar: Dahlan Mohmede Noor, do ttieadli, Jack Ngui, Ridz A

Meskipun ia tidaklah begitu dekat dengan pantai, namun cukup menjanjikan privasi dan menenangkan fikiran.

chalet
Kredit gambar: honeymhamizan

Danau Daun Chalet merupakan chalet persendirian yang menyediakan 6 jenis chalet. Iaitu Danau Daun Cottage, Hillside Cottage, Teratak Air dan Danau Daun I/II/III.

Selain itu, penginapan mewah ini turut memiliki private pool dan basement memancing di sungai.

Chalet Arked D’Punggai Beach Resort

Chalet Kota Tinggi tepi pantai

Alamat: Lot PTD 558, Tanjung Punggai, 81600, Johor

Telefon: 010-769 6048

chalet tepi pantai Malaysia: Chalet Arked D'Punggai Beach Resort
Kredit gambar: Dobu Roku, Saya Orang Kaya, Azizol Abu Hasan, eiym88

Bagi anda yang memerlukan kawasan yang luas untuk family day di tepi pantai yang indah, di sinilah tempatnya!

Chalet Arked D’Punggai Beach Resort menawarkan khidmat sewaan separuh pantai sebanyak RM 500 dan sepenuh pantai sebanyak RM 1000.

camp
Kredit gambar: syafiqakmalbal

Ia terdiri daripada jenis bilik chalet keluarga, chalet superior dan dorm besar untuk 8 orang. Disebabkan kawasannya lapang dan luas, aktiviti berkhemah juga sesuai di sini.

Lotus Desaru Resort & Spa

Chalet mewah tepi Pantai Desaru

Alamat: Lot 1854, Jalan Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor

Telefon: 07-884 2800

v: Lotus Desaru Resort & Spa
Kredit gambar: Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Hotelbeds

Lotus Desaru Resort & Spa bukan sahaja menjadi pilihan keluarga malah pasangan untuk honeymoon.

Penginapan mewah ini dikelilingi oleh kebiruan air laut dan kehijauan hutan yang kaya dengan alam semulajadi.

beach
Kredit gambar: lotusdesarubeachresort

Ia menawarkan spa dengan pakej menarik iaitu urutan kaki dan tangan serta rawatan muka. Anda boleh booking terus di Agoda untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik!

Chalet Su Terengganu

Chalet Marang tepi pantai

Alamat: Chalet Su, A-1545, 21600 Marang, Terengganu

Telefon: 017-679 7672

chalet tepi pantai Malaysia: Chalet Su Terengganu
Kredit gambar: Chalet Su & Spa

Mengetengahkan dekorasi seni bina Bali sehingga digelar sebagai “The Little Bali” menjadikan ia lokasi kegemaran untuk artis shooting.

pondok
Kredit gambar: bentto_nina

Chalet Su Terengganu menawarkan bilik jenis bajet, standard, deluxe, family seaview dan superior seaview serendah RM 65 untuk satu malam.

Chalet ini terletak berhadapan Pantai Rusila dengan kemudahan barbeku, pantri, pondok rehat dan parkir percuma.

D’Muara Chalet Melawi

Chalet tepi Pantai Melawi

Alamat: Lot 3067 Kampung sungai dua, 16300 Bachok, Kelantan

Telefon: 014-840 3115  

D'Muara Chalet Melawi
Kredit gambar: D muara chalet, Ayu Lehah, abdul_aziz_yacob, azietarahim

Bukan sahaja terletak di tepi pantai iaitu Pantai Melawi Kelantan malah turut mempunyai taman rekreasi. 2 in 1 gitu!

pool
Kredit gambar: D MUARA Chalet melawi

D’Muara Chalet Melawi memiliki persekitaran yang mendamaikan yang ditemani dengan deruan ombak pantai. Kawasan tertutup ini juga turut mempunyai kolam renang untuk anda mandi-manda.

Bayu Balau Beach Resort

Chalet Desaru tepi pantai

Alamat: Kampung Nelayan Tanjung Balau, 81930 Bandar Penawar, Johor

Telefon: 07-828 0480

Bayu Balau Beach Resort
Kredit gambar: Azrul Nizam bin Ismail, agoda.com

Alami pengalaman yang menenangkan dengan menginap di Bayu Balau Beach Resort dengan suasana perkampungan nelayan yang anda boleh booking di website Agoda.

basikal
Kredit gambar: zaidbasiron

Terletak berhampiran Pantai Tanjung Balau ia terdiri daripada 108 bilik dengan jenis bilik standard, deluxe, family deluxe dan grand pool villa.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah berbasikal, barbeku, melawat Muzium Nelayan dan Kebun Buah Desaru.

Chalet Casa Impiana

Chalet Perak tepi pantai

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 013-422 6933

Chalet Casa Impiana
Kredit gambar: nurhijriahm0hdrejab, farahwhda31, azmi ali, Helen Ispahahani

Lagi chalet berhampiran Teluk Senangin yang menarik untuk menginap ialah Chalet Casa Impiana Perak.

family day
Kredit gambar: smaimunah1976

Chalet dengan 15 bilik ini dibina daripada kayu dan batu dengan pemandangan dari laut. Selain honeymoon, penginapan ini juga sesuai untuk destinasi family day, reunion dan gathering.

Kamalia Villas

Chalet tepi Pantai Penarik Setiu

Alamat: Kampung Mangkuk, Jln Penarik – Mangkuk, Kampung Mangkuk, 22120 Permaisuri, Terengganu

Telefon: 013-939 9508 

Kamalia Villas
Kredit gambar: Kamalia Villas, booking.com

Terengganu lazimnya memiliki pantai yang cukup indah, antaranya Pantai Penarik Setiu. Kamalia Villas yang berhampiran tepi pantai ini yang terletak strategik dikelilingi oleh kampung-kampung.

pool
Kredit gambar: kamalia.villas

Selanjutnya, ia dilengkapi dapur dan peralatan memasak dan private pool dengan anggaran harga RM 300-RM 400 untuk satu malam.

Chalet Anees

Chalet Kuala Terengganu tepi pantai

Alamat: KG. Tanjung Gelam Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Telefon: 09-669 3137

Chalet Anees
Kredit gambar: achik_wocec, tie010588, fyed_epy

Lagi penginapan menarik berdekatan perkampungan nelayan di tepi pantai yang boleh anda menginap di Chalet Anees. Chalet di Terengganu ini terletak di Pantai Tanjung Gelam.

paip
Kredit gambar: Shazwani Salehhuddin

Dengan harga bermula RM 100, ia mempunyai 18 bilik yang lengkap dengan ruang solat dan sejadah.

Menariknya di setiap tangga chalet ini turut terdapat paip untuk anda membilas kaki. Maklumlah persekitaran berpasir kan?

0 comments:

Post a Comment

loading...