Betul ke ada hotel ada private pool di Malaysia? Kalau nak bercuti ni, tempat rehat adalah perkara yang perlu diutamakan. Kalau tempat rehat selesa dan banyak kemudahan, mood bercuti pun naik dan hati pun gembira sepanjang percutian.
Baca: 15 Hotel Dengan View KLCC Yang Terbaik
Cerita-cerita pasal tempat rehat, hotel yang ada private pool tempat yang selesa dan terbaik sebab boleh muatkan ramai orang dan aktiviti outdoor/indoor pun boleh dibuat.
Inilah tempat percutian keluarga yang paling ideal. Lagi-lagi kalau hotel tu ada private pool. Fuh, memang bangun-bangun dari tidur terus terjun kolam.
Senarai Homestay/Resort/Villa/Hotel Yang Ada Private Pool di Malaysia
Malaysia yang kaya dengan tempat pelancongan menarik menyebabkan banyak hotel yang ada private pool atau chalet yang ada private pool dibina.
Tapi, tidak semua hotel ada private pool di Malaysia dan sukar untuk ditemui. Kalau hotel yang ada private pool biasanya lebih selesa dan bersih.
Oleh itu, dalam artikel ini kami ingin berkongsi kepada anda penginapan yang ada private pool di Malaysia.
The Shorea, Negeri Sembilan
Homestay private pool di Negeri Sembilan
Alamat: Village Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 017-338 5698
Sebagai mukadimah, rasailah keenakan menginap di homestay mewah yang dibina daripada kayu dan batu dari alam semula jadi iaitu The Shorea. Nikmati kedinginan udara segar hutan hujan dan panorama alam semula jadi yang menenangkan.
Homestay ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti wifi, padang golf, bilik berhawa dingin, airport transfer, housekeeping dan pastinya private pool yang menghadap ke Hutan Simpan Berembun.
Kalau nak lari kesibukan kerja dan ingin menenangkan jiwa, The Shorea antara lokasi yang sangat direkomendasikan. Homestay mewah dengan suasana hutan.
La Villa, Langkawi
Penginapan moden dengan private pool di Langkawi
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 013-511 8800
Anda baru kahwin dan cari tempat honeymoon di Langkawi? Apa kata tempah La Villa, Langkawi iaitu villa unik yang lengkap dengan indoor swimming pool dan reka bentuk yang sangat aestetik dan moden.
Tempat percutian romantik ini terletak 2 km dari Pantai Cenang dan Laman Padi Langkawi serta menawarkan pemandangan pergunungan dan sawah padi yang berdekatan.
Villa mewah ini lengkap dengan bilik berhawa dingin, dapur, wifi, dobi, dan spa. Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh La Villa, tinggal anda tempah sahaja sekarang.
Lexis Suites, Pulau Pinang
Hotel ada private pool di Penang
Alamat: 28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Telefon: 04-628 2888
Kalau anda nak rasa menginap di hotel bertaraf 5 bintang, tempahlah Lexis Suites, Pulau Pinang yang terbina di tepi pantai dan menawarkan panorama yang sangat memukau.
Ada dua pakej yang ditawarkan iaitu Executive Pool Suite dan Premium Pool Suite. Hotel berkelas dunia ini juga menawarkan aktiviti indoor seperti LexSpa, Games Room, Starz Karaoke, Kidz World, dan O2 Gym.
Aktiviti outdoor pun ada seperti bola tampar, speak takraw, futsal dan island-hopping boat ride. Hotel ada kolam dalam bilik ni sesuai untuk menginap secara berkumpulan atau solo.
Dapat disimpulkan Lexis Suites, Pulau Pinang mesra kanak-kanak, panorama pantai yang indah serta kemudahan berkelas dunia.
Villa Samadhi, Kuala Lumpur
Tempat penginapan dengan view Kuala Lumpur
Alamat: 8, Jalan Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2771 2743
Dibina dengan falsafah Samadhi iaitu menjemput tetamu mencapai ketenangan minda, Villa Samadhi dengan reka bentuk yang mewah beratapkan jerami ini hanya terletak sekitar 2 km daripada Menara Berkembar Petronas.
Keunikan Villa Samadhi adalah reka bentuk kolamnya yang cantik serta susunan hiasan yang teratur. Villa ini menawarkan lima jenis bilik iaitu Crib, Luxe Crib, Sarang, Luxe Sarang, dan The Loft.
Sesuai dengan falsafah pembinaannya, kalau nak tenangkan minda bolehlah menginap disini. Nikmati permandangan bandar Kuala Lumpur yang indah dari Villa Samadhi!
The Westin, Langkawi
Resort mewah tepi pantai di Kedah
Alamat: Jalan Pantai, Jalan Dato Syed Omar, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 8888
Resort mewah yang mesra keluarga ini terbina di tepi pantai persendirian lautan Andaman. Penginapan ini memiliki 4 buah kolam renang dan 6 tempat makan yang berbeza.
The Westin Langkawi Resort & Spa ini berdekatan dengan Eagle Square dan Pulau Payan Marine Park. Kenapa resort bertaraf lima bintang dikatakan mesra keluarga?
Sebab banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga disini seperti Westin Kids Club, jalan-jalan melihat spesis burung enggang, berkayak ataupun pergi ride dengan Westin Ride di sekitar pantai.
Pakej keluarga pun turut disediakan iaitu Westin Family Package, kalau nak percutian yang lebih romantic tempahlah pakej Romantic Escape.
The Andaman, Langkawi
Resort tepi pantai di Langkawi dengan private pool
Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-959 1088
Berlatarkan hutan indah dan terbina di tepi pantai, The Andaman antara resort lima bintang yang mewah di Langkawi.
Menyediakan 186 bilik yang lengkap dengan wifi, penghawa dingin, private pool, dan balkoni luar yang menghadap ke arah laut. Banyak aktiviti boleh dibuat disini seperti berlayar, main golf, snorkeling, bola tampar dan banyak lagi.
Elegen, mewah dan berkelas dunia, inilah gambaran The Andaman di Langkawi. Sesuai untuk dijadikan lokasi honeymoon bersama orang tersayang anda. Tempah sekarang di laman web Agoda!
Borneo Beach Villas, Karambunai
Tempat penginapan tepi pantai ada private pool di Sabah
Alamat: 161, Pool Villa & Locked Bag 100, Karambunai, 88993 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 016-832 9302
Anda nak cari villa tepi pantai di Sabah? Tempahlah Borneo Beach Villa yang tersergam indah di tepi pantai Karambunai. Ada dua pakej iaitu Spa Suite dan Pool Villa.
Kalau anda nak private pool, bolehlah tempah Pool Villa yang juga ada jacuzzi dan private balcony. Ruang tamu Borneo Beach Villas memang luas, anda tak perlu risau kalau nak bawa ramai keluarga.
Baca: 15 Hotel Dengan Jacuzzi Di Kuala Lumpur Paling Popular
Villa ini juga terkenal dengan perkhidmatan pelanggan dan hospitality yang baik. Kalau petang nak layan sunset dari villa memang sangat cun permandangannya. Harga penginapan semalam bermula dari RM750.
Bunga Raya Island Resort, Kota Kinabalu
Resort mewah dengan private pool di Kota Kinabalu
Alamat: 161, Pool Villa & Locked Bag 100, Karambunai, 88993 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 016-832 9302
Satu lagi resort tepi pantai menarik di Sabah iaitu Bunga Raya Island Resort yang terletak di salah satu pulau tercantik Sabah iaitu Pulau Gaya. Terdapat empat villa iaitu Superior Villa, Deluxe Villa, Plunge Pool Villa dan Two Bedroom Villa.
Dengan reka bentuk tradisional Borneo dan dikelilingi alam semula jadi, resort ini memang akan menambat hati pencinta alam untuk menenangkan minda disini.
Bagi aktiviti pula, anda boleh jungle trekking, meluncur di hutan dengan zip line, canopy walk, berkayak di lautan biru dan banyak lagi. Memang anda tidak akan bosan kalau menginap di resort yang ada private pool ini.
Mangala Resort, Kuantan
Resort dengan taman tropika dan tasik di Pahang
Alamat: Lebuhraya Tun Razak, Kampung Melayu Gambang, 26300 Gambang, Pahang
Telefon: 09-505 7788
Tempat percutian mewah ini dikelilingi oleh pokok buah-buahan, hutan tropika, dan tasik. Di Mangala Resort and Spa, empat daripada 31 vila mempunyai kolam renang peribadi.
Salah satunya adalah banglo enam bilik tidur yang boleh memuatkan 12 orang dewasa. Susun atur yang luas dengan kolam renang infiniti luaran memastikan percutian keluarga yang tenang dan damai.
Vila Mangala antara pilihan yang bagus untuk solo traveller atau pasangan kerana ia menghadap ke Tasik Mangala yang tenang. Dari balkoni bilik, saksikan matahari terbit sambil menikmati cahaya pagi yang menenangkan dan persekitaran hutan yang subur.
Kemudahan resort termasuk spa dengan reka bentuk Bali, kolam renang, gym, ruang pertemuan, restoran di tepi tasik, dan pelbagai pilihan rekreasi seperti memanah, berbasikal dan berkayak.
Penginapan semalam bermula dari RM740. Dengan banyak ruang untuk bermain, ketawa dan habiskan detik-detik berharga bersama orang tersayang!
The Danna, Langkawi
Resort mewah dengan private pool di Langkawi
Alamat: Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-9593288
Bukan peminat kolam peribadi yang kecil? Jika ya, pilih salah satu daripada dua jenis vila di The Danna. Terdapat kolam renang peribadi yang besar di sini dengan pemandangan laut.
Jika kolam renang peribadi di dalam bilik anda tidak mencukupi untuk anda berehat, hotel ini juga mempunyai kolam renang terbesar di pulau itu. Walaupun kolamnya besar, bilik ini juga mempunyai jakuzi.
Empress Beach Villa ialah bilik hotel terbaik dengan kolam renang peribadi. Bilik hotel ada kolam dalam bilik yang cantik ini juga mempunyai jakuzi dan spa. Salah satu hotel terbaik di Langkawi yang mesti dikunjungi.
Sunway Resort, Petaling Jaya
Hotel ada private pool dan Sunway Lagoon Theme Park
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-74928 000
Vila-vila di Sunway Resort Hotel and Spa sesuai untuk mereka yang tidak mahu berada terlalu jauh dari bandar. Harga semalam bermula dari RM689.
Selain bilik hotel dengan pilihan kolam renang peribadi, gym, spa, bilik mandi marmar, kafe gaya bufet, restoran mewah, dan restoran tepi kolam pun ada.
Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150 Untuk Bermalam
Hotel mewah ini terletak bersebelahan dengan perhentian trem dan dua minit berjalan kaki dari pusat beli-belah Sunway Pyramid serta Sunway Lagoon Theme Park.
Grand Lexis, Port Dickson
Hotel yang ada private pool di Port Dickson
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon: +606-653 2000
Mencari penginapan terbaik yang terletak berhampiran dengan Bandar Lukut? Datanglah ke Grand Lexis Port Dickson, resort ini mempunyai 317 vila, setiap satunya mempunyai kolam renang peribadinya sendiri.
Kami cadangkan Villa Kolam Renang Deluxe untuk percutian romantis / honeymoon. Vila selesa ini direka untuk pasangan dan dapat melihat laut di bawah villa, ada dapur dan bilik mandi dengan pancuran mandian hujan.
Terdapat banyak aktiviti menarik yang tersedia seperti memancing, berbasikal, padang memanah dan bilik karaoke.
The Banjaran Hotsprings Retreat, Perak
Villa dengan private pool pemandangan alam di Perak
Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak
Telefon: 05-210 7777
Persekitaran tropika yang menakjubkan boleh didapati di sini. Ia sebenarnya membawa anda ke dunia semula jadi dan jauh dari persekitaran biasa anda.
Banjaran Hotsprings Retreat menyediakan vila kolam renang peribadi terbaik di Perak bersama-sama dengan pengalaman percutian mewah bertaraf 5 bintang untuk orang dewasa sahaja.
Vila-vila ini mempunyai tab mandi panas peribadi dan kolam renang di teres dengan pemandangan tasik yang indah. Perkhidmatan sarapan dalam bilik yang dibuat mengikut pesanan tanpa had juga disediakan.
The Pines, Melaka
Hotel di Melaka yang ada private pool
Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka
Telefon: 06-2402 323
Hotel Pines Melaka, yang terserlah di sepanjang tebing Sungai Melaka, menggabungkan kemudahan moden dengan perkhidmatan kelas pertama.
Jangkakan bilik tetamu yang mewah dan luas dengan karya seni yang dicipta oleh artis serantau.
Anda akan menyukai Suite Poolside, yang menawarkan private pool dan pemandangan bandar yang menakjubkan. Terdapat teres di luar bilik ini dengan kerusi santai juga.
0 comments:
Post a Comment