Cameron Highland merupakan salah satu kawasan pelancongan terkenal di Malaysia yang juga menempatkan banyak hotel terbaik di Cameron Highland.
Cuaca yang nyaman dan sejuk pasti membuatkan percutian anda seolah-olah berada di luar negara. Menarik bukan?
Terletak di antara negeri Kelantan, Perak dan daerah Lipis menjadikan lokasi pelancongan Cameron Highland sangat strategik.
Senarai hotel menarik di Cameron Highland
Sebut sahaja Cameron Highland pastinya sinonim dengan ladang teh, secawan teh panas, strawberi dan udara sejuk.
Untuk mengunjungi ke tempat-tempat menarik di Cameron Highland pastinya anda menginginkan tempat penginapan terbaik berhampirannya kan?
Berikut merupakan 15 hotel terbaik di Cameron Highland yang terdiri daripada hotel murah, sederhana dan mewah mengikut bajet anda.
Hotel COOL MAMA
Hotel Cameron Highland Brinchang
Alamat: No A-1-13 Presint 1 Cameron Centrum, Brinchang, Cameron Highlands, Malaysia, 39000
Telefon: –
Hotel COOL MAMA serendah RM 147 untuk satu malam ini terletak di kawasan Brinchang.
Antara tarikan popular berhampiran hotel ialah Muzium Tunnel, Cactus Valley, Ladang Strawberi Kok Lim dan Cameron Highlands Butterfly Farm.
Hotel terbaik Cameron Highland ini menawarkan bilik dengan pemandangan luaran seperti family room dengan 2 katil double yang besar.
Lihat peta | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Wan Alyasa Hotel
Hotel Cameron Highland yang mesra muslim
Alamat: Jalan Brinchang Square, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 4578
Buntu mencari hotel menarik di Cameron Highland yang mesra muslim? Jangan risau, Wan Alyasa Hotel kan ada!
Dengan kadar harga serendah RM 118 untuk satu malam anda boleh mendapatkan penginapan yang cantik dengan seni bina Inggeris ini.
Ditambah lagi dengan hiasan basikal lama dan motor berkuasa besar pastinya menambahkan lagi keserian pada hotel ini.
Selain itu, hotel terbaik Cameron Highland ini berhampiran dengan Cactus Valley, Big Red Strawberry Farm dan Muzium Tunnel.
Lihat peta | Facebook | Check in/out: – / 12 tengahari
Nova Highlands Hotel
Hotel tertinggi di Cameron Highland
Alamat: Jalan Aranda Nova, Greencow, 39100, Pahang
Telefon: 05-496 1434
Nova Highland Hotel merupakan hotel terbaik di tanah rata Cameron Highland yang tertinggi di kawasan ini.
Hotel berkelas 5 bintang ini menyediakan kelengkapan dengan private balcony bersama pemandangan alam semulajadi dan taman.
Cameron Highland Butterfly, Square Cameron dan Raju’s Hills Strawberry terletak berdekatan dengan Nova Hotel Cameron Highland ini.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Iris House Hotel
Hotel bajet Cameron Highland dekat pasar malam
Alamat: No. 56, Jalan Kuari, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 1818
Anda solo traveller yang ingin mencari hotel Cameron Highland best bajet sekitar pasar malam? Kami cadangkan untuk anda bermalam di Iris House Hotel.
Hotel serendah RM 107 untuk satu malam ini hanya 4 minit sahaja dari Pasar Malam Brinchang dan kawasan-kawasan pelancongan yang lain.
Selain itu, ia menawarkan 4 jenis bilik dengan pemandangan menarik dari bandar.
Lihat peta | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
Agro Highlands and Chalet
Hotel Cameron Highland untuk kursus
Alamat: Lot PT1009, Jalan Pecah Batu, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: –
Selain percutian, hotel terbaik di Cameron Highland ini juga menjadi lokasi untuk mengadakan kursus ataupun seminar.
Agro Highlands and Chalet menyediakan tempat untuk kursus, seminar dengan kemudahan dewan yang disediakan.
Tambahan pula, bermula dengan harga RM 141 anda juga boleh merasai pengalaman memetik strawberi di kawasan hotel ini tau! Menarik bukan?
Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Check in/out: – / 12 tengahari
Zenith Hotel Cameron
Hotel Cameron Highland 5 Star
Alamat: Jalan Majlis, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 05-491 9595
Bagi anda yang memiliki bajet yang lebih bolehlah memilih penginapan berkelas 5 bintang di hotel dengan seni bina Eropah ini.
Zenith Hotel Cameron merupakan hotel menarik di Cameron Highland yang lengkap dengan segala fasiliti yang diperlukan.
Dengan harga bermula RM 491 untuk satu malam anda boleh menikmati sauna, kolam renang, gimnasium dan bilik yang cukup luas.
Bukan itu sahaja, malah anda dapat menyaksikan view taman yang indah dari balkoni peribadi bilik.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Strawberry Park Resort
Cameron Highland hotel with swimming pool
Alamat: Lot 195 & 196, Jalan Strawberry Park, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 1166
Inginkan penginapan yang serba moden bersama swimming pool? Anda boleh memilih untuk menginap di Strawberry Park Resort bermula dengan kadar harga RM 281 untuk satu malam.
Ia dilengkapi dengan indoor swimming pool, spa ala-ala di Bali, sauna, bilik permainan kanak-kanak dan gelanggang tenis.
Anda juga boleh memilih pakej yang disediakan oleh pihak hotel seperti ‘Guided Forest Walk’ atau ‘Mountain Biking‘ di Gunung Brinchang. Menarik bukan?
Tambahan pula, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makan kerana terdapat 7 restoran yang menyajikan makanan lazat terletak berhampiran hotel ini tau!
Lihat peta | Facebook | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Hotel Flora Plus
Hotel bajet Cameron Highland
Alamat: Block B3, 29-30 Brinchang Square,, Jalan Besar Brinchang,, Brinchang, 39100 Cameron Highland, Pahang
Telefon: 05-491 1297
Anda solo traveller yang mencari hotel menarik di Cameron Highland yang bajet dengan bilik yang kecil? Hotel Flora Plus sesuai untuk anda bermalam dengan harga serendah RM 128 satu malam.
Sesuai dengan namanya meskipun hotel bajet, ia tetap diserikan lagi dengan tema bunga-bungaan.
Lihat peta | Facebook | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
Heritage Hotel Cameron Highlands
Hotel Cameron Highland Tanah Rata
Alamat: Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon: 05-491 3888
Memiliki gaya Tudor, Heritage Hotel Cameron Highlands menjanjikan pemandangan indah di sekitar Tanah Rata dengan ketinggian 1500 m.
Hotel Cameron Highland best ini dilengkapi dengan landskap taman, perpustakaan dan berbagai pilihan tempat makan.
Selain itu, hotel serendah harga RM 174 untuk satu malam ini pernah dinobatkan sebagai “Top Choice of Agoda Travellers” pada tahun 2019.
Anda juga boleh menikmati minum petang dengan menghirup secawan teh panas Cameron di The Vintage Lounge.
Lihat peta | Facebook | Instagram | Laman web | Whatsapp | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
The Lakehouse
Hotel Cameron Highland yang ada breakfast
Alamat: 30th Mile, Jalan Ringlet – Sungai Koyan, Sungai Khazanah, 39000 Ringlet, Pahang
Telefon: 05-495 6152
Tidak semua penginapan hadir dengan hidangan breakfast diawal pagi. The Lakehouse menyajikan menu tempatan dan British yang cukup melazatkan bermula harga RM 818 untuk satu malam.
Hotel Cameron Highland best ini cukup gah dengan rekaan klasik Inggeris. Di mana bilik ini dibina dengan siling kayu dan perabot kayu yang antik.
Keistimewaan hotel ini ialah dengan menempatkan Reading Room iaitu tempat pembacaan dan The Lake View Cafe untuk menikmati secawan teh panas.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
Avillion Cameron Highlands
Hotel Cameron Highland 4 star
Alamat: C-3 Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
Telefon: 03-2262 0288
Moden dan minimalis. Itulah konsep yang diketengahkan oleh Avillion Cameron Highland. Hotel Cameron Highland best ini terletak hanya 5 km dari Ladang Teh Boh.
Ia mempunyai 100 buah bilik dengan 4 jenis bilik seperti superior studio dan deluxe studio dengan harga bermula RM 273 untuk satu malam.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Copthorne Cameron Highland
Hotel Cameron Highland berkonsepkan Tudor
Alamat: Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-496 1777
Juga dikenali sebagai Equatorial Hotel, Capthorne Cameron Highland pernah dinobatkan sebagai “Top Choice of Agoda Travellers” pada tahun 2019.
Bermula dengan harga RM 203 untuk satu malam, anda boleh menikmati bilik menghadap pemandangan alam semulajadi yang menyamankan.
Ia mengetengahkan konsep English Tudor yang terletak berhampiran dengan Butterfly Farm dan Ladang Teh Boh.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Rosa Passadena
Hotel Cameron Highland 3 star
Alamat: No. 1, 39100 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 2288
Rosa Passadena menawarkan bilik dengan pemandangan bandar sekitar Cameron Highland yang menarik.
Hotel 3 bintang yang terletak di Brinchang ini berdekatan dengan Cactus Valley, Big Red Strawberry Farm dan banyak lagi.
Dengan harga pemulaan RM 124 untuk satu malam anda boleh menikmati sajian makanan Barat terbaik di sini.
Tambahan pula, hotel ini menjadi tarikan pengunjung sehingga dianugerahkan sebagai “Top Choice of Agoda Travellers” pada tahun 2020.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
Kea Garden Guest House
Hotel Cameron Highland berkonsepkan taman
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-496 1472
Dalam banyak-banyak hotel yang disenaraikan, anda pasti akan terpegun melihat keindahan taman bunga di perkarangan hotel ini!
Kea Garden Guest House bakal membuatkan anda seperti berada di dalam fantasi yang dihiasi dengan warna-warni pada bunga dan air terjun.
Dengan harga lebih kurang RM 135 untuk satu malam, anda boleh menginap di bilik berlatar belakangkan pemandangan taman dan alam semulajadi.
Antaranya ialah deluxe twin, deluxe king balcony, family room, junior suite dan deluxe suite.
Lihat peta | Facebook | Laman web | Check in/out: 3 petang / 12 tengahari
Smurf Inn Homestay
Hotel bajet Cameron Highland dengan gaya klasik
Alamat: Smurf Inn home stay No : 8, Jalan Sultan Abu Bakar, 39000 Brinchang, Pahang
Telefon: 05-491 1880
Bermula harga murah dengan RM 99, anda boleh mendiami untuk satu malam di Smurf Inn Homestay.
Untuk makluman anda, hotel terbaik di Cameron Highland ini diinspirasikan daripada watak kartun warna biru popular iaitu ‘The Smurf’.
Berkonsepkan klasik dan vintaj ala-ala perkampungan Smurf pastinya membuatkan anak-anak kecil teruja di sini. Selain itu, ia terletak berhampiran dengan EQ Strawberry Farm dan Ee Feng Guu Bee Farm.
Lihat peta | Facebook | Whatsapp | Check in/out: 2 petang / 12 tengahari
0 comments:
Post a Comment