Setiap orang pastinya mempunyai citarasa tersendiri dalam memilih penginapan idaman bukan? Hotel terapung di Malaysia pastinya menjanjikan yang terbaik untuk anda!
Kepenatan bekerja pastinya berbaloi apabila anda menikmati percutian yang menyeronokkan dan menenangkan minda.
Lebih-lebih lagi penginapan yang terapung di atas air. Bayangkan bangun-bangun tidur sahaja lihat view laut sambil mendengar deruan ombak. Cool bukan?
Senarai hotel terapung di Malaysia
Bukan sahaja hotel menarik, malah penginapan jenis chalet atas air dan resort di Malaysia turut menawarkan pakej yang menarik untuk anda terokai.
Antaranya hiking, scuba diving, snorkeling, jungle trekking, berkayak dan banyak lagi.
Berikut merupakan 15 hotel terapung Malaysia yang terbaik yakni penginapan ideal untuk anda berseronok melupakan segala masalah yang ada.
Pangkor Laut Resort
Hotel di Lumut yang terapung
Alamat: Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak
Telefon: 05-699 1100
Pernah memenangi anugerah “One of The Top Asia in Asia 2017” menjadikan resort tepi pantai ini destinasi yang tepat untuk anda singgah di Lumut.
Pangkor Laut Resort memiliki gaya tradisional dengan dikelilingi oleh taman tropika dan laut. Untuk menuju ke resort tepi pantai ini, anda perlu menaiki bot laju dari Marina Island.
Di sini anda dapat menikmati makanan laut yang segar bersama pemandangan di dalam laut yang terbentang luas.
Resort atas air ini menawarkan vila jenis garden, beach, spa dan sea dengan aktiviti snorkeling, berkanu.
Avani Sepang Gold Coast
Hotel di Bagan Lalang yang terapung
Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Telefon: 03-3182 3600
Avani Sepang Gold Coast hadir dengan bentuk penginapan yang unik seakan-akan pohon kelapa sawit jika dilihat dari udara.
Ia terletak di sepanjang pantai bersama pemandangan di dalam laut yang cukup mengasyikkan.
Pihak hotel terapung di Malaysia ini menyediakan aktiviti luncur angin, scuba diving, melawat ladang-ladang sekitar hotel dan berbasikal yang menarik untuk anda cuba!
Tambahan pula, 315 bilik yang ditawarkan dilengkapi dengan private pool berserta pemandangan laut yang terbaik hotel di Malaysia ini.
Seaventure Dive Rig
Hotel di Kota Kinabalu yang terapung
Alamat: Suite 305, 3rd Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Razak, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Telefon: 08-825 1669
Inginkan penginapan yang unik dan anda suka menyelam? Bagaimana pula jika anda cuba menginap di Seaventure Dive Rig?
Penginapan di Kota Kinabalu ini dikatakan unik kerana dibina di atas pelantar minyak. Wah, menarik bukan? Terdapat 2 pilihan yang diberikan sebelum anda menyelam ke dasar laut.
Bagi anda yang berjiwa lasak, anda boleh sahaja terus terjun dari platform hotel di Malaysia ini. Sebaliknya, anda boleh menggunakan lif yang disediakan sampai terus ke laut.
Avillion Port Dickson
Hotel di Port Dickson yang terapung
Alamat: 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: 06-647 6688
Berkonsepkan ala-ala perkampungan Melayu menjadikan percutian anda di Port Dickson ini cukup menenangkan.
Avillion Port Dickson menyediakan 250 bilik terdiri daripada vila dan chalet terapung dengan view laut.
Setiap resort tepi pantai ini memiliki balkoni peribadi yang membolehkan anda bukan sahaja menikmati pemandangan di dalam laut malah memancing juga!
Selain itu, anda boleh melawat ladang burung yang memiliki lebih 30 spesies yang unik.
Mabul Water Bungalow
Hotel di Kota Kinabalu yang terapung
Alamat: Lot A-1-G, Block A, Signature Office, KK Times Square, Off Coastal Highway, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100, Malaysia, 88100, Sabah
Telefon: 08-823 0006
Bagi anda yang suka menyelam, negeri Sabah pastinya negeri terbaik untuk menyelam disebabkan faktor kejernihan air lautnya.
Mabul Water Bungalow merupakan antara hotel terapung Malaysia yang best. Ia terletak di pulau terapung, Pulau Mabul yang digelar sebagai ‘the best dive bases in the world‘ dalam kalangan pengunjung.
Resort atas air yang turut berhampiran Sipadan ini memiliki gaya tradisional. Anda boleh dapatkan urutan spa terbaik, berkayak, scuba diving dan snorkeling di hotel menarik ini.
Sipadan Kapalai Water Village Resort
Hotel di Mabul yang terapung
Alamat: Mabul Island, 91031 Mabul, Sabah
Telefon: 08-975 1777
Keindahan di Sipadan Kapalai Water Village Resort cukup sesuai dijadikan sebagai destinasi perkahwinan dan honeymoon.
Resort atas air ini disambungkan dengan Pulau Mabul bersama jambatan kayu yang panjang.
Jadi bolehlah anda ootd di jambatan ini ataupun terjun menyelam ke dasar laut. Penginapannya dibina dengan reka bentuk masyarakat Bajau yang menghadap Laut Celebes.
Aktiviti berkayak, menyelam, snorkeling dan spa turut ditawarkan di resort di Malaysia ini.
Berjaya Langkawi Resort
Hotel di Langkawi yang terapung
Alamat: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-959 1888
Alami percutian yang menenangkan dengan dikelilingi alam semulajadi di Berjaya Langkawi Resort. Sambil menginap, anda boleh menerokai hutan hujan yang dibantu dengan penerangan oleh jurupandu.
Selain itu, anda boleh scuba diving di pulau terapung Pulau Payar dan menaiki kereta kabel ke Sky Bridge. Best bukan?
Resort di Malaysia yang best ini turut memiliki Muzium 3D & Underwater World Langkawi untuk anda terokai.
Pom Pom Island Resort
Hotel di Semporna yang terapung
Alamat: Jalan Causeway, Semporna, 91307 Pulau Sipadan, 88000 Semporna, Sabah
Telefon: 08-978 1918
Terletaknya hanya 50 minit pemanduan dari Jeti Semporna, anda sudah sampai ke destinasi. Selain memiliki pemandangan indah, Pom-Pom Island Resort turut menjadi pusat pemuliharaan penyu.
Haa, bukan Terengganu sahaja yang ada penyu, di Kepulauan Borneo juga ada!
Resort ini terdiri daripada 2 jenis vila iaitu vila air dan vila taman. Di mana setiap vila terdiri daripada balkoni peribadi.
Pelbagai aktiviti seperti berenang, menyelam, berkayak, bola sepak pantai dan berbasikal yang boleh dilakukan di sini.
Gayana Marine Resort
Hotel di Pulau Gaya yang terapung
Alamat: Malohom Bay Pulau Gaya, 88000 Kota Kinabalu
Telefon: 08-838 0390
Nikmati penginapan terapung dengan pakej pemandangan dari laut dan Gunung Kinabalu yang mempesona di Gayana Marine Resort.
Terletak dipinggir laut Borneo semestinya anda dapat menyaksikan keindahan air lautnya 10 kali ganda jernih hingga ke dasar.
Selain itu, ia memiliki 52 vila tropika dengan berlatar belakangkan hutan bakau dan laut terbentang luas.
Di sini anda boleh melakukan aktiviti snorkeling, scuba diving dan melawat spesies marin yang diancam kepupusan di Pusat Penyelidikan Ekologi Marin.
Dragon Inn Semporna
Hotel di Semporna yang terapung
Alamat: 1, Jln Kastam, Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah
Telefon: 08-978 1077
Bukan sahaja pelancong dari dalam dan luar negara yang pernah berkunjung ke sini, malah kerabat diraja juga kerapkali ke sini.
Dengan ini, Dragon Inn Semporna atau Semporna Floating menerima gelaran “Royal Resort”.
Ia berkonsepkan kampung air masyarakat Bajau kerana etnik ini banyak mendiami di kawasan Semporna.
Tambahan pula, penginapan ini turut disenaraikan dalam “Askmen’s Top Ten Floating Hotels of the World”.
ST Regis Langkawi
Hotel di Langkawi yang terapung
Alamat: Jalan Pantai Beringin, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-960 6666
Menawarkan pemandangan yang indah menghadap Laut Andaman dan hutan yang menghijau pastinya menenangkan.
Antara aktiviti laut yang ditawarkan ialah snorkeling dan scuba diving.
Selain mempunyai infinity pool, ia juga menyediakan hammock atau buaian untuk anda menikmati hidangan sambil melihat pemandangan sekitar hotel tepi pantai ini.
Grand Lexis Port Dickson
Hotel di Port Dickson yang terapung
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: 06-653 2200
Grand Lexis Port Dickson pernah berada di dalam “The Malaysian Book of Records” sebagai resort yang mempunyai banyak kolam renang.
Terletak hanya 1 jam dari KL, ia mengetengahkan reka bentuk Bali.
Hotel tepi pantai ini juga menyediakan khidmat sewaan basikal untuk anda bersiar-siar menikmati keindahan alam.
Antara tempat berdekatan yang boleh kunjungi ialah Raptor Bird Sanctuary, Hutan Simpan Tanjung Tuan dan Ocenia Mall Port Dickson.
Lexis Hibiscus Port Dickson
Hotel di Port Dickson yang terapung
Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon: 06-660 2626
Lexis Hibiscus Port Dickson semestinya destinasi terkenal menjadi pilihan untuk pasangan.
Jika dilihat dari udara Avani Gold Coast Sepang kelihatan seperti pokok kelapa sawit, hotel menarik ini pula kelihatan seakan-akan bunga kebangsaan.
Hotel terapung di Malaysia ini dilengkapi dengan kolam renang di setiap bilik yang diserikan lagi dengan keindahan view laut.
Resort ini terletak di sepanjang pesisir pantai Pasir Panjang. Selain itu, anda berpeluang untuk memberi makan kepada ikan-ikan di laut.
Langkawi Lagoon Resort Water Chalet
Hotel di Langkawi yang terapung
Alamat: Lot 78, Jalan Kuala Muda, Kampung Padang Mat Sirat, 07100 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-953 3750
Langkawi Lagoon Resort Water Chalet diinspirasikan dengan kombinasi arkitektur tradisional dan rumah Melayu lama.
Elemen tradisional ini ditambah lagi dengan penginapannya disambung dengan jambatan bercabang kayu.
Penginapan yang disediakan sesuai untuk seisi keluarga mahupun honeymoon.
Premium water chalet, lagoon water chalet dan junior water chalet merupakan jenis penginapan pilihan pengunjung.
Lankayan Island Dive Resort, Sabah
Hotel di Sandakan yang terapung
Alamat: Ground Floor, Lot 38 & 39, Block C Bandar Tyng, Mile 5, North Road, PPM 255, 90000 Sandakan, Sabah
Telefon: 08-967 3999
Memiliki bilik yang selesa menghadap Laut Sulu, chalet terapung ini menjanjikan privasi yang terbaik untuk anda. Lankayan Island Dive Resort berkonsepkan pulau terapung dan tropikal.
Setiap bilik penginapan menyediakan balkoni bersama kerusi malas untuk bersantai menikmati pemandangan. Setiap chalet atas air terletak sebelah menyebelah antara satu sama lain.
Nusakuya Resort Sabah
Hotel di Semporna yang terapung
Alamat: Kg Tundun Bum-Bum Lot no 20-031204014 Peti surat 852, 91308 Semporna, Sabah
Telefon: –
Selain berperanan sebagai tempat penginapan, Nusakuya Resort Sabah memiliki pusat pemeliharaan batu karang. Untuk menuju ke sini, anda perlu menaiki bot terlebih dahulu.
Ia menawarkan chalet atas air jenis double dan triple yang dilengkapi dengan balkoni untuk melihat view laut dan sunset yang indah.
Anda boleh mandi laut di sini dengan melalui tangga kayu yang disediakan. Tambahan pula, anda boleh menyewa bot lutsinar yang unik di sini.
0 comments:
Post a Comment