loading...

Monday, 10 October 2022

15 Hotel Dengan View KLCC Yang Terbaik

Rata-rata pengunjung dari dalam mahupun luar negara yang melancong ke Kuala Lumpur pastinya memilih penginapan hotel view KLCC terbaik bukan?

Jika Eiffel Tower menjadi bangunan ikonik di Perancis manakala Menara Berkembar Petronas pula menjadi lambang kemegahan Malaysia.

Bangunan ikonik ini pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 451 m sekitar tahun 1998 hingga 2004 sebelum diambil alih oleh bangunan Taipei 101.

Senarai hotel dengan view KLCC yang terbaik

Dikenali sebagai Petronas Twin Towers atau KLCC Twin Towers menempatkan banyak tarikan menarik untuk dikunjungi.

Antaranya ialah Aquaria KLCC, Suria KLCC, Petrosains, Taman KLCC dan banyak lagi.

Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Untuk Bermalam

Dengan ini, terdapat banyak penginapan yang disediakan bagi memudahkan urusan pelancongan anda di hotel dengan KLCC Twin Tower view ini.

Berikut merupakan 15 hotel nampak view KLCC terbaik sebagai destinasi percutian anda.

Regalia Suites & Hotel Kuala Lumpur

Hotel di Jalan Anjung Putra

Alamat: No. 2, Jalan Anjung Putra, Off, Jln Sultan Ismail, 50480, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: 03-2725 0735

Regalia Suites & Hotel Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Meskipun persekitarannya tampak mewah, namun harga penginapannya jauh lebih murah berbanding hotel-hotel yang lain. Harga bilik serendah RM250 dan dapatkan promosi hujung tahun!

Regalia Suites & Hotel Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah bandar ini menawarkan view KLCC yang cukup cantik. Ia menyediakan hotel pool view KLCC, fitness center, taman depan hotel dan free wifi.

Bilik dengan view menarik: 1/2 bedroom premier, executive skyline, family room, executive king, skyline deluxe king room, executive twin, deluxe king room/twin room

Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur

Hotel di Jalan Raja Abdullah

Alamat: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2603 1999

Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Mencari penginapan mesra muslim dengan view KLCC yang menarik? Tamu Hotel & Studios memiliki segala kelengkapan yang anda inginkan!

Tambahan pula, sejadah dan Al-Quran turut disediakan di setiap bilik penginapan. Penginapan semalam bermula RM409 dan lebih banyak diskaun pada cuti umum!

Di sini anda boleh melihat pemandangan 3 menara sekaligus iaitu Menara KL, Menara Berkembar Petronas dan Menara Merdeka.

Bilik dengan view menarik: 1/2-bedroom residence, executive suite, junior suite, deluxe twin, standard twin/double

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Grand Hyatt Kuala Lumpur

Hotel di Jalan Pinang

Alamat: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-218 21234

hotel view klcc terbaik: Grand Hyatt Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Grand Hyatt Kuala Lumpur sememangnya tidak asing lagi sebagai hotel dengan KLCC Twin Tower view ini. Ia mempunyai pelbagai bilik yang boleh menikmati keindahan bangunan ikonik KL ini.

Bukan setakat bilik malah di ruangan bathtub pun anda boleh melihat view cantik ini tau! Penginapan bermula RM650 semalam!

Antara kemudahan yang disediakan ialah gimnasium, spa mewah, kolam renang luaran yang dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau.

Bilik dengan view menarik: 1 king garden view, 1 king tower view, 2 twin tower view, 1 king bed tower view deluxe, 2 twin club access, 2 twin tower view club, grand executive suite

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Hotel di Kuala Lumpur dekat KLCC

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: 03-2380 8888

Mandarin Oriental
Sumber gambar: agoda.com

Alami percutian best dengan menginap di salah sebuah hotel nampak view KLCC terbaik yang bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur. Dengan diskaun Agoda, dapatkan bilik dengan harga serendah RM648!

Mandarin Hotel Kuala Lumpur berlokasi hanya di sebelah pintu masuk Menara Berkembar Petronas 3. Antara kemudahan yang ditawarkan ialah gimnasium, gelanggang tenis, dan pusat golf dalaman.

Bilik dengan view menarik: park suite king, mandarin room king, club executive park view room king, club twin towers view room king/twin, club deluxe city view room king, twin towers view room twin

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Traders Hotel Kuala Lumpur

Hotel di KLCC Park

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: 03-2332 9888

Traders Hotel Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Terletak di KLCC Park sudah pastinya menawarkan pemandangan KLCC cukup jelas dari pandangan mata bukan?

Hotel berdekatan KLCC ini bukan sahaja menyediakan penginapan selesa malah menyediakan ruang pejalan kaki tertutup menuju ke menara KLCC dan stesen LRT.

Selain itu, hotel 34 tingkat merangkumi 574 bilik ini turut menyediakan trek joging di Taman KLCC. 

Bilik dengan view menarik: deluxe room/garden view room/twin towers view room, traders club room/club twin towers view room, city view suite, twin towers view suite

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

W Kuala Lumpur

Hotel di Jalan Ampang

Alamat: 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2786 8888

hotel view klcc terbaik: W Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

W Kuala Lumpur menawarkan hotel dengan KLCC Twin Tower view yang lebih dekat dari kolam renang luaran. Rekaan yang unik, pencahayaan yang menarik dan futuristik diketengahkan pada hotel ini.

Tambahan pula, anda boleh strim lagu kegemaran anda dengan soundbar yang disediakan yang disambung melalui bluetooth.

Bilik dengan view menarik: wonderful guest room, mega guest room, spectacular guest room, cool corner guest room, studio/marvelous/ewow suite

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Vortex Suites KLCC Kuala Lumpur Hotel & Services

Hotel di Jalan Sultan Ismail

Alamat: 56-1, Vortex Suite & Residence, 12, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 1-800-88-1818

Vortex Suites KLCC Kuala Lumpur Hotel & Services
Sumber gambar: agoda.com

Berkedudukan dengan jarak hanya 1 km dari Pusat Konvenseyen KL dan Suria KLCC, anda boleh menemui hotel view KLCC terbaik ini.

Voltex Suites KLCC Kuala Lumpur Hotel & Services dilengkapi dengan bilik dan dapur bersama ruang makan.

Antara tarikan terdekat hotel ini ialah Menara Berkembar Petronas, Taman KLCC, Galeri Starhill dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah.

Bilik dengan view menarik: superior apartment with city view

Lihat peta | Laman web | Check in/out: 3 petang / 11 pagi

EQ Kuala Lumpur

Hotel di Equatorial Plaza

Alamat: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2789 7777

EQ Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

EQ Kuala Lumpur yang berada di Equatorial Plaza ini memiliki hotel pool view KLCC, spa dan fitness studio.

Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan KLCC yang cukup indah pada waktu malam terutamanya di rooftop hotel.

Di mana, Sky 51 merupakan restoran untuk anda menjamu selera sambil melihat pemandangan di sekitar ibu kota.

Bilik dengan view menarik: premier king infinity, studio suite room, premier king room, deluxe queen/twin towers view king room/twin room/king room

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Banyan Tree Kuala Lumpur

Hotel di Jalan Conlay

Alamat: 2, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2113 1888

Banyan Tree Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Terletak berdekatan Bukit Bintang, Banyan Tree Kuala Lumpur menawarkan bilik bukan hanya view KLCC malah KL Tower. Dapatkan harga promosi bermula RM1200!

Meskipun terletak di kawasan sibuk, namun hotel view KLCC cantik ini tetap menjamin privasi pengunjung dengan bilik kalis bunyi. Kemudahan lain yang ditawarkan seperti infinity pool, spa dan gimnasium.

Bilik dengan view menarik: signature sky retreat-king/twin, signature banyan retreat-king/twin, banyan retreat-king/twin

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Corus Hotel Kuala Lumpur

Hotel di Persiaran Hampshire

Alamat: Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2161 8888

Corus Hotel Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Corus Hotel Kuala Lumpur terletak hanya 2 min dari stesen LRT ini menawarkan hotel pool view KLCC. Anda juga boleh menggunakan khidmat shuttle hotel untuk ke sekitar Bukit Bintang dan Chinatown.

Lain daripada itu, restoran di hotel ini turut menyediakan beraneka hidangan tempatan dan Eropah yang terbaik.

Bilik dengan view menarik: paradise cabana king bed, deluxe king/twin

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

The RuMa Hotel and Residences

Hotel di Jalan Kia Peng

Alamat: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

The RuMa Hotel and Residences
Sumber gambar: agoda.com

Memiliki gaya urban seiring dengan kemajuan ibu kota, The RuMa Hotel & Residences merupakan antara hotel terbaik di sini. Ia dilengkapi sebanyak 19 bilik dan 34 suites yang menarik menghadap menara KLCC.      

Kemudahan kolam renang, spa, gimnasium dan perpustakaan turut disediakan di hotel ini.

Bilik dengan view menarik: grand suite/studio/twin room, deluxe suite, corner studio, garden king room, deluxe twin/king room

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

Hotel Maya Kuala Lumpur

Hotel di Kampung Baru

Alamat: 138, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2332 7777

Hotel Maya Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Hotel Maya Kuala Lumpur bukan sahaja mempunyai tub mandi serba mewah malah memiliki pemandangan indah KLCC dari jendela bilik. Penginapan bermula dari RM500 dan dengan promo harga serendah RM240!

Selain itu, hotel area KL ini dilengkapi dengan kemodenan bilik dan katil yang sangat empuk. Tambahan pula, hotel ini terletak strategik 5 minit dari menara KLCC dan Pavillion.

Bilik dengan view menarik: deluxe/junior suite, studio room, heritage studio

Lihat peta | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences

Hotel di Jalan Pinang

Alamat: B-3-6, Marc Residences, 3, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Telefon: 1-800-88-3888

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences
Sumber gambar: agoda.com

Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residences memiliki 450 buah bilik dengan mengetengahkan rekaan kontemporari.

Hotel ini terletak strategik di tengah-tengah ibu negara iaitu berhadapan dengan Pavillion. Harga bilik bermula dari RM596!

Bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil, hotel ini menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak bermain di Kids’ Club.

Bilik dengan view menarik: deluxe room, grand deluxe room, premium deluxe twin room, premium deluxe king bed, executive club king

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Impiana KLCC Hotel

Hotel di Suria KLCC

Alamat: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Telefon: 03-2147 1111

Impiana KLCC Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Mencari penginapan impian? Impiana KLCC Hotel kan ada! Hotel yang berlantaikan kayu ini menyediakan fasiliti infinity pool, gimnasium dan spa ala-ala di Bali.

Di samping itu, bagi anda yang ingin ke Pavillion yang bersambung dengan menara KLCC ini bolehlah melalui sky bridge.

Bilik dengan view menarik: executive suite, club premier/deluxe twin, deluxe twin room/king room, superior twin plus

Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari

Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Hotel di Jalan Ampang

Alamat: 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2382 8888

Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Sumber gambar: agoda.com

Four Seasons Hotel Kuala Lumpur menawarkan penginapan yang selesa berhampiran menara KLCC dan Avenue K. Nikmati sarapan pagi yang menyelerakan dengan hidangan waffle istimewa dari restoran di hotel ini.

Lain daripada itu, kemudahan lain yang disediakan ialah kolam renang, spa dan gimnasium.

Bilik dengan view menarik: presidential suite, two bedroom deluxe apartment, city view room king bed/room two double beds

Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari

0 comments:

Post a Comment

loading...