loading...

Monday 21 October 2019

Kenapa Lelaki Macho Suka Masukkan Tangan Poket

Mesti korang selalu tengok watak lelaki yang hensem, macho dan hero selalu masukan tangan dalam poket. Kenapa ya? Kalau anda, ‘cair’ tak kalau jumpa lelaki yang suka masukkan tangan dalam poket seluar ni? Dengan lagak mendadanya, gaya metropolitan ditambah pula tangan dalam poket seluar atau jaket. Aduh, nampak bergaya pula. 

Perasan tak, apabila artis atau mana-mana lelaki bergambar, tangan mereka selalunya berada di dalam poket seluar atau jaket. Ini dikira tabiat atau macam mana? Atau memang memang norma lelaki begitu? 

Gaya Macho

Memasukkan tangan kedalam poket mampu memberi impak positif dalam mengayakan diri di hadapan orang ramai, terutama sekali perempuan. Selain dari itu, ia juga mampu menambahkan keyakinan jejaka dalam menambat hati wanita yang di sukainya.

Keselesaan

Dalam poket seluar mampu memanaskan tangan dan menghilangkan rasa sejuk tangan terutamanya apabila di tempat yang berhawa dingin. Apabila cuaca sejuk, memasukkan tangan dalam poket akan membuat lelaki rasa hangat dan selesa. Jadi, bukan hanya menampakan gaya macho semata-mata, bukan?

Mengurangkan Rasa Gementar

Lelaki yang memasukkan tangannya dalam poket mampu mengurangkan rasa gementar bila berhadapan dengan sesuatu, terutamanya bila memikirkan sesuatu. Ia juga mengurangkan rasa gugup bila menghadapi mesyuarat atau temuduga mahupun stress.

Hilangkan rasa janggal

Ini lelaki yang cakap tau, mereka dapat hilangkan rasa janggal terutama kalau pergi tempat yang ramai orang tak kenal apabila memasukkan tangan ke dalam poket. 

Menggaru tempat gatal

Tujuan lain memasukkan tangan ke dalam poket adalah untuk menggaru tempat tertentu yang gatal. Jadi, sebab tak nak berasa malu mereka masukkan tangan ke dalam poket. Barulah dapat menggaru sepuas hati,kan?

The post Kenapa Lelaki Macho Suka Masukkan Tangan Poket appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...