Dengar sahaja deruan ombak di pesisiran pantai pasti mampu menghilangkan rasa gundah-gulana bukan? Apatah lagi menginap di salah sebuah hotel tepi pantai Malaysia.
Berbagai jenis penginapan menarik dengan pemandangan tepi laut dan pantai yang terletak di seluruh Malaysia mengikut bajet yang anda impikan.
Sebut sahaja anda inginkan penginapan jenis apa, Villa? Chalet? Hotel tepi laut? Resort tepi pantai? Semua ada di sini tau!
Senarai hotel tepi pantai Malaysia
Seronok bukan apabila bangun pagi sahaja terhidang udara yang segar dengan view dari laut yang indah? Ditambah pula makan di restoran yang terletak di pantai. Wah! Seronokya!
Ingin tahu lebih lanjut hotel tepi Malaysia yang best patut anda pergi? Mari teruskan pembacaan di artikel ini.
Puteri Bay Hotel Melaka
Hotel Melaka tepi pantai
Alamat: Pantai Puteri, Mukim, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Telefon: 06-353 5555
Turut dikenali dengan nama Hotel Pantai Puteri, Puteri Bay Hotel Melaka merupakan penginapan 3 bintang tepi pantai Melaka.
Ia dilengkapi dengan 3 jenis pemandangan dari bilik yang berbeza-beza seperti ocean view, country/region view dan outdoor view.
Tambahan pula, lokasi hotel ini amatlah strategik terletak berhampiran tarikan di bandar Melaka. Iaitu Jonker Street, Menara Taming Sari dan Terminal Bas Melaka Sentral.
Corus Paradise Resort Port Dickson
Hotel Port Dickson tepi pantai
Alamat: CORUS PARADISE RESORT, Jalan Pantai, Taman Haji Zainal, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: 06-647 7600
Selain hotel terapung, hotel tepi pantai Malaysia lain juga terdapat di Port Dickson ini. Maklumlah, majoriti daerah ini terdiri daripada kawasan laut bukan?
Corus Paradise Resort Port Dickson merupakan hotel tepi laut yang memiliki kolam renang luaran dan gelongsor air.
Tambahan pula, hotel menarik ini sesuai untuk sidang mesyuarat, seminar ataupun jamuan dengan 9 bilik majlis yang disediakan.
Tarikan Muzium & Kubu Lukut dan Ladang Burung Unta Port Dickson turut berhampiran dengan penginapan ini.
The Datai Langkawi
Hotel di Langkawi tepi pantai
Alamat: Jln Teluk Datai, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-950 0500
Mencari penginapan mewah di sekitar Langkawi? Kunjungi hotel menarik di The Datai Langkawi yang dikelilingi hutan hujan tropika.
Ia terletak di sepanjang pantai persendirian Teluk Datai di Pulau Langkawi. Keindahan pemandangannya membolehkan anda mengambil gambar tepi pantai yang cantik di sini.
Ia dilengkapi dengan padang golf, spa, basikal gunung, 2 gelanggang tenis dan gimnasium.
Tanjong Jara Resort
Hotel di Kuala Dungun tepi pantai
Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Telefon: 09-845 1100
Memiliki pemandangan Laut China Selatan, Tanjong Jara Resort diinspirasikan daripada istana Melayu pada abad ke-17.
Resort tepi pantai ini dilengkapi dengan kemudahan kolam renang luaran, spa, tenis dan perpustakaan.
Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di sini seperti snorkeling, scuba diving, kelas kraftangan, spa dan sepak takraw.
Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa
Hotel di Kota Kinabalu tepi pantai
Alamat: Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 08-879 7888
Shang-ri La Rasa Ria Resort dan Spa yang terletak di tepi pantai ini menyediakan pelbagai aktiviti di tepi pantai untuk anda cuba! Antaranya ialah parasailing, berkayak, meluncur di atas angin.
Selain itu, resort tepi pantai ini dilengkapi dengan balkoni peribadi menghadap taman dan laut.
Ia terletak berhampiran dengan tarikan di Kota Kinabalu seperti Gunung Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Gaya Island Resort
Hotel di Kota Kinabalu tepi pantai persendirian
Alamat: Malohom Bay, Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: –
Jika anda mencari penginapan berhampiran Taman Negara Tuanku Abdul Rahman, Gaya Island Resort adalah jawapannya!
Dengan 10 minit pemanduan bot laju dari Terminal Feri Jesselton, terletaknya resort yang dikelilingi oleh flora dan fauna ini.
Ia menyediakan vila bersama binaan kayu yang tersergam indah pemandangan tepi laut dan Gunung Kinabalu.
Selain itu, aktiviti menarik seperti memerhati burung, melawat pusat pemuliharaan penyu, menaiki bot laju dan berlayar ditawarkan di sini.
Japamala Resort by Samadhi
Hotel di Tioman tepi pantai
Alamat: Kampung Lanting, 26800, Pahang
Telefon: 03-2771 2742
Penggunaan kayu tempatan pada penginapan ini menonjolkan lagi nilai estetika tropika yang diketengahkan.
Japamala Resort by Spa merupakan resort butik yang terdiri daripada vila dan suite yang menarik di tepi pantai. Di sini anda dapat alami pengalaman yang menyeronokkan yang disediakan oleh pihak resort.
Iaitu memancing, snorkeling, scuba diving, menerokai hutan hujan tropika dan bersiar-siar menaiki bot.
Royale Chulan Cherating Villa
Hotel di Cherating tepi pantai
Alamat: Royale Chulan Cherating Villas, 26100 Balok, Pahang
Telefon: 09-584 7333
Inginkan penginapan tepi pantai yang menenangkan tanpa gangguan? Royale Chulan Cherating Villa merupakan hotel tepi pantai Malaysia terpencil yang menawarkan privasi.
Biliknya terdiri daripada jenis vila dan suite berhadapan pantai. Ditambah pula dengan bathtub besar, private balcony dan private pool di setiap bilik penginapan.
Dalam pada itu, anda boleh melawat Santuari Penyu Cherating dan kilang batik yang berhampiran hotel menarik ini.
Pangkor Laut Resort
Hotel di Lumut tepi pantai
Alamat: Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak
Telefon: 05-699 1100
Hanya 15 minit menaiki bot laju dari jeti Marina Island, anda boleh sampai ke lokasi peranginan mewah di Pangkor Laut Resort.
Setiap penginapan vila yang disediakan hadir bersama dengan balkoni peribadi dan bathtub yang besar. Ia terletak berhadapan laut dan hutan tropika.
Dalam pada itu, kemudahan pusat kecergasan, spa, gelanggang tenis dan kolam renang juga terdapat di resort ini.
The Westin Langkawi Resort & Spa
Hotel di Langkawi tepi pantai
Alamat: Jalan Pantai, Jalan Dato Syed Omar, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 8888
Terletak di pasir pantai menghadap Laut Andaman, The Westin Langkawi Resort & Spa nyata memberi pemandangan yang cukup terbaik.
Ia menyediakan bukan 2 tetapi 4 kolam renang luaran bersama bilik jenis suite dan vila. Tambahan pula, anda boleh mengikuti pakej lawatan berbasikal dan dari pulau ke pulau.
Lain daripada itu, resort ini sesuai untuk anda ‘kaki shopping‘ kerana terletak berhampiran dengan Langkawi Fair dalam jarak 1.8 km.
The Taaras Beach & Spa Resort
Hotel Kuala Terengganu tepi pantai
Alamat: Peti Surat 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-630 8888
Merancang untuk bersiar-siar di pusat peranginan terkenal Pulau Redang? Sambil-sambil itu bolehlah menginap di The Taaras Beach & Spa yang juga berhampiran Pulau Redang.
Kalau singgah di Terengganu, tidak lengkaplah kalau tidak berkunjung ke santuari penyu kan? Lab Penyu SEATRU merupakan santuari penyu yang berhampiran tempat penginapan ini.
The Reef Dive Resort
Hotel di Tawau tepi pantai
Alamat: Fajar Complex, TB 212, Jalan Bunga, 91000 Tawau, Sabah
Telefon: 08-977 0022
Berlokasi di pulau Mataking yang sinonim dengan lokasi terpencil yakni sesuai untuk anda yang inginkan penginapan peribadi.
The Reef Dive Resort menyajikan penginapan mewah sebanyak 60 bilik berkonsepkan vila dan chalet tepi pantai.
Aktiviti di tepi pantai iaitu berkayak, bbq, memerhati burung serta snorkeling dan scuba diving hingga ke dasar laut turut ditawarkan di sini.
Lone Pine Hotel
Hotel di Penang tepi pantai
Alamat: 97, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Telefon: 04-886 8686
Lone Pine Hotel merupakan satu-satunya hotel tepi laut berkonsepkan butik mewah di Batu Ferringhi yang memiliki balkoni peribadi.
Tambahan pula, hidangan antarabangsa dalam bufet turut disediakan di kawasan terbuka di tepi kolam renang.
Wah! Menikmati hidangan dengan pemandangan tepi laut, deruan ombak dan angin pantai merupakan sesuatu yang menarik bukan?
Lain daripada itu, ia terletak berhampiran dengan Taman Hiburan Adventure Zone, Pasar Malam Batu Ferringhi dan Taman Rempah Tropika Pulau Pinang.
Hyatt Regency Kuantan Resort
Hotel Kuantan tepi pantai
Alamat: Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang
Telefon: 09-518 1234
Terletak di pusat peranginan yang cukup popular di Pahang, Hyatt Regency Kuantan Resort merupakan penginapan mesra keluarga bertaraf 5 bintang.
Resort yang dikatakan agak ‘senior’ di Kuantan ini memiliki 300 bilik menghadap Laut China Selatan.
Selain itu, menariknya di sini harga penginapannya jauh lebih murah berbanding resort mewah di Kuantan yang lain.
D’Coconut Island Resort
Hotel Mersing tepi pantai
Alamat: Pulau Besar Mersing
Telefon: 07-797 0054
Selain negeri Sabah, Johor juga mempunyai pantai yang cantik di Mersing. Di Pulau Besar, anda boleh menemui penginapan tepi pantai yang cantik dan bersih di D’Coconut Island Resort.
Ia menawarkan 65 bilik yang lengkap dengan balkoni, private beach, gelanggang bola tampar dan ruangan santai untuk mengambil gambar tepi pantai yang cantik.
Selain itu, aktiviti di tepi pantai yang boleh dilakukan di sini ialah aktiviti sukan air, snorkeling dan berkanu.
0 comments:
Post a Comment