loading...

Wednesday, 26 October 2022

15 Tempat Menarik Di Rompin Pahang Untuk Disinggah

Rompin merupakan daerah di selatan Pahang yang bersempadan dengan negeri Johor. Kebanyakan tempat menarik di Rompin terletak menghadap Laut China Selatan.

Asal usul daerah ini bermula dengan sebatang pokok Ru yang dijumpai agak unik. Di mana keadaan fizikalnya adalah ramping.

Berdasarkan penceritaan dari ukur lilit pokok pula, pokok ini mampu menjadi tempat berteduh seramai 40 orang.

Lalu ia digelar sebagai ‘ru ramping’. Setelah itu, lama-kelamaan sebutannya berubah kepada ‘rumpin’ ke ‘rompin’ sehinggalah kini.

Senarai tempat menarik di Rompin

Berita baik untuk ‘kaki pancing’ di luar sana! Tempat percutian di Rompin Pahang ini merupakan destinasi yang terkenal sebagai kawasan memancing.

Di mana, Rompin adalah lubuk pelbagai jenis ikan termasuklah ikan layar. Jadi, wajarlah pertandingan memancing saban tahun diadakan di sini.

Baca: 16 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Popular 2022

Bukan itu sahaja, malah udang galah pelbagai saiz juga ada tau! Di sini merupakan tempat makan menarik di Rompin Pahang dengan menu berasaskan udang galah.

Terdapat 15 tempat menarik di Rompin Pahang untuk disinggah terutamanya bagi ‘kaki pancing’ tegar.

Lanjut Beach and Golf Resort

Resort di Rompin

Alamat: 26800 Kuala Rompin, Pahang

Telefon: 09-414 5113

tempat menarik di rompin: Lanjut Beach and Golf Resort
Sumber gambar: Saiful Hairin Rahmat, ZenHotels

Lanjut Beach & Golf Resort yang memiliki rekaan dan dalaman yang menarik ini terletak berhampiran dengan pantai di Rompin Pahang iaitu Pantai Lanjut.

Resort ini didirikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia menyediakan ruang untuk pelancong bersantai dan hal-hal berkaitan dengan perniagaan.

Sambil menikmati keindahan alam di sini, anda boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Iaitu spa, gimnasium dan padang golf.

Mirror of The Beach (Pantai Lanjut)

Aktiviti photoshoot di Rompin

Alamat: 26800 Rompin, Pahang

Telefon: –

tempat menarik di rompin: Pantai Lanjut
Sumber gambar: tempatmenarik.my, Facebook @DZ-Foto & Services

Digelar sebagai ‘mirror of the beach’, Pantai Lanjut memiliki panorama yang cukup cantik untuk dilihat. Pantai di Rompin Pahang ini berada di sepanjang 3.5 km jauhnya.

Pastikan anda tidak terlepas peluang ke tempat menarik di Rompin ini untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Sungai Pahang

Aktiviti mencari kepah di Rompin

Alamat: Sungai Pahang, Pahang

Telefon: –

tempat menarik di rompin: Sungai Pahang
Sumber gambar: Facebook @Anak-anak muar, hmetro.com

Teringin melakukan aktiviti outdoor yang menarik? Apa kata anda cuba mencari kepah di Sungai Pahang?

Pastinya pengalaman yang tidak boleh dijual beli di mana-mana tempat! Anda boleh memilih agensi pelancongan yang menawarkan aktiviti ini.

Pada awalnya, anda akan menaiki bot dari Sungai Pahang ke kawasan lubuk kepah dan bawa bersama bakul untuk mengisi kepah. Kemudian, mulakan operasi anda!

Sungai Rompin

Aktiviti memancing di Rompin

Alamat: Sungai Rompin, Pahang

Telefon: –

tempat menarik di rompin: Sungai Rompin
Sumber gambar: kuantanloka.com, lin gopi, pdtrompin.pahang.gov.my

Selain ikan layaran yang susah untuk didapati, udang galah turut terkenal di Sungai Rompin ini. Alami pengalaman bermakna memancing udang galah di sungai ini sambil menghirup udara segar.

Tambahan pula, anda boleh kunjungi sungai ini pada waktu malam untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak. Tetapi harus berhati-hati ya! Kerana buaya agak aktif pada waktu malam.

Al-Habsyi Village

Aktiviti adventure di Rompin

Alamat: Kg. Gading, Jalan Muadzam Shah, Kuala Rompin, Malaysia

Telefon: –

tempat menarik di rompin: Al-Habsyi Village
Sumber gambar: Facebook @Rompin River Village

Tak puas lagi setelah memancing di Sungai Rompin? Jom ke Al-Habsyi Villa pula! Bukan sahaja memancing, malah terdapat penginapan di tempat percutian di Rompin Pahang ini.

Ia terletak di Kuala Rompin dan menawarkan berbagai aktiviti menarik selain memancing. Antaranya ialah melihat kelip-kelip, jungle trekking, menaiki bot dan banyak lagi!

Kolam Pancing PNK Rompin

Port memancing di Rompin

Alamat: Jalan Selancar Laut, Jln Feri Lama, Tanjung Gemuk, 26820 Kuala Rompin, Pahang

Telefon: –

Kolam Pancing PNK Rompin
Sumber gambar: Johari Johan, Kolam Pancing PNK Rompin, Facebook @Kolam Pancing Pnk Rompin

Lagi port memancing yang anda boleh pergi iaitu dalam kawasan Kolam Pancing PNK Rompin.

Kolam ini terletak di Tanjung Gemuk dengan harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Sambil-sambil memancing anda juga boleh menenangkan fikiran di sini.

Taman Negara Endau-Rompin

Taman negara di Rompin

Alamat: Taman Negara, Johor

Telefon: 07-922 2875

Taman Negara Endau-Rompin
Rompin Sumber gambar: William Tinkle, Kenji Haroko, Midanozz Darknezz, Brian Sio

Antara tarikan popular yang terletak di antara 2 negeri iaitu Taman Negara Endau-Rompin. Jika anda dari bandar Rompin boleh melalui jalan ke Mersing dan masuk ke simpang Sepayang, Rompin.

Sebelum itu, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu kerana terdapat binatang buas di sini.

Pelbagai pakej aktiviti yang menarik disediakan di sini seperti jungle trekking, camping, mandi-manda di air terjun dan night walk.

Pulau Tioman

Pulau terkenal di Pahang

Alamat: Mersing, Pahang

Telefon: –

Pulau Tioman
Sumber gambar: Instagram @aereonwong, @fatinamyralee, 木四水 潜易事Steven Diveconscious, Danny Heng

Siapa sahaja yang tidak kenal tempat percutian di Rompin Pahang ini bukan? Kecantikan yang ada Pulau Tioman menjadikan ia tersenarai dalam 10 pulau tercantik di dunia!

Ia memiliki pasir pantai Rompin yang putih serta kejernihan air laut yang membiru yang best untuk mandi-manda. Aktiviti laut seperti scuba diving dan snorkeling melihat keindahan hidupan laut yang cantik di sini.

Pantai Hiburan

Pantai di Rompin

Alamat: RF3X+VP, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Telefon: –

Pantai Hiburan
Sumber gambar: Instagram @caiyuyee, tripadvisor.com

Kira-kira 1 km dari Bandar Baru Rompin, anda boleh menemui sebuah pantai Rompin yang dikenali sebagai Pantai Hiburan.

Pantai di Rompin Pahang ini seringkali menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang dan hujung minggu.

Kebiasaan aktiviti yang dilakukan ialah mandi-manda, bermain layang-layang, bersantai dan menikmati tempat makan menarik di Rompin Pahang.

Hotel Vogue Rompin

Hotel bajet di Rompin

Alamat: 4, jalan sepakat indah utama, Taman Sepakat Indah, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Telefon: 09-414 1035

Hotel Vogue Rompin
Sumber gambar: agoda.com

Mencari hotel bajet di sekitar Rompin? Anda boleh memilih destinasi penginapan di Hotel Vogue Rompin. Hotel bajet ini terletak di Kuala Rompin dengan harga serendah RM 124 untuk satu malam.

Kemudahan wifi percuma disediakan bersama 4 jenis bilik dengan street view. Iaitu triple, queen rooms, twin room dan deluxe double room.

Rompin Beach Resort

Tempat penginapan menarik untuk keluarga di Rompin

Alamat: 340, Jalan Pantai Hiburan, Kampung Pulau Lang, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Telefon: 09-414 3333

Rompin Beach Resort
Sumber gambar: agoda.com

Mencari penginapan terbaik untuk seisi keluarga? Kebetulan sama sekali, Rompin Beach Resort yang berkonsepkan penginapan keluarga ini sesuai sebagai destinasi terbaik!

Memiliki bilik dengan pemandangan indah laut dan pantai Rompin, alam semulajadi serta kolam.

Berbagai kemudahan disediakan termasuk hidangan sarapan yang patut anda cuba. Ia menawarkan pilihan kontinental dan bufet.

Lain daripada itu, pihak resort turut menyediakan ping pong, dart dan basikal untuk anda bersantai-santai.

Masjid Tengku Mahkota Abdullah

Masjid di Rompin

Alamat: Kampung Sepakat Barat, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Telefon: –

Masjid Tengku Mahkota Abdullah
Sumber gambar: Facebook @Masjid Tengku Mahkota Abdullah Rompin, Hajidin Ben Shaheed

Bagi anda pelancong muslim yang bersiar-siar di sekitar Rompin, bolehlah singgah solat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah.

Masjid besar dan cantik dan memiliki parkir kenderaan yang luas ini terletak di Kampung Sepakat Barat. Usai solat, bolehlah anda bergambar di sekitar masjid ini tanda kenang-kenangan.

Rumah Rakit Cemara Riverview

Chalet di Rompin

Alamat: Sungai Pontian, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Telefon: –

Rumah Rakit Cemara Riverview
Sumber gambar: Wan Mohamad Fawwaz, Zoi Zukiey, Dino Jaslan

Penginapan menarik di Rompin ini berkonsepkan homestay, studio/chalet dan rakit di tepi sungai yakni sesuai untuk anda yang inginkan privasi.

Lokasi Rumah Rakit Cemara Riverview amatlah mudah diakses dengan hanya terletak di Kampung Sepakat Barat.  

Bukan sekadar tempat menginap, malah aktiviti memancing turut ditawarkan di sini siap dengan pakej umpan, bot bersama enjin dan jaket keselamatan.

Kuala Pontian

Tempat menarik untuk ‘kaki pancing’ di Rompin

Alamat: 26800, Kuala Rompin, Pahang

Telefon: –

Kuala Pontian
Sumber gambar: Facebook @D’Kuala Waterfront Chalet & Boat Charters

Selain Kuala Rompin, Kuala Pontian juga sesuai untuk aktiviti memancing. Anda boleh memilih untuk memancing di jeti ataupun menyewa bot.

Jika anda ingin memancing ikan sahaja hanya cukup memancing di jeti manakala penyewaan bot diperlukan bagi anda yang ingin mencari udang galah atau belangkas.

Lain daripada itu, terdapat chalet bajet berhampiran kuala ini untuk anda ‘kaki pancing’ yang memerlukan tempat penginapan berdekatan.

Restoran Udang Galah LC

Masakan berasaskan udang galah di Rompin

Alamat: Jln Sentosa 1, Kampung Tasik, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Telefon: –

Restoran Udang Galah LC
Sumber gambar: Facebook @Restoran Udang Galah Lc, mas linda, Mahathir Yusop, Siti Haslinda Mohd Din

Mencari tempat makan menarik di Rompin Pahang? Jom singgah ke Restoran Udang Galah LC yang sudah pun masuk cawangan ke-2 di sini.

Bagi anda peminat udang galah, restoran ini menghidangkan menu masakan berasaskan udang galah berbagai saiz.

Antara menu istimewa yang anda boleh cuba ialah udang masak sambal tomato, sambal petai, masak lemak cili dan udang goreng kunyit.

0 comments:

Post a Comment

loading...