loading...

Tuesday, 4 October 2022

14 Tempat Menarik Di Kuala Krai Kelantan Untuk Diterokai

Secara rasminya dikenali sebagai daerah tertua di Kelantan pada tahun 1977 menawarkan pelbagai tempat menarik Kuala Krai untuk diterokai.

Kuala Krai yang dahulunya dikenali sebagai ‘Ulu Kelantan’ ini mempunyai 3 bandar utama iaitu Batu Mengkebang, Dabong dan Manik Urai.

Ia mula berkembang pesat setelah pembukaan lebuh raya Kuala Krai – Gua Musang sekitar tahun 1983 yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

Senarai tempat menarik di Kuala Krai

Terletak strategik di antara daerah Tanah Merah, Jeli, Gua Musang, Machang dan negeri Terengganu menjadikan percutian di Kelantan anda lebih bermakna.

Selain itu, daerah ke-2 terbesar di Kelantan ini menempatkan banyak tempat viral di Kelantan dan air terjun Kelantan yang menarik.

Berikut merupakan 14 tempat menarik di Kuala Krai Kelantan untuk anda terokai keindahannya.

Lata Berangin

Aktiviti berkelah di Kuala Krai

Alamat: Jalan Kuala Krai – Gua Musang, 18000, Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

tempat menarik kuala krai: Lata Berangin
Sumber gambar: Eskimo 0308, WanZ, nik norainudin, Muhd Syaifudin

Lata Berangin dinamakan bersempena dengan kehadiran angin yang muncul di kolam utama air terjun Kelantan ini.

Air terjun Lata Berangin menjadi tempat viral di Kelantan yang padat dengan aktiviti berkelah dan berkhemah oleh pengunjung.

Tambahan pula, kolam mandiannya yang tidak terlalu dalam membolehkan aktiviti mandi-manda dilakukan di sini.

Lihat peta | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 6 petang)

Istana Sangkut

Tempat menarik di Kuala Krai untuk keluarga

Alamat: Unnamed Road, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Istana Sangkut
Sumber gambar: Zakwan Fadzil (sirmoodz), ISMAIL ABDUL MANAF, chasingthesuns.com

Mencari destinasi percutian di Kelantan untuk bercuti seisi keluarga? Apa kata anda terokai keindahan Istana Sangkut pula?

Tempat viral di Kelantan ini menawarkan lokasi perkelahan dan penginapan bersama aktiviti menarik. Penginapannya adalah berkonsepkan bentuk segi tiga, bentuk ‘U’ dan khemah.

Manakala aktiviti yang disediakan ialah jungle trekking, flying fox, mandi-manda dan bbq.

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: –

Gua Ikan

Gua unik di Kuala Krai

Alamat: Kuala Gris, 18200 Dabong, Kelantan

Telefon: 09-966 3345

Gua Ikan
Sumber gambar: Scowling Chartreux, Hasram Hassan, Mehmet WiE, Liza Khan

Gua Ikan? Pasti ada tertanya-tanya kenapa tempat menarik Kuala Krai ini dinamakan sedemikian bukan? Jika anda perhati secara teliti struktur pada bahagian luar gua memang seakan-akan bentuk ikan.

Pada bahagian dalam gua pula terdapat aliran sungai mengalir yang menyamankan lagi suasana.

Selain Gua Ikan, gua-gua berhampiran seperti Gua Pagar, Gua Keris dan Gua Gelap turut dibuka untuk pengembara meneroka.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: –

Krai Park And Training Centre

Aktiviti berkumpulan di Kuala Krai

Alamat: Taman Permata Rimba, Jalan Sungai Mas, Kg. Enggong, Kuala Krai, Malaysia

Telefon: –

Krai Park And Training Centre
Sumber gambar: Faris Maimun, Zalmanuddin Othman, Haiqal Fitry

Anda tenaga pengajar yang ingin mencari tempat menarik Kuala Krai untuk program motivasi? Krai Park And Training Centre adalah pilihan tepat yang anda cari!

Bukan sahaja kem motivasi malah aktiviti berkumpulan lain seperti kursus kepimpinan dan kecemerlangan juga boleh dilakukan di sini.

Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 7 petang)

Air Terjun Jelawang

Air terjun tertinggi di Asia Tenggara

Alamat: Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan

Telefon: 09-966 3345

Air Terjun Jelawang
Sumber gambar: Syed Al-Yahya, Tan EH, Cee Kay CK, Mohd Azhari Azizan

Tahukah anda, apakah keistimewaan yang ada pada Air Terjun Jelawang? Air terjun Kelantan ini bukan sahaja tertinggi di negeri Kelantan mahupun Malaysia malah tertinggi di Asia Tenggara tau!

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan sekitar ini ialah flying fox, meneroka gua dan atv.

Lihat peta | Laman web | Waktu operasi: 24 jam

Gunung Stong

Gunung di Kuala Krai

Alamat: Jalan Air Terjun Stong, Kampung Jelawang, 18200, 18200, 18200 Dabong, Kelantan

Telefon: –

Gunung Stong
Sumber gambar: mh zaim my, Syamsul Hamdan, void edragon, Mohd Azhari Azizan

Gunung Stong merupakan gunung yang menempatkan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Gunung setinggi 1442 m ini terletak di Dabong yang berhampiran dengan Gua Musang.

Laluan trek yang disediakan amatlah mencabar tetapi pemandangan pada bahagian puncak cukup indah dengan awan karpet terbentang luas.

Lain daripada itu, tempat menarik di Dabong ini turut dikelilingi oleh Gunung Basor, Gunung Anak Noring, Gunung Chamat dan Gunung Setong.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Kolam Air Panas Tok Bok

Tempat menarik di Machang

Alamat: 18500 Machang, Kelantan

Telefon: –

Kolam Air Panas Tok Bok
Sumber gambar: asimah abdullah, Ha Chi

Dari Kuala Krai ingin menuju ke Machang? Mari berehat seketika di Kolam Air Panas Tok Bok. Suhu airnya yang tidak terlalu panas membolehkan pengunjung bermandi-manda atau hanya merendamkan kaki di sini.

Untuk makluman anda, tempat ini mempunyai 5 sesi yang boleh anda pilih iaitu:-

  1. 5 pagi – 8 pagi
  2. 9 pagi – 12 pagi
  3. 2 petang – 5 petang
  4. 5:30 petang – 8 malam
  5. 9 malam – 12 pagi

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 12 pagi)

Abam Jeben

Restoran western food terbaik di Kuala Krai

Alamat: Lot 1881, kampung rahmat, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

restoran western terbaik di kuala krai
Sumber gambar: Abam Jeben Food

Kunjungi restoran dengan hidangan barat terbaik di Abam Lejen sebagai tempat menarik di Kuala Krai. Antara menu yang ditawarkan ialah lamb grill, spaghetti carbonara/bolognese, chicken chop dan meatball.

Untuk makluman anda, restoran ini ditutup buat sementara waktu. Jadi bagi sebarang perkembangan terkini anda boleh menghubungi pemilik restoran ini.

Lihat peta | Laman web | Whatsapp | Waktu operasi: –

Kuala Krai Mini Zoo

Zoo mini di Kuala Krai

Alamat: Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: 09-966 6393

Kuala Krai Mini Zoo
Sumber gambar: Zul Izhar Mohd. Ismail, Engku Nasaruddin, Mr Presiden Letih, Haris Darus

Kuala Krai Mini Zoo pada asalnya telah mula beroperasi sejak tahun 1964 lagi. Lalu zoo di Kelantan ini bertukar nama kepada Taman Burung Kuala Krai pada tahun 2005 sebelum ditutup pada tahun 2011.

Setelah 10 tahun ditutup, kini ia dibuka semula sebagai tarikan baharu buat pelancong ke Kuala Krai Kelantan.

Zoo di Kelantan ini berkonsepkan ‘symbiotic pith‘ iaitu ‘manusia dan alam’ dengan menempatkan lebih 50 spesies haiwan menarik.

Lihat peta | Facebook | Waktu operasi: Setiap hari (9:30 pagi – 6 petang)

Pasar Besar Kuala Krai

Pasar di Kuala Krai

Alamat: Pasar Besar, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Pasar Besar di Kuala Krai
Sumber gambar: Mohamad Syahiran Mustaffa , Cairo Petersburg, Zhophir, Liz Yahaya

Jika Kota Bharu ada Pasar Siti Khadijah manakala Kuala Krai pula ada Pasar Besar Kuala Krai. Pasar ini merupakan satu-satunya pasar terbesar di daerah ini.

Ia menempatkan pelbagai jenis barangan seperti barangan basah, barangan kering, pakaian dan banyak lagi.

Lihat peta | Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Pasar Seramik Mambung

Perusahaan seramik di Kuala Krai

Alamat: Kampong Mambong, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Pasar Seramik Mambung
Sumber gambar: mdkkrai.gov.my, pondokrahmat.blogspot.com

Untuk makluman anda, Kelantan juga terkenal dalam pembuatan seramik yang terletak di Kampung Mambong.

Pasar Seramik Mambong terdiri daripada pelbagai jenis seramik iaitu belanga, buyung, pasu hiasan dan sebagainya.

Terdapat 7 peringkat dalam penghasilan sebuah seramik iaitu mesin tanah, menapis tanah serta mengikat/menuang/mengeringkan/membakar acuan.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Taman Tasik Kuala Krai

Taman rekreasi di Kuala Krai

Alamat: Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Taman Tasik Kuala Krai
Sumber gambar: Ana Faiz, aishah kay, Hanahana Hanahana, Nawal Balqis

Mencari tempat terbaik untuk beriadah pada hujung minggu di Kuala Krai? Mari kunjungi Taman Tasik Kuala Krai yang telah beroperasi sejak tahun 1998 lagi.

Taman ini menempatkan sebuah tasik yang sesuai untuk aktiviti air duck paddle, perayu berkayuh dan kayak. Selain itu, taman ini juga memiliki Restoran Terapung Zoo dan Mini Muzium untuk anda terokai.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Tangga Krai

Tangga bersejarah di Kuala Krai

Alamat: Jalan Pekan Kuala Krai, 18000, Kuala Krai, Kelantan

Telefon: –

Tangga Krai
Sumber gambar: Ana Faiz, hashnol ismail, look man hakim

Tangga Krai atau dahulunya terkenal dengan nama Tangga Bradley ini telah wujud sejak tahun 1929 lagi. Lama bukan?

Ia dinamakan Bradley bersempena dengan nama ketua pentadbiran Kuala Krai ketika itu iaitu Gerald Beradly.

Tangga ini berperanan untuk menghubungkan penduduk setempat menjual barangan hasil pertanian mereka ke Kuala Krai.

Selain itu, ia juga menjadi penanda aras air Sungai Kelantan ketika musim tengkujuh.

Lihat peta | Waktu operasi: –

Betik Garden Resort

Resort di Kuala Krai

Alamat: LOT 72, KG PASIR SENA, 18400 Temangan, Kelantan

Telefon: –

resort menarik di kuala krai
Sumber gambar: booking.com

Lagi tempat menarik Kuala Krai yang terletak berhampiran Machang yang boleh anda bercuti ialah Betik Garden Resort.

Resort ini menawarkan kolam renang, restoran, dapur kongsi, basikal dan taman yang menarik. Jenis bilik yang ditawarkan ialah deluxe double, twin, deluxe queen, chalet dan rumah percutian.

Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Waktu operasi: –

0 comments:

Post a Comment

loading...