Di manakah tempat menarik di Korea? Annyeonghaseyo! Korang mesti teringat artis Korea yang menawan, putih melepak, comel dan kacak tu bila dengar perkataan tu kan? Malah, ramai yang ingin melancong ke Korea untuk bercuti.
Terkenal dengan julukan negara K-pop dan K-Drama, terutama anak muda pastinya menjadi penonton setia mereka.
Selain itu, negara 4 musim ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai tarikan menarik yang berjaya menarik pelancong ke Korea setiap tahun.
Senarai tempat menarik di Korea
Oleh itu, kami akan bawa imaginasi anda menuju Korea Selatan melalui tempat-tempat menarik yang ada di sini.
Apakah lokasi menarik berdekatan dengan Korea? Jom kita lihat lokasi menarik yang sempat kami senaraikan.
Bukchon Hanok Village
Perkampungan lama di Korea
Alamat: South Korea, Seoul, Jongno-gu, 계동길 37
Telefon: +82221331371
Jika anda ingin merasai perkampungan zaman dahulu atau rupa asli Korea, singgahlah ke Bukchon Hanok Village. Perkampungan ini masih utuh walaupun telah berusia ratusan tahun.
Sepanjang jalan anda boleh melihat struktur binaan rumah terdahulu. Jika bertuah anda boleh memakai pakaian tradisional korea.
Pasti syok kan feeling seperti orang Korean dan ambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Khas untuk jurugambar, Kampung Bukchon Hanok yang terletak di antara Istana Changdeokgung dan Gyeongbokgung menjadi lokasi yang wajib dikunjungi.
Kunjungi juga daerah beli-belah Insadong yang berdekatan Bukchon Hanok Village. Di sana, anda boleh menemui barangan buatan tangan yang unik dan eksklusif di Seoul!
Myeongdong Shopping Street
Tempat membeli-belah di Korea
Alamat: Myeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea
Telefon: –
Myeongdong Shopping Street pernah disenaraikan sebagai jalan beli-belah ke-9 paling mahal di dunia.
Kalau jalan-jalan dekat sini, tak perlu risau nak cari makanan halal sebab banyak pilihan kat sini. Dapatkan pakaian dengan harga mampu milik dan fesyen yang menarik.
Jika anda menggemari K-pop, produk penjagaan kulit atau solek, Myeongdong mempunyai segala-galanya yang mungkin anda inginkan!
SEA LIFE Busan Aquarium
Aquarium terbaik di Korea
Alamat: 266 Haeundaehaebyeon-ro, Jung-dong, Haeundae, Busan, South Korea
Telefon: +82517401700
Hidupan laut sentiasa akan menjadi tarikan utama para pelancong. Negara Korea terkenal dengan pelbagai hidupan laut. Anda boleh melihat, mendengar dan menerokai pelbagai haiwan marin di akuarium luar biasa ini.
Tempat yang menakjubkan di mana kanak-kanak boleh berseronok dan belajar. Terdapat banyak spesies SEALIFE untuk ditemui.
Pertunjukan ikan duyung dan jerung adalah persembahan yang paling hebat. Yang bestnya pelawat asing boleh melawat dengan mudah kerana ia betul-betul bersebelahan dengan pantai Heaundae.
Teddy Bear Museum
Teddy Bear Museum di Korea
Alamat: 31 Jungmungwangwang-ro110beon-gil, 특별자치도 Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea
Telefon: +82 6473 87600
Di muzium ini terdapat banyak teddy bear yang di buat dengan pelbagai karekter para artis seperti Marilyn dan Rlvis Presly ada disini.
Bahkan satu fakta yang mengejutkan iaitu terdapat juga Teddy bear yang telah berusia 100 tahun.
Itu semua di pamerkan di sini. Bagi peminat teddy bear anda wajib datang ke sini dan melihat sendiri.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Daegu Arboretum
Taman Korea
Alamat: 342 Hwaam-ro, Dalseo-gu, Daegu, South Korea
Telefon: +825 3803 7270
Sebelum ini tapak pelupusan sampah, kini menjadi destinasi popular bagi warga Daegu untuk berjalan kaki dan singgah pada waktu petang.
Pemandangan di sini lebih cantik dengan bunga yang mekar pada musim bunga dan luruh. Salah satu lokasi bergambar yang bagus. Masuk tempat cantik di Korea ini percuma!
Taman ini mempunyai 4,000 spesies tumbuhan, termasuk pokok, bunga liar, bonsai, kaktus, herba, kolam, fountain dan rumpun buluh serta beberapa denai dan ruang terbuka untuk berkelah.
Jika anda menikmati aktiviti luar tetapi tidak mahu mendaki, ini adalah tempat yang bagus untuk berehat dan menghirup udara segar.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Pantai Haeundae
Pantai di Korea
Alamat: Haeundae-gu, Busan, South Korea
Telefon: –
Tak cukup dengan berkayak di bandar? Anda boleh ke sini merasa angin pantai. Suka dengan banana boat dan jet ski?
Di pantai inilah tempatnya. Nak bersantai menikmati pemandangan boleh, nak mandi manda pun boleh. Tapi pastikan bawa baju lebih.
Gamcheon Culture Village
Perkampungan warna-warni di Korea
Alamat: 200 Gamnae 1(il)-ro, Saha-gu, Busan, South Korea
Telefon: +82 5120 41444
Gamcheon Culture Village ialah destinasi pelancongan yang paling popular di barat Busan. Untuk melengkapkan lawatan lorong, gunakan peta setem yang anda beli di pusat maklumat kampung.
Sebelum memulakan lawatan, singgah ke muzium kecil di pintu masuk ke Perkampungan Budaya Gamcheon untuk mengetahui sejarah kampung itu.
Lorong belakang Gamcheon diubah menjadi sebuah perkampungan animasi dengan karya seni dan lukisan mural, serta terdapat kedai cenderamata dan bengkel di mana anda boleh singgah untuk mencipta cenderahati anda sendiri.
Kebanyakan pelancong yang melawat Gamcheon Culture Village akan menyewa hanbok. Kemuncak perjalanan lorong adalah zon foto di mana terdapat patung putera kecil dan musang menghadap ke kampung.
Perkampungan rumah berwarna pastel tersusun penuh dan berubah menjadi perkampungan yang sangat cantik. Anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang selesa kerana anda akan berjalan sepanjang perumahan.
Lotte World
Taman tema di Korea
Alamat: 240 Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul, South Korea
Telefon: +8216612000
Bahagian taman hiburan yang menarik di Lotte World, Lotte World Adventure, adalah tempat anda boleh menaiki tunggangan yang mendebarkan, mencuba luncur ais dan juga pergi membeli-belah.
Lawatan ke Lotte World harus dalam wishlist untuk dilakukan di Seoul pada lawatan pertama anda. Kunjungi juga kawasan luar Pulau Magic.
Lotte World adalah antara lokasi popular di Korea untuk bermain ski, naik eretan atau papan salji semasa musim sejuk.
Bukbu Asia Town
Pekan kecil di Korea
Alamat: Bisan-dong, Seo-gu, Daegu, Korea
Telefon: –
Bukbu asia town ini merupakan salah satu tempat yang sentiasa menjadi kunjungan orang kita jika ke Korea. Di sini, anda boleh dapatkan rempah ratus yang biasanya dijual oleh orang-orang yang berasal dari India.
Selain itu, terdapat kedai makanan halal di tepi jalan dan kedai runcit untuk anda membeli belah. Sebelum jauh berjalan, bawalah sedikit bekal untuk menemani anda sepanjang perjalanan nanti.
Children’s Grand Park Seou
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Seoul
Alamat: 216 Neungdong-ro, Gwangjin-gu, Seoul, South Korea
Telefon: +82 2-450-9311
Salah satu tempat menyeronokkan untuk semua peringkat umur dan lagi best jika datang bersama keluarga. Anda boleh habiskan sepanjang hari di sana.
Lawati zoo di Children’s Grand Park atau sekadar berjalan-jalan di taman untuk menikmati keindahan alam. Ramai penduduk tempatan menyukai taman tema keluarga ini
Taman ini bagus untuk percutian keluarga di mana anda boleh membawa anak-anak ke taman air, taman permainan kanak-kanak atau taman hiburan untuk berseronok.
Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)
Biseul Mountain
Tempat menarik di Korea musim salji
Alamat: Biseul Mountain, Korea
Telefon: –
Biseul Mountain mempunyai pemandangan gunung yang sangat indah. Korang boleh datang dan rasai sendiri bersama keluarga.
Bila korang dah ada dekat puncak dia, korang akan nampak pemandangan Angaegyegok yang sangat cantik terutama pada musim panas.
Selain itu, kelihatan bunga-bungaan Chamkkot pada musim bunga, gunung yang diselaputi ais pada musim sejuk dan pokok mapel pada musim luruh.
Istana Changdeokgung
Istana di Korea
Alamat: 99 Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul, South Korea
Telefon: –
Korea selatan boleh dikatakan sebuah negara yang canggih dan moden. Tapi tahukah anda yang mereka masih memelihara bangunan istana lama?
Istana lama ini yang pernah mengalami kerosakan pada zaman penaklukan Jepun. Namun pemerintah telah membaikpulih dan menjadikan sebagai bahan pelancongan yang menarik untuk di lawati.
Pemerintah mereka sangat bijak bukan? Anda boleh melawat ke istana ini dan melihat bagaimana rupa istana ini secara real selain yang kita lihat dalam filem-filem mereka.
Songdo Central Park
Taman awam di bandar Korea
Alamat: 160 Convensia-daero, Songdo-dong, Yeonsu-gu, Incheon, South Korea
Telefon: –
Pernah tak terfikir bagiamana orang bekerja di bandar melepaskan beban kerja mereka pada hujung minggu? Semua aktiviti ada di Song Do Central Park seperti berkayak, menaiki bot atau bersantai di tengah bandar.
Sekiranya anda hanya ingin menikmati kecantikan matahari terbenam di sinilah tempatnya. Tempat ini juga amat cantik untuk fotografi gambar bandar Korea atau ootd untuk post media sosial.
Seoraksan National Park
Taman negara di Korea
Alamat: South Korea, Gangwon-do, Sokcho-si, Seoraksan-ro, 833 KR
Telefon: –
Bagi peminat hiking dan suka dengan ketinggian, ini adalah bonus untuk anda. Pemandangan yang sangat menakjubkan dari atas batuan ini akan menjadi kenangan terindah buat anda.
Pemandangan paling cantik pada musim luruh! Berkhemah pun boleh tetapi ada bayaran dikenakan.
Ramai pengunjung yang akan berkunjung ke sini bagi melihat dedaunan berubah warna di samping menikmati pemandangan yang indah dari atas jambatan.
Songwol-dong Fairy Tale Village
Tempat bergambar menarik di Korea
Alamat: Jayugongwonseo-ro 45beon-gil, Songwol-dong 3(sam)-ga, Jung-gu, Incheon, South Korea
Telefon: –
Filem Goblin, kdrama yang pernah popular telah membuat penggambaran di sini. Sebuah tempat fantasi yang cantik dan terlalu banyak spot cantik untuk mengambil gambar.
Maka tidak hairanlah kawasan ini juga turut menjadi tumpuan. Sepanjang jalan anda akan merasakan seperti mengembara ke alam fantasi.
Jangan lupa bawa kamera dan ambil gambar dengan banyak ya.
Muzium kanak-kanak Incheon
Tempat menarik untuk kanak-kanak di Korea
Alamat: 21 Bangchuk-ro, Gyeyang-gu, Incheon, South Korea
Telefon: +823 2456 2500
Sebuah muzium yang menyeronokkan untuk datang seisi keluarga. Pihak muzium yang kreatif telah menjadikan muzium ini sebagai tempat interaktif yang akan menarik minat kanak-kanak.
Di sini pelbagai pameran ilmiah yang diberikan seperti, pameran dinasour, sains interaktif dan sebagainya. Sambil berjalan, anda boleh belajar banyak perkara baru!
Masjid Al-fatah Busan
Masjid di Korea
Alamat: 30-1 Namsan-dong, Geumjeong-gu, Busan, South Korea
Telefon: +82515189992
Bagi yang beragama islam, sekiranya datang ke Korea anda tidak perlu bimbang kerana di sini terdapat sebuah masjid untuk anda menunaikan solat.
Masjid ini adalah hasil sumbangan kerajaan Libya dan dibuka untuk orang awam datang dan juga untuk beribadah.
Reka bentuk masjid yang menarik dengan seni reka budaya timur tersergam indah di tengah Bandar Busan ini.
0 comments:
Post a Comment