Memiliki bentuk kening yang tebal bukanlah impian semua wanita, ini kerana ianya nampak janggal dan bagi sesetengah wanita berpendapat bahawa ianya nampak lucu. Namun, terdapat sesetengah lelaki beranggapan bahawa wanita berkening lebat nampak lebih jelita dan seksi.
Tahukah anda bahawa dengan memiliki kening yang tebal sebenarnya adalah satu kebanggaan buat mereka yang memilikinya, kerana rupa paras mereka tampak unik dan sangat menarik.
Tidak perlu rasa rendah diri dan mahu mencukur nipis. Ketahuilah bahawa setiap ciptaan yang maha Esa itu mempunyai kelebihannya tersendiri.
Satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik Universiti Oakland mendapati bahawa lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki kening tebal
Menerusi kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Psychology itu, kira-kira 1,000 responden lelaki diminta untuk menilai beberapa keping gambar wanita bagi memilih wanita bagaimanakah yang lebih menarik minat mereka.
Wanita yang tidak mencukur bulu keningnya dilabelkan sangat ‘mahal’ kerana memiliki kening yang original. Mencukur bulu kening tidak akan mengubah apa-apa, jika anda rasa rendah diri dengan kening anda, anda harus tahu bahawa ramai wanita diluar sana mahukan kening yang lebat seperti anda.
Memiliki kening tebal mampu memikat sesiapa sahaja yang melihatnya. Keunikkannya membuatkan orang mudah tertarik!
Ramai saja selebriti yang mengikuti trend kening tebal termasuk bintang filem Suicide Squad, Cara Delevingne dan Lily Collins. Malah selebriti Malaysia yang memiliki kening tebal ialah Elfira Loy. Sekian petikan dari Rotokaya.com
The post Keunikkan Wanita Berkening Tebal appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment