loading...

Tuesday, 22 October 2019

Bagaimana nak “tackle” perempuan?

Hidup kita penuh dengan teka-teki. Semua orang memang akan melalui proses ini dimana hati anda perlukan pasangan dalam hidup. Perkara ini sangat penuh dengan cabaran bagi lelaki. Lebih-lebih lagi lelaki yang tak pernah “tackle” perempuan dalam hidupnya. Lelaki akan menghadapi masalah bagaimana nak memulakan langkah. Kadang kala, langkah yang salah akan memberikan hasil yang gagal.

Oleh itu, langkah-langkah yang tersusun dan berpatutan perlu di rancang sebelum ingin memancing perempuan yang anda suka. Mendapatkan hati seseorang perempuan bukannya mudah. Nak “tackle” perempuan tak semestinya hensem, kacak atau bergaya. Tetapi perempuan lebih sukakan perwatakan menarik dan membuatkan dirinya tertawa.

Disini ada langkah-langkah untuk mengurat perempuan yang anda suka. Langkah-langkah dibawah mungkin tidak sesuai untuk anda, namun anda boleh pilih salah satu langkah yang terbaik bagi keadaan yang anda hadapi.

Foto: pandagossips.com

Surat Cinta

Anda mungkin rasa menggunakan surat cinta ini sesuatu yang kolot, namun bagi perempuan yang pemalu, surat cinta adalah langkah yang paling sesuai untuk memulakan bicara. Surat cinta anda mestilah sederhana, janganlah letak bedak atau minyak wangi. Tapi cukuplah sekadar tulisan yang jelas yang boleh dibaca dengan mudah.

Jangan Kacau Si Dia

Jangan mengganggu perempuan yang anda sukai dengan bersiul, menegurnya di hadapan kawan-kawannya, Jangan berlaku biadap ke atas dirinya, kerana perempuan paling tidak suka ditegur dengan cara ini kecuali perempuan itu gedik atau memang gatal.

Jadi diri sendiri

Nak pikat perempuan, jadilah diri sendiri tak perlu jadi orang lain. Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho, buat alim-alim kucing semata-mata nak Nampak perfect dimata awek yang cuba anda pikat. Hello, awek boleh baca gerak-geri anda okey. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan yakinlah si dia akan terima anda seadanya.

Jaga Penampilan Diri

Sebelum nak bermula dengan yang lain, ini faktor paling penting untuk dititik-beratkan. Tak kisah anda hensem atau tidak, itu semua belakang cerita. Apa yang penting penampilan diri tu kena nampak smart. Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif. Pasti anda akan disukai.

Selain itu, deodorant jangan lupa pakai sebab selagi belum jadi suami, perempuan benci bau ketiak lelaki. Kalau pergi dating, jangan la pakai baju pagoda, seluar pendek, dan berselipar jepun.

Komunikasi yang baik

Komunikasi yang lancar memang tak dinafikan dapat mempengaruhi sesebuah hubungan. Sekiranya anda dapat berkomunikasi dengan baik dengan awek yang anda nak ‘tackle’, gerenti dia akan cair meleleh-leleh dengan anda. Bila berkomunikasi, jangan ada part yang tiba-tiba senyap.

Cubalah cari apa-apa topik untuk dibualkan. Sebab tu kalau keluar dengan perempuan, pergi tengok movie dulu baru pergi makan. Nanti masa berbual kalau dah tak tahu nak berbual apa pun, boleh ajak dia borak pasal movie yang anda baru tengok dengan dia tadi. Jangan abaikan part ni sebab bila perempuan dah cop anda membosankan, maka habis bro!

Periang

Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda. Macam mana agaknya? Senang je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan yakinlah dia pasti akan tersenyum.

Jangan pula anda tunjuk muka macam nak “makan orang”. Tentulah dia rasa tak selesa. Selain itu satu BONUS cara memikat wanita sekiranya anda mampu untuk membuat humor atau jenaka yang bersahaja. Wanita cukup sukakannya dan ini menimbulkan mood yang “positif” tapi INGAT jangan buat lawak tak menjadi. Buat malu je nanti. Haha!

Jangan Kedekut

Bukanlah bermaksud setiap kali keluar kita kena bayar semua untuk dia, kena belikan itu ini yang macam-macam. Kalau perempuan jenis mintak ini itu suruh anda bayar, itu perempuan yang patut untuk dijauhi. Tapi, kalau setakat keluar makan atau dia nak makan aiskrim, bayarkanlah untuk dia.

Anggap je bersedekah. Tak semestinya kena jadi isteri dulu baru nak jadi tak kedekut. Itu pun belum tentu dah kahwin tak kedekut dengan bini kalau dah memang jenis kedekut Haji Bakhil. Bila hari istimewa dia macam hari jadi ke, bawa dia makan tempat best-best sikit dan kalau ada bajet lebih, siap buat surprise party untuk dia. Gerenti dia cair meleleh-leleh dengan anda.

Prihatin

Cuba untuk jadi pendengar juga yang setia. Berikan pandangan yang bernas-bernas tunjuk anda betul-betul caring pasal dia. Perempuan memang suka lelaki yang “take care” pasal dia. Tapi AWAS jangan “over take care” tiap 5 minit SMS, tiap 30 minit call. Haha. Cukuplah sekadar prihatin tentang hidup dia. Contoh paling mudah bila dia mengadu dia sakit, bawa dia jumpa doktor atau belikan ubat serta beri kata-kata positif agar dia cepat sembuh.

Jangan mengongkong

Selagi perempuan tu belum jadi isteri yang sah, jangan nak lebih-lebih control hidup dia. Dah jadi hak yang mutlak nanti barulah betul anda ada hak untuk kawal hidup dia. Perempuan ni cukup pantang pasal ni. Dia benci sangat dengan lelaki yang kongkong hidup dia. Memang bukan semua, tapi majoritinya macam tu lah. Dia nak pergi mana, nak keluar dengan member-member ke apa, biarkan dia buat apa yang dia suka. Bagilah dia ruang untuk dia jadi dirinya sendiri. Ini baru cara memikat wanita yang gentleman.

The post Bagaimana nak “tackle” perempuan? appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...