Inginkan percutian yang santai dengan gaya kampung tradisional? Ditambah lagi dengan kehijauan sawah padi terbentang luas, pokok kelapa yang melambai-lambai? Nak port ‘ootd’ menarik? Jom ke rumah kampung moden viral di Kampung Agong Penang!
Sejarah Kampung Agong
Lokasi Kampung Agong terletak di 841, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Pulau Pinang. Ia merupakan tempat menarik Pulau Pinang yang memiliki pemandangan kampung yang indah.
Siapakah pemilik Kampung Agong? Kawasan yang berkonsepkan taman tema agro ini mula dibangunkan pada tahun 1942 oleh Ang Peng Tiam. Ekoran sebidang tanah yang dimilikinya menjadikan beliau digelar sebagai ‘Agong’ oleh orang kampung.
Jadi, begitulah sejarah Kampung Agong Penang diperkenalkan. Kini, ia diterajui oleh cucunya iaitu Ang Ee Zhan.
Terdapat beberapa tempat ootd Kampung Agong, Kampung Agong chalet di tempat wajib di Penang ini. Antaranya ialah sarang burung yang besar, Kampung Agong piano, hammock dan pondok-pondok kayu.
Anda disarankan untuk datang pada hari bekerja kerana pada hujung minggu rumah kampung moden viral ini sangat padat dengan pengunjung.
Cara pergi ke Kampung Agong
1) Kenderaan sendiri
Lokasi Kampung Agong hanya terletak 20 minit dari Kepala Batas selepas susur keluar dari Plaza Tol Bertam.
Jika anda dari Georgetown, anda perlu menyeberang jambatan Pulau Pinang terlebih dahulu. Masa yang diambil untuk ke sini dalam anggaran 45 minit – 60 minit perjalanan.
Kemudian, anda boleh waze/google map ‘Homestay Kampung Agong Penaga’.
2) Pengangkutan awam
Bagi yang menaiki pengangkutan awam, anda boleh menaiki feri dari Georgetown ke Penang Sentral (Butterworth).
Setelah itu, dari Penang Sentral anda boleh menaiki bas Rapid Penang ke Kuala Muda. Kemudian, turun di Bakar Kapur atau maklumkan kepada pemandu bas tentang lokasi ini.
Pemandangan Kampung Agong
Tidak perlu bersusah payah ke luar negara, ootd Kampung Agong cukup menarik ala-ala instaworthy seakan-akan berada di Bali.
Bagaimana dengan suasananya? Anda wajib datang dan alaminya sendiri betapa indahnya bersiar-siar melihat sekitar pemandangan kampung yang memukau ini!
Ia dimeriahkan lagi dengan ratusan pokok kelapa dan kehijauan sawah padi bersama prop menarik yang membuatkan gambar yang diambil nampak lebih hidup.
Tambahan pula, tarikan piano dan buaian gantung pasti akan mengingatkan anda dengan Magical Garden Kundasang dan Kokol Hill Elf Kota Kinabalu.
Aktiviti di Kampung Agong
Berbagai aktiviti yang disediakan di Kampung Agong. Rugi rasanya jika anda tidak merasai pengalaman dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan ini!
1) Camping
Camping di kawasan yang dikelilingi dengan keindahan semulajadi semestinya menakjubkan bukan?
Terdapat 2 pakej yang disediakan iaitu:-
- Pakej A: RM 30 (tapak perkhemahan)
- Pakej B: RM 50 (tapak perkhemahan + khemah)
- Dewasa: RM 20
- Kanak-kanak: RM 15
Untuk makluman anda, pakej Kampung Agong camping tidak termasuk dengan harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak
2) Berkelah
Terdapat berbagai gerai-gerai minuman dan makanan ringan yang terdapat di sini. Anda boleh berkelah menjamu selera sambil menikmati pemandangan Kampung Agong Penang di pondok yang disediakan.
3) Photoshoot
Port ootd Kampung Agong sangat terbaik! Terdapat lambakan prop ootd yang terletak di sini. Confirm rambang mata melihatnya!
Lebih kurang 15 buah sarang burung gergasi yang terletak di kawasan Kampung Agong Penaga yang menjadi rebutan untuk bergambar.
Kelainan dan keunikan yang ditampilkan oleh Kampung Agong piano juga menjadi tarikan pengunjung. Ala-ala musician gitu!
Panorama desa lebih jelas kelihatan dengan terletaknya homestay Kampung Agong dan Kampung Agong chalet sebagai tempat wajib pergi di Penang.
Nak menampakkan lagi look dan vibe zaman dahulu? Anda boleh menyewa pakaian tradisional di Kampung Agong Penaga ini.
Nak buat outdoor wedding photoshoot pun boleh juga di sini tau!
Seperti di Sekinchan, homestay Kampung Agong turut memiliki jerami gulung di sawah padinya.
4) Bermain layang-layang
Permainan tradisional layang-layang turut terdapat di sini. Permainan bertambah syok apabila dimain bersama angin-angin sepoi bahasa.
5) Berbasikal
Hanya RM 10 – RM 40 Kampung Agong ticket sewaan basikal yang ditawarkan, anda boleh bersiar-siar di sekitar Kampung Agong. Pastinya menyeronokkan!
6) Menaiki buaian
Terdapat buaian atau ‘hammock’ untuk anda berehat, ootd mahupun melihat keindahan pemandangan di sini.
7) Menunggang kuda
Berkenalan dengan 5 ekor kuda sambil menunggangnya iaitu Puteri, Bushes, Uncle Lucky, Snoopy dan Princess Appalosa.
Kampung Agong ticket menunggang kuda:-
- Dewasa: RM 25
- Kanak-kanak: RM 15
- Dewasa + Kanak: RM 30 (tunggang bersama)
8) Singgah ke gerai
Nikmati kudap-kudapan yang menarik untuk mengalas perut anda sambil menerokai rumah kampung moden viral ini.
9) Lokasi sesuai untuk event
Memiliki kawasan yang luas selain sebagai tempat pelancongan dan penginapan, lokasi event juga terdapat di sini.
Antara event yang pernah berlangsung di sini ialah:-
- Hari Raya Rumah Terbuka 2019
- Karnival Sukan Rakyat 2019
- Youth Volunteer Team Building Program 2020
- Sambutan Hari Kebangsaan 2020
- Boria Cultural Heritage Art Dance Performance 2020
- Sukaneka SK Convent BM (2022)
10) Jelajah ladang buah
Tak lengkaplah kampung tanpa dusun buah-buahan bukan? Anda boleh melawat ke ladang yang kaya dengan buah-buahan tropika. Misalnya, betik, kelapa, belimbing buluh dan banyak lagi.
11) Tram tour
Alami pengalaman menaiki tram dengan bayaran RM 3 untuk meneroka di seluruh kawasan Kampung Agong. Semestinya pengalaman seperti ini tidak dapat dijual beli di mana-mana!
12) Fish feeding
Anda berpeluang untuk memberi ikan makan di kolam teratai yang terletak di lokasi Kampung Agong ini.
13) Ladang ayam
Pelajari ilmu berkaitan ayam daripada petani dari segi proses penternakan ayam untuk telur, daging dan bulu di ladang ayam yang disediakan.
14) Jongkang-Jongket
Jongkang-jongket merupakan permainan tradisional yang menggunakan batang pokok kelapa. Bagi anak-anak generasi kini patut melupakan gajet seketika dan mencuba permainan ini!
15) Congkak
Selain jongkang-jongket, congkak yang dipelopori dalam kalangan wanita dan kanak-kanak turut terdapat di tempat wajib pergi di Penang ini.
16) Penuaian padi secara tradisional
Bagi anda yang berkunjung pada musim padi dituai. Anda boleh alami sendiri pengalaman melihat dan mempelajari cara-cara penuaian padi secara tradisional di sini.
Homestay berdekatan Kampung Agong
Merancang untuk bermalam berdekatan Kampung Agong? Jangan risau! Terdapat 5 jenis homestay yang disediakan di dalam kawasan ini.
Jika dilihat reka bentuk homestay yang disediakan adalah berkonsepkan rumah kayu tradisional Melayu.
Setiap homestay ini memiliki balkoni dengan pemandangan sawah padi dan sunset, penyaman udara, dapur mini, bilik tidur, tandas, seterika, pemanas air dan private garden.
Homestay | Weekday (Isnin – Khamis) | Weekend (Jumaat – Ahad) |
Terkukur | RM 258 | RM 288 |
Merbok | RM 258 |
RM 288 |
Murai | RM 328 |
RM 358 |
Tempua | RM 358 |
RM 388 |
Sunrise | RM 888 |
RM 1080 |
Homestay Terkukur (3 pax)
Homestay ini terletak di kawasan yang tinggi. Di mana, anda dapat menikmati kehijauan sawah padi yang memukau dengan lebih jelas. Ia memiliki 2 bilik tidur yang cukup selesa dengan 3 buah katil bersaiz besar yang disediakan.
Homestay Merbok (3 pax)
Homestay Merbok memiliki balkoni yang lebih besar berbanding homestay yang lain. Ianya sesuai untuk didiami oleh 3 orang dewasa.
Homestay Murai (4 pax)
Homestay Murai adalah agak luas berbanding homestay yang lain. Ianya sesuai untuk 4 orang dewasa.
Homestay Tempua (4 pax)
Homestay yang paling besar dan yang terbaharu untuk anda menginap. Ianya mampu memuatkan seramai 4 – 5 orang dewasa.
Homestay Sunrise (2 pax)
Anda dapat melihat keindahan matahari terbit dan tenggelam di homestay ini. Tambahan pula, ia turut memiliki jakuzi.
Tarikan terdekat sekitar Penang
Selain bersiar-siar ke kampung yang cantik ini, anda boleh singgah ke tempat wajib pergi di Penang yang lain. Untuk makluman lanjut, anda boleh klik link di bawah.
Maklumat tambahan
1) Berapakah Kampong Agong ticket yang ditawarkan?
Dewasa | Kanak-Kanak (4-11 tahun) | Kanak-Kanak (< 3 tahun) | |
Warganegara | RM 10 | RM 5 | Percuma |
Bukan warganegara | RM 18 | RM 12 | Percuma |
OKU | RM 6 | RM 3 | Percuma |
2) Berapakah harga tiket untuk pelajar?
- Tadika/Sekolah Rendah: RM 35
- Sekolah Menengah/Universiti: RM40
3) Kampung Agong waktu operasi pada waktu bila?
- Setiap hari: 9am – 6pm (termasuk cuti umum)
4) Adakah bayaran untuk parking?
- Ya, ada. Hanya RM 3 cas dikenakan. Bagi menginap di homestay bayaran adalah percuma.
5) Adakah ianya sesuai untuk wheelchair?
- Kurang sesuai.
6) Bilakah waktu yang sesuai untuk sawah padi menghijau?
- Kebiasaannya pada bulan Mac sehingga pertengahan bulan Mei dan awal bulan September sehingga bulan November.
7) Adakah terdapat gerai jualan di Kampung Agong?
- Ada. Hanya gerai kecil sahaja yang menyediakan minuman dan kudap-kudapan. Beberapa langkah di luar kawasan ini terdapat berbagai gerai makan, restoran dan kedai runcit berhampiran. Antaranya cendol, air kelapa, jus, kopi, teh, nasi lemak dan bihun sup.
Review pengunjung
Berikut merupakan beberapa review pengalaman dari pengunjung-pengunjung yang berkunjung ke Kampung Agong.
Tempat terbaik untuk mengambil gambar dan video. Juga menarik sebagai tempat photoshoot perkahwinan dan pra perkahwinan. Homestay yang menarik.
Shaiful Baker
Pemandangan yang menenangkan dan berbagai aktiviti menarik seperti memberi makan kuda, buaian dan banyak lagi.
GDWT
Tempat terbaik untuk berehat menenangkan fikiran. Terdapat pusat maklumat yang boleh membantu anda dengan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
Muhammad Faiz
0 comments:
Post a Comment