loading...

Tuesday, 8 October 2019

Kawan Tak Ramai Kerana Takut Banyak Pengkhianat

Takut banyak pengkhianat, mesti korang kenal Uqasha Senrose kan? Beliau merupakan satu-satunya artis yang tidak ramai kawan atas sebab-sebab tertentu. Memetik dari portal cari.com.my, sejak tragedi hitam yang pernah berlaku dalam hidup Uqasha Senrose, dia kini semakin berhati-hati memilih kawan. Tambahan pula pernah dituduh menggoda suami orang.

Dia juga mengakui tidak mempunyai ramai kawan dalam industri seni dan lebih selesa meluangkan masa bersama keluarga dan adik-beradiknya sahaja.

Takut Banyak Pengkhianat

Foto: The Star Online

Dia tidak mahu lagi terpalit dengan agenda seseorang yang mungkin sekadar untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya. Tambahnya, pengkhianat ada dimana-mana dan selalunya adalah orang yang dikenali. Oleh itu, dia terpaksa mengehadkan bilangan kawan yang benar-benar boleh dipercayai dalam hidupnya.

Menyibukkan diri dengan jadual lakonan lebih baik daripada menggangu hidup orang lain. Kini, dia baru sahaja menamatkan penggambaran telefilem Runtun Jiwa arahan Syirin Khuzaimi bergandingan dengan Azrel Ismail.

Dalam temu bual bersama Kosmo, dia juga mengakui hidupnya semakin berubah sejak Nelydia sudah berkahwin dan perlu memahami hidup pasangan adiknya yang berumah tangga. 

Dia hilang teman sekepala dan rasa kosong disebabkan komitmen masing-masing yang sudah berlainan. Harap Uqasha semakin berjaya dalam industri seni dan lebih baik fokus sahaja pada kerjaya. Jadi anak seni pasti akan terpalit dengan kontroversi. Bukan semua kawan boleh dibuat kawan.

Kadang kala, ramai kawan pun bukannya bagus sangat. Di kalangan mereka memang ada yang suka mengambil kesempatan di atas diri kita. Yang penting, pandai membawa diri.

The post Kawan Tak Ramai Kerana Takut Banyak Pengkhianat appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...