Adakah anda pernah mendengar pesanan orang-orang tua jika setelah melahirkan anak, anda tidak boleh makan laksa dan perlu menjauhkan diri selama setahun.
Kenapa laksa ini dikatakan sebagai salah satu menu yang merupakan pantang besar bagi ibu-ibu yang baru melahirkan? Mahunya tidak senang duduk, ibu-ibu yang selepas bersalin untuk tidak makan laksa selama setahun, ditambah pula jika itu adalah makanan kegemarannya.
Apakah kaitan makanan bernama laksa ini tidak boleh dimakan oleh golongan ibu selepas bersalin? Ini penjelasannya.
Kuah laksa punca angin
Daun kesum dan bunga kantan adalah paling bisa dan itulah punca angin. Terdapat juga kata orang-orang tua ini disebabkan oleh jenis ikan tertentu yang digunakan untuk membuat laksa.
Laksa dimasak dua kali
Ibu berpantang tidak boleh makan makanan yang dipanaskan atau dimasak dua kali. Ya, laksa dibuat dari beras tetapi laksa adalah sejenis makanan kering. Apabila ia kering, laksa akan direbus atau direndam. Ini adalah apa yang boleh membuat seorang wanita bisa.
Apabila dimasak dua kali, ia menangkap angin dan kandungan angin lebih tinggi. Kesannya mungkin sakit otot dan sakit badan. Yang paling ditakuti, mungkin boleh menjadi bentan. Ketahuilah, ibu berpantang memang dilarang sama sekali untuk makan nasi yang dipanaskan.
Timun
Laksa selalunya ada timun dan kacang panjang. Ibu yang tengah berpantang wajib mengelakkan, jangan sampai termakan. Timun sejenis sejuk dan kacang panjang boleh membuat angin. Satu lagi perkara adalah nanas. Cukup bisa dan tidak sesuai untuk ibu-ibu berpantang, ya.
Buat semua para wanita, berpantanglah dengan betul agar bila semakin berusua nanti, mulalah sakit belakang, kesakitan lutut dan sebagainya. Jangan pula kesal pada masa akan datang dan jika badan telah menangkap angin, anda baru menyesalinya. Oleh itu, bulatkan hati anda untuk menahan diri. Tidak lama pun, banyak lagi menu yang sihat yang boleh dimakan oleh golongan ibu selepas baru bersalin. Semoga berguna!
The post Kenapa Ibu Lepas Bersalin Dilarang Makan Laksa Selama Satu Tahun appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment