Ketahui ini, dagu adalah sesuatu yang unik bagi manusia. Walaupun anda berkunjung ke rumah monyet sekalipun, di zoo binatang di dunia juga pasti menyatakan satu fakta utama: Manusia sangat mirip dengan spesis monyet dalam banyak perkara. Mereka memiliki ibu jari yang berlawanan, sama seperti kita.
Malah, mereka berlari dan berjalan dengan dua kaki, sama seperti yang kita lakukan. Mereka merawat anak-anak mereka dengan cara yang sama, dan komuniti mereka dibangunkan di sekitar keluarga, seperti halnya kita manusia membangun kota-kota kita.
Namun tetapi, ada satu sifat fizikal kita yang nampaknya hanya ada pada manusia dan ini mengejutkan bagi para ilmuwan, sejarawan, pengkaji dan ahli biologi. Bahagian itu tidak lain adalah: dagu.
Dagu manusia itu sendiri tajam dan beberapa memiliki belahan. Tidak kira seperti apa jenis dagu, ada dagu runcung dan ada dagu yang berbentuk belahan, semua manusia memilikinya.
Ilmuwan mengatakan bahwa ciri tubuh ini membuat manusia unik. Dagu kita terbuat dari tulang yang menonjol dari rahang. Struktur kecil ini telah memikat para ilmuwan dan ahli biologi selama berabad-abad lamanya. Iaitu, sejak Charles Darwin menyatakan bahawa kita sebenarnya telah berevolusi dari nenek moyang mirip seperti monyet.
Cimpanzi adalah “kerabat” terdekat kita di dalam dunia haiwan, tetapi spesis ini tidak memiliki dagu manusia. Ini adalah sifat-sifat yang telah dikembangkan evolusi selama berabad-abad, tidak kira berapa lama dan tekun para ilmuwan untuk memahaminya, para ilmuwan masih buntu untuk membahas tentang dagu manusia.
Dagu adalah salah satu fenomena unik dalam biologi evolusi yang benar-benar mengungkapkan perbezaan yang besar.
James Pampush dari Duke University pada 2016 mengatakan kepada National Public Radio (NPR) di Amerika. Salah satu anggapan umum yang popular adalah bahawa evolusi manusia memiliki dagu untuk membantu menyokong kita saat kita mengunyah makanan.
Namun, Pampush menentang anggapan itu; dia yakin dagu berada di tempat yang salah kerana fungsinya sebagai mekanisma rahang ‘sokongan’. Dia percaya bahawa pada titik tertentu, rahang manusia akan menjadi lebih panjang.
Nathan Holton, seorang akademisi di University of Iowa yang mengkaji evolusi wajah manusia, setuju dengan Pampush dan mengatakan bahawa pengurangan ukuran wajah manusia mewujudnya adanya dagu.
“Dalam pengertian ini, memahami mengapa wajah menjadi lebih kecil adalah penting untuk menjelaskan mengapa kita memiliki dagu.”
Tetapi bagi orang awam, dagu kita memiliki sedikit tujuan selain nilai estetika, kita bebas mengukurnya semata-mata untuk kecantikannya sementara para ilmuwan terus mempelajarinya perihalnya.
The post Kekal Misteri, Kenapa Hanya Spesis Manusia Yang Memiliki Dagu? appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment