loading...

Sunday, 23 October 2022

20 Tempat Menarik Di Greece Untuk Diterokai

Bersempadan dengan negara Turki, menempatkan tempat menarik di Greece yang merupakan sejarah awal kemunculan tamadun Barat.

Athens merupakan bandar terbesar yang berperanan sebagai ibu kota Greece dan bahasa Yunani sebagai bahasa utama dalam komunikasi seharian.

Sebanyak 80% kedudukan muka buminya terdiri daripada gunung-ganang. Oleh itu, Gunung Olympus merupakan gunung tertinggi di Greece dengan ketinggian 2197 m.

Senarai tempat menarik di Greece

Greece atau nama lainnya Yunani mempunyai salah sebuah bandar yang terkenal sebagai kawasan pelancong iaitu Thira.

Turut dikenali dengan nama Santorini Greece, popular dengan tarikan rumah-rumah putih kapur, tapak bersejarah dan iklim musim panas.

Bagi anda yang gemar mempelajari sejarah zaman purba bolehlah menerokai bukan sahaja Santorini Greece malah di seluruh bandar Greece yang kami nyatakan.

Berikut merupakan 20 tempat menarik di Greece untuk anda terokai.

Mata Air Acheron (Acheron Springs)

Mata air di Greece

Alamat: Βουβοποταμος 480 62, Greece

Telefon: –

tempat menarik di greece: Mata Air Acheron
Sumber gambar: steven pappas, Antoin, Acheron Springs / Πηγές Αχέροντα, Évi Ferenczi

Nak tengok mata air bak kristal? Anda boleh melihat sendiri keindahannya di Acheron Springs.

Tempat menarik di Greece ini terletak di perkampungan Glyki dan Kanalaki membolehkan aktiviti merakit dan hiking dilakukan di sini.

acheron tempat menarik greece
Sumber gambar: Instagram @venetinho.ang

Selain perairan bak kristal, ia juga dikelilingi oleh flora dan fauna yang merangsang aliran air dan tasik di sepanjang sungai.

Lefkada

Pulau di pantai barat Greece

Alamat: Lefkada Municipality, Greece

Telefon: –

tempat menarik di greece: Lefkada
Sumber gambar: gantonello65, Marius IM, Marjo Ockeloen, Lorenzo Lodi

Biasanya untuk menuju ke pulau perlu menaiki bot kan? Tetapi pulau di Lefkada anda boleh berkunjung dengan hanya menaiki kereta.

Ia terletak di pantai barat Greece dan bersambung dengan tanah besar Greece melalui jambatan terapung dan tambak. Lautannya cukup indah sekali persis Carribean.

lefkada tempat menarik greece
Sumber gambar: Instagram @sarantis_karydas

Kawasan ini mempunyai penempatan perkampungan yang menghijau. Bagi anda yang gemarkan photoshoot bolehlah ke Pantai Egremi, Kathshima dan Porto Katsiki.

Zagori

Gaung ke-2 terdalam di dunia

Alamat: Ζagori, Greece

Telefon: –

tempat menarik di greece: Zagori
Sumber gambar: Ifigeneia Spandonidou, Μαρια Κατσιδονιωτη (Μανια), Athanasios Athanasiadis, Dion. mpos.

Nak tahu gaung ke-2 terdapat di dunia di mana? Zagori merupakan gaung ke-2 terdalam selepas Grand Canyon setinggi 1040 m.

Gaung ini dipisahkan oleh Sungai Voidomatis yang sesuai aktiviti berakit.

tempat menarik greece
Sumber gambar: Instagram @epirus.adventures

Selain itu, Zagori menempatkan 2 taman negara, jambatan batu pada abad ke-18 dan Tasik Alphine Drakolimni yang mempesona.

Kubu Monemvasia (Monemvasia Fotress)

Kubu bersejarah di Greece

Alamat: EO Monemvasias Krokeon 2, Monemvasia 230 70, Greece

Telefon: –

tempat menarik di greece: Kubu Monemvasia
Sumber gambar: tripadvisor.com

Monemvasia Fortress dikenali sebagai salah satu tapak bersejarah di Greece.

Ia dibuktikan dengan penemuan penempatan awal pada abad ke-6, Gua Kastania dan Kubu Byzantine.

4
Sumber gambar: Instagram @tonesmith180

Tambahan pula, lokasi ini mempunyai kafe untuk anda singgah setelah puas meneroka melihat tapak-tapak bersejarah di sini.

Lain daripada itu, terdapat pelbagai gereja bersejarah turut menjadi tempat kunjungan pelancong.

Tasik Kerkini (Lake Kerkini / Kerkini Lake)

Tasik di Greece

Alamat: Kerkini 620 55, Greece

Telefon: –

tempat menarik di greece: Tasik Kerkini
Sumber gambar: Studiaki Photography, Konstantinos Koulouris, tripadvisor.com

Menjadi tempat ribuan burung bukan migrasi dan ikan menjadikan Tasik Kertini sebagai lokasi menarik untuk disinggah.

Wujud ketika tahun 1932, sekaligus dengan pakej pemandangan menarik gunung Krousia dan kehijauan padang rumput.

5
Sumber gambar: Instagram @dimitris.t.z

Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah bot perahu tradisional, menunggang kuda, berkanu, hiking dan berbasikal.

Bandar Nafplio

Bandar bersejarah di Greece

Alamat: Nafplion, Greece

Telefon: –

tempat menarik di greece: Bandar Nafplio
Sumber gambar: Марина Зубакова, Sofia Koukouraki, DoraLee Smith, farhad Hajizadeh (world_1000 lnstagram)

Lagi bandar yang kaya dengan khazanah sejarah yang anda boleh terokai di Bandar Nafplio.

Bandar ini berkedudukan di tengah-tengah kawasan Argolis bersejarah di semenanjung Peloponnese.

6
Sumber gambar: Instagram @incrediblevacays

Untuk makluman anda, bandar ini pernah menjadi pelabuhan laut dan ibu kota Greece pada tahun 1821 – 1834.

Sejarah zaman Venesia pada abad ke-15 dan 17 seperti istana zaman pertengahan, dinding purba, monumen juga terletak di sini.

Sungai Voidomatis (Voidomatis River)

Eye of the ox‘ di Greece

Alamat: Voïdomátis Potamós, Greece

Telefon: –

Sungai Voidomatis
Sumber gambar: Μαρια Κατσιδονιωτη (Μανια), Kaiti Konstantinopoulou, Christos Graidis, ΧΡΙΣΤΟΦΟΡΟΣ ΣΑΡΡΗΔΗΜΗΤΡΙΟΥ

Jika anda kunjungi Zagori, maka anda akan menemui Sungai Voidamatis sepanjang 15 km.

Sungai ini diberi jolokan nama ‘the eye of the ox’ disebabkan kebiruan airnya jelas seperti mata lembu.

tempat menarik greece
Sumber gambar: Instagram @karapanos_nikos

Bukan itu sahaja, malah turut terkenal sebagai sungai paling bersih di Eropah tau! Hal ini kerana, ia dijaga rapi oleh pihak Taman Negara Vikos-Aoos.

Di sini merupakan kawasan yang sesuai untuk aktiviti lasak seperti berkayak dan berakit.

Taman Negara Gunung Olympus (Mount Olympus National Park)

Taman negara di Greece

Alamat: Olympos 402 00, Greece

Telefon: –

Taman Negara Gunung Olympus
Sumber gambar: Ricardo Molina, Nikos Kissis, Simon Drexler, Petros Alektoridis

Kalau anda nak tahu Gunung Olympus iaitu gunung tertinggi di Greece terletak di mana? Taman Negara Gunung Olympus adalah tempatnya.

Tempat menarik di Greece ini memiliki hutan tebal, ladang alpine, puncak batu menonjol dan jeram.

tempat menarik greece terkini
Sumber gambar: Instagram @marekhollub

Di bahagian dasar Gunung Olympus, terdapat Muzium Arkeologi Purba Dion yang anda boleh lawati. Menurut mitologi Yunani, Gunung Olympus merupakan tempat kediaman 12 dewa Yunani purba.

Thassos

Aktiviti sukan air di Greece

Alamat: Thasos, Greece

Telefon: –

Thassos
Sumber gambar: Dimitrios Georgantopoulos, George B, Christodoulos Zervas, Victor Toader

Thassos menawarkan aktiviti sukan air bersama menikmati keindahan alam semulajadi. Aktiviti scuba diving dan ski air merupakan tarikan pelancong ketika bercuti di sini.

9
Sumber gambar: Instagram @my_thassos

Lain daripada itu, tempat ini menjadi kawasan pemujaan dewa dan pahlawan Yunani seperti Artemis dan Poseiden.

Teater Delphi, Phocis (Delphi Theatre, Phocis)

Tempat hiburan bersejarah di Greece

Alamat: Delphi 330 54, Greece

Telefon: –

Teater Delphi
Sumber gambar: Ksenija .Francetic, Λόγου Έργον (#logouergon), Al Ezander, Jacob Rasmussen

Di sebalik barat daya Gunung Parnassus tersembunyinya tapak arkeologi yang boleh anda temui di Delphi. Ia dikenalpasti sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

20
Sumber gambar: Instagram @wu_greece

Jika anda lihat di bahagian bukitnya menempatkan Teater Delphi yang dibina sejak abad ke-4 lagi.

Teater ini merupakan kawasan untuk menonton drama, bacaan puisi dan acara muzik. 35 baris tempat duduk yang disediakan mampu menampung sehingga 5000 orang tetamu.

Pulau Naxos (Naxos Island)

Pulau yang menghijau di Greece

Alamat: Naxos and Lesser Cyclades, Greece

Telefon: –

Pulau Naxos
Sumber gambar: Lionel Bagnol, Athanasios Athanasiadis, Guido G. Festa, Agios Prokopios

Meskipun dibanjiri dengan kawasan pergunungan, pulau-pulau yang cantik juga terdapat di sini termasuklah Naxos Island.

10
Sumber gambar: Instagram @trelonaxiotes

Pulau ini dikatakan sebagai pulau yang kaya dengan kehijauan alam, perkampungan dan bandar yang menarik.

Selain itu, anda boleh berkelah mahupun melakukan sukan air di pantai yang terdapat di pulau ini.

Bandar Mystras, Peloponnese (Mystras Town, Peloponnese)

Perkampungan bergunung di Greece

Alamat: Mystras, 231 00, Greece

Telefon: –

Bandar Mystras
Sumber gambar: Nick Katopodis, Χρήστος Καρατζάς, Alex Liu, Nana Ioak

Nak lihat kehidupan masyarakat di perkampungan bergunung? Bolehlah berkunjung ke Bandar Mystras.

Pada era Byzantine, bandar ini merupakan bandar zaman pertengahan yang amat penting.

11
Sumber gambar: Instagram @alina_mija

Segala monumen yang terdapat di sini mendapat pengiktirafan daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO. Antaranya dalam bentuk gereja dan kubu.

Pulau Rhodes (Rhodes Island)

Pulau dengan bekas runtuhan kuno di Greece

Alamat: Rhodes, Greece

Telefon: –

Pulau Rhodes
Sumber gambar: Stephane Renard, Rhodes, V DRONNE, Jerry Sim

Selain memiliki pasir pantai yang bersih dan indah, Pulau Rhodes juga memiliki banyak runtuhan kuno dan bekas runtuhan.

12
Sumber gambar: Instagram @vic_to_ri_a1

Pulau ini terletak di Pantai Lindos dan St.Pauls. Runtuhan ini terjadi ketika Perang Salib pada zaman Ksatria St. John.

Samaria Gorge, Crete

Taman negara yang ada ‘Rizab Biosfera Dunia’ di Greece

Alamat: Sfakia 730 11, Greece

Telefon: –

Samaria Gorge
Sumber gambar: Jarek Malina, Fredrik Soløy, Lup Alb, Flo L

Selain Taman Negara Gunung Olympus, Samaria Gorge turut menempatkan sebuah taman negara di Pulau Crete.

13
Sumber gambar: Instagram @crete.secrets

Ia dikenali sebagai ‘Rizab Biosfera Dunia’ dengan menempatkan pelbagai tarikan menarik yang tersendiri. Saban tahun, lebih kurang setengah juta pelancong yang melawati taman negara ini.

Pulau Kefalonia (Kefalonia Island)

Kawasan yang mengekalkan gaya tradisional di Greece

Alamat: Cephalonia, Greece

Telefon: –

Pulau Kefalonia
Sumber gambar: Alby Set, YG YG, Man In The Know, Ersi Seferiadi

Disebalik bandar yang pesat membangun, terdapat juga kawasan yang masih mengekalkan gaya tradisional bahasa Yunani.

14
Sumber gambar: Instagram @vibrant_kefalonia

Kedudukan geografi Pulau Kefalonia dipenuhi dengan gunung dan tebing yang curam bersama panorama indah.

Pulau ini menjadi inspirasi kepada jalan cerita yang terdapat di dalam novel Kapten Corelli Mandolia.

Pulau Zakynthos (Zakynthos Island)

Kawasan dengan pemandangan indah di Greece

Alamat: Zakynthos, Greece

Telefon: –

Pulau Zakynthos
Sumber gambar: Tomasz Niecik, Travel Mania, Erika Détári, Francesco Ficara

Lagi tarikan dengan pemandangan indah yang anda boleh pergi di Pulau Zakynthos. Ia merupakan rumah kepada berpuluh-puluh muzium dan Istana Venetian di bahagian puncak bukit.

15
Sumber gambar: Instagram @zakynthos.island

Antara lokasi spesifik dengan panorama terbaik adalah di Shipwreck Beach of Naviago, Banana, Porto Zoro, Kalamaki dan Gerakas. Selain bersiar-siar, anda juga boleh scuba diving di pulau ini.

Pulau Santorini (Santorini Island)

Antara pulau tercantik di dunia yang ada di Greece

Alamat: Santorini, Greece

Telefon: –

Pulau Santorini
Sumber gambar: Clint Durban, Jean-Marie Bemtgen, Stella Vasileva, Rohit Nepal

Jika anda pernah membeli poskad di Greece, pasti anda tertanya-tanya lokasi gambar yang terpampang di poskad itu bukan?

Jawapannya adalah di salah satu pulau indah di dunia iaitu Pulau Santorini Greece!

16
Sumber gambar: Instagram @asfarasyoucan_travel

Pulau ini merupakan destinasi yang tepat untuk anda menyaksikan keindahan matahari terbenam.

Ia diserikan dengan rumah cat putih tradisional dan pemandangan laut terbentang luas.

Monumen Parthenon Acropolis, Athens (Acropolis of Athens)

Monumen bersejarah di Greece

Alamat: Athens 105 58, Greece

Telefon: +30 21 0321 4172

Monumen Parthenon Acropolis
Sumber gambar: Jakub Pala,Tobias Häusler, alex, Alberto Castagnetti

Selanjutnya, tapak bersejarah di Monumen Parthenon Acropolis merupakan tapak bersejarah yang terakhir dalam senarai kami sediakan.

Ia terletak di Athens, bandar terbesar di Greece yang dibina beberapa dekad yang lalu.

17
Sumber gambar: Instagram @acropolis_parthenon

Monumen ini dianggap sebagai monumen terpenting dalam sejarah Yunani. Di mana runtuhan kuil kunonya dibina untuk dipersembahkan kepada dewi sulung Anthene.

Pulau Mykonos (Mykonos Island)

Pulau paling banyak tarikan di Greece

Alamat: Mikonos 846 00, Greece

Telefon: –

Pulau Mykonos
Sumber gambar: Catherine Tortosa, ΙΩΑΝΝΗΣ ΓΑΡΟΦΑΛΑΚΗΣ, 輕旅行, 輕旅行

Pulau Mykonos merupakan pulau paling banyak tarikan yang terletak di teluk nelayan indah.

18
Sumber gambar: Instagram @mykonos_island

Antaranya ialah hotel-hotel butik yang bergaya, restoran makanan laut bertaraf tinggi dan persembahan muzik secara langsung di Mykonos Town. Ia memiliki koleksi seni bina Cycladik yang unik.

Bandar Heraklion (Heraklion City)

Bandar dengan pelbagai khazanah di Greece

Alamat: Heraklion, Greece

Telefon: –

Bandar Heraklion
Sumber gambar: Konstantinos G. Kounalis, Frank Groening, Micky Lilou

Bandar Heraklion merupakan bandar yang terdiri daripada pelbagai khazanah yang menarik.

tempat menarik greece
Sumber gambar: Instagram @reinsee.plush

Ia terletak di sepanjang pantai utara dengan menempatkan tarikan utama air pancut Morosini yang cantik.

Selain itu, anda boleh kunjungi Muzium Arkeologi Heraklion untuk menimba ilmu pengetahuan sejarah yang baharu.

0 comments:

Post a Comment

loading...