Alami percutian yang bermakna dengan menginap di bathtub hotel Kuala Lumpur yang serba mewah bersama view yang terbaik.
Setiap orang pasti mempunyai citarasa berbeza apabila memilih tempat penginapan untuk bercuti bukan? Sama ada dari segi harga, taraf hotel, private pool, pemandangan menarik, tab mandi, dan banyak lagi.
Senarai bathtub hotel Kuala Lumpur
Tidak semua hotel Kuala Lumpur ada bathtub. Kebanyakannya boleh didapati di hotel mewah bertaraf 4 ke 5 bintang sekaligus dengan pakej pemandangan yang cantik.
Berikut merupakan 15 hotel bathtub KL yang selesa dan terbaik untuk anda berehat seketika dari belenggu stres dengan kerja.
Royale Chulan Kuala Lumpur
Hotel di Menara Chulan
Alamat: 5, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2688 9688
Royale Chulan merupakan hotel terbaik di Kuala Lumpur yang memiliki cawangan di London, Seremban dan Penang.
Ia terletak berhampiran dengan Pavillion, Bukit Bintang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Hotel mewah di Kuala Lumpur ini dilengkapi dengan perabot klasik gaya Eropah, bufet sarapan pagi, kolam renang yang luas dan spa yang terbaik.
Bathtub dengan view menarik: two bedroom apartment, executive suite
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
The Westin Kuala Lumpur
Hotel di Jalan Bukit Bintang
Alamat: 199, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2731 8333
The Westin dilengkapi dengan penginapan berkonsepkan moden dan mewah dengan dilengkapi hiasan marmar pada bathtub hotel Kuala Lumpur ini.
Hotel menarik di Kuala Lumpur ini berada berhampiran dengan tempat best di KL untuk membeli-belah seperti Pavillion, Lot 10 dan Sungei Wang Plaza.
Kolam renang luaran, gimnasium, spa dan masakan antarabangsa di restoran The Living Room turut tersedia di hotel best KL ini.
Bathtub dengan view menarik: deluxe/premium room, executive club room, one/two bedroom residence, westin suite
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Mandarin Oriental Kuala Lumpur
Hotel di Suria KLCC
Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2380 8888
Mencari bathtub hotel Kuala Lumpur yang menawarkan pemandangan menghadap bandar termasuk menara KLCC?
Mandarin Oriental adalah hotel mewah di Kuala Lumpur yang sesuai dengan citarasa anda! Hotel ini menyajikan pelbagai menu antarabangsa termasuklah masakan Kantonis dan Itali.
Selain itu, kemudahan gimnasium, padang golf, tub mandi mewah, gelanggang tenis dan spa turut tersedia di tempat best KL ini.
Bathtub dengan view menarik: deluxe city/park viewroom king/twin, twin towers view room king/twin, executive park view room king, mandarin room king
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree
Hotel di Pavillion
Alamat: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2117 2888
Mencari penginapan yang boleh diakses terus ke Pavillion tanpa perlu bersesak? Apa kata anda memilih penginapan di Pavillion Hotel sebagai hotel terbaik di Kuala Lumpur ini?
Selain Pavillion, ia turut berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLCC.
Bathtub dengan view menarik: grand/club grand oasis king, urban studio king/suite king, pavillion suite king
Lihat peta | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Banyan Tree Kuala Lumpur
Hotel di Jalan Conlay
Alamat: 2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2113 1888
Banyan Tree Kuala Lumpur memiliki tub mandi yang dalam dan besar bersama pemandangan menarik ibu kota Malaysia ini.
Hotel nampak KLCC ini berkedudukan dengan jarak 3 minit dari pusat beli-belah Berjaya Times Square, KLCC dan Dinner in the Sky KL.
Kolam renang, mesin kopi dan spa merupakan antara kemudahan yang pengunjung boleh nikmati di sini.
Bathtub dengan view menarik: signature banyan retreat, signature sky retreat, sanctuary suite, sky sanctuary suite, banyan tree suite
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
EQ Kuala Lumpur
Hotel di Equatorial Plaza
Alamat: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2789 7777
Anda pernah menjamu selera di bahagian rooftop bangunan? Jika tidak, mari menginap di EQ Kuala Lumpur dan menikmati hidangan di Sky 51 sambil melihat panorama menarik sekitar KL.
Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas, Galeri Starhill dan Pusat Konvensyen KL.
Ia menawarkan bufet sarapan pagi menu barat, parkir percuma, kolam renang luaran, gimnasium, taman, spa dan sauna.
Bathtub dengan view menarik: aha suite, executive suite, presidential suite
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
The St. Regis Kuala Lumpur
Hotel di Jalan Stesen Sentral
Alamat: No 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2727 1111
The St.Regis Kuala Lumpur merupakan antara hotel terbaik di KL yang terletak di Jalan Stesen Sentral. Ia menampilkan bilik yang mewah dengan pemandangan tasik dan taman.
Selain itu, ia turut memiliki bilik spa khas dengan kemudahan kolam renang, sauna dan pusat kecergasan.
Bathtub dengan view menarik: st regis kl, carolina astor suite, john jacob suite, presidential suite, royal suite
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Hotel di Jalan Pinang
Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2182 1234
Grand Hyatt Kuala Lumpur merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang lazimnya menjadi destinasi pasangan honeymoon. Ia memiliki bathtub yang luas dan diperbuat daripada marble.
Tambahan pula, jika anda menginap pada ambang tahun baru, anda boleh menyaksikan pemandangan kemeriahan bunga api tahun baru dari jendela bathtub ini.
Kemudahan lain yang disediakan ialah gimnasium bersama jurulatih peribadi, 11 bilik rawatan spa dan banyak lagi.
Bathtub dengan view menarik: diplomat suite, superior suite, garden view grand suite, grand suite, grand twin tower suite, presidential suite
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Grand Millennium Kuala Lumpur
Hotel di Jalan Bukit Bintang
Alamat: 160, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Telefon: 03-2117 4888
Grand Millenium Kuala Lumpur amatlah mudah diakses kerana terletak di sebelah Pavillion iaitu di sepanjang Bintang Walk.
Restoran-restoran di hotel ini menyediakan menu masakan Asia & Mediterranean, Kantonis dan Jepun. Ia menawarkan spa, gelanggang skuash, kolam renang luaran dan sauna.
Bathtub dengan view menarik: superior room, deluxe room, club room, executive suite
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
Hotel di Sunway Putra Mall
Alamat: Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-4040 9888
Jika pusat beli-belah Pavillion mempunyai hotel tersendiri tidak kurang juga bagi Sunway Putra Mall yang memiliki Sunway Putra Hotel.
Hotel ini sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga dengan menawarkan kolam renang luaran, kolam kanak-kanak dan gimnasium.
Tambahan pula, restoran di hotel ini menyajikan menu masakan yang lazat dari Asia, Barat dan Cina.
Bathtub dengan view menarik: family suite
Lihat peta | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Hotel Maya Kuala Lumpur
Hotel di Kampung Baru
Alamat: 138, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2711 8866
Lagi hotel yang ada bathtub dengan pemandangan menarik kotaraya KL yang anda boleh menginap iaitu Hotel Maya Kuala Lumpur. Penginapan serendah RM600 dan jika bertuah dapatkan diskaun sehingga 50%.
Tempat penginapan ini terletak berhampiran dengan KLCC dan Pavillion. Hotel bathtub KL ini menawarkan bilik yang moden dengan kolam renang dan urutan spa yang terbaik.
Bathtub dengan view menarik: studio room, junior suite, deluxe suite
Lihat peta | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel and Residences Hotel
Hotel di Jalan Conlay
Alamat: 4, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2170 8888
Terletak betul-betul berhadapan dengan Pavillion memudahkan pencarian anda ke Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel and Residences Hotel.
Memiliki jendela bilik yang luas pasti memuaskan hati anda untuk melihat pemandangan sekitar ibu kota ini.
Hotel ada bathtub di KL ini amat sesuai bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil kerana terdapat tempat permainan kanak-kanak iaitu Kids’ Club.
Bathtub dengan view menarik: deluxe room, premium deluxe twin room, grand deluxe room, executive club room/king
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Hotel di Jalan Ampang
Alamat: 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2382 8888
Memiliki gaya yang eksklusif, Four Season Hotel Kuala Lumpur terletak strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Hotel mewah di Kuala Lumpur ini mempunyai 535 bilik yang luas dengan pemandangan bandar yang menarik.
Ia terletak berhampiran tempat best di KL untuk membeli-belah iaitu Avenue K, Lot 10, Sungei Wang Plaza dan Suria KLCC.
Bathtub dengan view menarik: club premier park view room, park view junior suite, four seasons executive park view suite, ambassador suite king bed, presidential suite, two bedroom premier park apartment
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Parkroyal Collection Kuala Lumpur
Hotel di Jalan Sultan Ismail
Alamat: Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2782 8388
Mencari tempat best di KL untuk percutian yang menenangkan? Kunjungi Parkroyal Collection Kuala Lumpur yang terletak betul-betul di sekitar Bukit Bintang.
Hotel bathtub KL ini menawarkan sebanyak 535 buah bilik dengan gaya urban dan pelbagai tumbuhan pokok di bahagian luarnya. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah gimnasium, kolam renang dan spa.
Bathtub dengan view menarik: collection club king room/premier king room/premier double room, urban suite king, lifestyle suite/suite king
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
The RuMa Hotel and Residences
Hotel di Jalan Kia Peng
Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 03-2778 0888
Meskipun baru dibina pada tahun 2020, The RuMa Hotel and Residences tetap maju menerima kehadiran pengunjung setanding dengan hotel terbaik di Kuala Lumpur yang lain.
Hotel ada bathtub Kuala Lumpur ini berkonsepkan elegan dan urban dengan memiliki tub mandi dengan gaya Zen dan perpustakaan yang begitu stylish.
Jika anda memerlukan khidmat gunting rambut berhampiran hotel bathtub KL ini, anda boleh berkunjung ke “Truefitt and Hill” yang merupakan cawangan barbershop tertua dari UK.
Bathtub dengan view menarik: deluxe suite/twin room, grand suite/studio/king room/twin room, corner studio
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
0 comments:
Post a Comment