Selain ibu kota bandar Jepun di Tokyo, anda juga boleh berjalan-jalan menikmati keindahan di tempat menarik Osaka Jepun.
Osaka atau dahulunya dikenali sebagai “Naniwa” merupakan bandar ke-2 terbesar di Jepun selepas Tokyo.
Ia terletak di kepulauan Honshu dan merupakan salah satu industri utama dan pelabuhan di bandar Jepun.
Selain itu, tempat menarik di Osaka Jepun mempunyai restoran yang diiktiraf status halalnya menerusi sijil pengesahan halal yang dipaparkan.
Senarai tempat menarik Osaka Jepun
Dikenali dengan kecanggihan dan kemajuan dari segi teknologi menjadikan bandar Jepun ini lebih maju ke hadapan.
Sebagai bukti, dengan adanya Panasonic Museum yang mempamerkan ratusan barangan elektrik yang canggih.
Bukan itu sahaja, malah banyak lagi tarikan menarik untuk bercuti di Osaka yang menyeronokkan ini!
Kami sajikan 19 tempat menarik Osaka Jepun yang sesuai sebagai tempat menarik di Osaka musim salji dan tempat menarik di Osaka musim luruh.
Osaka Aquarium Kaiyukan
Akuarium di Osaka
Alamat: 1 Chome-1-10 Kaigandori, Minato Ward, Osaka, 552-0022, Japan
Telefon: +81 6-6576-5501
Osaka Aquarium Kaiyukan menempatkan sebanyak 27 buah tangki yang diletakkan di 16 bahagian pameran yang berbeza.
Anda juga boleh menyaksikan ikan jerung yang terdapat di salah sebuah tangki besar akuarium dengan kedalaman 30 kaki.
Antara jenis pameran yang terdapat di sini seperti “Pacific Ocean”, “Deep Sea Zone”, “Tunnel Tank”, “Panama Bay” dan “Ecuadorian Jungle”.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat (10:30 pagi – 7 malam)
- Sabtu – Ahad (9 pagi – 8 malam)
Osaka Castle & Park
Istana bersejarah di Osaka
Alamat: 1-1 Osakajo, Chuo Ward, Osaka, 540-0002, Japan
Telefon: +81 6-6755-4146
Jika anda berkunjung di Osaka pada musim salji jangan lupa singgah nikmati keindahan pokok sakura berhampiran Osaka Castle.
Istana yang dibina oleh Toyomi Hidoyoshi ini telah wujud sejak tahun 1583 lagi. Ia telah melalui banyak kali fasa kemusnahan dan kali terakhir dibina semula pada tahun 1931.
Kemudian, pada tahun 1997 ia dimodenkan dengan penambahan lif lalu dijadikan muzium hingga kini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Sakuya Lumina
Tempat menarik waktu malam di Osaka
Alamat: 1-2 Osakajo, Chuo Ward, Osaka, 540-0002, Japan
Telefon: +81 6-6649-0680
Alami pengalaman yang menyeronokkan ketika melancong ke Osaka pada waktu malam di Sakuya Lumina.
Tempat ini akan membawa anda menerokai dunia fantasi yang penuh magis seperti di dalam filem.
Ditambah lagi dengan efek bunyi, cahaya dan pemandangan indah yang menghidupkan lagi suasana ke tempat menarik di Osaka musim salji ini.
Lihat peta | Waktu operasi: Sabtu – Ahad (5:40 petang – 9 malam)
Universal Studios Japan
Taman tema di Osaka
Alamat: 2 Chome-1-33 Sakurajima, Konohana Ward, Osaka, 554-0031, Japan
Telefon: +81 5-7020-0606
Selain Singapura, Jepun juga memiliki taman tema Universal Studios Japan yang terletak di Osaka. Tempat bercuti di Osaka ini menempatkan banyak karakter filem kegemaran Hollywood.
Antaranya ialah “Minion Park”, “Wizarding World of Harry Potter”, “Jurassic Park” dan “3D ride Amazing Adventures of Spider Man”.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –
Umeda Sky Building
Tempat menarik untuk melihat pemandangan di Osaka
Alamat: 1 Chome-1-88 Oyodonaka, Kita Ward, Osaka, 531-6023, Japan
Telefon: +81 6-6440-3899
Terletak di tingkat 39 dengan ketinggian 170 m membolehkan anda melihat pemandangan secara 360 darjah sekitar Osaka.
Umeda Sky Building juga terdapat ‘taman terapung’ yang dikenali sebagai “Kuchu Teren” untuk anda kunjungi.
Untuk ke tempat menarik di Osaka musim sejuk ini, anda perlu ke East Tower terlebih dahulu dan menaiki lif dari tingkat 3 ke tingkat 35.
Kemudian, dari tingkat 35 anda perlu menaiki eskalator untuk ke tingkat 39 yang terletak di bahagian West Tower.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 10:30 malam)
Panasonic Museum
Muzium perkakas elektrik di Jepun
Alamat: 1006 Kadoma, Osaka 571-8501, Japan
Telefon: +81 6-6906-0106
Rata-rata pernah dengar jenama perkakas elektrik Panasonic yang terkenal di seluruh dunia ini kan?
Kalau anda nak tahu jenama berteknologi tinggi di Jepun ini diasaskan oleh Kanosuke Matsushita pada tahun 1918.
Anda boleh melawat ke Panasonic Museum untuk melihat lebih 500 perkakas elektrik sejak dari generasi pertama lagi tau!
Selain itu, trip ke Osaka lain yang menarik iaitu “Konosuke Matshushita Museum”, “Hall of Manufacturing Ingenuity” dan taman pokok sakura.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Isnin – Sabtu (10 pagi – 5 petang)
VS PARK
Taman tema berteknologi di Osaka
Alamat: Japan, 〒565-0826 Osaka, Suita, Senribanpakukoen, 2−1 EXPOCITY内
Telefon: +81 6-6369-7186
Jika di Kota Samarahan dan Shah Alam terdapat taman tema berteknologi hologram. Manakala di Osaka pula terdapat lebih daripada itu di VS Park.
Tempat bercuti di Osaka ini menyediakan lebih 20 aktiviti yang ditawarkan di sini. Namun yang paling menjadi tarikan ialah “Nigekiru”.
Di mana anda perlu berlari di atas trek dan pada masa yang sama raksasa di skrin akan muncul mengejar anda.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat (10 pagi – 8 malam)
- Sabtu – Ahad (10 pagi – 9 malam)
Lihat peta | Instagram | Laman web
Edge The Harukas
Aktiviti menguji tahap keberanian di Osaka
Alamat: 1 Chome-1-43-60F Abenosuji, Abeno Ward, Osaka, 545-0052, Japan
Telefon: +81 6-6621-0300
Anda tidak gayat dengan ketinggian? Mari trip ke Osaka dengan berjalan di atas lantai kaca di Edge The Harukas pula!
Tempat menarik Osaka bulan Oktober ini terletak di bangunan tertinggi di Jepun setinggi 300 m iaitu Abeno Harukas.
Selain Umeda Sky Building, di sini juga anda dapat melihat pemandangan tempat menarik di Osaka musim luruh yang lain juga tau!
Anda tidak perlu risau untuk melakukan aktiviti ini kerana dilengkapi dengan peralatan keselamatan.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 6 petang)
Abeno Harukas Art Museum
Muzium seni di Osaka
Alamat: Japan, 〒545-6016 Osaka, Abeno Ward, Abenosuji, 1 Chome−1−43 あべのハルカス 16階
Telefon: +81 6-4399-9050
Dah puas berseronok di Edge The Harukas? Di kawasan bangunan yang sama juga anda boleh kunjungi Abeno Harukas Art Museum pula.
Muzium seni ini dibuka sejak tahun 2019 dengan menempatkan koleksi karya yang bersifat sementara dari semasa ke semasa.
Tempat melancong ke Osaka ini kebanyakannya menempatkan karya seni dari pengkarya Buddha dan Barat.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat (10 pagi – 8 malam)
- Sabtu – Ahad (10 pagi – 6 petang)
Tennōji Zoo
Zoo ketiga di Jepun
Alamat: 1-108 Chausuyamacho, Tennoji Ward, Osaka, 543-0063, Japan
Telefon: +81 6-6771-8401
Tennoji Zoo merupakan zoo ke-3 di Jepun yang mula beroperasi sejak tahun 1915 lagi. Lama bukan?
Tempat menarik Osaka bulan Oktober seluas 11 hektar ini menempatkan lebih 1000 ekor haiwan daripada 230 ekor spesies reptilia dan mamalia.
Terdapat pelbagai tarikan “Reptile House”, “Hippo House”, “Rhino House” dan “Elephant House” yang boleh anda kunjungi di sini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Selasa – Ahad (9:30 pagi – 5 petang)
National Bunraku Theatre
Teater canggih di Osaka
Alamat: 1 Chome-12-10 Nipponbashi, Chuo Ward, Osaka, 542-0073, Japan
Telefon: +81 6-6212-2531
National Bunraku Theatre merupakan teater yang membuat pertunjukan tradisional dari abad ke-17 bersama teknologi moden dan canggih.
Antara elemen yang dimasukkan di dalam persembahan teater di tempat melancong ke Osaka ini ialah muzikal, boneka dan penceritaan.
Meskipun penggunaan dialek Jepun dituturkan, namun anda boleh menggunakan audio bahasa Inggeris sebagai panduan.
Persembahan yang diadakan pada setiap minggu ke-3 bulan 1,4,7,8 dan 9 menjadikan ia tempat menarik di Osaka musim sejuk dan tempat menarik di Osaka musim luruh.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –
Tombori River Cruise
River cruise di Osaka
Alamat: 7 Souemoncho, Chuo Ward, Osaka, 542-0084, Japan
Telefon: +81 6-6441-0532
Nak lebih seronok lagi melihat pemandangan setiap struktur bangunan di Osaka? Anda boleh trip ke Osaka ke Tombori River Cruise.
Untuk membeli tiket, anda perlu ke Tazarmonbashi Bridge Boat Dock. Bot ini akan membawa anda melalui 9 buah jambatan selama 20 minit dengan penerangan oleh jurupandu.
Waktu operasi:
- Isnin – Jumaat (1 petang – 9 malam)
- Sabtu – Ahad (11 pagi – 9 malam)
Shitennoji Temple
Tokong tertua di Jepun
Alamat: 1-11-18 Shitennoji, Tennoji Ward, Osaka, 543-0051, Japan
Telefon: +81 6-6771-0066
Shitennoji Temple diiktiraf sebagai tokong tertua di Jepun yang wujud sejak tahun 593 lagi. Ia dibina oleh Putera Shotoku dan berjaya dibina semula setelah beberapa kali musnah dalam kebakaran.
Selain itu, anda boleh melihat pameran lukisan dan taman Gokuraku-jodo Garden di sekitar tempat menarik di Osaka musim sejuk ini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 4 petang)
Sumiyoshi Taisha
Tokong terawal di Jepun
Alamat: 2 Chome-9-89 Sumiyoshi, Sumiyoshi Ward, Osaka, 558-0045, Japan
Telefon: +81 6-6672-0753
Untuk makluman anda, Sumiyoshi Tasha telah wujud sebelum kemunculan agama Buddha lagi. Iaitu sekitar tahun 211 sebagai tokong terawal di Jepun.
Ia memiliki seni rekaan menarik yang diilhamkan daripada Sumiyoshi-zukuri. Selain itu, anda boleh lihat terdapat jambatan cantik yang merentasi kolam yang terletak di sekitar tokong ini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 5 petang)
Pokemon Center Osaka
Cenderahati di Osaka
Alamat: Japan, 〒530-8202 Osaka, Kita Ward, Umeda, 3 Chome−1−1 大丸梅田店 13F
Telefon: +81 6-6346-6002
Selain siri Doraemon, siri animasi Pokemon amat popular bukan sahaja di Jepun malah di serata dunia. Siapa sahaja yang tidak terpukau dengan kecomelan Pikachu ini kan?
Outlet ini terletak di dalam Daimaru Shopping Mall. Pelbagai barangan berkonsepkan Pikachu yang anda boleh dapatkan dan dijadikan cenderahati untuk dibawa pulang nanti!
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 8 malam)
Daimaru Shopping Mall
Mall di Osaka
Alamat: 1 Chome-7-1 Shinsaibashisuji, Chuo Ward, Osaka, 542-8501, Japan
Telefon: +81 6-6271-1231
Tahukah anda, para pelancong boleh mendapatkan kembali pengecualian cukai secara tunai?
Daimaru Shopping Mall setinggi 19 tingkat di Osaka Station ini membolehkan anda berbelanja sepuas-puasnya. Wah! 19 tingkat banyaknya!
Antara outlet kegemaran pengunjung di tempat menarik Osaka bulan Oktober ini ialah “The Tokyo Hands”, “Tomica Shop” dan “Pokemon Center Osaka”.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 8 malam)
Malaysia Boleh
Masakan Malaysia di Osaka
Alamat: Japan, 〒531-0075 Osaka, Kita Ward, Oyodominami, 1 Chome−4−20 長谷川ビル 1階
Telefon: +81 6-6450-1128
Osaka lazimnya terkenal dengan pelbagai gerai makanan menjual makanan halal.
Ungkapan Malaysia Boleh amat sinonim dengan rakyat Malaysia demikianlah ditetapkan sebagai nama restoran di Osaka ini.
Pelbagai menu masakan Malaysia yang lazat dihidangkan di sini yang berkonsepkan masakan Melayu-Thai.
Jadi anda tidak perlu gusar akan status halal di restoran ini dan enak dinikmati lebih-lebih lagi sebagai tempat menarik di Osaka musim salji ini.
Waktu operasi:
- Rabu – Isnin (11:30 pagi – 2:30 petang) & (5:30 petang – 11 malam)
Nakanoshima Rose Garden
Taman bunga ros di Osaka
Alamat: 1 Chome-1 Nakanoshima, Kita Ward, Osaka, 530-0005, Japan
Telefon: +81 6-6312-8121
Anda penggemar bunga? Jadi jangan lepaskan peluang untuk ke Nakanoshima Rose Garden yang menempatkan ribuan bunga ros di sini.
Jika anda berkunjung pada bulan Mei, keindahan pemandangannya cukup memukau kerana pada waktu ini bunga ros berkembang mekar.
Disebabkan keindahan ribuan bunga ros yang terdampar menjadikan lokasi ini tersenarai di dalam 100 buah lokasi terindah di Osaka. Menarik bukan?
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
Dotonbori
Tempat paling sibuk di Osaka
Alamat: 1 Chome Dotonbori, Chuo Ward, Osaka, 542-0071, Japan
Telefon: +81 6-6211-4542
Tempat menarik di Osaka Jepun ini dipenuhi dengan pelbagai deretan bangunan dan gerai di sepanjang jalan menjadikan Dotonbori amat sibuk dengan tumpuan pelancong.
Ditambah lagi dengan limpahan cahaya neon pada waktu malam menjadikan pemandangan di sini cukup cantik sekali.
Selain restoran Malaysia Boleh, anda juga boleh mendapatkan pelbagai makanan halal seperti takoyaki yang terdapat di sini.
Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam
0 comments:
Post a Comment