loading...

Saturday, 15 October 2022

17 Hotel Dengan Swimming Pool Terbaik Di Malaysia 2022

Anda mencari hotel swimming pool Malaysia yang terbaik? Kebetulan sama sekali pada posting kali ini kami akan memberikan informasi berkenaan topik ini untuk anda!

Selain kemudahan bathtub, swimming pool juga menjadi aspek pemilihan pengunjung dalam mencari penginapan ideal untuk mereka.

Baca: 15 Bathtub Hotel Di Kuala Lumpur Yang Terbaik

Samada dari segi hotel ada kolam dalam bilik, hotel yang ada private pool ataupun hotel kolam renang murah.

Senarai hotel swimming pool terbaik di Malaysia

Seperti sedia maklum, Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian budaya dan kawasan pelancongan bukan?

Justeru, terbinalah hotel-hotel yang berdekatan dengan kawasan pelancongan. Kemudian, ditambah pula dengan hotel pool untuk anda relaks menenangkan fikiran.

Berikut merupakan 17 hotel swimming pool Malaysia yang best di sekitar KL, Selangor, Penang, Kedah, Perak dan Melaka.

Sunway Hotel Putra

Hotel di Sunway Putra Mall, KL

Alamat: Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-4040 9888

hotel swimming pool malaysia: Sunway Hotel Putra
Sumber gambar: agoda.com

Kedudukannya yang strategik sebagai jalan pintas ke Sunway Putra Mall, Sunway Putra Hotel adalah pilihan yang sesuai.

Hotel pool di sini menyediakan kelengkapan kolam renang luaran dan kolam renang kanak-kanak.

Tambahan pula, sambil berenang atau berendam di kolam renang anda disajikan dengan pemandangan indah KLCC lebih dekat.

Dengan harga serendah RM 259 untuk satu malam, jenis bilik superior, deluxe dan family suite disediakan di hotel ini.

Lihat peta | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

EQ Kuala Lumpur

Hotel di Equatorial Plaza, KL

Alamat: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2789 7777

hotel swimming pool malaysia: EQ Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Dengan jarak 1 km dari Suria KLCC, anda boleh menemui salah sebuah hotel swimming pool Malaysia yang terletak di Equatorial Plaza.

Harga pemulaan sebanyak RM 690 anda dapat menyaksikan pemandangan KLCC dan hotel pool. Selain itu, anda juga dapat menikmati hidangan sarapan pagi secara bufet atau Amerika.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

The KL Journal Hotel

Hotel di Bukit Bintang

Alamat: 30 Jalan Beremi, Off, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2110 2211

hotel swimming pool malaysia: The Kuala Lumpur Journal Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Memiliki penginapan dengan konsep retro diketengahkan, The Kuala Lumpur Journal Hotel menjadi pilihan di sekitar Bukit Bintang ini.

Selain dkelilingi dengan pusat beli-belah, ia juga menawarkan hotel kolam renang infiniti di atas bumbung hotel dan sesuai sebagai hotel yang ada private pool.

Baca: 15 Hotel Dengan View KLCC Yang Terbaik

Tambahan pula, tingkap-tingkap besar pada setiap bilik pasti memberi kepuasan untuk anda melihat lebih jelas view di KL.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Ibis Kuala Lumpur City Center

Hotel di Kampung Baru, KL

Alamat: 32, Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-277 83333

hotel swimming pool malaysia: ibis Kuala Lumpur City Center
Sumber gambar: agoda.com

Lagi hotel kolam renang murah yang menawarkan pemandangan KLCC yang cukup indah berhampiran Avenue K.

Ibis Kuala Lumpur City Centre yang terletak tidak sampai 1 km dari Menara Berkembar Petronas ini menawarkan harga serendah RM 248.

Ia turut menyediakan infinity pool di bahagian bumbung, kolam renang kanak-kanak dan restoran dengan hidangan Malaysia, Perancis.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Somerset Kuala Lumpur

Hotel di Jalan Ampang, KL

Alamat: 187, Jln Ampang, Taman U Thant, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2723 8888

hotel swimming pool malaysia: Somerset Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Somerset Kuala Lumpur berkedudukan strategik di tengah-tengah ibu kota. Di mana anda mudah untuk mengakses ke Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas dan Stesen LRT Ampang Park.

Ia juga merupakan antara hotel swimming pool Malaysia yang menyediakan infinity pool di bumbung bangunan berlatar kan langit membiru. Best bukan?

Di samping itu, tub mandi panas, pusat kecergasan dan banyak lagi turut tersedia di hotel ini.

Lihat peta | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Capri by Fraser Bukit Bintang

Hotel di Jalan Imbi, KL

Alamat: 160, Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2381 6888

Capri By Fraser Bukit Bintang
Sumber gambar: agoda.com

Baru sahaja dibina kira-kira 1 tahun lalu, tidak menjadi penghalang bagi Capri by Fraser Bukit Bintang bersaing dengan hotel-hotel terkenal yang lain.

Ia terletak berhampiran dengan Starhill Gallery, Pavillion, Dinner in the Sky, Berjaya Times Square dan Aquaria KLCC. Anda boleh mendapatkan bilik dengan view bandar iaitu 1 bedroom executive / premier.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Hyatt House Kuala Lumpur

Hotel di Mont Kiara, KL

Alamat: Arcoris Residences, G-2, 10, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur

Telefon: 03-6419 8688

Hyatt House Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Dengan kadar RM 450 satu malam, anda boleh menikmati keindahan view sekitar KL dengan bermalam di Hyatt House Kuala Lumpur.

Meskipun tidak disediakan hotel ada kolam dalam bilik, namun anda boleh bersantai di outdoor swimming pool yang ada di sini. Selain itu, hidangan sarapan pagi turut disediakan oleh pihak hotel.

Lihat peta | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Villa Samadhi by Samadhi

Hotel mewah di Kuala Lumpur

Alamat: 8, Jalan Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2771 2743

Villa Samdahi
Sumber gambar: agoda.com

Sebuah villa dalam taman konsep Asia mewah ini cukup cantik dilihat di Villa Samadhi.

Anda boleh melihat binaan kombinasi buluh dan konkrit di setiap struktur yang cukup teliti dengan berbumbungkan jerami.

Selain itu, ia juga sesuai sebagai hotel yang ada private pool untuk anda yang inginkan lebih privasi.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

AMI Suites

Hotel di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, KL

Alamat: G-09, Arte, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-6211 0188

AMI Suites
Sumber gambar: agoda.com

AMI Suites KL terdapat bilik jenis snug studio, urban one bedroom suite, 2-bedroom comfy suite dan 3-bedroom jumbo suite.

Kesemua bilik yang disediakan menawarkan city view yang menarik sekitar KL. Ianya lengkap dengan penyaman udara, wifi percuma, ruang makan dan kolam renang luaran.

Lihat peta | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Espira Kinrara

Hotel di Bandar Kinrara Puchong

Alamat: Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Telefon: 03-8079 1000

Espira Kinrara
Sumber gambar: agoda.com

Menawarkan pemandangan kehijauan alam di sekitar Puchong, Espira Kinrara menyediakan lot parkir secara percuma.

Tambahan pula, outdoor swimming pool turut disediakan bersama bilik yang luas dan menyamankan ini. Selain itu, sarapan dengan hidangan bufet Eropah yang cukup melazatkan terdapat di sini.

Lihat peta | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Dash Box Hotel

Hotel di Cyberjaya

Alamat: Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: 03-8322 7171

Dash Box Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Dash Box Hotel di Cyberjaya menawarkan tempat bermalam dengan harga serendah RM 236.

Pemandangan terbaik dari taman dan kolam renang boleh dilihat di sini. Iaitu twin/king studio dan dush deluxe.

Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150 Untuk Bermalam

Tambahan pula, selain kolam renang luaran, Kids’ Club juga disediakan untuk kanak-kanak bermain.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Eastin Hotel

Hotel di Petaling Jaya Selangor

Alamat: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-7665 1111

Eastin Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Nikmati hotel kolam renang murah serendah harga RM 252 untuk satu malam. Ia terletak strategik berhampiran dengan tarikan terkenal seperti Mid Valley dan Sunway Lagoon.

Tambahan pula, hidangan yang disediakan di sini cukup lazat untuk anda cuba. Misalnya hidangan Jepun, barat dan Cina.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Hompton By The Beach Penang

Hotel di Tanjung Bungah Penang

Alamat: 533, Jalan C M Hashim, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Telefon: 04-373 3233

Hompton by the beach Penang
Sumber gambar: agoda.com

Jika anda berkunjung ke Penang, pastikan anda memilih hotel yang terbaik berhampiran kawasan pelancongan di sini. Antaranya ialah Hompton by the beach Penang.

Ia pernah menerima anugerah sebagai “Top Choice of Agoda Travellers 2020” dan berhampiran dengan The Blue Mansion, Rainbow Sky Walk, Pantai Batu Ferringhi dan banyak lagi.

Meskipun ia bukanlah hotel ada kolam dalam bilik, namun ia memiliki pemandangan best dari laut.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Sunway Hotel Georgetown Penang

Hotel di Georgetown Penang

Alamat: 33, Lorong Baru, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-229 9988

Sunway Hotel Georgetown Penang
Sumber gambar: agoda.com

Hotel di Pulau Pinang ini juga telah memenangi anugerah “Top Choice of Agoda Travellers 2020”.

Sunway Hotel Georgetown Penang mempunyai keunikan yang tersendiri dengan bertempat di rumah kedai yang klasik.

Baca: 17 Tempat Menarik Di Penang Yang Popular 2022

Selain itu, ia terletak berdekatan dengan pusat beli-belah Komtar, Muzium Upside Down dan Muzium Sun Yat Sen.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi

Hotel di Langkawi ada kolam renang

Alamat: Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 04-952 8888

Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
Sumber gambar: agoda.com

Dari Penang menuju ke Kedah pula! Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi menawarkan 4 jenis pemandangan di setiap bilik yang berlainan.

Antaranya ialah view dari tasik, kolam renang, pantai dan taman berlandskap. Menarik bukan? Ia terletak berhampiran dengan Muzium Padi dan Underwater World Langkawi.

Selain kolam renang, hotel ini turut sesuai untuk kanak-kanak dengan adanya Kids’ Club dan pusat jagaan kanak-kanak.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

WEIL Hotel

Hotel di Ipoh yang ada kolam renang

Alamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak

Telefon: 05-208 2228

WEIL Hotel
Sumber gambar: agoda.com

WEIL Hotel menawarkan kebanyakan bilik view sekitar bandar Ipoh. Antaranya ialah miners cozy, summer bliss cozy, summer bliss studio dan brewster studio.

Selain itu, tempat percutian ini dilengkapi dengan kolam renang luaran, tab mandi gaya moden dan sebagainya.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Ibis Melaka

Hotel di Melaka ada swimming pool

Alamat: 249, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

Telefon: 06-222 8888

ibis Melaka
Sumber gambar: agoda.com

Nak berjalan di sekitar bandar yang kaya dengan sejarah ini? Kami sarankan untuk anda menginap di ibis Melaka yang terletak strategik dengan tempat-tempat pelancongan di Melaka.

Baca: 20 Tempat Menarik Di Melaka Paling Popular Terkini 2022

Kelengkapan barangan mandian turut disediakan di hotel ini bersama khidmat sewaan basikal untuk anda yang ingin bersiar-siar sekitar sini.

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

0 comments:

Post a Comment

loading...