loading...

Tuesday 29 October 2019

75% Lelaki Cari GF Baru Selepas Sebulan Single – Kajian

Satu kajian dari SweetRing terhadap 325 lelaki dan wanita berusia 23 hingga 45 tahun, kira-kira 75% lelaki mula mencari kawan wanita baru selepas sebulan.

Memetik laman World Buzz lagi, hanya 54% wanita memerlukan setengah tahun untuk mencari teman lelaki baru. Sementara, 69% lelaki masih merindui bekas kekasih dan lelaki yang berusia di antara 29 hingga 34 tahun boleh menerima kembali bekas pasangan mereka.

Ini berbeza dengan wanita, 72% daripada mereka tidak memikirkan kembali kepada bekas teman lelaki mereka dan rasa lebih selesa untuk tidak kembali kepada mereka.

Peratusan lain adalah seperti berikut:

70% lelaki hanya memerlukan 4 hingga 8 bulan sebelum memulakan hubungan baru.

20% lelaki tidak kisah untuk menunggu wanita yang mereka impikan walaupun sudah lebih dari 19 bulan menunggu.

Wanita lebih baik mengawal rasa kesepian.

80% wanita memerlukan hampir setahun sebelum memulakan hubungan baru.

69% lelaki tidak kisah bercinta semula dengan bekas teman wanita.

Wanita di Malaysia lebih selesa untuk hanya berkawan dengan bekas teman lelaki di laman sosial dan tidak lebih.

63% lelaki memutus ikatan perhubungan kerana masalah kewangan.

66% wanita memutuskan hubungan kerana ditipu oleh pasangan.

80% lelaki dan wanita bersetuju bahawa alasan keluarga tidak menerima pasangan adalah punca hubungan terputus.

70% lelaki suka membuat kawan-kawan baru untuk merawat rasa patah hati selepas putus cinta.

27% daripada lelaki lebih suka menjadikan mereka sibuk dengan kerja untuk move on.

85% wanita juga suka pergi keluar bersama kawan-kawan untuk melupakan bekas teman lelaki mereka.

The post 75% Lelaki Cari GF Baru Selepas Sebulan Single – Kajian appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...